Lebih 10 pelajar sekolah rendah terjatuh ke laut, jeti Pulau Pababag, Semporna roboh

Astro Awani
Januari 30, 2023 12:40 MYT
Dalam video berdurasi satu minit 30 saat yang tular di media menunjukkkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian sekolah cuba diselamatkan.
KUALA LUMPUR: Lebih 10 pelajar sekolah rendah terjatuh ke laut selepas sebuah jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna roboh.
Dalam video berdurasi satu minit 30 saat yang tular di media menunjukkkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian sekolah cuba diselamatkan.
Menerusi video yang dikongsi Jonathan @jonjonahah, kelihatan beberapa orang guru cuba menyelamatkan pelajar dengan memindahkan mereka ke atas bot.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet dengan memohon kerajaan dan wakil rakyat di kawasan itu segera mengambil tindakan mengenai perkara ini.
Hal itu jelas mereka penting bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Dalam perkongsian di media sosial itu juga, kejadian jeti roboh berlaku awal pagi ini dan tidak dapat dipastikan keadaan mangsa yang terjejas.

Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah . Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik . pic.twitter.com/HftTe4aAwL

— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Pulau Pababag #Semporna #Jeti roboh #Sabah Maju Jaya #pelajar jatuh
;