Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah
Eleanor Michelle Patrick
Januari 12, 2021 18:35 MYT
Januari 12, 2021 18:35 MYT
KOTA KINABALU: Seramai 1,765 penduduk di empat daerah ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran rumah mereka dinaiki air setakat pukul 4 petang Selasa.
Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Lt. Kol Mohd Izaimi Md Daud, antara daerah yang terjejas akibat banjir adalah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beaufort.
Jelasnya, sebanyak 10 PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa yang terkesan dengan bencana alam itu.
"Keadaan banjir di daerah Kudat sudah hampir pulih dan sekarang ini proses mengenal pasti tempat-tempat yang dinaiki air
selamat atau tidak.
"Jika selamat ada di antara penduduk akan dibenarkan pulang," katanya.
Tambah beliau, paras air banjir di beberapa buah daerah juga dilaporkan mulai surut, bagaimanapun penduduk kampung dinasihatkan untuk kekal peka terhadap sebarang perubahan cuaca.