Lebih 200 berkumpul zahirkan rasa simpati terhadap mangsa letupan Sri Lanka

Raja Hisyam Raja Zaid
April 26, 2019 22:24 MYT
Sebahagian daripada ratusan orang yang berkumpul di The Malaysian Ceylonese National Community Centre (MCNCC) Petaling Jaya pada Jumaat malam. - Astro AWANI
Tragedi serangan gereja di Sri Lanka pada hari Easter Ahad lalu terus mendapat simpati dunia.
Malaysia turut menzahirkan rasa simpati tersebut dan mengecam tindakan yang didakwa didalangi kumpulan Daish itu.
Lebih 200 ratus orang berkumpul di The Malaysian Ceylonese National Community Centre (MCNCC) Petaling Jaya pada Jumaat malam dalam satu upacara memperingati tragedi tersebut.
Ia turut dihadiri oleh Menteri Perpaduan Waytha Moorthy, ketua-ketua pelbagai agama, rakyat Sri Lanka yang berada di Kuala Lumpur serta orang ramai.
Waytha dalam ucapannya menzahirkan rasa takziah seluruh warga Malaysia selain mengulangi kecaman terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
Hadirin yang hadir turut menyalakan lilin sebagai simbol simpati dan bertafakur selama tiga minit terhadap mangsa kejadian tersebut.
Dalam kejadian letupan tersebut lebih 253 orang disahkan terbunuh setakat ini.
#Daesh #Kuala Lumpur #letupan #Malaysia #Malaysian #mangsa #menteri #perpaduan #Petaling Jaya #rakyat #serangan #Sri Lanka