Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India bermula Jumaat ini mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara yang terjalin selama 60 tahun.
Lawatan itu ialah atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi dan ini merupakan lawatan kali ketiga Najib ke negara itu sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 2009.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar, lawatan itu membuka peluang bagi kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama.
Semasa lawatan, Najib dijadual melawat Chennai, New Delhi dan Jaipur.
Perdana Menteri akan diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.
Di New Delhi, Najib akan diberi sambutan rasmi di Istana Presiden, melakukan kunjungan hormat kepada Presiden India, Shri Pranab Mukherjee diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dari India dan mesyuarat dua hala anggota kanan delegasi kedua-dua negara.
Sidang media bersama akan diadakan sebelum makan malam rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri Modi bagi meraikan Najib dan Rosmah.
"Isu-isu yang dijangka dibincangkan semasa mesyuarat dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, projek infrastruktur, kerjasama pertahanan, perjanjian perkhidmatan udara, pelancongan dan hubungan budaya serta isu-isu kepentingan bersama mengenai kerjasama serantau dan antarabangsa.
"Beberapa memorandum persefahaman kerajaan dengan kerajaan bakal dimeterai dan kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar dokumen semasa lawatan itu. Pertukaran dokumen tersebut akan disaksikan oleh Najib dan Modi," kata kenyataan itu.
Selain mesyuarat dua hala, Najib akan mengadakan sesi dialog dengan pemimpin dan peneraju industri dari sektor utama perniagaan di India dan dijangka menghadiri majlis makan tengah hari perniagaan dan Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC).
Aturcara lawatan Najib di Chennai termasuk menghadiri majlis jamuan rasmi yang dihoskan oleh Pemangku Gabenor Tamil Nadu, Vidhyasagar Rao dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Edappadi Palaniswamy.
Perdana Menteri juga akan memanfaatkan peluang ini untuk mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Malaysia termasuk pelajar.
Najib akan berlepas ke Jaipur untuk meninjau penyertaan Malaysia dalam projek-projek infrastruktur di India.
Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia, dan menghadiri perbincangan peringkat tertinggi mengenai kemajuan syarikat-syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur di Jaipur.
"Pada hari terakhir lawatan, Perdana Menteri akan merasmikan kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi yang baru siap," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, Malaysia yakin bahawa lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sedia terjalin antara Malaysia dan India bukan sahaja meliputi kerjasama dua hala tetapi juga isu-isu serantau dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
![Lawatan Najib ke India cerminkan hubungan kukuh Malaysia-India Lawatan Najib ke India cerminkan hubungan kukuh Malaysia-India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448265313_Torana.jpg)
Najib Razak dan Narendra Modi pada pelancaran Gerbang Torana di Little India, Brickfields, November 2015. Gambar fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596936006_TBVanuGopalaMenon.jpg)
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.