Laporan forensik lif terhempas diumum minggu depan

Bernama
Ogos 16, 2019 06:00 MYT
Seramai lapan mangsa mengalami kecederaan selepas lif PPR Kerinci terhempas dari tingkat lima bangunan itu dalam kejadian pada 2 Ogos lalu. Gambar fail
Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lepas akan diumumkan minggu depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
"Saya dijanjikan (laporan itu) 16 Ogos diserahkan kepada DBKL, tetapi setakat ini belum sampai kepada saya lagi, mungkin sudah sampai kepada Datuk Bandar (Kuala Lumpur)," katanya ketika ditemui pemberita pada kempen kibar Jalur Gemilang bersama golongan asnaf anjuran Restoran D'Tandoor, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian pada 2 Ogos itu, lapan cedera apabila lif yang mereka naiki terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi.
BACA: Lif terhempas PPR Kerinchi: Audit keselamatan, penyelenggaraan perlu dibuat
BACA: Lif PPR Kerinchi tidak terhempas, sebaliknya... - JKKP
Khalid turut mencadangkan agar Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau persatuan penduduk terlibat dalam memantau proses penyelenggaraan lif susulan kejadian lif terhempas itu bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan kerja penyelenggaraan.
-- BERNAMA
#DBKL #forensik #Khalid Abdul Samad #Kuala Lumpur #laporan #lif terhempas #persatuan penduduk #PPR Kerinchi #siasatan
;