KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,160 individu ditahan kerana disyaki terlibat sindiket pusat panggilan penipuan pelbagai jenayah scam bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu 791 adalah warga Malaysia, China (300), Indonesia (20), Taiwan (13), Bangladesh (lapan), Vietnam (enam), Pakistan (empat), Thailand (tiga), Singapura (tiga), Filipina (dua) dan India (dua)
Selain itu, warga United Kingdom, Perancis, Nigeria, Nepal, Korea Selatan, Kazakhstan, Jordan dan Iran masing-masing satu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu juga, sebanyak 501 orang telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai pertuduhan, manakala baki 659 individu lagi masih dalam proses siasatan dan sebahagiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam tempoh sama, polis juga telah melakukan 148 serbuan bagi menumpaskan pusat panggilan penipuan yang dikesan di seluruh negara.
Beliau berkata sebanyak 46 daripada serbuan itu berkaitan penipuan pelaburan, penipuan belian secara dalam talian (39), penipuan menerusi panggilan telefon (23), perjudian (19), along (15), pinjaman tidak wujud (lima) dan masing-masing dua bagi love scam serta pembekal akaun keldai.
"Hasil siasatan mendapati daripada 148 serbuan hanya 69 pusat panggilan yang diserbu menyasarkan mangsa rakyat Malaysia, manakala selebihnya menyasarkan mangsa dari seluruh dunia merangkumi China (38), Singapura (13), United Kingdom (lima) dan Filipina (empat).
"Untuk menipu mangsa dari negara luar, pusat panggilan terbabit akan menggunakan aplikasi khas yang membolehkan mereka berkomunikasi dalam bahasa perantara digunakan di negara sasaran," katanya.
Ramli berkata penahanan warga asing yang terlibat dengan pusat panggilan ini telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan negara yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
"Polis juga telah mewujudkan kerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa negara luar termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Australia bagi memastikan jenayah penipuan rentas sempadan dapat dibanteras.
Menurutnya polis komited memastikan tindakan pembanterasan terhadap pusat panggilan penipuan dilakukan secara berterusan dan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan pusat panggilan sebegini adalah amat dihargai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
![Lebih 1,000 individu ditahan terlibat sindiket pusat panggilan penipuan Lebih 1,000 individu ditahan terlibat sindiket pusat panggilan penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697812628_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Ramli berkata penahanan warga asing yang terlibat dengan pusat panggilan ini telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan negara yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
ZUS Coffee kerjasama dengan pelari menara nombor satu dunia
ZUS Coffee menyifatkan pencapaian luar biasa yang diraih Wai Ching benar-benar mencerminkan semangat ‘Anak Malaysia’ yang mahu diangkat oleh syarikat tersebut.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
KPM berharap daurah ini akan dapat menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat martabat insan dengan berpandukan kandungan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581557133_IIUM.jpg)
LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran
Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus.
![LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085120_AIRKELANTAN.jpg)
LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah
Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.
![Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716857632_CycloneRemalWeather.jpg)
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
![Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716436988_AnwarulAzimAnar.jpg)
Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya.
![Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715957421_TBMesir.jpg)
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
![Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715575365_Lelakimautjpg.jpg)
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
![Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714084049_heatwavedhakaba.jpg)
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
![Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710200288_TurkeyRamadanTar.jpg)
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
![Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/81476241959_Rakhine.jpg)
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
![Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707372271_TBburuhaiwanjpg.jpg)
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
![Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707170405_Rohingyarefugees.jpg)
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
![Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704100791_TBwargaasing.jpg)
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.