DAP sedia pertimbang terima tawaran Perdana Menteri - Lim Guan Eng
DAP sedia mempertimbangkan tawaran untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bagi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
Bagaimanapun dalam ciapan sebagai respons kepada ucapan sulung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri hari ini, beliau berkata ia dengan syarat tawaran itu bukan menjadikan DAP sebagai wakil yang tidak penting dan sebagai 'pak turut' kepada pandangan kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Keluarga Malaysia: Beri tumpuan permasalahan mikro - Penganalisis
Pendekatan Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap memberikan tumpuan khusus kepada pengurusan permasalahan rakyat secara mikro.
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, tumpuan itu diperlukan disebabkan peruntukan belanjawan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah usaha pimpinan kerajaan secara makro yang bertujuan membentuk pendekatan dan peruntukan secara komprehensif terhadap permasalahan rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pembelian enam juta dos vaksin bukti komitmen PM tangani COVID-19 - KKM
Pembelian tambahan enam juta dos vaksin COVID-19 membuktikan komitmen dan keprihatinan berterusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memastikan kerajaan mencari jalan keluar melawan pandemik itu.
Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata, pembelian dos vaksin tersebut akan memperluas liputan program vaksinasi sedia ada kepada segenap lapisan masyarakat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Beri ruang anak muda terangkan situasi sebenar negara' - Shahril Hamdan
Kerajaan perlu mendapatkan input daripada semua golongan muda termasuk mereka yang tidak terlibat dalam politik bagi setiap perangkaan dasar yang bakal dilaksanakan.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ia membolehkan kerajaan mendapat maklumat tepat dan perspektif sebenar generasi muda di negara ini terutama golongan yang mengalami tekanan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pembangkang perlu terima tawaran kerajaan - Penganalisis
Pemimpin pembangkang harus menyambut baik tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, ini merupakan langkah yang serasi dengan agenda besar negara bukan sahaja untuk memulihkan ekonomi tetapi keluar dari kemelut pandemik COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM janji dengar suara anak muda
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan pentadbirannya akan mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda.
Ismail Sabri berkata, suara dan pendapat anak muda amat diperlukan seiring usaha mencapai objektif dan fokus yang akan diberikan pentabirannya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pergolakan politik rugikan negara dan rakyat - Ismail Sabri
Pergolakan politik yang menyaksikan siri peralihan kuasa berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya merugikan rakyat dan negara, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum terbubarnya Parlimen, negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua Perdana Menteri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM umum pembelian tambahan 6 juta dos vaksin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin COVID-19 bagi memastikan matlamat imuniti berkelompok segera dicapai.
Menurut Perdana Menteri, kejayaan program vaksinasi yang dijalankan telah terbukti apabila kes harian di Wilayah Persekutuan Labuan telah turun ke satu angka dalam masa tujuh hari berturut-turut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pembangkang dipelawa anggotai MPN, Jawatankuasa COVID-19
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Tawaran itu diumumkan ketika beliau menyampaikan ucapan khas pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM ajak Ahli Parlimen selamatkan Keluarga Malaysia
Dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau di luar kerajaan agar menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.
Menurut Ismail Sabri, kesemua ahli politik harus berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan serta mengenepikan perbezaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ucapan pertama Ismail Sabri sebagai PM ke-9 jam 5.30 petang ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan khas jam 5.30 petang ini.
Ia merupakan ucapan pertama beliau sebagai PM kesembilan selepas mengangkat sumpah pada Sabtu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM kena berani, jangan bentuk Kabinet atas dasar terhutang budi - Penganalisis
Perdana Menteri perlu ada keberanian dan ketegasan dalam membentuk barisan Kabinet yang akan membantunya menguruskan negara.
Penganalisis Politik Universiti Malaya, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berpendapat, keseimbangan sememangnya penting dalam Kabinet, namun, apa yang lebih perlu diutamakan ialah prestasi pemimpin yang dipilih.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hannah Yeoh saran penubuhan Kementerian Kanak-Kanak
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disaran agar menubuhkan Kementerian Kanak-Kanak bagi mengutamakan isu membabitkan golongan tersebut.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menjelaskan saranan itu dibuat ekoran isu penindasan, penderaan dan gangguan seksual serta pengabaian terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Senarai hajat rakyat Malaysia kepada Ismail Sabri
AHLI Malaysia Corruption Watch (MCW) / Pemerhati Rasuah Malaysia dan segenap rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri ke-9.
Secara khususnya, kami mempunyai harapan yang tinggi agar Datuk Seri dapat melaksanakan dua agenda penting yang utama selain daripada memfokus untuk mengatasi masalah pandemik COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Ismail Sabri pentingkan ketepatan masa, utamakan kebajikan rakyat'
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa, mudah didekati dan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit.
Berkongsi sisi peribadi Ahli Parlimen Bera itu, kenalan lamanya Abu Hassan Mohd Endut, 73, yang sudah mengenali Ismail Sabri lebih 20 tahun ketika sama-sama mula bergiat aktif dalam UMNO menyifatkan beliau sebagai seorang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
DATIN Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’.
Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
Walau tidak selalu menemani Datuk Seri Ismail Sabri, namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Yayasan anak mangsa COVID-19 wajar diwujudkan - Annuar Musa
Sudah lebih 14,000 nyawa rakyat Malaysia terkorban akibat COVID-19 sejak ia membadai hampir dua tahun lalu.
Daripada angka itu, ramai yang pergi meninggalkan anak-anak yang masih kecil.
Masa depan mereka ini entah bagaimana selepas kehilangan ibu atau bapa, atau lebih tragis kedua-duanya sekali.
Kerana itu, Tan Sri Annuar Musa merasakan perlunya kerajaan memberi perhatian khusus tentang hal ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Yayasan anak mangsa COVID-19 wajar diwujudkan - Annuar Musa
PM perlu disokong dengan kekuatan dan pengalaman partinya - Annuar Musa
PM perlu wujudkan ekosistem kepimpinan yang kondusif - Annuar Musa
Kembalikan keseimbangan politik, teroka seni bina politik baharu - Annuar Musa
Politik Melayu dan Islam sebagai teras perlu diperkasakan - Annuar Musa
MBM harap PM baharu dan Kabinet tumpu agenda pemulihan negara
Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan Kabinetnya kelak akan segera memberikan tumpuan kepada agenda pemulihan negara.
Presidennya Jufitri Joha berkata ini termasuk menstabilkan politik tanah air, menangani pandemik COVID-19, memacu ekonomi negara, membanteras rasuah dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum serta pelbagai ideologi politik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM Vietnam ucap tahniah kepada Ismail Sabri
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada Sabtu menghantar perutusan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri yang baharu pada Jumaat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat masih perlu dilakukan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Menurutnya, sebarang kenyataan yang mengatakan usul itu tidak perlu adalah tidak wajar, mengelirukan dan tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jokowi ucap tahniah kepada Ismail Sabri
Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia.
Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi akaun Twitter Jokowi @jokowi.
BERITA PENUH DI SINI
Pesanan Azmin Ali selepas mesyuarat MPT
Mesyuarat Khas MPT Bersatu seperti sudah tamat. Ini mesej Ahli Parlimen Gombak DS Azmin Ali kepada kerajaan baharu pilihan DS Ismail Sabri Yaakob. @501Awani . pic.twitter.com/k0uh8GVpav
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 21, 2021
Mesyuarat khas parti Bersatu
Dewan Tertinggi BN yakin kebolehan Ismail Sabri
Lantik teknokrat anggotai Kabinet - Penganalisis
Pemilihan anggota Kabinet baharu yang seimbang adalah penting bagi menentukan perjalanan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Kartini Aboo Talib, anggota Kabinet baharu juga harus merangkumi golongan pakar termasuk teknorat melalui lantikan Senator.
BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri kunjungi Muhyiddin tiga jam selepas angkat sumpah
Kira-kira tiga jam selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini pada Sabtu.
Beliau yang menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam itu tiba di perkarangan kediaman Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada pukul 5.57 petang.
Basmi budaya rasuah, tiada campur tangan politik dan perkasa kuasa SPRM
Usaha untuk membasmi budaya rasuah perlu terus diperkasa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penganalisis politik dan penulis, Anas Zubedy berkata, Ismail Sabri juga perlu memastikan tiada sebarang campur tangan politik dalam isu-isu berkaitan rasuah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ketengahkan orang muda dalam Kabinet baharu Ismail Sabri - Muqharabbin
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mencadangkan dan meminta jasa baik YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar sedia memberi ruang dan mengetengahkan pemimpin muda dari Barisan Nasional (BN), Pas dan juga Perikatan Nasional (PN) lainnya untuk menyertai Kabinet baharu.
Perkukuh kesatuan dalaman kerajaan agar lebih efektif
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi perhatian terhadap memperkukuh kesatuan dalaman Kerajaan terlebih dahulu sebelum memikirkan usaha ke arah kerjasama bipartisan.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar berpendapat, tujuh tawaran yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini perlu diberi pertimbangan.
BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri dapat perkasakan kembali BN - Zambry
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri diyakini dapat memperkasakan tradisi Barisan Nasional (BN) dalam membela rakyat dan memakmurkan negara, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Dalam satu kenyataan hari ini, Zambry berkata, Dewan Tertinggi BN merafak sembah menjunjung kasih Titah Perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Ahli Parlimen Bera itu untuk menerajui pentadbiran kerajaan.
BERITA PENUH DI SINI
Beri perhatian kepada peruntukan pembangunan Sabah - Hajiji
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan diharap dapat meneruskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata hubungan erat antara kedua-dua kerajaan penting bagi memacu Malaysia serta Sabah mendepani pandemik COVID-19 sekali gus memulihkan ekonomi.
Ahli Parlimen PN teguh bersama Ismail Sabri - Hamzah
Semua Ahli Parlimen PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berdiri teguh bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
BERITA PENUH DI SINI
Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengetepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.
Pengarah Komunikasi Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez berkata, sekiranya perkara sama berulang, maka jangka hayat kerajaan pimpinan Ismail Sabri tidak akan bertahan lama.
[BERITA PENUH DI SINI]
Ismail Sabri tinggalkan Istana Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 3.25 petang tadi.
Ahli Parlimen Bera itu sempat membuka tingkap dan melambai kepada media yang berkampung di Istana Negara.
BERITA PENUH DI SINI
Istiadat Mengangkat Sumpah Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selesai
'Tidak perlu undi percaya ...' - Profesor Shamrahayu
Undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat tidak perlu dilakukan kerana keabsahannya sudah diperakui ketika Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, pada Sabtu.
Menurut Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Shamrahayu Ab. Aziz, sekiranya undi percaya dilakukan, ia hanyalah proses mengukuhkan sokongan terhadap Perdana Menteri.
BERITA PENUH DI SINI
Pelantikan PM selaras perlembagaan
PM menandatangani dokumen penting berkaitan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan
Mufti Wilayah Persekutuan memimpin bacaan doa
Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, di sini hari ini.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ahli Kabinet baharu harus mahir dan berkaliber - Ketua UMNO Maran
Pemilihan Ahli Kabinet baharu yang mahir dan berkaliber adalah penting bagi menerajui kerajaan yang lebih baik di masa akan datang.
Ketua UMNO Maran merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan yang akan diterajui Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat mencabar dan perlu ditadbir urus sebagai sebuah Kerajaan yang mengutamakan pandangan dan suara rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hentikan pertelagahan, bersatu demi rakyat - Masyarakat Felda
Kalangan masyarakat peneroka di Rancangan Tanah Felda, Kelantan mahu pemimpin parti politik bersatu dan hentikan pertelagahan apabila Malaysia dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini.
Menjadi harapan mereka, negara mendapat barisan kepimpinan yang kuat dan ikhlas serta jujur membuat rancangan membantu kehidupan rakyat yang semakin tertekan kerana COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Berilah peluang kepada bapa untuk terajui negara' - Anak Ismail Sabri
Memulihkan kembali negara daripada belenggu pandemik COVID-19 pastinya akan menjadi tugas mencabar buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan semalam.
Justeru, anak kepada Naib Presiden UMNO itu, Nashriq Ismail Sabri, 29, amat berharap rakyat di negara ini dapat memberikan peluang kepada bapanya untuk membuktikan kemampuan dalam mengemudi negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sanggup berjaga malam bila anak sakit, Datin Nina kenang jasa bapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira lapan tahun lalu.
Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup bertuah kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
"Semoga Allah permudahkan kerja Papa tadbir negara" - Doa Dafi buat ayahnya
Sebaik menerima khabar pelantikan ayahnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, penyanyi terkenal, Dafi memanjat kesyukuran kepada Allah.
Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa berkat dedikasi dan kerja kerasnya selama ini.
BAACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM mampu pacu keyakinan pelabur
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri ke-9 dijangka menyuntik keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara selain aspek peralihan kuasa yang berjalan secara lancar.
Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, Ismail Sabri yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, juga dijangka tidak mengemukakan sebarang dasar baharu dan sebaliknya berkemungkinan besar mempertingkat dasar-dasar sedia ada.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Malaysia dapat PM baharu, KLCI berakhir tinggi
Pengumuman pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan lewat petang Jumaat menjadi pemangkin yang melonjakkan dagangan berakhir lebih positif.
Ahli Parlimen Bera itu akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos (Sabtu) pukul 2.30 petang di Istana Negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri angkat sumpah di Istana Negara
Jam 2.30 petang ini, rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Menjadi kelaziman, istiadat ini akan dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen terutama wakil rakyat yang membentuk kerajaan baharu ini.
BERITA PENUH DI SINI
Ini 5 perkara menarik mengenai Ismail Sabri
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Pelantikan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera itu untuk menerajui pentadbiran negara, sekali gus menamatkan teka-teki banyak pihak sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINI
Liputan lantikan PM ke-9 sepanjang Jumaat
Berikut liputan menyeluruh sepanjang Jumaat berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-9.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9