Lawan 'super liberal', semua agamawan diseru bangkit tolak LGBT - Anwar

Astro Awani
September 26, 2018 16:47 MYT
Anwar Ibrahim menyeru kumpulan agamawan supaya bangkit menyatakan sikap bahawa majoriti rakyat tolak LGBT
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua agamawan merentasi pelbagai agama supaya bangkit dan menyatakan sikap menolak LGBT.
Menurut Anwar, langkah itu perlu bagi menjawab golongan yang disebut sebagai 'super liberal' yang sentiasa mendesak supaya rakyat dan negara menerima gaya hidup LGBT.
"Saya kira orang agama dari semua kaum dan agama dan masyarakat harus bangkit dan menyatakan sikap bahawa majoriti besar menolak kecenderungan dan dasar yang dibawa oleh LGBT.
"Jangan mereka paksa rakyat dan negara supaya terima mereka, gaya hidup homoseksual, lesbian dan sebagainya," kata Anwar ketika ditemubual dalam program AI yang disiarkan 8.30 malam setiap Khamis.
Pada masa yang sama, beliau menyokong penuh tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan pendirian tegas mengenai isu LGBT.
“Ini bukan kerja kita, nak belek setiap rumah dan siasat soal orientasi seks masing-masing," ujarnya.
Pada Selasa, Anwar dalam ucapannya di Dewan Bahasa dan Pustaka mengulangi kritikan terhadap golongan 'super liberal' yang terus meremehkan bahasa Melayu dan mempromosi gaya hidup LGBT.
#AI #Anwar Ibrahim LGBT #berita hari ini #homoseksual #isu semasa #lesbian #LGBT #Malaysia #Pakatan Harapan #Super Liberal #Terkini Anwar Ibrahim #Terkini Berita Malaysia
;