Laporan mengenai susu tiruan dijangka siap Januari - Kementerian Kesihatan

Raffi Bachik
Disember 21, 2017 06:34 MYT
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan terperinci berkaitan rantaian bekalan logistk susu berkenaan dan dari mana ia datang itu penting bagi memastikan perkara itu tidak berulang. foto - Astro AWANI/Shahir Omar
Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengesan punca kewujudan sumber susu formula bayi yang disyaki tiruan di Johor baru-baru ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan terperinci berkaitan rantaian bekalan logistik susu berkenaan dan dari mana ia datang itu penting bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
"Keputusan laporan kimia tentang isi kandungan susu yang dirampas itu akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi," katanya.
Selain itu, beliau juga menasihatkan ibu bapa untuk segera membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah selepas pengambilan susu.
Pada 10 Disember lepas, KPDNKK telah merampas 210 kotak susu formula bayi yang disyaki tiruan dalam lima serbuan sekitar Johor Bahru.
#Dr S Subramaniam #Johor #Johor Bahru #Kementerian Kesihatan #KPDNKK #susu #susu tiruan
;