Kementerian Kerja Raya belum menerima laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan oleh kerajaan Pulau Pinang 18 bulan yang lepas, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada mulanya berjanji untuk menyerahkan laporan itu akhir tahun lalu tetapi atas permintaan Lim, ia kemudian ditunda kepada enam bulan lagi selepas kementerian sekali lagi bertanya mengenai laporan tersebut pada Mac tahun ini.
Beliau berkata Lim memberi alasan bahawa kajian mengenai projek itu masih hanya 87 peratus dan akan mengemukakan laporan tersebut apabila kajian selesai.
"Sekali lagi tarikh akhir itu telah berlalu dan sehingga hari ini, kita belum menerima satu halaman pun laporan berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Bernama.
Fadillah berkata penangguhan itu sangat luar biasa kerana projek tersebut telah ditawarkan pada April 2013.
"Laporan kajian kebolehlaksaan projek terowong yang melibatkan kos RM305 juta belum siap walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta telahpun dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang," kata beliau.
Beliau berkata kementerian telah meminta laporan itu sejak April tahun lalu selepas Lim dalam surat kepada beliau meminta untuk menukar pembinaan terowong kepada jambatan.
"Saya memberitahu Lim bahawa kementerian tidak boleh memberi kelulusan berdasarkan surat dua muka surat dan meminta mereka menghantar kajian kebolehlaksanaan dan reka bentukmengenai ketiga-tiga jalan dan terowong yang melibatkan RM305 juta untuk kos perundingan sahaja," kata beliau.
Fadillah berkata kementerian amat berminat dan ingin melihat laporan tersebut yang kos bagi kajiannya adalah terlalu mahal berdasarkan pengalaman kementerian.
Beliau berkata, awal tahun ini, Lembaga Jurutera telah membuat pengiraan bahawa harganya adalah 400 peratus lebih tinggi daripada harga yang diwartakan.
Fadillah membidas kerajaan negeri bahawa jika situasi yang sama berlaku pada projek-projek kerajaan Persekutuan, kerajaan sudah tentu dikritik hebat oleh pembangkang dengan dakwaan berlaku amalan rasuah atau kronisme.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2017
FADILLAH: Kementerian amat berminat dan ingin melihat laporan tersebut yang kos bagi kajiannya adalah terlalu mahal berdasarkan pengalaman kementerian.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Kerajaan jalankan penyelidikan impak kehadiran mikroplastik terhadap kualiti air - Fadillah
Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu terhadap kualiti air.
Syarikat perladangan disaran wujud rangka kerja mampan sokong agenda ESG - TPM Fadillah
Beliau juga mengingatkan agar semua organisasi dalam negara, untuk turut sama memberi komitmen membangunkan rangka kerja berkenaan.
15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.