Laporan akhir tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 setebal 449 muka surat yang dikeluarkan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa Malaysia (ICAO) Annex 13 pada Isnin, masih jauh daripada memberi jawapan yang ditunggu-tunggu masyarakat dunia sejak sekian lama, iaitu apakah yang berlaku di dalam pesawat berkenaan serta di manakah tempatnya bersemadi.
Malah, laporan itu merumuskan bahawa pasukan penyiasat tidak dapat memastikan punca sebenar kehilangan MH370 kerana ia tidak memperoleh maklumat daripada bangkai pesawat berkenaan, maklumat yang direkodkan Alat Perakam Data Penerbangan, Alat Perakam Suara Kokpit dan peranti rakaman lain pada pesawat itu kerana semuanya tidak ditemukan.
Kisah MH370 terpahat dalam sejarah penerbangan sebagai kejadian paling aneh iaitu bagaimana sebuah pesawat Boeing 777 yang membawa 239 orang hilang dalam keadaan cukup misteri, yang langsung tidak dapat dijelaskan pakar penerbangan dan ahli teori konspirasi.
Walaupun pencarian secara besar-besaran melibatkan pasukan daripada pelbagai negara yang diselaraskan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia telah dilakukan, yang pada mulanya meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi dan seterusnya oleh syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity, meliputi kawasan seluas 112,000 kilometer persegi tahun ini, namun tempat sebenar bersemadinya MH370, terus menjadi tanda tanya hingga kini.
BACA: Kehilangan MH370: Mungkin ada campur tangan pihak ketiga - Pasukan Penyiasat
Satu-satunya perkara yang mengesahkan bahawa Lautan Hindi yang luas terbentang itu menjadi tempat berakhirnya penerbangan pesawat berkenaan ialah penemuan sebahagian daripada sayap (Flaperon) MH370 dan serpihan daripada bahagian penutup enjinnya serta beberapa cebisan lain di pantai Mauritius, pulau Reunion di Lautan Hindi yang menjadi wilayah Perancis, Mozambique, Tanzania dan Afrika Selatan.
Pada 8 Mac 2014, MH370, yang dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur, melencong daripada laluan asalnya ketika pemantauan pergerakan pesawat itu akan diserahkan kepada pengawasan Kawalan Trafik Udara Vietnam (ATC) di ruang udara Laut China Selatan. Apakah yang mendorong Kapten Zaharie Ahmad Shah atau sesiapa juga yang berada di dalam MH370 bertindak mematah balik pesawat itu dan melencong ke Laut China Selatan, tanpa memaklumkan sebab atau masalah yang dihadapinya kepada ATC, terus tidak dijelaskan dalam laporan itu.
Sebahagian besar laporan berkenaan menyatakan perkara yang sudah dilaporkan sebelum ini, kecuali ia memberi butiran lebih terperinci serta menceritakan tentang siasatan secara panjang lebar yang dilakukan dari segenap sudut.
BACA: MH370: Tiada petunjuk baharu dalam laporan, waris penumpang kecewa
Para penyiasat meneliti semua keterangan serta bukti yang dikemukakan kepada mereka dan malah melakonkan semula tindakan pesawat berkenaan berpatah balik ketika berada di ruang udara Laut China Selatan dengan mengunakan simulator penerbangan, dengan jelas menunjukkan bahawa perbuatan itu hanya boleh dilakukan melalui input manual, bukan secara autopilot.
Laporan itu juga menegaskan bahawa dua barangan kargo iaitu bateri lithium ion dan manggis yang dibawa MH370, dibungkus dan dimuatkan mengikut prosedur operasi standard. Barangan serupa diangkut penerbangan berjadual Malaysia Airlines sebelum dan selepas kejadian itu, tanpa menimbulkan sebarang isu. Ujian juga mendapati adalah amat tidak mungkin apabila pati manggis bersentuhan dengan bateri jenis itu akan menyebabkan berlaku kebakaran.
Para penyiasat turut menyatakan bahawa Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATSC) dan Pusat Kawalan Kawasan Ho Chin Minh (HCM ACC) gagal membuat pengesanan sewajarnya apabila kejadian berkenaan mula berlaku. HCM ACC gagal memaklumkan kepada KL ATSC bahawa komunikasi dua hala tidak dapat dibuat dengan MH370 dalam tempoh lima minit anggaran waktu pemindahan, manakala KL ATSC bergantung pada kedudukan pesawat itu seperti yang dimaklumkan syarikat penerbangan berkenaan.
Dalam tempoh itu, MH370 hilang daripada imbasan radar yang dapat dilihat KL ATSC dan penyiasat juga mendapati dalam masa satu minit transmisi terakhir daripada pesawat itu "Good night Malaysian three seven zero" yang dibuat Kapten Zaharie, MH370 telah hilang daripada paparan Secondary Surveillance Radar (SSR).
Para pengawal trafik udara dari kedua-dua pihak juga tidak mematuhi sepenuhnya prosedur ATC yang ditetapkan dalam memulakan fasa kecemasan standard.
Menurut laporan itu, para penyiasat juga tidak dapat menolak sepenuhnya bahawa sebuah pesawat atau kegagalan fungsi sistem menjadi punca hilangnya komunikasi dengan pesawat berkenaan dan berdasarkan keterangan terhad yang ada, mereka berpendapat perkara itu lebih berkemungkinan berlaku akibat sistemnya ditutup secara manual atau berlaku gangguan kuasa atau ditambah pula dengan kemungkinan frekuensi VHF dan HF tidak digunakan, sama ada secara sengaja atau sebaliknya.
Perubahan yang direkodkan tentang laluan penerbangan pesawat itu yang mengikut titik laluan khusus IGARI, tindakannya berpatah balik merentasi Semenanjung Malaysia, membelok ke selatan Pulau Pinang menuju ke arah barat laut dan kemudian membelok ke arah Laut China Selatan, sukar untuk dikaitkan dengan sebarang kegagalan sistem pesawat secara khusus. Lebih berkemungkinan, pergerakan itu berpunca daripada sistemnya telah dimanipulasi, kata laporan itu.
Penyiasat juga mendapati, dalam pemeriksaan yang dilakukan terhadap latar belakang kapten dan pembantu jurutebang, tidak terdapat petanda tentang bahaya yang boleh menyokong teori bahawa juruterbangnya membunuh diri atau mempunyai tingkah laku tidak normal.
Berikutan penemuan oleh pasukan penyiasat itu, beberapa syor berkaitan keselamatan dikemukakan, termasuk menyemak semula prosedur penyelarasan sedia ada/menggubal prosedur baharu antara KL ATSC dan Pusat Kawalan Trafik Udara Bersama (JATCC), pengawal trafik udara diberi latihan ulang kaji dan kru penerbangan melaporkan kepada Operasi Penerbangan MAB sebarang penyakit serius yang boleh menyebabkan timbulnya ketidakmampuan dari segi perubatan.
Pada sidang akhbar selepas laporan itu dikeluarkan, ketua pasukan penyiasat, Datuk Kok Soo Chon berkata pasukan berkenaan tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan MH370 dan ia hanya dapat memberi jawapan yang tidak dapat dipertikaikan sekiranya bangkai pesawat berkenaan ditemukan.
Para waris yang berharap untuk mendapatkan jawapan muktamad tentang teka-teki berkaitan kehilangan MH370 dan dunia seluruhnya, mungkin tiada pilihan selain menerima hakikat bahawa MH370 adalah antara misteri paling besar yang pernah disaksikan dunia. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 30 2018
Laporan terakhir MH370 yang dibentangkan kepada orang ramai pada Isnin. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
ATSB sedang menyemak dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mengatakan mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh
Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara
Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.