GEORGE TOWN: Laporan lengkap kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 yang terbakar minggu lepas telah siap sepenuhnya dan dihantar kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata pihaknya juga telah mengenal pasti punca sebenar kejadian kebakaran kabel itu namun menyerahkan kepada TNB untuk mendedahkan perkara tersebut.
"Laporan kebakaran itu telah siap sepenuhnya dan hasil ujian makmal yang dijalankan juga mendapati kejadian tersebut tiada unsur khianat namun saya tidak boleh mendedahkan punca sebenar kejadian...biarlah pihak TNB yang maklumkan (punca kebakaran)," katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Jalan Perak, di sini hari ini.
BACA: Kabel elektrik bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar
Kabel elektrik 132kV dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 itu, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 4 petang pada 22 Feb lepas sehingga menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua hala jambatan berkenaan.
Pihak bomba bersama Pasukan Tindakan Kecemasan Jambatan Pulau Pinang terpaksa menggunakan bot ke lokasi kebakaran untuk memadam api dari bawah berikutan ia melibatkan kabel elektrik di bawah jambatan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

Kabel elektrik 132kV dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.2 itu, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 4 petang pada 22 Feb lepas. - Gambar fail/JBPM
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

PLUS jamin Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan
PLUS Malaysia Berhad memberi jaminan struktur keseluruhan Jambatan Pulau Pinang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan susulan kebakaran kabel milik TNB.