Laporan audit LTAT didedahkan pada Julai - Mohamad Sabu

Ridzal Abdullah
Mei 6, 2019 08:11 MYT
Mohamad Sabu menyampaikan ceramahnya sewaktu menghadiri ceramah umum sempena PRK Sandakan pada PPR Taman Mesra malam tadi. - BERNAMA
Laporan audit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mungkin hanya akan dapat didedahkan pada Julai nanti.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, ia mengambil masa dan pendedahannya terpaksa dilewatkan.
Terdahulu, laporan audit LTAT mencetus kontroversi selepas didapati ia mengalami kerugian dan bukannya keuntungan seperti yang diumumkan sebelum ini.
Laporan awal mendapati ia mengalami kerugian lebih RM31 juta sedangkan sebelum ini ia diumumkan memiliki keuntungan lebih RM259 juta.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata, beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi pesara tentera.
"Kalau boleh saya nak usahakan peruntukan tambahan pada tahun ini juga…harap ditambah lagi untuk kebajikan bekas-bekas perajurit ini," katanya dalam sidang media selepas menyertai Ceramah Umum sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, di Taman Mesra, dekat sini, pada Ahad.
Tambahnya, sebelum ini, kira-kira RM80 juta peruntukan untuk kebajikan pesara tentera sudah diumumkan.
#laporan audit #Lembaga Tabung Angkatan Tentera #LTAT #Mohamad Sabu #pesara tentera
;