KUALA LUMPUR: Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye bukan sahaja mencerminkan solidariti bersama rakyat Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi, tetapi juga untuk menyatakan sokongan ikhlasnya dan menyuntik motivasi kepada anggota pasukan penyelamat Malaysia yang bertugas di kawasan bencana.
Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar serta rakyat Malaysia atas solidariti dan altruisme terhadap mangsa gempa bumi.
Beliau berkata, lawatan itu jelas menunjukkan Perdana Menteri Malaysia memahami masalah yang dihadapi rakyat Turkiye ketika ini.
"Kerajaan Turkiye-Malaysia menjalin hubungan rapat dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Malaysia (Anwar) adalah kawan rapat presiden kami (Recep Tayyip Erdogan).
"Beliau (Anwar) memutuskan untuk melihat sendiri Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) bertugas di lokasi bencana. Jadi ia (bersolidariti) dengan kami dan pasukan Malaysia... ia adalah satu inisiatif yang baik," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program 'The Brief' Bernama TV bertajuk 'Turkiye Quake and Global Relief Efforts' di Wisma Bernama, di sini.
Anwar berlepas ke Turkiye malam tadi untuk memberi sokongan moral kepada Erdogan dan rakyatnya yang terjejas akibat bencana alam pada 6 Februari lalu hingga meragut puluhan ribu nyawa.
Beliau berlepas ke Ankara dengan menaiki pesawat khas kira-kira 11.15 malam dari KLIA.
Perdana Menteri Malaysia memutuskan untuk membuat lawatan berkenaan atas permintaan Erdogan.
Malaysia telah menghantar dua pasukan SMART termasuk dua anjing pengesan (K9) serta membantu mewujudkan hospital lapangan yang dikendalikan oleh angkatan tentera bagi menyediakan perkhidmatan perubatan.
Anwar sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM20 juta kepada Turkiye dan Syria yang turut terjejas akibat gempa bumi itu.
Jumlah kematian akibat bencana yang dahsyat itu kini melebihi 35,000 nyawa.
Mengenai peranan Malaysia dalam membantu membina dan membangunkan semula wilayah yang terjejas akibat gempa bumi, Yuksel berkata, pelan pembinaan semula perlu dirangka oleh kerajaan Turkiye kerana ia melibatkan kawasan yang luas.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sebuah syarikat pembinaan di Turkiye dijangka menyiapkan pembinaan semula bangunan yang runtuh dalam tempoh setahun.
Hospital lapangan yang dibina Malaysia mungkin dikekalkan untuk tempoh beberapa tahun, katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
![Lawatan Anwar ke Turkiye cerminkan solidariti kepada mangsa, suntikan motivasi untuk pasukan penyelamat Malaysia - Duta Lawatan Anwar ke Turkiye cerminkan solidariti kepada mangsa, suntikan motivasi untuk pasukan penyelamat Malaysia - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676459523_EmirSalimYuksel.jpg)
Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar serta rakyat Malaysia atas solidariti dan altruisme terhadap mangsa gempa bumi. - Gambar BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676152232_MangsaGempa.jpg)
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
![Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676694180_TBturki.jpg)
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
!['Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah 'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676550426_DrWanAzizahIsmail.jpg)
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
![Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676537762_survivor.jpg)
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
![Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676537705_survivor.jpg)
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
!['Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye 'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676537498_gempaturkiyehilmi.jpg)
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
![Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676463755_TBanwarturkiyejpg.jpg)
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
![Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676009620_MangsaTurkiye.jpg)
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
![Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675943448_SMART.jpg)
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
![Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675941847_DutaBesarMalaysia.jpg)
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.