Laporan tidak berasas punca kepercayaan masyarakat terhadap media sosial menurun - Salleh
Astro Awani
Februari 24, 2016 11:36 MYT
Februari 24, 2016 11:36 MYT
Perbuatan segelintir pengguna media sosial, termasuk di media atas talian yang memuatkan maklumat yang tidak berasas serta saih punca masyarakat hilang kepercayaan terhadap maklumat berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Ramai ketika ini yang memiliki ilmu, matang dan bijak. Mereka boleh membuat perbandingan dari sumber-sumber lain.
"Akhirnya berita-berita yang ada kredibiliti saja yang mereka ikuti," katanya kepada Astro AWANI.
Menurutnya, media sosial sepatutnya dijadikan sebagai wadah untuk menjalinkan jaringan sosial dan berkongsi maklumat yang sahih dan bukan untuk disalahgunakan.
Salleh mengulas mengenai tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap media, kerajaan dan sektor niaga di negara ini rata-rata didapati semakin menurun.
Trend itu didedahkan laporan kajian Trust Barometer 2016 yang dikeluarkan syarikat konsultasi komunikasi antarabangsa, Edelman.
Menurut laporan itu, berbanding tiga institusi berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) didapati lebih dipercayai masyarakat umum.