Laungan 'Laillahaillallah, As-Syahid Habibullah' iringi jenazah Dr Fadi

Firdaus Azil
April 25, 2018 16:49 MYT
Berebut-rebut yang hadir mahu memegang kerandanya, tanda penghormatan yang bukan calang-calang manusia dapat menerimanya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Laungan “Laillahaillallah, as-Syahid Habibullah” berkumandang di Surau Medan Idaman, Setapak, tatkala jenazah Imam Dr Fadi Al-Batsh dibawa masuk ke perkarangan surau itu.
Laungan yang lazimnya kita dengar di kaca TV, sewaktu ruangan berita dunia, apabila jenazah rakyat Palestin terkorban di Semenanjung Gaza, atau di kem Sabra dan Shatilla, kini kedengaran di bumi Malaysia sendiri.
Di kaca televisyen, lazimnya setiap kali ada jenazah diusung, pasti akan berlatarbelakangkan bangunan yang separa musnah, padang pasir yang meluas, askar-askar Israel yang memerhati dan mengawal keadaan dari jauh.
Namun di sini, suasananya begitu kontra.

1/2: Jenazah #DrFadiAlBatsh sedang diusung masuk ke Surau Medan Idaman, bagi disempurnakan Solat Jenazah. Terus ikuti kami secara langsung di FB Live Astro Awani @501Awani pic.twitter.com/8HG0F4yZP5

— F.A Awani (@FirdausAzil) April 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

2/2: Jenazah #DrFadiAlBatsh sedang diusung masuk ke Surau Medan Idaman, bagi disempurnakan Solat Jenazah. Terus ikuti kami secara langsung di FB Live Astro Awani @501Awani pic.twitter.com/b7FYKp4s8w

— F.A Awani (@FirdausAzil) April 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setibanya jenazah beliau dari Hospital Selayang, keluarga dan sahabat handai Dr Fadi terus mengusung jenazahnya dari tempat kejadian, kira-kira 200 meter ke surau itu.
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
Sejurus badan di bawa masuk ke perkarangan surau, raungan dan esakan juga kedengaran di setiap pelusuk surau, datangnya dari mereka yang kelihatan dan berjubah seperti orang Arab.
Mata ini juga menyaksikan tangisan dari orang Malaysia sendiri, baik yang tua, muda, wanita dan lelaki.
Kata mereka yang menghadiri solat jenazah beliau, kematian imam dan saintis muda Palestin, yang juga merupakan seorang pensyarah di UniKL itu, ibarat gugurnya seorang Syuhada.
Berebut-rebut yang hadir mahu memegang kerandanya, tanda penghormatan yang bukan calang-calang manusia dapat menerimanya.
Empat belas butir peluru ditemukan di badan jenazah. Dua orang pelakunya dikatakan ejen Mossad, agensi perisikan Israel, namun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan kebenaran dakwaan itu.
Tetapi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ada kemungkinan serangan terhadap Dr Fadi ada kaitan dengan pihak yang bermusuhan dengan Palestin
BACA: Bunuh imam: Dua suspek dipercayai ada kaitan organisasi perisikan - TPM Zahid
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam kenyataan yang diedarkan kepada media menyebut, jenazah Dr Fadi telah mendapat kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
“Isteri dan tiga orang anaknya akan berangkat pulang ke Egypt pada petang ini kira-kira jam 7.30 petang menaiki penerbangan Saudi Airlines”.

Selepas selesai Solat Jenazah sebentar tadi, kini jenazah #DrFadiAlbatsh akan dibawa ke terus ke KLIA untuk disempurnakan urusan perjalanannya ke Gaza, Palestin. @501Awani pic.twitter.com/C86vMamIXH

— F.A Awani (@FirdausAzil) April 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Al-Fatihah ...
#Astro Awani #bunuh #Dr Fadi Al-Batsh #Dr Zahid Hamidi #Egypt #Gaza #jenazah #Media #Mossad #rakyat #serangan #suspek #Timbalan Perdana Menteri
;