Lebih 2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes tahun ini

Bernama
November 15, 2014 08:53 MYT
DR HILMI: Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun in
Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam.
Masyarakat, katanya, perlu memandang serius masalah itu supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos rawatan penyakit diabetes amat tinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Diabetes Sedunia 2014 di sini.
#akyat malaysia #diabetes #Dr Hilmi
;