[INFOGRAFIK] Kronologi tanah runtuh Batang Kali
Kerajaan serah sumbangan RM80,000 kepada dua keluarga mangsa tanah runtuh
Kerajaan menyerahkan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada dua keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Selangor semalam.
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin kepada Lai Hua Kiong, 54, dan Tai Seng Fui, 63, di Kampung Machap Baru di sini semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR tinggalkan kesan mendalam kepada anggota penyelamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini yang berakhir hari ini, meninggalkan kesan mendalam kepada anggota-anggota penyelamat.
Ketua Zon Hulu Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ahmadi Muhamad Hasan berkata selain fizikal, emosi anggota juga terkesan sepanjang sembilan hari operasi SAR berlangsung.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Terima kasih kepada semua' - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm sejak lebih seminggu lalu yang berakhir pada Ahad.
Beliau menyatakan penghargaan berkenaan menerusi hantaran di Facebook semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Identiti mayat mangsa terakhir disahkan - Nadma
Identiti mayat mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang ditemukan semalam sudah dikenal pasti.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini, korban ke-31 tragedi tanah runtuh itu dikenali sebagai Eng Shao Qi, merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun
BERITA PENUH DI SINI
'Tolong cari anak saya...' - Anggota SAR akui masih terbayang suasana operasi
Anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, 16 Disember lalu, mengakui masih terbayang-bayang mendengar rayuan mangsa dan waris, walaupun selepas operasi itu sudah tamat.
Ketua Zon 6 Hulu Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmadi Muhamad Hasan, 42, berkata mangsa dan waris yang terselamat dalam kejadian itu, merayu pasukan SAR menyelamatkan anak dan ahli keluarga yang terperangkap dalam runtuhan.
BERITA PENUH DI SINI
Semak segera garis panduan aktiviti riadah - Acryl Sani
Pihak berkaitan diarah agar segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah-langkah sewajarnya perlu dijalankan bagi mengekang kejadian seperti tanah runtuh di Batang Kali berulang.
BERITA PENUH DI SINI
'Tuhan masih berpihak kepada kita'
Faktor cuaca dan bentuk muka bumi menjadi cabaran paling besar kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat mengesan mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun mengakui, halangan berkenaan dapat diatasi dengan kerjasama erat pelbagai agensi SAR yang terlibat.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR ditamatkan jam 12 tengah hari
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini ditamatkan secara rasmi pada jam 12 tengah hari ini.
Bagaimanapun, kerja-kerja melibatkan urusan teknikal masih dijalankan oleh jabatan dan agensi berkaitan di lokasi berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
SAR tamat secara rasmi jam 12 tengah hari - Acryl Sani
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang kali ditamatkan secara rasmi pada jam 12 tengah hari Ahad - Ketua Polis Negara @501Awani pic.twitter.com/QOHPsSAUp9
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 25, 2022
Taklimat oleh Ketua Polis Negara kepada anggota SAR
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberikan taklimat kepada pasukan SAR daripada pelbagai agensi #TragediBatangKali @501Awani pic.twitter.com/gWfIqxYpmG
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 25, 2022
Operasi SAR hari ini untuk siasatan, kerja-kerja pembersihan
Operasi SAR #TragediBatangKali kali memasuki hari ke-10 hari ini. Walaupun mayat terakhir telah ditemui petang semalam, operasi SAR hari ini dijalankan untuk siasatan dan pembersihan di lokasi kejadian @501Awani pic.twitter.com/fi0xJ1s4B3
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 25, 2022
Mayat terakhir dibawa ke HSB untuk bedah siasat
Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm yang ditemukan di dalam beg tidur di sektor A (hillview) dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tujuh hingga 12 tahun itu tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 6.15 menaiki trak polis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jalan Batang Kali - Genting diperbesarkan, dibuka semula bulan hadapan
Jalan Batang Kali-Genting yang ditutup akibat bencana tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor akan diperbesarkan dan dibuka semula pada awal atau pertengahan bulan hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut ialah hasil perjumpaannya dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, masih diteruskan walaupun mayat terakhir berjaya ditemukan hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah, operasi SAR digerakkan bagi tujuan ‘flushing' atau pembersihan dan siasatan di lokasi kejadian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat terakhir dalam 'sleeping bag', masih sempurna
Penemuan ‘sleeping bag’ menoktahkan pencarian mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, di sini, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan terdapat ‘sleeping bag’ di sektor A (Hillview) pada pukul 4.53 petang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa terakhir dijumpai
Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, ditemukan sebentar tadi.
Mayat ke-31 itu yang dipercayai kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5 petang dari kawasan kejadian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Anggota SAR pengsan
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali dilaporkan pengsan.
Individu terbabit dari APM Sabak Bernam dipercayai keletihan susulan cuaca panas semasa operasi SAR yang memasuki hari kesembilan, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi hari ke-9 bersambung dalam cuaca baik
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini bersambung dalam keadaan cuaca yang baik.
Operasi SAR yang ditangguhkan pada jam 11 malam tadi diteruskan semula pada jam 8 pagi ini yang kini memasuki hari kesembilan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR masuk hari kesembilan
Operasi SAR yang memasuki hari kesembilan diteruskan 8 pagi ini untuk kesan mangsa terakhir tanah runtuh Batang.#BatangKali #TragediBatangKali pic.twitter.com/r9yfI7rtvg
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 24, 2022
Hanya ucapan terima kasih mampu diungkap - Bapa mangsa
Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan oleh Tai Seng Fui, 63, apabila empat ahli keluarganya berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Sebagai ayah kepada Tan Chang Lin, 35, beliau berkata dirinya masih dalam proses menerima hakikat kehilangan anak lelaki, menantu serta dua cucunya sekelip mata, selepas menjadi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang berlaku pada Jumaat lepas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SAR ditangguhkan, bersambung 8 pagi Sabtu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini, ditangguhkan 11 malam ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan kepada Bernama, walaupun cuaca baik, operasi ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan dan akan bersambung 8 pagi esok (Sabtu).
BERITA PENUH DI SINI
Identiti 30 mangsa tragedi dikenal pasti
Identiti kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali, pada 16 Dis lepas telah dikenal pasti.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kombinasi empat kaedah digunakan bagi mengenal pasti mangsa iaitu padanan asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, gigi dan pengecaman oleh waris termasuk pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi pencarian diteruskan di Sektor A malam ini
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini diteruskan pada Jumaat malam selepas cuaca kembali pulih.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati anggota petugas telah bersiap sedia untuk meneruskan operasi yang ditangguhkan sejak jam 5.30 petang akibat hujan lebat.
BERITA PENUH DI SINI
Proses bedah siasat empat mangsa selesai - Polis
Proses bedah siasat melibatkan empat mangsa korban tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang ditemui semalam, telah selesai.
Ketua Polis Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat kempat-empat mangsa insiden berkenaan juga telah dituntut waris.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR ditangguh atas faktor cuaca
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor ditangguhkan atas faktor cuaca.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, usaha pencarian terpaksa ditangguhkan disebabkan hujan lebat pada petang Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Bomba keluarkan plot lokasi 30 mangsa ditemui
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan plot lokasi 30 mangsa yang ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Kawasan penggalian melebihi 70 peratus - Bomba
Purata kawasan penggalian di lokasi runtuhan di semua sektor bagi mengesan mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini telah melebihi 70 peratus.
Jelas Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Hafisham Mohd Noor tumpuan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini adalah di sektor C lokasi pencarian.
BERITA PENUH DI SINI
Keadaan cuaca baik di sebelah petang, beri kelebihan pasukan SAR
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor dijangka berjalan lancar, susulan keadaan cuaca yang baik pada petang Jumaat.
Ia berbeza dengan situasi dua hari lalu apabila hujan lebat merencatkan operasi mencari baki mangsa yang masih hilang.
BERITA PENUH DI SINI
Empat mayat 'bergulung' dengan khemah dituntut keluarga
Empat mayat mangsa tanah runtuh yang ditemukan dalam satu khemah dipercayai daripada sebuah keluarga di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada Khamis telah dituntut keluarga mereka pagi tadi.
Kesemua mayat itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menggunakan kenderaan berasingan pada pukul 11.23 pagi untuk dibawa ke Melaka untuk upacara keagamaan.
BERITA PENUH DI SINI
Laungan azan ikhtiar jejaki mangsa terakhir
Memasuki hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, sekali lagi laungan azan berkumandang sebagai ikhtiar menjejak kedudukan seorang lagi mangsa.
Anggota pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pbt Muhammad Asyraf Ghazali melaungkan azan sebelum memulakan operasi pagi tadi, sebelum bacaan doa yang diaminkan oleh anggota bomba dan pasukan penyelamat yang lain.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Usaha cari mangsa terakhir diteruskan pagi ini
Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dimulakan pasukan penyelamat kira-kira 8 pagi ini, dibantu aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan.
Cuaca di lokasi pencarian pagi ini cerah berbanding hujan semalam sehingga menyebabkan operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR ditangguh, bersambung 8 pagi Jumaat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditangguhkan kira-kira 8 malam ini ekoran hujan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata operasi akan bersambung pada 8 pagi esok namun bergantung kepada cuaca.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sidang media Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed
Jumlah sebenar mangsa kejadian 92 orang, bukan 94 - Polis
Jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat lalu adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
Menurut Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berlaku kekeliruan mengenai jumlah mangsa pada awalnya dan setelah beberapa semakan dibuat pihaknya berpuas hati bahawa jumlah sebenar adalah 92 orang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PGA, ATM guna kaedah 'sweeping' dari Sungai Kedondong sehingga Sektor C
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang susulan tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini memasuki hari ketujuh.
Usaha pencarian kini tertumpu di sekitar Sektor C dan A yang dipercayai lokasi baki mangsa yang masih belum ditemui.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Walaupun baru keluar hospital, Norazam sudah ke lokasi
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar ringan pada Isnin, dilihat berada di lokasi tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada petang Khamis.
Norazam ketika ditemui memaklumkan, beliau berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hujan lebat, unit pengesan anjing K-9 keluar dari lokasi pencarian
Cuaca hujan lebat dan tanah lembut menjadi faktor utama yang dipercayai menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh.
Kesemua tujuh anjing pengesan, empat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), dua daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seekor daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat keluar daripada lokasi kejadian sekitar jam 2.15 petang Khamis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa ke-26 berpelukan dengan anjing, disahkan Uncle Eric - Polis
Mangsa ke-26 yang ditemui di sektor B dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm disahkan Eric Wong Chai Chong atau lebih dikenali panggilan Uncle Eric.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media di lokasi kejadian pada Khamis.
Operasi SAR diteruskan, hujan diramal petang ini
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terhadap tiga lagi mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Hulu Selangor diteruskan pada jam 8 pagi Khamis.
Setakat ini, operasi melibatkan 128 anggota pelbagai agensi, dibantu 11 jengkaut tanah dan tujuh anjing pengesan K9.
Pasukan SAR temui kesan perkhemahan sebelum jumpa mayat mangsa - Bomba
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesan perkhemahan di Sektor C sebelum empat mayat mangsa dijumpai.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, pasukan SAR menemui tanda-tanda berkenaan kira-kira jam 10.43 pagi.
BERITA PENUH DI SINI
Empat mayat ditemui di Sektor C, tiga lagi mangsa masih tertimbus
Empat mayat ditemui di Sektor C sekitar Riverside pagi ini, melibatkan seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, seorang lelaki dewasa dan seorang wanita.
Ia menjadikan angka korban meningkat kepada 30. Tiga lagi masih hilang.
BERITA PENUH DI SINI
Petugas SAR temui empat lagi mayat yang tertimbus - NADMA
TERKINI:
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 22, 2022
22/12/22 Pagi ini para petugas SAR telah berjaya menemui 4 lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm pic.twitter.com/W1qYv5sg0T
Empat mangsa korban tanah runtuh ditemui di Sektor C - Bomba
Mayat ke-27 ditemukan
Polis mengesahkan bahawa mayat ke-27 mangsa insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm ditemukan pada jam 10.30 pagi ini.
Operasi mencari tujuh lagi mangsa diteruskan
Operasi SAR tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm diteruskan hari ini.
Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.
BERITA PENUH DI SINI
Dokumentari oleh JMG Malaysia
— JMG Malaysia (@jmgmalaysia) December 22, 2022
Operasi SAR hari ketujuh disambung jam 8 pagi ini
Garis panduan baharu aktiviti perkhemahan di Selangor
Susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan baharu bagi aktiviti perkhemahan di negeri itu secepat mungkin.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata ini berikutan PBT tiada syarat khusus bagi aktiviti tapak perkhemahan.
BERITA PENUH DI SINI
SOP untuk pengusaha perkhemahan - MB Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mahu satu SOP jelas dan bersesuaian diguna pakai oleh pengusaha penginapan secara perkhemahan.
Beliau mengarahkan Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru untuk meneliti perkara itu dan menyemak dengan kerajaan Persekutuan.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR bersambung pagi esok - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini ditangguhkan kira-kira 10 malam ini dan akan bersambung semula pada 8 pagi esok.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, penangguhan operasi itu dibuat atas faktor keselamatan selain faktor cuaca.
Operasi SAR ditangguh sementara - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini ditangguhkan sementara pada kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama, berkata operasi itu bagaimana pun akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit.
Laungan azan ikhtiar baharu JBPM kesan tujuh lagi mangsa
Laungan azan sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini menjadi antara ikhtiar terbaharu pasukan SAR.
"Azan dikumandangkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum memulakan operasi SAR hari ini.
Father's Organic Farm dapat kelulusan untuk bina resort - Exco
Kelulusan yang diberikan kepada pengusaha Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali adalah untuk pembinaan resort.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri, Ng Sze Han kelulusan tersebut diberikan bukan ditapak perkhemahan tersebut.
Mayat mangsa ke-26 ditemui berpelukan dengan anjing peliharaan
Mayat lelaki dewasa yang juga mangsa ke-26 ditemui pada Rabu dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjing peliharaannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mayat berkenaan ditemui sektor B, bersama seekor anjing yang telah mati.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, dekat sini, menemui satu lagi mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat lelaki dewasa ditemukan pagi ini
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali - Genting Highlands telah berjaya menemukan seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di sektor C.
Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.
Operasi SAR pada hari ke-6 ini masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.
Perincian Maklumat:
Jumlah Mangsa : 94
- Mangsa selamat : 61
- Mangsa meninggal : 26
- Mangsa Masih hilang : 7
- Rumusan Mangsa meninggal : 5L(D), 13W(D), 5L(K), 3P(K)
Sumber: Pusat Pengurusan Operasi JBPM
OIC rakam ucapan takziah
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali.
Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Air membuak-buak di kawasan galian'
Pasukan mencari dan menyelamat berdepan situasi cemas apabila usaha penggalian di kawasan lokasi tanah runtuh membawa kepada kemunculan anak air yang menyukarkan operasi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, keadaan terbabit berlaku di kawasan mayat mangsa ke-25 ditemui.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa ke-25 dijumpai pada kedalaman 17 meter
Mayat mangsa ke-25 yang juga kanak-kanak perempuan yang ditemui pada kedalaman 17 meter di lokasi runtuhan tanah.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya telah menggali lokasi berkenaan sedalam tujuh hingga lapan meter.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa ke-25, kanak-kanak perempuan berusia enam hingga 10 tahun
Mayat mangsa ke-25 yang juga kanak-kanak perempuan yang ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali dipercayai berusia antara enam hingga 10 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mangsa dikesan di sektor C.
BACA BERITA PENUH DI SINI
DUN Perak bertafakur
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bertafakur selama kira-kira seminit bagi memperingati insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor.
Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid bagi pihak Dewan Negeri menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian sebelum memulakan persidangan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sidang media perkembangan operasi SAR
Ramai kecewa Jalan Batang Kali-Genting ditutup setahun
Penutupan jalan Batang Kali ke Genting berikutan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh yang dijangka mengambil masa setahun mengundang pelbagai reaksi pengguna laluan itu di laman sosial.
Salah seorang pengguna, Hasif Fakhrullah kesal kerana kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh itu mengambil tempoh terlalu lama dan selepas ini perlu menggunakan laluan jauh dan sesak di Gombak.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Keluarga mangsa dakwa ada pihak ambil kesempatan kutip sumbangan
Tindakan pihak tidak dikenali yang didakwa melancarkan tabung sumbangan bagi meringankan beban mangsa tregedi tanah runtuh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli keluarga mereka.
Tai Seng Fui, 62, berkata, setakat ini anaknya, Chang Lin, 35; menantu, Yu Siew Pay, 34, dan dua cucunya masing-masing berusia empat serta tujuh tahun masih belum ditemui.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Semua mangsa terima rawatan di hospital dibenar pulang - Nadma
Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pasukan SAR temui mayat mangsa ke-25
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, di sini, malam ini.
Difahamkan, mayat itu adalah seorang kanak-kanak perempuan.
Perkembangan tragedi tanah runtuh Batang Kali
9 mangsa masih gagal ditemukan, jumpa peralatan khemah milik mangsa
Pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C (river side) menemukan peralatan khemah dipercayai milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini.
Namun Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, penggalian lanjut di lokasi berkenaan, pihaknya tidak menemui sebarang mangsa
Waris Nurul Azwani layak terima bantuan faedah Perkeso - Sivakumar
Waris kepada Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor, Jumaat lepas, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Laman mikro tanah runtuh Batang Kali
Tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor yang berlaku awal Jumaat (16 Disember, 2022) telah mengorbankan 24 nyawa.
Operasi SAR sedang dipergiat untuk mencari sembilan lagi individu yang dikhuatiri masih hilang.
Laman mikro tanah runtuh Batang Kali kelolaan Astro AWANI ada di sini.
29 daripada 94 mangsa adalah kanak-kanak
Seramai 29 kanak-kanak disahkan sebagai antara 94 mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm Jalan Batang Kali - Gohtong di sini, Jumaat lalu.
Namun demikian, daripada angka itu tidak dapat dipastikan jumlah sebenar kanak-kanak yang terkorban dalam insiden itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri khuatir anggota SAR sakit
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dilaporkan sakit.
Baginda berdua berharap agar semua pihak diberikan segala kemudahan fizikal dan mental untuk menyelesaikan operasi dengan sempurna.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan operasi SAR sembilan mangsa tanah runtuh Batang Kali
Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Memasuki hari kelima, kedudukan sembilan mangsa yang hilang dalam tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, masih gagal dikesan.
Justeru Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Polis rakam keterangan 53 individu
Polis sudah merakam keterangan 53 individu bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali pada awal Jumaat lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata selain pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan itu, pihaknya turut mengambil keterangan daripada mangsa yang terselamat dan keluarga mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tambahan anggota 'sweeper'
Anggota pasukan 'sweeper' ditugas ke kawasan sungai berhampiran 'ground zero' ditambah 28 orang berbanding 7 semalam - Bomba
Pencarian di kawasan sungai
Pencarian mangsa di kawasan sungai libatkan jarak 3-4km, bermula dari 'ground zero' ke Sungai Kedondong - Bomba
Anggota penyelamat dalam keadaan stabil
Tiga pegawai, anggota penyelamat kurang sihat dan cedera semalam, semua dalam keadaan stabil - Komander Operasi Bencana
115 petugas, 11 jentera berat, dan dua anjing K9
? #TanahRuntuh: 115 pegawai, anggota penyelamat ditugaskan dalam operasi SAR dibantu 11 jentera berat, dua anjing K9 hari ini
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 20, 2022
? #TanahRuntuh: Tiga pegawai, anggota penyelamat kurang sihat dan cedera semalam, semua dalam keadaan stabil
— Komander Operasi Bencana pic.twitter.com/d2MTcLobVI
53 sudah dirakam keterangan
53 individu termasuk mangsa dan keluarga tragedi tanah runtuh di Batang Kali sudah dirakam keterangan - Ketua Polis Selangor
Infografik jumlah mangsa
Terkini berikut adalah senarai mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Highland- Batang Kali.
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 20, 2022
Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor pic.twitter.com/K9K81hMrzY
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditangguhkan lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi itu akan bersambung semula pada 8.30 pagi Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Anggota APM cedera ketika operasi SAR
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan.
APM Selangor dalam kenyataan malam ini memaklumkan Prebet (PA) Erzvicly Fazikhan Zakariah cedera ringan di bahagian lutut, setelah terjatuh ke dalam tanah berselut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
GPR kesan lima lokasi bendasing bawah runtuhan tanah - Bomba
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan lima lokasi dipercayai mengandungi bendasing di bawah runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Batang Kali di sini, pada petang Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, kerja-kerja mencari dan menyelamat kini tertumpu di lima lokasi berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bilangan anggota SAR dikurangkan malam ini - Polis
Jumlah keanggotaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali di sini, dikurangkan pada Isnin malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, ia bagi mengurangkan risiko terhadap pasukan penyelamat di lokasi kejadian terutama dalam keadaan gelap.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengarah Bomba Selangor diserang 'minor stroke'
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke hospital selepas diserang 'minor stroke' atau strok ringan dipercayai akibat keletihan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor pada Isnin, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang pada jam 6 petang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Polis sahkan waris hadir untuk pengesahan kehilangan bapa
Polis hari ini mengesahkan empat waris mangsa hadir ke lokasi pencarian tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, kesemua waris itu hadir bagi mendapatkan pengesahan dengan pihak polis berkenaan kehilangan seorang ahli keluarganya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hari keempat SAR, tiada penemuan baharu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Goh Tong Jaya di sini, belum menunjukkan tanda positif hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, berkata sehingga jam 6.30 petang tiada petunjuk baharu ditemui dalam operasi melibatkan 125 pegawai dan anggota pelbagai agensi yang mendapat bantuan 11 jengkaut itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pencarian mangsa di sungai berhampiran tidak temui sebarang petunjuk - Bomba
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali bukan hanya diteruskan di lokasi kejadian, malah melibatkan kawasan sungai berhampiran.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, tujuh anggota pasukan khas dikerahkan ke kawasan sungai berhampiran 'ground zero' untuk usaha mencari mangsa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Waris mangsa hadir di lokasi pencarian
Empat orang waris mangsa tanah runtuh Batang Kali yang dipercayai masih hilang sejak Jumaat tiba di lokasi pencarian di Jalan Batang Kali - Goh Tong Jaya di sini pada Isnin.
Kumpulan itu yang terdiri seorang lelaki dan tiga wanita dilihat tiba kira-kira jam 4.17 petang sebelum dibawa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diberi taklimat di dalam sebuah khemas khas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bomba Selangor nafi beri kebenaran kepada NGO, sukarelawan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menafikan memberi kebenaran kepada mana-mana pasukan sukarelawan atau individu menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali.
Agensi berkenaan dalam satu kenyataan berkata, penafian berkenaan susulan tular gambar sekumpulan sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa dibenarkan memasuki tapak bencana tanah runtuh pada 16 Disember lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR mencabar, struktur tanah sedalam 16 meter
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini agak mencabar susulan struktur tanah yang berada pada kedalaman 16 meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat JBPM Selangor, Hafisham Mohd Nor berkata, ia berikutan faktor cuaca hujan yang turut menyebabkan permukaan tanah menjadi lembik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengurusan sekolah dan mangsa akan dirakam keterangan - Polis
Polis akan mengaturkan pertemuan bersama pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong bagi membantu siasatan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, di sini Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, setakat ini tiga individu termasuk pengusaha kebun berkenaan telah dirakam keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penyedia perkhidmatan komunikasi beri liputan terbaik di kawasan bencana
Kesemua penyedia perkhidmatan komunikasi berjaya memberikan liputan selular yang baik secara Coverage on Wheels (COW) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, sejak Sabtu lalu.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), komunikasi merupakan keperluan penting pasukan SAR memastikan koordinasi antara agensi yang terlibat di lokasi bencana selain pengamal media melaporkan situasi terkini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tanah Runtuh Batang Kali: Dewan Rakyat bertafakur seminit
Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali pada awal pagi Jumaat lalu.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul turut meminta wakil rakyat beragama Islam menghadiahkan al-Fatihah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan
Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.
BACA BERITA PENUH DI SINI
6 anjing unit pengesan (K9) dibawa masuk ke lokasi
#TanahRuntuhBatangKali : Enam anjing unit pengesan (K9) dibawa masuk ke lokasi kejadian pagi ini bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang tertimbus.
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 19, 2022
? Lucia Terey John | BERNAMA pic.twitter.com/RTxji6EHV5
Operasi SAR diteruskan 8 pagi ini
Operasi SAR diteruskan 8 pagi ini dengan fokus kepada pencarian di Sektor A dan C, serta kawasan sekitar yang belum digali.
Perkara ini dimaklumkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis.
Operasi SAR ditangguh akibat cuaca
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali ditangguhkan malam ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, pihaknya terpaksa menangguhkan operasi itu ekoran faktor cuaca yang tidak mengizinkan akibat hujan.
BERITA PENUH DI SINI
Bomba temui 4 petunjuk baharu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor hari ini menemui empat petunjuk baharu yang berkemungkinan ada mayat tertimbus di lokasi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di laluan Batang Kali-Genting Highlands di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata penggunaan radar penembusan tanah (GPR) itu, sangat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam mengecilkan skop lokasi pencarian di semua sektor.
BERITA PENUH DI SINI
Tiga lagi mayat dituntut keluarga
Tiga mayat terakhir daripada 24 mangsa yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh telah dituntut oleh waris pada Ahad malam.
Mangsa yang merupakan pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun dibawa keluar dari pekarangan hospital kira-kira jam 9 malam.
BERITA PENUH DI SINI
2 aliran air bawah tanah aktif, 2 kegagalan cerun dikesan
Kerja-kerja pencegahan pembaikan jangka pendek iaitu menutup segera permukaan cerun yang terdedah dengan tarpaulin sheet di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Batang Kali, Selangor, telah dilaksanakan bagi mengelakkan runtuhan susulan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya turut membuat pengalihan air saliran permukaan dan longkang sedia ada daripada longkang sebelah kiri ke longkang sebelah kanan untuk mengelakkan air larian masuk ke dalam kawasan runtuhan, selain memasang tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di lokasi berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR disambung semula, tanah lembut lepas hujan sukarkan pencarian
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya berdepan kesukaran disebabkan keadaan tanah yang lembut akibat hujan.
Pengarah Bomba Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata operasi berkenaan disambung semula jam 6 petang tadi selepas dihentikan buat sementara akibat hujan lebat kira-kira sejam sebelum itu.
BERITA PENUH DI SINI
"Mereka memang suka berkhemah..." - Adik mangsa
Sepasang suami isteri yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, terlalu gemarkan aktiviti berkhemah.
Bahkan, kegemaran itu juga turut diwarisi anak-anak pasangan berkenaan, kata adik kepada mangsa, Mary, 58.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada mangsa ditemui setakat jam 6.30 petang - PDRM
Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya gagal menemui sebarang mangsa setakat jam 6.30 petang Ahad.
Menurut Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, bagaimanapun, operasi diteruskan sehingga jam 4 pagi, namun, bergantung kepada cuaca.
BERITA PENUH DI SINI
Jumpa mayat ibu, anak berpelukan, sukar dilupakan penyelamat
Saat menemukan mayat seorang ibu berpelukan dengan anak perempuannya berusia lingkungan tiga tahun di bawah timbunan lumpur di kawasan tanah runtuh di sini Jumaat lepas telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Pegawai Bomba Kanan Shahari Shamsuddin.
Shahari, 47, yang merupakan antara anggota penyelamat terawal menjumpai mayat kedua beranak itu, berkata ia menjadi antara pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang 23 tahun berkhidmat dalam pasukan bomba dan turut mengusik hatinya sebagai seorang bapa.
BERITA PENUH DI SINI
Tanah runtuh Batang Kali: Hujan lebat, operasi SAR ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini, dihentikan ekoran hujan lebat.
Media difahamkan, operasi itu dihentikan seketika bagi mengelakkan risiko kepada anggota-anggota keselamatan yang bertugas.
BERITA PENUH DI SINI
Bayi setahun mangsa termuda meninggal dunia
Bayi lelaki berusia setahun merupakan mangsa termuda yang meninggal dunia akibat tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada awal Jumaat.
Menurut senarai mangsa yang dikongsikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), identiti kesemua tujuh mangsa kanak-kanak telah dikenal pasti.
BERITA PENUH DI SINI
Raja Permaisuri Agong berkenan melawat lokasi kejadian
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat lokasi kejadian tanah runtuh, di sini, pada Ahad.
Baginda berangkat tiba sekitar pukul 4.15 petang sebelum diberi taklimat oleh pihak berkuasa.
BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan pencarian mangsa tanah runtuh
Perkembangan di Hospital Sungai Buloh
Tanah runtuh Batang Kali: Father's Organic Farm mohon maaf...
Pengurusan Father's Organic Farm memohon maaf kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.
Dalam masa sama, Father’s Organic Farm turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat.
BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan pencarian mangsa tanah runtuh
Kerja lebih masa, 'Blake' K9 direhatkan
Ketika ramai berkongsi di media sosial gambar memaparkan anggota pasukan penyelamat kepenatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, tidak ramai yang tahu terdapat 'hero' lain turut mengalami keadaan sama.
Pendamping pasukan SAR iaitu anjing unit pengesan (K9) turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak Jumaat lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Wanita kehilangan empat ahli keluarga sekelip mata
Pilu seorang nenek kehilangan empat ahli keluarga sekelip mata @501Awani #tragedibatangkali pic.twitter.com/mQLFekuZjl
— Umavathi Ramayah ?? (@UmavathiRamayah) December 18, 2022
Pilu seorang nenek, hilang empat ahli keluarga sekelip mata
Luluh jiwa seorang nenek apabila dia kehilangan empat ahli keluarga sekelip mata dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Beh Su Lee, 59, kehilangan anak perempuannya, menantu serta dua cucu yang berusia satu dan enam tahun.
BERITA PENUH DI SINI
Pasukan SAR pastikan jentera pengorek tidak cederakan badan mangsa
Lapan unit jentera pengorek (excavator) digerakkan ke tapak runtuhan cerun di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di sini berdasarkan lokasi terakhir mangsa dijumpai semalam.
Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kesemua jentera berat itu ditempatkan di tiga sektor pencarian iaitu sektor A (Kem Hillview),B (Kem Farm View) dan C (Kem Riverside).
BERITA PENUH DI SINI
15 mayat telah diserah kepada waris, 9 masih di hospital
Sebanyak 15 daripada 24 mayat mangsa kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm telah diserahkan kepada waris dan keluarga pada Sabtu.
Ketua Polis Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata, ia melibatkan dua lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
BERITA PENUH DI SINI
Waris diminta ke Hospital Sungai Buloh bantu proses pengecaman
Polis ambil keterangan pengusaha tapak perkhemahan, 2 pekerja
Polis Diraja Malaysia sudah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
Ketua Polis Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata, mereka terdiri daripada seorang pengusaha dan dua pekerjanya yang hadir di IPD Hulu Selangor pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Tiga individu diambil keterangan - Polis
Sidang media hari ketiga operasi SAR
Mayat ke-16 dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh
Mayat ke-16 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali dibawa keluar menaiki kenderaan Pusat Peringatan Nirvana kira-kira pukul 10.25 pagi ini, selepas selesai proses bedah siasat.
Bagaimanapun, identiti penuh mangsa yang dibawa keluar, dipercayai seorang individu dewasa, tidak dapat dipastikan.
BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan dari Hospital Sungai Buloh
Operasi mencari dan menyelamat 9 lagi mangsa diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini, bersambung jam 9 pagi selepas dihentikan sekitar jam 4 pagi tadi.
Misi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh diteruskan dengan pembabitan lebih 135 anggota dan pegawai daripada lima agensi penyelamat utama.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR hari ketiga disambung 9 pagi
Perkembangan pencarian mangsa tanah runtuh hari ketiga
ATM atur anggota dan aset untuk operasi SAR
Waris mangsa dibantu melalui proses pengecaman, bedah siasat
Anggota APM kongsi kisah sayu terlibat SAR
Pada mulanya, sukar untuk Mohd Firdaus mempercayai laporan awal yang mengatakan hampir 100 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, kerana jumlahnya terlalu besar.
Setibanya di lokasi, selain kelibat pasukan-pasukan keselamatan yang lain, situasi sangat hiruk-pikuk dan menyedihkan dengan suara jeritan meminta bantuan daripada mangsa kedengaran hampir dari segenap arah.
BERITA PENUH DI SINI
Pulau Pinang arah semua tapak perkhemahan ditutup sementara
Pulau Pinang mengarahkan semua operasi tapak perkhemahan di negeri itu ditutup sementara bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini susulan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan itu diambil susulan arahan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming agar semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup tujuh hari.
BERITA PENUH DI SINI
Mayat ke-15 dibawa keluar Jabatan Forensik HSB
Mayat ke-15 mangsa korban tragedi tanah runtuh Batang Kali selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB).
Mayat mangsa dipercayai kanak-kanak berusia 12 tahun itu dibawa keluar menaiki kenderaan jenazah kira-kira jam 12.34 tengah malam Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
Jenazah Nurul Azwani, mangsa pertama tragedi selamat dikebumi
Jenazah seorang daripada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih pada 10 malam tadi.
Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata jenazah Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
BERITA PENUH DI SINI
ATM atur gerak anggota, aset bantu operasi SAR
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor.
Hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan seorang pegawai dan 30 anggota Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja (25 RAMD) diatur gerak setiap enam jam ke lokasi kejadian bagi membantu operasi itu.
BERITA PENUH DI SINI
JKM sediakan khidmat psikologi kepada mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menempatkan pegawai psikologi di Balai Polis Hulu Yam Bharu, Selangor bagi intervensi krisis serta sokongan psikologi kepada mangsa dan keluarga mereka yang trauma berikutan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekerjasama rapat dengan pihak hospital dalam memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat bantuan sokongan psikososial yang sewajarnya.
BERITA PENUH DI SINI
Lumpur tebal, becak sebab orang awam dilarang berada di kawasan SAR
Kawasan tanah runtuh yang berlumpur tebal dan becak antara faktor menyebabkan orang awam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan berkata, keadaan tanah di lokasi kejadian juga masih tidak stabil.
BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR sehingga 4 pagi, bersambung 9 pagi Ahad
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang hilang akan diteruskan sehingga jam 4 pagi ini, jika keadaan cuaca mengizinkan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, selepas tempoh itu operasi SAR akan ditangguhkan sementara waktu dan bersambung semula pada jam 9 pagi Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
14 mayat mangsa dibawa keluar dari HSB setakat jam 8 malam
Sejumlah 14 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas selesai proses bedah siasat dan pengecaman wajah pada Sabtu.
Mayat pertama dibawa keluar jam 4.21 petang, diikuti mayat kedua 20 minit kemudian.
BERITA PENUH DI SINI
Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha
Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan stabil, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
"Ini hasil rawatan yang diterima daripada pakar-pakar, kita jumpa keempat-empat mereka, Alhamdulillah semua baik dan mungkin ada yang akan discaj esok atau lusa," katanya.
BERITA PENUH DI SINI
Jenazah Allahyarham Nurul Azwani dikebumi di Gombak
Ibu kepada Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang merupakan antara mangsa korban tragedi tanah runtuh di Batang Kali dilihat tenang meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada Sabtu.
Siti Esah Hassan, 53, diiringi ahli keluarganya keluar meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 7.50 malam selepas jenazah anaknya dibawa keluar menggunakan kenderaan jenazah.
BERITA PENUH DI SINI
K9, si pendamping pasukan SAR
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diperhebatkan bagi mengesan baki mangsa yang masing hilang.
Selain daripada penggunaan jentera besar, ‘penampilan’ anjing daripada unit pengesan (K9) pada operasi kali ini dilihat sebagai tunjang utama kepada penemuan mangsa - sama ada terselamat atau terkorban.
BERITA PENUH DI SINI
Angka korban dan cabaran operasi SAR
KPN jamin pengamal media terus dapat maklumat terkini
Polis Diraja Malaysia akan memastikan pengamal media terus mendapat maklumat terkini mengenai operasi pencarian mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, ketika memberikan jaminan itu, berkata beliau telah mengarahkan Pos Kawalan Pusat Kejadian (PKTK) agar terus memberi maklumat secukupnya kepada media yang berperanan sebagai penghubung antara perkembangan di lokasi dengan masyarakat di luar.
BERITA PENUH DI SINI
Jenazah mangsa ke-10, Allahyarham Nurul Azmani dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB
#TragediBatangKali Jenazah mangsa ke-10, Allahyarham Nurul Azmani dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB jam 7.45 pm.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 17, 2022
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Gombak malam ini. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/aOUfaxc5Sc
Ahli keluarga mangsa tiba di Jabatan Forensik HSB untuk proses pengecaman
#TragediBatangKali Ahli keluarga mangsa tiba di Jabatan Forensik HSB untuk proses pengecaman mayat.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 17, 2022
Sehingga kini, 7 mayat telah dibawa keluar selepas selesai bedah siasat. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/wCi5mUH9PQ
Sukarelawan, NGO tidak dibenar masuk kawasan pencarian - KPN
Sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan berada di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh Batang Kali, Hulu Selangor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata operasi SAR hanya diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan tidak sesuai bagi orang awam untuk membantu operasi.
BERITA PENUH DI SINI
Mayat kanak-kanak perempuan yang juga mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB
#TragediBatangKali Mayat kanak-kanak perempuan yang juga mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB jam 6.50 petang tadi. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/JnDZ9KHAr1
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 17, 2022
Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB
Mayat mangsa ke-24 yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebentar tadi.
Mangsa kanak-kanak perempuan itu dibawa menaiki kenderaan polis, dan tiba pada kira-kira jam 6.50 petang diiringi dua anggota pasukan berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Mayat pertama dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh
Mayat pertama mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat, dipercayai seorang kanak-kanak dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini pada pukul 4.21 petang tadi selepas selesai proses bedah siasat.
BERITA PENUH DI SINI
Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24
Satu mayat kanak-kanak ditemui di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Hulu Selangor pada jam 4.05 petang,Sabtu.
Penemuan itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika ditemui pengamal media di lokasi insiden pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Pada jam 4.05 petang, 1 mayat mangsa kanak-kanak perempuan telah dijumpai oleh pasukan penyelamat
Pengurus tapak perkhemahan akan dipanggil
Polis akan memanggil pengurus tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali di sini susulan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 23 mangsa setakat ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah dalam sidang media di lokasi insiden, di sini pada Sabtu.
BERITA LANJUT DI SINI
Sidang Media perkembangan tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm
2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
Dua mayat ditemukan dipercayai ibu dan anak, angka korban 23
Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 mangsa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, ia susulan penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian kira-kira jam 1.05 tengah hari tadi.
BERITA LANJUT DI SINI
Tanah runtuh Batang Kali: KPM tempatkan kaunselor di hospital
Kementerian Pendidikan menempatkan sembilan kaunselor di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini sebagai bantuan awal psikologi sosial kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, pada Jumaat.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pegawai berkenaan ditugaskan mengikut tiga syif dengan tiga pegawai pada setiap satu sesi.
BERITA LANJUT DI SINI
6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di sini, telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.
Dalam satu kenyataan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.
BERITA PENUH DI SINI
KPM tempatkan kaunselor di hospital, bantuan psikologi kepada waris mangsa
Kementerian Pendidikan menempatkan sembilan kaunselor di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini sebagai bantuan awal psikologi sosial kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, pada Jumaat.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pegawai berkenaan ditugaskan mengikut tiga syif dengan tiga pegawai pada setiap satu sesi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 mangsa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam satu kenyataan, ia susulan penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian setakat jam 1 tengah hari tadi.
Identiti 21 mangsa maut belum dikenal pasti - Polis
Identiti kesemua 21 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mereka yang terkorban ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
BERITA LANJUT DI SINI
Raja Muda Selangor berkenan melawat dan mendengar taklimat operasi SAR.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat meninggalkan lokasi tragedi tanah runtuh selepas berkenan melawat dan mendengar taklimat operasi SAR @501Awani pic.twitter.com/FzYNAPxoEP
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 17, 2022
Sidang media Ketua Polis Daerah Hulu Selangor & Pengarah JBPM Selangor
Tanah runtuh Batang Kali: 12 mangsa belum ditemukan, ada potensi selamat - Bomba
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Batang Kali masih belum dapat mengenal pasti lokasi tepat 12 mangsa yang hilang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis begitu pun tidak menolak kemungkinan masih ada mangsa yang selamat sekiranya mereka berpaut kepada batu atau pokok.
BERITA LANJUT DI SINI.
Polis cari ahli keluarga 21 mangsa yang terkorban
Perkembangan pencarian mangsa tanah runtuh
Inti pati sidang media operasi SAR oleh Bomba dan PDRM
- 21 mangsa yang terkorban ditemukan tanpa dokumen, identiti belum dapat disahkan.
- Kebenaran dibedah siasat telah dikeluarkan semalam.
- Sektor pencarian diteruskan dengan mengerakkan tujuh ekor anjing unit pengesan (K9) daripada JBPM dan ATM. Mempunyai kepakaran mengesan mayat di dalam timbunan tanah, batu, dan air.
- Operasi SAR difokuskan kepada dua sektor iaitu B dan C.
- 12 mangsa yang masing hilang berkemungkinan besar tipis ditemukan selamat.
- Operasi SAR berkemungkinan dihentikan selepas tujuh hari. JBPM akan bincang dengan PDRM untuk sambung atau henti.
Tanah runtuh Batang Kali: Hannah Yeoh tiba di Hospital Sungai Buloh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini kira-kira jam 10.30 pagi.
Beliau meninggalkan hospital tersebut kira-kira setengah jam kemudian.
Namun tiada sebarang sidang media diadakan.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini hari ini.
Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut oleh Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis di bilik gerakan operasi.
BERITA LANJUT DI SINI.
Operasi SAR tragedi Batang Kali
Operasi SAR #TragediBatangKali kali bersambung pada 8 pagi tadi. Menurut Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, operasi fokus kepada dua kawasan iaitu Kem Farmview dan Riverside. Setakat ini 12 individu masih hilang @501Awani pic.twitter.com/2gxcRu40FY
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 17, 2022
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR fokus dua tapak perkhemahan, guna jentera berat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya diteruskan dengan memberi tumpuan kepada dua kawasan di Farmview dan Riverside, dipercayai kawasan mangsa terperangkap.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepada lokasi mangsa terakhir ditemukan antara dua lokasi tersebut semalam.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tanah runtuh Batang Kali: Wisma Putra sahkan tiga warga Singapura terlibat
Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiga daripada 61 mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh merupakan warga Singapura.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan ketiga-tiga warga Singapura itu ditemui selamat dalam usaha misi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakan pihak berkuasa.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tanah runtuh Batang Kali: 'Tapak rekreasi tak patut ada dekat dengan kawasan berisiko'
Sebarang bentuk tempat rekreasi atau perkhemahan tidak sewajarnya diwujudkan berhampiran dengan kawasan yang berisiko seperti tebing tinggi.
Sehubungan itu, Pengerusi Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian Akademi Profesor Malaysia Prof. Emeritus Datuk Ibrahim Komoo menyarankan kerajaan supaya menetapkan garis panduan yang lebih tegas untuk mengelakkan tragedi seperti yang berlaku di Batang Kali berlaku lagi.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tanah runtuh Batang Kali: Capaian internet lemah, syarikat telekomunikasi diarah cari alternatif
Empat syarikat utama telekomunikasi negara telah diarah untuk ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di sini bagi meninjau masalah capaian Internet yang lemah dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.
Menurut Jurucakap Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta empat syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis, Digi, Celcom dan UMobile telah turun meninjau lokasi kejadian pada 2 petang Jumaat untuk memasang parabola masing-masing.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tanah runtuh Batang Kali: Insiden terburuk tahun ini di tapak perkhemahan
Insiden tanah runtuh secara besar-besaran yang berlaku sejurus selepas jam 2 pagi pada Jumaat di tapak perkhemahan popular di sepanjang Jalan Batang-Kali-Genting Highlands, telah mengorbankan 21 nyawa dan menyebabkan 12 masih hilang setakat jam 7.10 malam, Jumaat.
Seramai 61 orang lagi diselamatkan sepanjang hari daripada tanah dan lumpur dengan dimensi runtuhan kira-kira 500 meter (m),, selebar 200m pada kedalaman 8m dengan isi padu runtuhan 450,000 meter padu (m3) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm berhampiran Gohtong Jaya di Pahang.
BERITA LANJUT DI SINI.
Fahmi minta MCMC, syarikat telekomunikasi wujud SOP akses telekomunikasi kawasan bencana
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi diminta segera mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) akses telekomunikasi di kawasan bencana.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau akan berbincang dengan MCMC serta penyedia rangkaian mudah alih bagi menyegerakan SOP itu terutama apabila wujud keperluan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat.
BERITA LANJUT DI SINI.
Operasi SAR bersambung 8 pagi Sabtu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini ditangguhkan atas faktor cuaca hujan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi SAR akan disambung semula pada 8 pagi Sabtu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin Singapura zahir ucapan takziah
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Genting Highlands hari ini.
Lee turut berdukacita dengan kejadian itu yang mengakibatkan kehilangan nyawa selain ramai cedera.
Beliau berkata demikian dalam perutusan takziah kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemantauan jalan di kawasan perbukitan perlu lebih komprehensi
Kronologi kejadian tanah runtuh sepanjang 2022
Sehubungan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan, Father's Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor pada pagi Jumaat, di sini kami rangkumkan kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
JKKP siasat jika aktiviti pekerjaan jadi punca insiden
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melakukan siasatan lanjut jika terdapat petunjuk wujud aktiviti pekerjaan yang menyebabkan kemalangan dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan simpati atas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali di Hulu Selangor, awal pagi tadi.
Menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Dua aliran air dikesan di lokasi kejadian - TPM
Terdapat dua aliran air dikesan di lokasi kejadian sebelum tanah runtuh berlaku.
Demikian jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sebentar tadi.
Jelasnya, bagaimanapun siasatan akan diteruskan oleh pihak berwajib.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa terkorban meningkat 21 orang, pencarian diteruskan - TPM
Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, di sini meningkat kepada 21 mangsa ketika ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini fokus pencarian diteruskan bagi mencari 12 lagi mangsa yang masih hilang.
BERITA PENUH DI SINI
Mayat ahli keluarga ditemui berpelukan
Beberapa mayat mangsa dipercayai ditemui berpelukan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya di sini pada Jumaat.
Seorang pegawai bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) enggan mendedahkan nama memberitahu, operasi disertainya jam 6 pagi itu telah beberapa mayat yang telah tertimbus.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Operasi SAR diteruskan 24 jam - Bomba
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, akan diteruskan selama 24 jam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bagaimanapun operasi berkenaan akan bergantung situasi dan keadaan semasa.
"Sekiranya hujan turun, operasi akan dihentikan serta-merta namun setakat ini ia masih diteruskan dan anggota juga bersilih ganti sehinggalah baki 14 mangsa ditemui," kata Norazam.
BERITA PENUH DI SINI
Tiga lagi mangsa maut dibawa keluar, 14 masih hilang
Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya meningkat kepada 19 mangsa termasuk empat kanak-kanak, setakat jam 5.30 petang, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, seramai 14 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus manakala 61 lagi telah diselamatkan dan hanya dua mangsa cedera serta telah dibawa ke hospital.
BERITA PENUH DI SINI
'Tidak tenang selagi tidak jumpa anak'
"Saya tidak tenang selagi anak tidak dijumpai."
Itu harapan seorang wanita warga emas, Tan Ah Choe, 66 yang berharap agar anak perempuannya, Hong Mei Jing, 38 dapat ditemui selamat dalam tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini pada Jumaat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Setakat 4.40 petang, 2 lagi mayat telah dijumpai, menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada 18 - JBPM
Agong, Permaisuri Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Kerajaan Selangor akan teliti semula garis panduan kawasan perkhemahan - Loy Sian
Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti semula garis panduan kawasan tapak perkhemahan berhampiran dengan cerun dan sungai susulan tragedi Batang Kali yang mengorbankan 16 nyawa setakat ini.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, perkara itu akan dilihat semula bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Apa yang berlaku di sini, walaupun kita tiada undang-undang khusus mengawal tapak perkhemahan di tepi cerun, tapi kita akan tengok balik," katanya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
KPKT melalui JPBM pergiat usaha menyelamat - Kor Ming
YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan turun padang ke lokasi insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. KPKT melalui JPBM bersama pelbagai pasukan penyelamat akan terus menggiatkan usaha pic.twitter.com/UHlviqvlCg
— KPKT (@kpkt_gov) December 16, 2022
Sidang Media Menteri Kesihatan
Perkembangan terkini tanah runtuh setakat jam 4 petang
Sultan Johor zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa sedih dengan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, awal pagi Jumaat.
Dalam ciapan terbaharu di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dengan dugaan yang menimpa.
20 guru SJKC Mun Choong antara yang berada di tapak perkhemahan
Kira-kira 20 orang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong serta ahli keluarga mereka adalah antara yang berada di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan U Chin Ong ketika ditemui pemberita di Balai Polis Hulu Yam Bharu hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
[INFOGRAFIK] Tanah Runtuh Batang Kali
51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan malam tadi
Seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.
"Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
BERITA PENUH DI SINI
Angka korban meningkat ke 16 orang, 17 masih hilang
Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya meningkat kepada 16 mangsa, setakat jam 1 petang, pada Jumaat.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, 17 mangsa dikhuatiri masih tertimbus manakala 61 lagi telah diselamatkan.
"Fokus utama ketika ini adalah untuk menyelamatkan saki-baki mangsa yang masih terperangkap, ini adalah waktu-waktu yang sangat penting.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat yang mengendalikan tiga tapak perkhemahan yang mengalami kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.
Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM, MB Selangor lawat lokasi tanah runtuh malam ini
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali malam ini.
Amirudin dalam satu kenyataan pada Jumaat turut memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam lawatan tersebut.
Setakat ini, pihaknya telah menggerakkan segala bantuan daripada pihak kerajaan negeri buat seluruh mangsa yang terlibat.
Fakta nombor setakat ini
UPDATE TERKINI TANAH RUNTUH BATANG KALI
— KPKT (@kpkt_gov) December 16, 2022
[[ 1:00 PETANG ]]
Jumlah Mangsa: 94 orang
Jumlah Selamat: 61 orang
Jumlah Meninggal: 16 orang
Jumlah Belum Dijumpai: 17 orang
Operasi menyelamat masih dijalankan. pic.twitter.com/igAy0Qpw1J
'Saya cuba selamatkan mangsa tertimbus, korek tanah dengan tangan'
Niat sebuah keluarga berkumpul untuk berkhemah beramai-ramai bertukar tragedi apabila tapak perkhemahan berkenaan dilanda tanah runtuh awal pagi ini.
Salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Chong berkata, semasa kejadian, dia dan keluarga sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh.
BERITA PENUH DI SINI
Angka kematian meningkat kepada 16 - KPKT
UPDATE TERKINI TANAH RUNTUH BATANG KALI
— KPKT (@kpkt_gov) December 16, 2022
[[ 1:00 PETANG ]]
Jumlah Mangsa: 94 orang
Jumlah Selamat: 61 orang
Jumlah Meninggal: 16 orang
Jumlah Belum Dijumpai: 17 orang
Operasi menyelamat masih dijalankan
Tanah runtuh: Wanita hamil antara yang cedera - Dr Zaliha
Seorang wanita hamil merupakan antara mangsa cedera dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, awal pagi ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, mangsa merupakan salah seorang daripada tujuh mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital di Lembah Klang setakat ini.
BERITA PENUH DI SINI
KPDN tawar bantuan sukarelawan, makanan kepada pasukan penyelamat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam SAR di tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bantuan diberikan serta-merta bagi membantu kelancaran operasi pasukan penyelamat.
BERITA PENUH DI SINI
Tanah runtuh: Guna Lebuhraya Karak melalui Genting Sempah - Resorts World Genting
Resorts World Genting menasihatkan pengunjung resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
Pengendali resort itu berkata, kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting telah ditutup polis susulan kejadian berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Tanah runtuh: Perkembangan terkini setakat jam 12 tengah hari
Perkembangan di Hospital Selayang
13 mangsa disahkan terkorban setakat ini - Menteri Kesihatan
Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, meragut nyawa 13 mangsa setakat ini.
Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam satu sidang media di Hospital Selayang.
BERITA PENUH DI SINI
Tanah runtuh: Rekahan wujud, tanah tidak stabil - Pakar Geologi
Tanah Runtuh: Hormati mangsa, elak kongsi gambar mengaibkan - Fahmi
Semua pihak diminta tidak berkongsi di media sosial gambar yang mengaibkan mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, sebarang gambar mahupun video melibatkan kanak-kanak yang mengaibkan perlu dielakkan daripada dikongsi.
BERITA PENUH DI SINI
Menteri Kesihatan melawat mangsa di Hospital Selayang
YB Dr. @Zaliha_DrZ, Menteri Kesihatan terus ke Hospital Selayang untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali.
— KKMalaysia?????? (@KKMPutrajaya) December 16, 2022
Beliau telah melawat 3 mangsa yang sedang menerima rawatan. pic.twitter.com/ABdclZLGxp
Jalan tutup di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting
Makluman penutupan jalan serta merta di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting akibat tanah runtuh di tepi jalanraya yang akan membahayakan pengguna jalanraya.#JasaKepadaRakyat#JkrPrihatin@PengarahJKRSEL @JKRSelangor @JKRMalaysia @MOWorks pic.twitter.com/2zo7qA3JIC
— JKR Hulu Selangor (@JKRHuluSelangor) December 16, 2022
Tanah runtuh: Angka korban meningkat kepada 13 - Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata 13 mangsa telah terkorban dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, setakat ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ada yang masih di lokasi kejadian, katanya pada sidang media di Hospital Selayang selepas melawat mangsa yang cedera.
Tanah Runtuh: Sembilan maut, 25 masih tertimbus - Polis
Sembilan mangsa, termasuk seorang kanak-kanak lelaki, disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata, 25 mangsa lagi masih tertimbus dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.
BERITA PENUH DI SINI
Tanah runtuh: PM arah SAR dijalankan secara rapi, menyeluruh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm dilakukan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.
"Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Lapan maut, 60 ditemukan selamat selamat setakat ini
Lapan mangsa maut manakala 60 lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak, menurut jurucakap Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Selangor.
BERITA PENUH DI SINI
Kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming
Air tanih tepu mungkin punca gelongsoran tanah - Pakar Meteorologi
KKD pandang serius tambah baik sistem amaran
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya memandang serius usaha menambah baik sistem komunikasi amaran terutama melibatkan bencana di negara ini.
Mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali pagi ini, beliau mengingatkan rakyat agar sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa terutama ketika perubahan cuaca berlaku.
BERITA PENUH DI SINI
PM, TPM, menteri akan turun padang - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri dijangka turun memantau lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri ketika dihubunginya pagi tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Jalan alternatif dari Batang Kali ke Genting
Jalan Alternatif: Batang Kali > Jalan Ulu-Yam Batu Caves> Gombak> Lebuhraya Karak > Genting pic.twitter.com/Xk1B2GdHVP
— Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) (@CSFJ_JKR) December 16, 2022
Tanah Runtuh: Angka kematian dijangka meningkat
Pelbagai agensi penyelamatan digerakkan ke lokasi kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Genting Highlands, pada Jumaat.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, antara agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
BERITA PENUH DI SINI
Kenyataan PM Anwar Ibrahim
Tanah runtuh: 92 mangsa ditemui, lapan meninggal dunia
16 Dis 2022 - KEJADIAN TANAH RUNTUH DI FATHER ORGANIC FARM, BATANG KALI, SELANGOR.
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 16, 2022
Setakat jam 9.15 pagi, seramai 92 mangsa telah ditemui. Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan 8 mangsa meninggal dunia. Sehingga kini operasi SAR masih diteruskan. pic.twitter.com/yhV9oGCmLg
Tengku Zafrul ucap takziah kepada keluarga mangsa terlibat
Saya dikejutkan dengan berita sedih kejadian tanah runtuh di Genting Highlands pagi tadi. Sehingga kini, pihak berkuasa masih berusaha menyelamatkan mangsa.
— Tengku Zafrul ???? (@tzafrul_aziz) December 16, 2022
Takziah kepada keluarga mangsa yang cedera & kehilangan nyawa. Marilah kita berdoa semoga baki mangsa dapat diselamatkan.
Polis sahkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak terkorban
Polis mengesahkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm awal pagi tadi.
Lapan dilaporkan meninggal dunia - NADMA
Setakat jam 9.15 pagi ini, seramai 92 mangsa kejadian tanah runtuh telah ditemui, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi satu ciapan pagi ini.
Hasil siasatan mendapati, 53 mangsa yang ditemui selamat, tujuh cedera dan lapan mangsa meninggal dunia.
Sehingga kini operasi SAR masih diteruskan.
Perkembangan terkini dari lokasi tanah runtuh
Tanah runtuh: Dua maut setakat ini
Sekurang-kurangnya dua individu maut manakala puluhan lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Gohtong Jaya, pada awal pagi Jumaat.
Wartawan Astro AWANI yang berada di lokasi melihat sendiri jasad mangsa diletakkan di satu khemah kecil yang didirikan bersebelahan lokasi terbabit.
BERITA PENUH DI SINI
Pasukan Khas Pertahanan Awam dan APM Hulu Selangor turut serta operasi mencari dan menyelamat
#OPERASI
— Official Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (@APMtwiter) December 16, 2022
Kejadian Tanah Runtuh Fathers Organik Farms Gohtong
Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan APM Hulu Selangor bersama membantu pasukan keselamatan untuk bersama dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Fathers Organik Farms Gohtong, Batang Kali, pic.twitter.com/2WmMmBH9lq
Tanah runtuh: Semoga usaha SAR berjalan lancar - Fahmi
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
— Fahmi Fadzil ?????? (@fahmi_fadzil) December 16, 2022
Saya amat sedih terima berita kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Saya doakan usaha SAR berjalan dgn pantas dan berjaya.@niknazmi @NgaKorMing akan ke lokasi pagi ini.
Rujuk sumber rasmi utk info sahih. @bernamadotcom @beritartm pic.twitter.com/RGftwzd2yh
Dua mangsa pertama dipercayai korban tanah runtuh
[TERKINI] Dua dilaporkan maut setakat ini, namun polis masih belum sahkan identiti mangsa terlibat dalam kejadian Tanah runtuh di Jalan Batang Kali, Gentinf Highlands.
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 16, 2022
Jumlah mangsa 79 orang, 15 pekerja tapak perkhemahan.
Laporan awal 34 mangsa berjaya diselamatkan.
@501Awani pic.twitter.com/1wmNDEiFNF
Tanah runtuh: 37 berjaya diselamatkan
Seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Kejadian berlaku di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.
BERITA PENUH DI SINI
Laporan awal: Dua maut, 37 berjaya diselamatkan
Situasi terkini kejadian tanah runtuh di Batang Kali
Perkembangan terkini dari lokasi tanah runtuh
Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus
Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
BERITA PENUH DI SINI
Tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm: 100 mangsa dikhuatiri terperangkap
[TERKINI] Kira-kira 100 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm di Jalan Batang Kali, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, awal pagi Jumaat - JBPM Selangor @501Awani pic.twitter.com/LZiLSTncbO
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 15, 2022
Bomba terima maklumat mengenai kejadian tanah runtuh
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi berhubung kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.
Maklumat awal pihak polis mengatakan, 100 orang berada di tapak perkhemahan itu, yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.