UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh: 46 lokasi kenal pasti di Selangor dan Kuala Lumpur, 9 kritikal

Sembilan lokasi tanah runtuh itu membabitkan dua lokasi di sini, iaitu Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dan Taman Duta di Seri Duta.

Astro Awani
Keadaan pangsapuri Sri Duta 1 di Taman Duta yang berada dekat dengan tebing tanah yang sudah runtuh. -Facebook Balai bomba Sentul

Tiada bukti pergerakan tanah dikesan di pangsapuri Sri Duta 1 - Polis

Mon Dec 27 2021

Tiada bukti pergerakan tanah di pangsapuri Sri Duta 1 di Taman Duta dikesan setakat ini, kata polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau keadaan di sana dengan teliti sebaik penduduk dipindahkan dari bangunan itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

128 pelajar UIAM diarah kosong bangunan asrama

Mon Dec 27 2021

Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 9 malam tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

46 lokasi tanah runtuh di Selangor dan Kuala Lumpur, 9 kritikal

Sun Dec 26 2021

Sebanyak 46 lokasi tanah runtuh dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sembilan daripadanya dikategori pada tahap kritikal setakat hari ini, menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Laporan Kejadian Tanah Runtuh Monsun Timur Laut yang dikeluarkan JMG hari ini memaklumkan sembilan lokasi tanah runtuh itu membabitkan dua lokasi di sini, iaitu Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dan Taman Duta di Seri Duta.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tertimbus separuh badan, mangsa cerita pengalaman

Fri Dec 24 2021

Penduduk di kawasan 'hotspot' tanah runtuh diminta sentiasa berwaspada

Fri Dec 24 2021

Penduduk di kawasan cerun kritikal tahap tinggi diminta agar lebih berwaspada dengan kawasan sekitar dan mengambil tindakan segera jika wujud tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong titah segerakan siasatan

Fri Dec 24 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini, dijalankan dengan kadar segera.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Hannah Yeoh rayu penempatan lebih selesa untuk penduduk

Tue Dec 21 2021

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berharap mangsa tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala diberikan pusat penempatan sementara (PPS) yang lebih baik.

Katanya, beliau merayu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mencarikan penempatan baharu untuk keluarga yang ditempatkan sebuah sekolah di Segambut.


BERITA PENUH DI SINI

Banjir: 86 lagi kes positif COVID-19 di PPS

Tue Dec 21 2021

Kementerian Kesihatan mengesan 86 lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes telah dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala sebanyak 11 kes lagi adalah kes COVID-19 yang sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum kejadian banjir.

BERITA PENUH DI SINI

Banjir Pahang ragut 11 nyawa setakat Selasa

Tue Dec 21 2021

Banjir yang melanda Pahang sejak hujung minggu lalu telah meragut 11 nyawa setakat Selasa dengan angka kematian dijangka meningkat ekoran beberapa mangsa yang masih hilang dikhuatiri lemas.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Yusoof, sebanyak lapan kematian direkodkan di Bentong, dua di Kuantan dan satu di Raub.

BERITA PENUH DI SINI

Banjir: Tiga lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda

Tue Dec 21 2021

Tiga lagi mayat disyaki mangsa lemas ditemui anggota Bomba dan Penyelamat di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada Isnin dan Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat pertama seorang lelaki tempatan berusia 50-an ditemui di tingkat atas sebuah rumah, kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin.

BERITA PENUH DI SINI

220 cerun kritikal dikenal pasti, 122 berisiko tinggi ketika ini

Tue Dec 21 2021

SUNGAI PETANI: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sebanyak 220 cerun kritikal di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarahnya, Hisamuddin Termidi, daripada jumlah itu, sebanyak 122 cerun diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan terdedah dengan kejadian runtuhan khususnya pada musim tengkujuh termasuk di Sungai Penchala dan Jalan Sungai Tekali, Ulu Langat yang terkesan dengan bencana banjir di Lembah Klang.

BERITA PENUH DI SINI

[VIDEO] Sidang media keadaan semasa banjir

Tue Dec 21 2021

Banjir: PM akui 'kelemahan', urus tadbir akan ditambah baik - PM

Tue Dec 21 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga mengorbankan 17 nyawa di Selangor, setakat ini.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa telus dan tidak boleh menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya, pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

[VIDEO] Sidang media khas situasi banjir di Selangor

Tue Dec 21 2021

Banjir: 17 korban nyawa di Selangor - Menteri Besar

Tue Dec 21 2021

Sejumlah 17 kematian direkodkan di seluruh Selangor susulan bencana banjir yang melanda negeri itu.

Klang mencatatkan kematian tertinggi iaitu 10 mangsa, diikuti Sepang (4) dan Hulu Langat (3).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tragedi chalet Bentong: Satu mayat wanita ditemui, dua lagi masih dicari

Tue Dec 21 2021

Satu mayat wanita ditemui dalam tragedi tiga individu hilang dibawa arus sungai di kawasan chalet pusat peranginan di Bentong, Pahang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata mayat wanita berkenaan ditemui pada 10.15 pagi tadi dan pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Masyarakat Orang Asli di Gua Musang gesa aktiviti pertanian ditangguhkan

Tue Dec 21 2021

Lebih 2,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan bimbang dengan aktiviti pertanian ketika musim tengkujuh kerana dibimbangi mengancam keselamatan mereka.

Mereka berharap, pihak berkuasa khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau aktiviti berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti hakisan bukit dan tanah runtuh.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Terowong SMART dibuka semula hari ini

Tue Dec 21 2021

Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula kepada laluan trafik bermula 11.10 pagi hari ini selepas keseluruhan kerja-kerja pembersihan telah pun selesai.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ribut petir akibat sistem tekanan rendah dijangka berlaku di utara esok

Mon Dec 20 2021

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan sistem tekanan rendah yang berkemungkinan menyebabkan ribut petir dijangka di negeri-negeri utara Semenanjung pada esok dan Rabu ini (21 dan 22 Dis).

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata ramalan tersebut adalah susulan daripada sistem tekanan rendah kini berada di kedudukan 4.8'U 93.7'T di Laut Andaman.

Saksi nampak arus deras setinggi tiga tingkat

Mon Dec 20 2021

"Saya lihat air melimpah deras dari atas bukit setinggi tiga tingkat meluru ke bawah," kata saksi kejadian tragedi tiga individu hilang dihanyut arus sungai di sebuah chalet di Bentong, Pahang, Sabtu lepas.

Penyelenggara chalet itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sholadi, 62, berkata ketika kejadian kira-kira 11 malam itu, beliau berada di rumahnya yang terletak di kawasan tinggi berhampiran chalet.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Pengorbanan anggota JBPM selamatkan mangsa tanah runtuh

Mon Dec 20 2021

Lima kanak-kanak antara 19 diselamatkan dalam insiden tanah runtuh di Kuala Klawang

Mon Dec 20 2021

Lima kanak-kanak antara 19 mangsa diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peras di Kuala Klawang, Hulu Langat. 

Komander Operasi, Mohd Asri Tak berkata, dua panggilan diterima melibatkan dua lokasi berbeza dan untuk kes pertama, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.32 petang dan mangsa dijumpai pada jam 1.34 pagi.



BERITA PENUH
DI SINI

Aduan bencana di 167 lokasi

Mon Dec 20 2021

LAPORAN BENCANA PADA 20/12/2021 @10
:00 AM

Jumlah Bil Bencana= 167 lokasi

1. BANJIR KILAT= 20 lokasi
2. BANJIR= 107 lokasi
3. CERUN RUNTUH= 27 lokasi
4. JALAN RUNTUH= 10 lokasi
5. JALAN MENDAP= 2 lokasi
6. JAMBATAN ROSAK/RUNTUH= 1 lokasi

— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) December 20, 2021

Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutu

Mon Dec 20 2021

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin, kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahkan semua hutan lipur ditutup sementara.

Ini memandangkan keadaan cuaca yang berterusan hujan manakala untuk kes di Hutan Lipur Jeram Toi, Jelebu pihak jabatan sedang menilai kerosakan disebabkan kejadian tanah runtuh yang merosakkan beberapa infrastruktur sedia ada di sana.

BERITA PENUH DI SINI

Tanah runtuh hempap 4 rumah di Sungai Penchala

Mon Dec 20 2021

Empat buah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, dilapor tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Kejadian di Jalan Palimbayan Indah itu turut menyebabkan seorang warga emas tertimbus hingga ke paras pinggang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Beberapa jalan masih ditutup, 21 kejadian tanah runtuh dilaporkan

Sun Dec 19 2021

Beberapa jalan terjejas di ibu negara sejak semalam akibat banjir masih ditutup, selain 21 insiden tanah runtuh dilaporkan hari ini.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang masih ditutup ialah Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), jalan di Kampung Seri Delima, Jinjang Selatan dan Lorong Jambu Laut, Kampung Batu Delima.


BACA BERITA PENUH DI SINI

50 penduduk nyaris tertimbus tanah runtuh di Sungai Penchala

Sun Dec 19 2021

Lebih 50 penduduk dari sembilan rumah di Kampung Palimbayan Tanah 60, Sungai Penchala di sini terselamat daripada tertimbus dalam kejadian tanah runtuh jam 12.30 tengah malam, Ahad.

Kesemua yang terlibat merupakan penduduk yang tinggal di kawasan lereng bukit.


BACA BERITA PENUH DI SINI

#tanah runtuh#Sungai Penchala#Genting Peras#tanah runtuh Bentong
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.