Lebih 12 hektar hutan ke Cameron Highlands terbakar
Abd Razak Mohd Ali
Februari 25, 2021 22:17 MYT
Februari 25, 2021 22:17 MYT
IPOH: Lebih 12 hektar kawasan hutan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands terbakar pada petang Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu, pada jam 5 petang.
Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan bukit di Kampung Chindu dengan keluasan lebih 12 hektar atau kira-kira 30 ekar.
“Operasi pemadaman bagaimanapun ditangguhkam buat masa ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, pihaknya membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) di lokasi berkenaan untuk memantau keadaan.
Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai yang diketuai Pegawai Kanan Bomba II Mohamad Norman.
#hutan terbakar
#Jalan Simpang Pulai
#Cameron Highlands
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Perak
#Kampung Chindu