Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN
Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di sini petang ini.
Keputusan itu merupakan keputusan sebulat suara ketiga-tiga panel hakim yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lalu.
KLIK UNTUK BERITA PENUH
Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN
Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. @501Awani #NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 8, 2020
Perjumpaan tertutup Musa dan 32 ADUN Sabah
Difahamkan Tan Sri Musa Aman melakukan perjumpaan tertutup bersama ADUN Sabah yang hadir.#AWANInews #PolitikSabah #HapusCOVID19 @501Awani
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) September 8, 2020
Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin beri hujahan pukul 2.15 petang
Hujahan balas peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 ADUN Sabah akan bermula pada 2.15 petang.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) September 8, 2020
Prosiding bersambung semula pada jam 2.15 petang.
Peguam, Datuk Dr Cyrus Das selesai hujahan
Peguam, Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal baru sahaja selesai menyampaikan hujahan.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) September 8, 2020
Kini hujahan daripada peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suzana Atan.#AWANInews #PolitikSabah #HapusCOVID19 @501Awani
Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Kehakiman
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Kehakiman bagi menyambung prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran DUN Sabah. @501Awani #NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/tDPkTHG2Zq
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 8, 2020
Tiga hujahan didengari dalam Mahkamah Rayuan Putrajaya
Prosiding hari ini akan mendengar tiga hujahan dimana dua hujahan daripada peguam Mohd Shafie dan SPR selepas itu mahkamah akan mendengar hujahan balas daripada penguam Musa Aman. @501Awani #NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19 https://t.co/v6IA9S82dC
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 8, 2020
Prosiding rayuan bubar DUN Sabah bersambung hari ini
Prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bersambung hari ini di Istana Kehakiman, di sini.
Difahamkan prosiding tersebut yang dihakimi tiga hakim, diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil akan bermula pada jam 12.00 tengah hari.
Prosiding pada hari ini akan menyambung hujahan daripada peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.
BACA BERITA PENUH
Musa Aman masih belum kelihatan
Bagaimanapun masih tidak kelihatan mana-mana pemimpin politik baik dari pihak Musa Aman mahupun Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Istana Kehakiman. @501Awani #NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/YMQUAIZaIz
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 8, 2020
Petugas media bersedia
Petugas media juga sudah bersedia di pekarangan pintu masuk kamar bicara kerana prosiding dijangka akan bermula pada pukul 12 tengah hari. @501Awani #NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/GLe7RdZN5m
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 8, 2020
Prosiding permohonan rayuan 33 ADUN Sabah disambung hari ini
Prosiding permohonan rayuan Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN Sabah bersambung hari ini.
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) September 8, 2020
Saya dan @RidauddinDaud akan ikut rapat perkembangan mengenai permohonan itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya. @501Awani #NormaBaharu #PolitikSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/7y0HQCh6Ej
Mahkamah Rayuan tangguh prosiding rayuan Musa Aman esok
Mahkamah Rayuan pada Isnin menangguhkan prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lepas.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Wakil AWANI lapor perkembangan terkini
Hakim mungkin tidak buat keputusan hari ini
11. Difahamkan, hakim hanya mendengar rayuan pada hari ini tetapi berkemungkinan hanya akan membuat keputusan esok (8 September).
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) September 7, 2020
Bagamainapun, krew @501Awani di Mahkamah Rayuan Putrajaya masih cuba mendapatkan pengesahan dan perincian lanjut. #PolitikSabah #SabahMemilih
Perbicaraan bermula sekitar 10:45 pagi
9. Perbicaraan bermula sekitar 10:45 pagi.
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) September 7, 2020
Pada 11:24 pagi, barisan peguam @MusaHjAman sedang berhujah di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian.#PolitikSabah #SabahMemilih @501Awani
Mahkamah Rayuan mula mendengar rayuan 33 ADUN
Mahkamah Rayuan mula mendengar rayuan 33 ADUN berhubung pembubaran DUN Sabah
Wakil AWANI lapor perkembangan terkini
Tan Sri Musa Aman tiba di Mahkamah Rayuan
Tan Sri Musa Aman tiba di Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan kesnya mengenai pembubaran DUN Sabah. Teruskan bersama @501Awani untuk berita terkini dari Istana Kehakiman.#SabahMemilih#PolitikSabah pic.twitter.com/rHB50btiEC pic.twitter.com/usxRk0tcPv
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) September 7, 2020
Media menanti di luar kamar
Media masih menanti di luar kamar sebelum prosiding mendengar permohonan 33 ADUN Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang berkaitan dengan pembubaran DUN oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 30 Julai lalu. @501Awani#SabahMemilih#PolitikSabah pic.twitter.com/rHB50btiEC
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) September 7, 2020
Para wakil rakyat tiba di perkarangan mahkamah
4. Setakat 8:39 pagi, wakil-wakil rakyat sampai di pekarangan mahkamah dengan menaiki bas dan kenderaan persendirian bagi memberikan sokongan kepada TS @MusaHjAman mula hadir di pekarangan mahkamah.
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) September 7, 2020
Difahamkan, kesemua 32 wakil rakyat hadir pada pagi ini.@501Awani pic.twitter.com/03LikD12EE
Wakil AWANI lapor perkembangan terkini
Wakil Astro AWANI melaporkan dari Putrajaya
Ikuti laporan dari wakil Astro AWANI, Wan Syamsul Amly dan Isabelle Leong, yang berada di Putrajaya.
Permohonan 33 ADUN berkaitan bubar DUN Sabah didengar hari ini
Permohonan 33 ADUN Sabah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan pembubaran DUN oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah pada 30 Julai lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan hari ini.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam, dianggotai Datuk P Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
BERITA PENUH DI SINI