BEIJING: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China selama empat hari disifatkan sebagai salah satu lawatan yang besar dan istimewa bagi menunjukkan komitmen kuat dan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, China menjadi negara pertama di Asia Timur yang dilawati oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan sejak mentadbir Kerajaan Perpaduan.
"Perdana Menteri juga merupakan salah seorang pemimpin terawal melawati Beijing selepas pelantikan semula Presiden China, Xi Jinping untuk penggal ketiga beberapa minggu yang lalu dan pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri China yang baharu.
"Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China. Pada masa yang sama, lawatan rasmi Perdana Menteri adalah bagi menyambut ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China pada tahun ini," katanya dalam sidang media sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke China, di sini pada Selasa malam.
Turut mengiringi dalam lawatan rasmi berkenaan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Zambry berkata, Perdana Menteri dijangka tiba di Hainan pada jam 5 petang hari ini bagi menghadiri Forum Tahunan Boao untuk Asia (BFA) dan Beijing pada jam 4.30 petang, 30 Mac.
BACA: Lawatan Kerja ke China: Jumlah pelaburan besar, 14 MoU bakal ditandatangani
Ahli Parlimen Tambun itu berdepan jadual padat dalam lawatan tersebut, dengan program pertama di Beijing adalah majlis berbuka puasa yang akan dihadiri lebih 200 rakyat Malaysia di China dan delegasi Malaysia.
Pada hari kedua, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Universiti Tsinghua, yang merupakan salah satu universiti tersohor di republik itu.
Pada hari sama juga, Zambry memaklumkan Anwar akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Jinping.
"Perbincangan akan tertumpu kepada langkah-langkah baharu yang boleh diambil di dalam pelbagai bidang untuk menyemarakkan lagi hubungan dua hala, terutamanya dalam konteks sambutan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan sambutan ulang tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China.
"Selain itu, kedua-dua pemimpin akan bertukar-tukar pendapat mengenai hala tuju hubungan dua hala mengambil kira senario antarabangsa yang semakin mencabar," katanya lagi.
Zambry menambah kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan langkah-langkah konkrit yang boleh diambil dalam bidang perdagangan, kerjasama politik, pencegahan rasuah serta isu-isu ketamadunan.
Ia kemudian disusuli dengan kunjungan hormat oleh Pengerusi National People's Congress, Zhao Leji.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri akan turut menghadiri iftar yang dianjurkan oleh Malaysia-China Chamber of Commerce pada 31 Mac, di mana program berkenaan dijangka dihadiri para pemimpin komuniti Islam di China dan tokoh-tokoh korporat Malaysia.
Pada hari terakhir lawatan rasmi, Anwar dijadual terlibat dalam Mesyuarat Meja Bulat bersama pelabur-pelabur berprofil tinggi dan tokoh-tokoh korporat China diikuti dengan Forum Perniagaan membabitkan 1,000 orang peserta dari kedua-dua negara.
Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri akan diraikan oleh Qiang dan Kerajaan China dengan Upacara Sambutan Rasmi di Great Hall of the People, dan disusuli dengan Mesyuarat Dua Hala antara kedua-dua pemimpin.
Satu sidang media akan diadakan selepas pertemuan Perdana Menteri dengan Qiang bagi memaklumkan hasil perbincangan dan keputusan yang dimuktamadkan oleh kedua-dua pemimpin.
Untuk rekod, China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar sejak 2009.
Nilai perdagangan antara Malaysia dan China pada tahun 2022 mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan China bagi tahun lalu adalah sebanyak RM487.13 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2021.
Jumlah eksport ke China meningkat sebanyak 9.4 peratus berjumlah RM210.62 bilion, manakala jumlah import dari China mencatatkan peningkatan sebanyak 20.7 peratus dengan jumlah RM276.50 billion berbanding tahun sebelumnya.
Manakala, nilai pelaburan dari China bernilai RM9.6 billion yang telah membuka peluang-peluang pekerjaan kepada 6,193 orang pada tahun 2022.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 29 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba di Beijing pada jam 4.30 petang, 30 Mac dan disambut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri China, Sun Weidong - Foto fail/BERNAMA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.