Langkah kerajaan Terengganu menguatkuasakan larangan berniaga di persimpangan lampu isyarat berkuat kuasa serta-merta hari ini membangkitkan reaksi pelbagai pihak.
Sejak diuar-uarkan petang tadi, orang ramai dan netizen di media sosial Facebook melontarkan pelbagai komen, positif dan negatif, terutama dalam isu keselamatan pengguna jalan raya dan penjaja.
Seorang pekerja swasta, Norizah Abd Jalil, 37, yang ditemui Bernama berkata beliau melihat tindakan kerajaan negeri itu sebagai satu langkah pencegahan yang baik sebelum terjadinya insiden tidak diingini seperti kemalangan.
"Saya pernah berdepan pengalaman mendebarkan apabila seorang penjaja jeruk mangga tiba-tiba melintas di hadapan kereta ketika lampu bertukar hijau menyebabkan saya terpaksa berhentikan kenderaan dengan mengejut.
"Nasib baiklah waktu itu kereta saya dengan kereta di belakang jaraknya agak jauh, kalau tidak kereta masuk bengkellah jawabnya," katanya.
Bagaimanapun, seorang usahawan jeruk mangga, yang popular dengan jenama 'Pelam Asam Boi Kak Tie', Helmi Haffizudin, 29, menyifatkan langkah tersebut sebagai ekstrem kerana tidak mengambil kira kepentingan peniaga dan penjaja.
Helmi berkata di sebalik larangan tersebut, kerajaan sepatutnya mengambil langkah alternatif lain seperti mewujudkan lesen khas dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk membantu usahawan jalanan menjana pendapatan mereka sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda di Terengganu."Sepatutnya kerajaan negeri turut mengambil kira suara kami sebagai pihak yang terlibat dengan 'trend' menjual dengan kaedah menjaja ini bukan hanya berbincang sesama pihak atasan semata-mata.
"Tindakan sebegini bukan sahaja mencurah pasir ke dalam periuk nasi saya, malah 10 pekerja anak muda yang turut berkongsi rezeki dari perniagaan ini," katanya.
Seorang lagi peniaga, Fahmi Reza Razak yang menjual bebola daging sos lada hitam dengan jenama 'Brehi Makang' pula berkata beliau agak terkilan dengan keputusan itu kerana tidak diberikan notis lebih awal.
"Saya baru buat pembelian tambahan stok semalam dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai larangan ini pada tengah hari tadi memang rasa terkejut dan sedih memikirkan nasib lapan pekerja yang sama-sama terlibat dalam perniagaan ini.
"Sebelum ini saya pernah memohon premis perniagaan milik kerajaan negeri di suatu tempat namun gagal, tetapi yang peliknya premis itu kekal kosong dan masih tidak dibuka sehingga sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 08 2019
Apa pula pandangan anda? - Gambar hiasan
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt.
Ungkapan ‘lembu kenyang’ punca Dewan Rakyat kecoh
Radzi menggunakan kenyatan itu bagi mengambarkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak mendengar rintihan rakyat di bawah.
SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan
SAM sedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.
Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.
Kerajaan tidak pinggir kebajikan kaum India - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum India, malah pelbagai program telah dirangka bagi membantu memajukan komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Anak makan Panadol macam gula-gula...' Aidilfitri buka lembaran baharu buat Pak Tagie sekeluarga
Derita Pak Tagie sekeluarga menemui sinar apabila anaknya yang menghidapi tumor otak akan mendapat rawatan selepas pertemuan bermakna.
Umat Islam diseru istiqamah ibadah selepas Ramadan - Sultan Pahang
Ibadah yang dilaksana dan dipertingkatkan sepanjang Ramadan lalu dharap dapat diteruskan amalannya pada bulan-bulan lain.
Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.
Kebajikan golongan miskin tegar terus terbela menerusi rebat elektrik
Pemberian rebat itu dilihat mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.