Lebih 1,000 sekolah tahfiz tidak berdaftar, KKM terus lakukan aktiviti pengesanan

Astro Awani
Jun 11, 2020 10:28 MYT
Dr Noor Hisham menjelaskan, aktiviti pengesanan kes COVID-19 dalam komuniti akan diteruskan. - Gambar BERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan kira-kira 1,000 pusat tahfiz masih belum berdaftar.
Ekoran itu katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya dapat menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di lebih 400 sekolah tahfiz sahaja di seluruh negara.
Bagaimanapun katanya, KKM akan meneruskan aktiviti pengesanan COVID-19 dalam komuniti termasuk di pusat-pusat jagaan yang mempunyai peningkatan kes secara mendadak.
"Setiap hari kita melaksanakan saringan dengan menambah pusat-pusat jagaan termasuk pusat jagaan warga emas dan sekolah tahfiz.
"Pun begitu setakat ini, kita hanya melakukan saringan di lebih 400 sekolah tahfiz dan saya dimaklumkan terdapat lebih 1,000 pusat tahfiz yang belum didaftarkan lagi," katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Khamis.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #PKPP #pusat jagaan warga tua #pusat tahfiz #RMCO