Laporan awal DNA mayat yang ditemui di Pulau Tioman dijangka diketahui esok
Astro Awani
Jun 6, 2014 14:30 MYT
Jun 6, 2014 14:30 MYT
Pihak polis memaklumkan bahawa laporan awal DNA mayat yang ditemui pada Rabu di Pulau Tioman dijangka akan diketahui esok.
Ujian DNA masih lagi berjalan dan setakat ini tiada keputusan mengenainya dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Astro AWANI sebelum ini tersalah lapor mengenai keputusan DNA tersebut.
Sampel ujian DNA mayat akan disepadankan dengan sampel ibu kepada lelaki British yang hilang sejak 27 Mei lalu, Gareth David Huntley, sebelum apa-apa pengesahan dibuat.
Janet Southwell tiba di Kuantan pada jam 11 pagi dari Pulau Tioman dengan menaiki helikopter bersama teman wanita anaknya, Kit Natariga serta wakil dari Suruhanjaya Tinggi Britain, Karen Song.