SEOUL: Lawatan rasmi pertama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ke Korea Selatan berakhir dengan optimistik, apabila lebih banyak komitmen pelaburan diperoleh daripada syarikat digital dan telekomunikasi negara itu serta beberapa perjanjian kerjasama strategik dimeterai antara kedua-dua negara.
Fahmi berkata akan ada tindakan susulan ke arah memperkukuh kerjasama masa depan antara agensi Malaysia dan Korea Selatan.
"Hasil yang diperoleh daripada mesyuarat semasa lawatan ini termasuk meneroka aspek penggunaan 5G oleh industri antara kedua-dua negara.
"Ini juga melibatkan perkara seperti komitmen untuk membuka ibu pejabat NX3 Games di Kuala Lumpur tahun depan serta beberapa peluang yang boleh kita capai, sama ada pelaburan atau kerjasama pada masa hadapan dengan entiti di Korea Selatan," katanya kepada Bernama.
Menteri, selaku ketua delegasi Malaysia yang meliputi syarikat telekomunikasi serta agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), berada di Korea Selatan dari 5 hingga 9 September bagi persidangan GSMA Mobile 360 APAC.
Beliau turut menyampaikan ucaptama di Forum Pemimpin Dasar 2023.
Antara agensi yang menyertai lawatan itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), manakala syarikat telekomunikasi termasuk CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM).
Pembangun permainan video Korea Selatan, NX3 Games telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasinya di Malaysia dengan membuka ibu pejabat serantau di Kuala Lumpur, yang dijangka siap tahun depan.
Syarikat itu akan memberi tumpuan kepada tiga unit utama untuk pejabatnya di Malaysia -- penerbitan permainan, penyelidikan dan pembangunan serta reka bentuk kandungan.
Sebuah lagi syarikat utama permainan video Korea Selatan, Smilegate, juga berhasrat memperluas perniagaannya ke Malaysia dan telah bekerjasama secara aktif dengan MDEC.
Semasa lawatan itu, TM dan syarikat telekomunikasi tanpa wayar Korea Selatan, SK Telecom, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan perniagaan Multi-Access Edge Computing (MEC) di Malaysia, mengorak laluan untuk perniagaan itu dipelopori di Malaysia.
Selain itu, CelcomDigi juga menandatangani MoU dengan syarikat teknologi VIRNECT untuk pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian realiti lanjutan industri (XR) di Malaysia apabila mereka menyasar untuk meneroka pembangunan pembelajaran dan pendidikan pengalaman menggunakan metaverse.
Fahmi turut melawat ibu pejabat syarikat utama teknologi Korea Selatan, Samsung Electronics; ibu pejabat baharu Naver Corporation bernama 1784 dan syarikat hiburan P Nation, yang dimiliki oleh penyanyi Korea Selatan, Psy.
Beliau juga meluangkan masa untuk bertemu dengan pelajar dan diaspora Malaysia.
Fahmi mengakhiri lawatan rasminya dengan jemputan daripada GSMA untuk menyampaikan ucaptama pada Kongres Dunia Mudah Alih Barcelona 2024 yang akan diadakan pada Februari tahun depan.
Ekonomi digital menjadi antara tonggak ekonomi utama Malaysia, menyumbang 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 dan sumbangan ini dijangkakan mencecah 25.5 peratus atau lebih RM382 bilion pada 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Fahmi berkata akan ada tindakan susulan ke arah memperkukuh kerjasama masa depan antara agensi Malaysia dan Korea Selatan. - Gambar/ Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
KKD secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.
Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.
KKD panggil penyedia aplikasi media sosial bincang isu iklan jelik
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.
KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.
Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.