Sidang media Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq langsaikan sebahagian ikat jamin
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM 1.1 juta keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar pukul 2.45 petang tadi, selepas selesai membayar sebahagian daripada ikat jamin yang berjumlah RM80,000.
Mahkamah turut mengarahkan Ahli Parlimen Muar itu membayar baki wang jaminan selewat-lewatnya Selasa depan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.
Ahli Parlimen Muar itu membuat pengakuan tersebut dari kandang tertuduh dalam prosiding yang bermula pukul 9 pagi ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Dakwaan salah guna wang untuk kempen PRU14
Syed Saddiq juga didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen PRU14.
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah
Bekas menteri dijangka berdepan dua pertuduhan pecah amanah
Fahmi Fadzil tiba
Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil tiba.
Pemimpin hadir beri sokongan
Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh tiba bagi memberi sokongan.
Ibu bapa Syed Saddiq tiba
Ketibaan ibu dan bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Pasukan pendakwaan tiba
Pasukan pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba.
Syed Saddiq dijangka berdepan dua pertuduhan pecah amanah
Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi dua pertuduhan pecah amanah.
Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dijangka berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Jumlah keseluruhan pertuduhan pecah amanah itu dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan.
Kira-kira 30 media termasuk wartawan dan jurukamera tiba di seawal pukul 7 pagi lagi.
Orang ramai termasuk tertuduh dan para media hanya dibenarkan memasuki kompleks mahkamah bermula jam 8.30 pagi.
Hanya media yang mempunyai pas kebenaran dibenarkan mengikuti persidangan bagi memastikan pematuhan SOP.
Media menanti sejak 7 pagi
Para media tiba seawal pukul 7 pagi bagi mengikuti pertuduhan pecah amanah ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Prosiding dijangka bermula pukul 9 pagi @501Awani pic.twitter.com/XnYqOitzEG
— Umavathi Ramayah (@UmavathiRamayah) July 21, 2021
Syed Saddiq akan didakwa atas dua pertuduhan esok
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.
Mengikut sistem mahkamah, kes Syed Saddiq akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
SPRM sahkan Syed Saddiq dipanggil
'Berani kerana benar'
Berani kerana benar.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 21, 2021
It is in moments like this that i am reminded why i joined Politics.
Truth will always prevail.
Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional.
Bring it on!
Jumpa di Mahkamah KL esok 8pagi & Live FB/insta 8PM untuk pendedahan saya.#Lawan pic.twitter.com/sinWaupIOp
Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Seorang Ahli Parlimen yang juga bekas menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah parti politik bernilai lebih RM1 juta.
Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
BACA BERITA PENUH DI SINI