Laporan Audit: SPRM akan ambil tindakan

Hakim Rahman
Julai 16, 2019 19:51 MYT
SPRM akan menyiasat projek-projek yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 1. - Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap projek-projek yang dibangkitkan dalam analisa Laporan Ketua Audit Negara Siri 1.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat penuh berhubung laporan itu sebelum mengambil tindakan.
“Selepas mendapat taklimat daripada Jabatan Audit, kami akan memberikan fokus terhadap kes-kes yang mempunyai isu, dari situ kami akan mengambil tindakan,” katanya kepada Astro AWANI.
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 antara lain mendapat sebanyak sembilan Kontrak Perkhidmatan Perunding berjumlah RM9.18 juta serta satu Kontrak Pembersihan dan Pencucian Bangunan bernilai RM3.46 juta bagi Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai yang tidak diberi kuasa.
Kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
BACA: Jabatan Audit kesan lima kes libatkan ketirisan RM1.76 bilion
BACA: Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 juga mendapati berlaku ketidakcekapan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menguruskan pemulangan semula benih nanas MD2 oleh usahawan kontrak menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM3.71 juta.
#Ketua Pesuruhjaya SPRM #Kolej PERMATApintar #laporan audit #Laporan Ketua Audit Negara #Latheefa Beebi Koya #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;