UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Sidang Dewan Rakyat ditangguh

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Astro Awani
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. - Gambar fail

Risiko penularan di Parlimen tinggi, KKM cadang gantung mesyuarat dua minggu

Sun Aug 01 2021

Keadaan individu yang ramai ketika sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai lalu telah mencetuskan kebimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat kepada kadar penularan COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 2,093 individu telah disaring sebelum mesyuarat bermula dan 56 kes positif telah dikesan.

BERITA PENUH DI SINI

[TERKINI] Mesyuarat Khas Parlimen Isnin ini ditangguh

Sat Jul 31 2021

Tangguh Mesyuarat Khas Parlimen: COVID-19 bukan alasan - Majlis Presiden PH

Sat Jul 31 2021

Isu jangkitan COVID-19 tidak boleh dan tidak patut dijadikan alasan untuk menutup atau menangguh Mesyuarat Khas Parlimen yang dijadual sambung bersidang pada Isnin ini.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar positif di Parlimen adalah 0.9 peratus, manakala nilai ambang yang disaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentukan jumlah ujian saringan yang mencukupi ialah lima peratus.

BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin ditangguhkan

Sat Jul 31 2021

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nizam menjelaskan, pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

Usul tindakan terhadap Takiyuddin, Idrus: Azhar ambil sikap berkecuali

Sat Jul 31 2021

ang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil sikap berkecuali dalam membuat sebarang ketatapan berkait usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Menerusi satu kenyataan media, Azhar berkata usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

BERITA PENUH DI SINI

Agenda AWANI: Mesyuarat Khas Parlimen - Elak krisis perlembagaan

Thu Jul 29 2021

GPS dukung penuh sistem Raja Berperlembagaan

Thu Jul 29 2021

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa parti itu mendukung penuh sistem Raja Berperlembagaan.

Menurut satu kenyataan media pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa negara perlu terus fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

UMNO tarik sokongan kepada Muhyiddin tapi masih sokong PN

Thu Jul 29 2021

UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun masih menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) yang juga ahli UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong pada Khamis, amat jelas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka dengan apa berlaku sekarang.

BERITA PENUH DI SINI

Apabila Darurat tidak akan disambung, Kerajaan nasihati Agong batal semua Ordinan

Thu Jul 29 2021

Pejabat Perdana Menteri menyatakan apabila Darurat tidak bersambung Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Dalam satu kenyataan, pejabat Perdana Menteri memperjelaskan tiga ketetapan yang diputuskan kabinet susulan kenyataan media Istana Negara, hari ini.

'Saya secara peribadi berpendapat bahawa PM mesti ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku sebagai ketua kerajaan' - Najib

Thu Jul 29 2021

https://twitter.com/501Awani/status/1420705817620193284

'Pas akan terus berdiri teguh bersama PM' - Tuan Ibrahim

Thu Jul 29 2021

Pas akan terus bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyokong sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh kabinet ketika ini.

Pendirian itu disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan pada Khamis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan masih dapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen bersama Kerajaan hari ini - Ismail Sabri

Thu Jul 29 2021

Lebih 110 Ahli-ahli Parlimen masih memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan perkara tersebut berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini.

BERITA PENUH DI SINI

AWANI Ringkas: Setakat semalam, 56 kes positif COVID-19 di Parlimen

Thu Jul 29 2021

Dewan Rakyat kecoh persidangan ditangguh lagi, sambung pada Isnin

Thu Jul 29 2021

Ikuti Sisi TV Parlimen di sini

Thu Jul 29 2021

Astro AWANI secara terus-menerus membawakan semua yang berlaku di Dewan Rakyat di laman mikro Sisi TV Parlimen. 

Klik di sini. 

Ordinan Darurat | Jangkaan pasca titah YDP Agong - Pengarah Eksekutif Ilham Centre

Thu Jul 29 2021

Jangkaan pasca titah YDP Agong - Felo Penyelidik Ilham Centre

Thu Jul 29 2021

Petugas media mula 'berkampung' di kediaman PM

Thu Jul 29 2021

Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat pada Khamis.

Para petugas media dilihat mula 'berkampung' di kediaman perdana menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini sejak pukul 1 tengah hari tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI



Boleh adakan saringan tanpa sulitkan perjalanan Parlimen - Anwar

Thu Jul 29 2021

Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021

Thu Jul 29 2021

Tiga hari selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan behubung pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita kerana ia diumumkan sebelum mendapat perkenan Baginda.

Susulan itu, selain sesi penerangan Menteri, kenyataan Takiyuddin menjadi antara perdebatan hebat dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

Sidang media Ketua Pembangkang di Pusat Media Bangunan Parlimen | 29 Julai 2021

Thu Jul 29 2021

Pemuda UMNO | Kerajaan derhaka belakangi titah Agong

Thu Jul 29 2021

Tidak bantah arahan ujian saringan: "Drama, helah Dewan Rakyat"

Thu Jul 29 2021

Mesyuarat Khas Parlimen ditangguh lagi, disambung semula 3.30 petang - Timbalan Speaker

Thu Jul 29 2021

Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 yang sepatutnya disambung semula pada 2.30 hari ini ditangguhkan sejam lagi sehingga pukul 3.30 petang nanti.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat baru sebentar tadi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dakwaan Takiyuddin kelirukan Dewan Rakyat, Pemuda PH Wilayah mahu buat laporan polis

Thu Jul 29 2021

Susulan kenyataan Istana Negara bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan Dewan Rakyat, Pemuda Pakatan Harapan Wilayah akan membuat laporan media terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

BERITA PENUH DI SINI

Ordinan Darurat: Jangkaan pasca titah YDP Agong - Penganalisis Politik

Thu Jul 29 2021

Takiyuddin didakwa hina Dewan, Mesyuarat Khas tangguh hingga 2.30 petang

Thu Jul 29 2021

Keadaan Dewan Rakyat menjadi tegang susulan kenyataan Istana Negara bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah memberi kenyataan salah berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkit membacakan secara spesifik perenggan di mana Yang di-Pertuan Agong dukacita dan kecewa dengan kenyataan Takiyuddin pada 26 Julai itu.

BERITA LANJUT DI SINI

Ordinan Darurat: Kenyataan Istana Negara - Pakar Perlembagaan

Thu Jul 29 2021

Speaker tangguh persidangan ke jam 2.30 petang

Thu Jul 29 2021

Dewan ditangguh hingga jam 2.30 petang

Thu Jul 29 2021

Speaker Dewan membuat keputusan menangguhkan sidang Dewan untuk disambung semula pada jam 2.30 petang.

Timbalan Speaker umum Dewan tangguh 15 minit

Thu Jul 29 2021

Datuk Mohd Rashid Hasnon umum Dewan ditangguh 15 minit untuk membincangkan kenyataan Istana Negara.

Noh Omar antara wakil rakyat kerajaan yang minta sidang ditangguhkan

Thu Jul 29 2021

YB Tanjung Karang minta Dewan ditangguh serta-merta

Thu Jul 29 2021

Tan Sri Noh Omar minta Dewan ditangguhkan untuk bincangkan hal perkembangan terbaru susulan kenyataan Istana Negara berhubung Ordinan Darurat yang dibatalkan.

Blok Pembangkang tuntut PM jawab kenyataan Istana Negara

Thu Jul 29 2021

Laungan 'Perdana Menteri letak jawatan', 'derhaka' kedengaran berulang kali

Thu Jul 29 2021

Kekecohan timbul di dalam Dewan apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletak jawatan.

Terdahulu, Anwar membaca kenyataan terbaharu Istana Negara hari ini berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.

BERITA LANJUT DI SINI



Kenyataan Istana Negara: Ketua Pembangkang tuntut PM letak jawatan

Thu Jul 29 2021

Ketua Pembangkang mahu Perdana Menteri letak jawatan

Thu Jul 29 2021

Selain itu Anwar berkata, kenyataan ini jelas menunjukkan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri telah langgar semangat Perlembagaan, hina institusi Raja, mengelirukan Dewan, tidak bercakap benar kepada Dewan.

"Tidak ada pilihan selain menuntut Perdana Menteri meletak jawatan"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 29, 2021

Reaksi Ketua Pembangkang terhadap kenyataan Istana

Thu Jul 29 2021

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi reaksi berhubung kenyataan Agong bahawa baginda amat dukacita dengan pembatalan Ordinan Darurat yang diumumkan kerajaan 26 Julai lalu.

Istana Negara keluarkan kenyataan media

Thu Jul 29 2021

Once and for all, kita tamatkan segala duka durjana - Zafrul

Thu Jul 29 2021

i-Citra akan dikreditkan mulai 3 Ogos - Tengku Zafrul

Thu Jul 29 2021

PenjanaKerjaya 2.0: Lebih 141,000 individu diambil kerja

Thu Jul 29 2021

'Golongan wanita, ibu tunggal tidak dilupakan'

Thu Jul 29 2021

Vaksin COVID-19: Tengku Zafrul jumpa PAC, jamin ketelusan

Thu Jul 29 2021

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kepada Dewan beliau telah bertemu dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Rabu.

Katanya, pertemuan itu adalah bagi memberi penjelasan terperinci mengenai ketelusan perolehan vaksin COVID-19 di Malaysia.

BERITA LANJUT DI SINI

Bantuan kepada remaja, pelajar berterusan - Menteri Kewangan

Thu Jul 29 2021

Pakej bantuan ekonomi: Ini 5 perkara dinyatakan Tengku Zafrul

Thu Jul 29 2021

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini memberi tumpuan kepada pembentangan penerangan mengenai pakej bantuan ekonomi oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang terhimpit disebabkan pandemik COVID-19 antara yang difokuskan beliau dalam sesi penerangan pagi tadi.

BERITA LANJUT DI SINI



Lebih RM200 juta untuk bakul makanan

Thu Jul 29 2021

Pakej bantuan: Lim Guan Eng minta penjelasan

Thu Jul 29 2021

YB Bagan memulakan sesi Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan susulan penerangan Menteri Kewangan berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi.

'Bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara'

Thu Jul 29 2021

Malaysia belum rebah, jauh sekali dari kalah - Tengku Zafrul

Thu Jul 29 2021

Kegawatan ekonomi pada tahun lepas dikatakan yang paling teruk sejak Perang Dunia II dengan banyak negara merudum pasaran dan kewangannya.

Begitupun, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia telah melalui badai tahun lalu dengan selamat meskipun berdepan pelbagai cabaran luar dugaan.

BERITA LANJUT DI SINI

Kerajaan berjanji terus bantu warga PKS, usahawan mikro

Thu Jul 29 2021

100 peratus populasi divaksin hujung Oktober 2021

Thu Jul 29 2021

Penerangan Menteri Kewangan mengenai pakej bantuan

Thu Jul 29 2021

Penerangan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi bermula.

'Speaker tiada kuasa lanjutkan masa perbahasan'

Thu Jul 29 2021

Yang Dipertua Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan, kuasa melanjutkan masa perbahasan di Dewan Rakyat bukan miliknya.

Sebaliknya, katanya, kuasa tersebut ada pada menteri dan terpulang kepada menteri jika didapati sesuai untuk memanjangkan, memendekkan atau meminda waktu persidangan.

BERITA LANJUT DI SINI

Ketua Majlis yang tetapkan waktu, kata Takiyuddin

Thu Jul 29 2021

YB Pasir Puteh dakwa pembangkang banyak habiskan masa Dewan

Thu Jul 29 2021

YB Hanipa Maidin tetap bertegas

Thu Jul 29 2021

Clarity (tentang terma) itu perlu dibahaskan, tegas Sepang - PH.

"Cara tuan Speaker pusing tu kalah lawyer-lawyer"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 29, 2021

'Contohnya, saya boleh gantung YB Sepang'

Thu Jul 29 2021

YB Sepang mencelah penerangan Speaker mengenai takrifan Perlembagaan

Thu Jul 29 2021

'Kita dalam Parlimen, bukan mahkamah'

Thu Jul 29 2021

Shafie Apdal tuntut penjelasan mengenai pembatalan Ordinan Darurat

Thu Jul 29 2021

YB Puchong minta 'pembatalan Darurat' dibahaskan

Thu Jul 29 2021

Implikasi batal Darurat: Itu saya tak tahu, Isnin kita bincang - Speaker

Thu Jul 29 2021

Keputusan hari ini amat bahaya - Syed Saddiq

Thu Jul 29 2021

Terpulanglah kepada Menteri - Speaker

Thu Jul 29 2021

Ahli Parlimen masih mahu bahas keputusan berhubung pembatalan Ordinan Darurat

Thu Jul 29 2021

Ahli-ahli Parlimen mahu Speaker buat keputusan tentang pembatalan Ordinan Darurat, sama ada perlu didebat dan dibahaskan atau tidak.

Semalam, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin minta masa mesyuarat khas ini dipanjangkan bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Katanya, pada masa ini terdapat kekangan masa untuk Ahli-Ahli Parlimen berbahas memandangkan masa harian persidangan tamat pada 5.30 petang.


Masih berkenaan isu lanjutan masa

Thu Jul 29 2021

Masih berkenaan isu lanjutan masa.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun jelaskan beliau terikat kepada Peraturan 12(1)PERATURAN-PERATURAN MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT untuk persidangan hanya sehingga 5.30 petang.

"Saya ada budi bicara untuk tambah 15 minit sahaja"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 29, 2021

'Proklamasi Darurat perlu dibatalkan secara teratur'

Thu Jul 29 2021

Ketua Pembangkang mohon tambah hari Mesyuarat Khas Dewan Rakyat

Thu Jul 29 2021

Sidang hari keempat bermula

Thu Jul 29 2021

Sidang hari keempat Mesyuarat Khas Parlimen bermula dengan bacaan doa.

Tonton siaran langsung sidang dari Dewan Rakyat di saluran 501 dan platform digital Astro AWANI.

Sidang media oleh bekas menteri pendidikan

Thu Jul 29 2021

Dr Maszlee Malik minta Kementerian Pendidikan memberi penjelasan terkini berhubung status 800 kandungan video untuk TV Pendidikan yang disediakan syarikat Radius One.

Beliau membangkitkan beberapa isu, antara lain, termasuk status pembuatan 800 kandungan dan sama ada ia mengikut spesifikasi dan durasi ditetapkan.

BERITA LANJUT DI SINI

Wartawan Firdaus Azil bersedia untuk liputan

Wed Jul 28 2021

Tumpuan hari keempat Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Penggal Keempat Belas di Dewan Rakyat.

Giliran Menteri Kewangan untuk terangkan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan nilai keseluruhan pakej RM530 bilion, Belanjawan 2021, RMK12 etc. Perincian di @501Awani pic.twitter.com/TywbQMlPJh

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 28, 2021

Tumpuan hari keempat

Wed Jul 28 2021

Pakej Bantuan Ekonomi dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bakal menjadi tumpuan utama Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bermula jam 10 pagi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Aturan Urusan Mesyuarat hari keempat

Wed Jul 28 2021

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas - Khamis, 29 Julai 2021

Parlimen Malaysia pic.twitter.com/Jaozfzqd7l

— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) July 28, 2021

Ini 10 tumpuan utama hari ketiga Mesyuarat Khas Parlimen

Wed Jul 28 2021

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ketiga menyaksikan tumpuan utama diberikan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam sesi penerangan, Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan persoalan yang dibangkitkan mengenai perolehan bekalan vaksin dan kadar vaksinasi negara ketika ini.

Namun, isu suntikan vaksin kosong yang dijangka dibangkitkan bagaimanapun tidak disuarakan mana-mana ahli Parlimen.

Berikut 10 perkara yang menjadi tumpuan pada hari ketiga sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Rangkuman Mesyuarat Khas Parlimen

Wed Jul 28 2021

SisiTVParlimen

Wed Jul 28 2021

Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat sepanjang lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021.

KLIK UNTUK TONTON

Liputan hari ketiga

Wed Jul 28 2021

Liputan sepanjang hari ketiga Mesyuarat Khas Parlimen boleh dibaca di sini.

Liputan hari kedua

Wed Jul 28 2021

Liputan sepanjang hari kedua Mesyuarat Khas Parlimen boleh dibaca di sini.

Liputan hari pertama

Wed Jul 28 2021

Liputan sepanjang hari pertama Mesyuarat Khas Parlimen boleh dibaca di sini.

#Dewan Rakyat#Mesyuarat Khas Parlimen#hari keempat
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.