Larangan perjalanan terhadap Tony Pua ditarik balik

Anthea Yap
Oktober 15, 2016 15:04 MYT
Pada 22 Julai tahun lalu, pihak Jabatan Imigresen telah menghalang Tony untuk pergi ke Yogyakarta, Indonesia. - Gambar fail
Larangan perjalanan lebih setahun terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ditarik balik oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Beliau dalam satu kenyataan di akaun Facebook berkata, peguamnya Gobind Singh Deo telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pejabat Peguam Negara.
"Saya turut memantau dalam status laman web Imigresen dan ia turut menujukkan tiada sebarang halangan kepada dirinya," katanya di sini, hari ini.
Pada 22 Julai tahun lalu, pihak Jabatan Imigresen telah menghalang Tony untuk pergi ke Yogyakarta, Indonesia.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP kemudiannya telah memohon semakan kehakiman terhadap sekatannya ke luar negara.
Pada 27 Julai 2016, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Ketua Pengarah Imigresen mempunyai kuasa untuk menghalang seseorang daripada keluar negara.
#Jabatan Imigresen Malaysia #larangan perjalanan #luar negara #Tony Pua
;