Larangan bertudung bertentangan dengan Perlembagaan - Jakim
Bernama
November 15, 2017 12:45 MYT
November 15, 2017 12:45 MYT
Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau menyifatkan dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan di sesetengah rangkaian hotel di negara ini sebagai perkara tidak berasas.
Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah jelas berdasarkan status Islam di negara ini dan prinsip kebebasan dalam beragama.
"Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Asyraf Wajdi menjawab soalan Datuk Khairudin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkenaan pendirian Jakim tentang isu pemakaian tudung.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Dewan Rakyat
#Khairudin Aman Razali
#larangan pemakaian tudung
#MAH
#Persatuan Hotel-Hotel Malaysia
#rangkaian hotel
#sektor perhotelan