Laporan PAC: KKM akan tambah baik proses perolehan - Dr Zaliha

Ridauddin Daud
November 2, 2023 14:17 MYT
Dr Zaliha ketika mengulas laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, KKM akan sentiasa memberi kerjasama kepada jawatankuasa itu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan setiap proses perolehan, termasuk ketika darurat atau kecemasan, dilakukan dengan lebih cekap dan mengikut prosedur.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika mengulas laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, KKM akan sentiasa memberi kerjasama kepada jawatankuasa itu.
Menurutnya, kementerian juga akan menerima syor daripada PAC terutamanya bagi menambah baik pengurusan melibatkan kementeriannya.
“KKM telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memberi jawapan dan apa-apa saja maklumat dikeluarkan PAC.
“Segala syor diberikan PAC, juga kita mengambil maklum dan akan beri tindakan sewajarnya dan beri penambahbaikan pada masa depan terutamanya proses perolehan.
“Saya yakin kita akan ambil pendekatan lebih tegas, dan lebih cekap dari segi perolehan. Walaupun ia di waktu darurat, di waktu kecemasan, ia perlu mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.
#KKM #Zaliha Mustafa #PAC #perolehan
;