PUTRAJAYA: Laporkan penyalahgunaan kuasa, penipuan atau rasuah berserta bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya hanya membuat tuduhan di media sosial, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Kamaruddin M Ripin.
Beliau berkata, mana-mana individu yang membuat laporan bukan sahaja membantu SPRM menjalankan siasatan, malah, mereka juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
"SPRM menyeru orang ramai untuk tampil dengan bukti yang berkualiti dan bukan dengan membuat tuduhan tanpa bukti yang berasas di media sosial. Tanpa bukti, setiap tuduhan adalah tidak berasas di mahkamah malah merugikan masa dan membabitkan kos.
"Mereka dinasihatkan tampil dengan bukti seperti siapa yang terbabit, bila dan di mana kejadian rasuah itu berlaku, kenapa ia dilakukan, bagaimana transaksi rasuah itu dilakukan selain siapa yang boleh membantu bagi mendapatkan maklumat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, SPRM menyediakan pelbagai kaedah bagi memudahkan orang ramai membuat laporan antaranya melalui portaladuan.sprm.gov.my, aplikasi MACC Mobile, talian bebas tol 1-800-88-6000 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat SPRM berdekatan.
Menurutnya, terdapat 16 pejabat SPRM negeri selain 21 pejabat cawangan SPRM di seluruh negara yang sedia membantu pemberi maklumat bagi menyiasat pelaku rasuah sebelum dibawa ke muka pengadilan.
Kamaruddin turut menegaskan bahawa SPRM tidak berkompromi dalam menjalankan siasatan malah tiada istilah penguatkuasaan hanya membabitkan golongan bawahan atau golongan atasan akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
Berkongsi statistik tangkapan mulai Januari hingga Jun tahun ini yang membabitkan 509 individu, menurutnya 51 peratus atau 260 tangkapan membabitkan orang awam manakala 49 peratus atau 249 tangkapan membabitkan penjawat awam.
Tangkapan bagi penjawat awam itu membabitkan 169 tangkapan daripada Kumpulan Sokongan, 74 tangkapan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta enam daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, katanya.
"Daripada statistik ini, dapat dilihat tidak kira daripada kelas pekerjaan mana sekalipun, penguatkuasaan tetap dijalankan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
SPRM seru orang ramai untuk tampil dengan bukti yang berkualiti dan bukan dengan membuat tuduhan tanpa bukti yang berasas di media sosial. - Gambar fail
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.
Rasuah: Bekas Ketua Penolong Setiausaha JKM Melaka direman lima hari
Suspek yang masih lagi dalam perkhidmatan ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 4.50 petang pada Isnin.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.