Latih amal tsunami esok di Putatan, Sabah

Bernama
November 4, 2016 04:56 MYT
Gambar fail tsunami di Natori, wilayah Miyagi di Jepun pada 11 Mac 2011. - AP
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengadakan latih amal tsunami di Putatan, Sabah esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, latih amal itu merupakan langkah kerajaan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi pengurusan bencana dan masyarakat dalam menghadapi bencana tsunami.
"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang mungkin disebarkan melalui media sosial berkaitan dengan latih amal ini," katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi MetMalaysia di talian 03-79678066 atau talian hotline 1-300-221638. -- Bernama
#latihan tsunami #putatan sabah #tsunami