MELAKA: Laporan mengenai tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember lalu sudah siap, namun belum dapat dibentangkan kepada Jemaah Menteri kerana masih menunggu ulasan dari kerajaan negeri Selangor.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu perlu kerana lokasi tersebut merupakan kategori jalan kerajaan negeri itu dan laporan serta ulasan dari agensi terbabit dari Selangor diperlukan.
"Di peringkat JKR, kita sudah buat kerja dan dimajukan laporan kepada kepada agensi lain. Jadi saya berharap ulasan ini (dari kerajaan negeri Selangor) dapat diperolehi segera, bagi dihantar ke Mesyuarat Jemaah Menteri.
"Untuk bila akan diperolehi laporan itu dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, ia bergantung kepada agensi dan kementerian yang terlibat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2023 di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool dan Pengarah JKR Melaka Datuk Ir Ismail Abd Rahman.
Nanta sebelum ini dilaporkan menyatakan laporan tragedi yang berlaku pada kira-kira 2.30 pagi 16 Dis lalu, dijangka diperoleh pada akhir bulan Jun sebelum ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri, bagi membolehkan semua pihak terbabit mengambil tindakan selanjutnya.
Tragedi itu membabitkan 92 mangsa dengan 31 terkorban manakala 61 terselamat, ketika semua mangsa berada di sebuah tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di Jalan Genting, Batang Kali, Selangor.
Terdahulu persidangan yang bermula selama tiga hari bermula hari ini, melibatkan penyertaan 420 pegawai kanan JKR yang terdiri daripada pengarah cawangan dan negeri, jurutera daerah, pegawai kanan dan pegawai kader dari seluruh negara.
Pada persidangan itu juga, turut disampaikan Anugerah Kontraktor Cemerlang kepada kontraktor yang berjaya melaksanakan projek JKR, serta Anugerah Inovasi JKR Malaysia, serta menandatangani Dokumen Projek Kerjasama antara JKR dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Petroleum Nasional Berhad (Petronas) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
"Kita harap perjanjian ini akan meningkatkan penggunaan teknologi yang boleh menggurangkan kos atau sekurang-kurangnya memanjangkan usia jalan raya yang dibina.
"Dalam masa yang sama juga, kita akan melihat peluang kerjasama antara warga kerja jabatan dan penyelidik tempatan dengan pengiat industri, bagi usaha pertukaran teknologi dan menyemarak pembangunan intelektual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Alexander Nanta Linggi (tengah) semasa mengadakan lawatan ke ruang pameran sempena Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya hari ini. -Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.
NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.
PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.
Nanta luah rasa simpati kepada penduduk terkesan banjir di Kapit
Nanta meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok, Amang Ulu yang terkesan teruk akibat bencana banjir pagi ini.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.