Hasil laporan siasatan awam ke atas insiden semasa perhimpunan BERSIH 3.0 akan diberikan kepada pihak berkuasa untuk tujuan penambahbaikkan.
Pengerusi Panel Inkuiri Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata ia bagi memastikan pasukan polis tidak bertindak keterlaluan dan bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
ini kerana jelasnya hasil rumusan inkuiri itu mendapati ada peserta yang ditahan pihak polis semasa berada di dalam premis tertentu walaupun mereka telah meninggalkan kawasan perhimpunan.
Bagaimanapun jelasnya peserta dan penguatkuasa perlu menghormati hak masing-masing.
“Peserta perlu menghormati undang-undang dan perlu menghormati kenyataan bahawa pihak polis juga mempunyai peranan dalam mengekalkan keamanan,” katanya
“Anda berhak untuk bersuara dan berhimpun tetapi ia perlu seimbang,” katanya dalam sidang media selepas membacakan hasil siastan inkuiri berkenaan.
Inkuiri itu mendapati pihak polis telah melanggar beberapa hak asasi manusia termasuk soal berhubungan penahanan peserta perhimpunan, kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Tambah Lake Tee siasatan turut mendapati penggunaan bahasa dalam garis panduan disediakan penganjur perhimpunan boleh menggalakkan peserta untuk menyalahi undang-undang.
Dalam masa sama Lake Tee berkata hasil siasatan awam itu mungkin berbeza sekiranya pihak polis memberi kerjasama penuh.
“Ada kemungkinan jika pihak polis memberikan saksi yang boleh menjawab segala pertuduhan hasil siasatan awam mungkin berbeza dan amat sukar bagi kami untuk menekankan hasil siasatan adalah berdasarkan keterangan yang diberi.,” katanya
Sepanjang inkuiri, panel yang terdiri daripada 3 ahli suruhanjaya telah memanggil 49 saksi terdiri daripada orang awam, pengamal media, polis dan pakar.
Inkuiri yang berlangsung sepanjang 29 hari itu bertujuan mengenalpasti sebarang pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan BERSIH 3.0.
Hakim Rahman
Wed Apr 17 2013
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Ah Ma House gamit nostalgia pengunjung
Diinspirasi daripada rumah nenek Ng, Ah Ma House bukan setakat kedai biasa menjual barangan klasik dan makanan ringan popular era 80-90an.
PM Anwar ke Korea untuk lawatan rasmi
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza penghinaan terhadap kemanusiaan - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel.
AWANI Pagi: Perubahan Iklim: Cerita Pesawah Pendang di COP29
Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang berada di Baku, Azerbaijan yang sempat menemubual beberapa pesawah Malaysia yang mengikuti COP29.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Bekas PM Australia kecewa, seru negara keluar dari ICC
Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyeru agar Australia menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung tuduhan berkaitan Bersih 3.0
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.
Ambiga: Polis harus bertindak terhadap laporan Bersih 3.0
"Pihak polis sepatutnya bertindak mengenai laporan yang dibuat oleh Suhakam dan tindakan mengikut prosedur (SOP) disiarkan supaya orang awam tahu mengenai prosedur mereka."
Perbicaraan kes Bersih ditetapkan 15 -18 Julai
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 15 hingga 18 Julai sebagai tarikh perbicaraan saman kerajaan terhadap pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga dan 14 yang lain berhubung perhimpunan Bersih 3.
Permohonan Anwar diketahui 18 Jan
Tarikh itu ditetapkan selepas makhamah mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed dan peguam Karpal Singh.