Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon, Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Adibah Noor hanya tahu hidap kanser tiga bulan lalu
Kenalan rapat kepada Adibah Noor, Baki Zainal mendedahkan, Allahyarham hanya mengetahui mengenai penyakit kanser yang dihidapi sekitar tiga bulan lalu.
Menurut Baki atau nama sebenarnya Zahimin Baki Zainal, 41, penyanyi dan penghibur terkenal itu mengambil keputusan merahsiakan daripada pengetahuan umum kerana merasakan menjadi tanggungjawab sebagai anak seni dan khalifah, untuk hanya menyebarkan kebahagiaan dan kasih sayang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bapa sifatkan Adibah anak yang taat
Seorang anak yang taat! Itu keperibadian Allahyarhamah Adibah Noor daripada pandangan ‘mata’ ayahnya, Mohamed Omar Zainal Abidin, 89
Malah, menurut Mohamed Omar, Adibah Noor juga disifatkan sebagai seorang anak yang tidak kedekut dan pemurah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Allahyarham seorang baik peribadi dan kelakar - Hetty Koes Endang
Perjalanan terakhir figura hebat
Perjalanan terakhir figura hebat, Allahyarham #AdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/7vYwX8Vn24
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Hasrat Adibah Noor terbit album jazz tidak kesampaian - Mokhzani
Hasrat Allahyarham Adibah Noor untuk menerbitkan album jazz bersama Big Band, Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah kendalian Datuk Mokhzani Ismail tidak kesampaian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Arwah anak seni yang cukup dikagumi dan disayangi
Betapa arwah seorang anak seni yang cukup dikagumi dan disayangi. Kelihatan ratusan ahli keluarga dan rakan seperjuangan serta media yang turut sama memberi penghormatan di perjalanan terakhir beliau. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/LTHCiw5xRK
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Jenazah Allahyarham Adibah Noor selamat dikebumikan
Jenazah Adibah Noor selamat disemadikan
Jenazah Allahyarham #AdibahNoor selamat dikebumikan pada pukul 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai Keramat @501Awani pic.twitter.com/UyRmCJNMPP
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan
Jenazah penyanyi dan pelakon versatil Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai, di sini, hari ini.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Liputan langsung majlis pengebumian Allahyarham Adibah Noor
Lebih 300 hadir beri penghormatan terakhir
11:15AM Lebih 300 hadir untuk pengebumian Allahyarham @adibahnoor di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai.#MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/QNf8m3RSHL
— HilalAzmi.nft (@HilalAzmi) June 19, 2022
Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan
11:08AM Jenazah Allahyarham @adibahnoor tiba di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai diiringi semua keluarga, kenalan, sahabat handai.#MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/gbkefJZZVn
— HilalAzmi.nft (@HilalAzmi) June 19, 2022
Adibah Noor tak pernah mengadu fasal diri - Hans Isaac
Menurut pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Hans Isaac, penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu tidak pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan dirinya.
Malah, ujar Hans atau pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, Adibah begitu jarang bercakap mengenai perihal dirinya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan
Jenazah #AdibahNoor akan dibawa ke Tanah Perkuburan untuk disemadikan. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/Ro93DqxoQB
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Keluarga mohon maaf salah silap arwah
Wakil keluarga #AdibahNoor memohon agar dimaafkan salah silap dan dihalalkan segala sepanjang Arwah hidup. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/lTmzzCLklf
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Jenazah sedang disolatkan
Jenazah Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar sedang disolatkan di Masjid Al-Ansar sebelum dikebumikan.
Beliau terlalu istimewa, damailah di sana - Fadzilah Kamsah
Al-Fatihah buat seorang seniman yang cukup berbakat, @adibahnoor . Beliau terlalu istimewa. Damailah di sana.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) June 19, 2022
M. Nasir hadir beri penghormatan terakhir
Datuk M.Nasir antara selebriti yang hadir pada majlis bacaan Yasin dan solat jenazah Allahyarham #AdibahNoor di Masjid Al Ansar, Keramat Permai hari ini @501Awani pic.twitter.com/TwZ5nn1aKU
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Fahmi Fadzil kongsi kenangan bersama Allahyarham
YB Fahmi Fadzil berkongsi pengalaman bersama Allahyarham #AdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/LOBVkW3KZw
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Jenazah selesai dimandikan
Jenazah Allahyarham Adibah Noor selesai dimandikan dan bakal disolatkan sebentar lagi di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat.
Industri seni hilang bintang menakjubkan - Hans Isaac
Pelakon dan pengarah filem, Datuk Hans Isaac menyifatkan industri seni tanah air kehilangan seorang artis yang cukup menakjubkan dengan pemergian #AdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/rhKj3u7P3k
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Mohon maaf, ucapan takziah pada Pak Hamid, antara ciapan terakhir Adibah Noor
“KERANA aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.
Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kenalan artis hadir ziarah jenazah Adibah
Selain keluarga, beberapa selebriti tanah air sudah berada di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat di sini bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Adibah Noor.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Adibah Noor miliki personaliti menawan - Fahmi
Adibah Noor akan kekal dalam ingatan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai seorang anak seni terbilang negara.
Tidak hanya dilahirkan sebagai seorang artis berjiwa besar, bahkan Allahyarham Adibah juga, kata Fahmi, memiliki personaliti yang menawan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ayah Allahyarham sertai bacaan Yasin
Sebagai ibu atau bapa, pasti tidak mahu melihat anak pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Kelihatan ayah kepada Allahyarhamah #AdibahNoor, Pakcik Mohamed Omar di Masjid Al-Ansar menyertai bacaan Yassin untuk anaknya. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/wSnQUP0IAn
Majlis bacaan Yasin sedang berlangsung
9.30 pagi: Majlis bacaan Yasin sedang berlangsung. Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham #AdibahNoor ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai @fahmi_fadzil @501Awani pic.twitter.com/oFRVLuhtnk
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Jenazah dijangka dikebumi sebelum zuhur
Astro AWANI difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumi sebelum zuhur. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Teruskan ikuti Live Blog Astro AWANI untuk perkembangan terkini.
Bacaan Yasin untuk Allahyarham
Sementara jenazah #AdibahNoor sedang dimandikan, pengurusan Masjid Al-Ansar menganjurkan bacaan Yassin untuk Allahyarhamah. @501Awani pic.twitter.com/bWYhuoBhWu
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Van jenazah tiba di masjid
Kenderaan yang membawa jenazah penyanyi Adibah Noor Mohamed Omar tiba di sebuah masjid kira-kira jam 9.20 pagi.
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 19, 2022
? Alya Nadiah/BERNAMA pic.twitter.com/0MnVO3riSg
Jenazah dibawa ke Masjid Al-Ansar
Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor dibawa ke Masjid Al-Ansar untuk dimandikan dan disempurnakan bagi tujuan solat jenazah dan pengebumian. @501Awani pic.twitter.com/u8Vq9euX6p
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Allahyarham dibawa masuk ke dalam van jenazah
Allahyarham Adibah Noor sedang dibawa masuk ke dalam van jenazah yang tiba di kediaman keluarganya sebentar tadi.
Biaya umrah sahabat, kebaikan Adibah Noor dibawa ke syurga
“Betul ke?”, “Adibah Noor meninggal?”, begitu pertanyaan yang mengejutkan datang bertali arus bukan sahaja dalam kalangan karyawan seni dan media massa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi penggemar penyanyi, pelakon dan hos yang serba versatil ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
You know how much I love you - Nourul Depp
Van jenazah tiba di kediaman bapa Allahyarham
Van jenazah tiba di kediaman bapa Allahyarham #AdibahNoor untuk membawa jenazah ke Masjid Al Ansar, Keramat. Jenazah ketika ini telah tiba di masjid untuk dimandi, kafan dan disolatkan @501Awani pic.twitter.com/3bkmJs6JOY
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
'Macam bercakap dengan member sendiri' - Kemesraan Adibah dikenang peminat
Satu benda yang orang akan setuju pasal kak Adibah Noor especially pengguna Twitter adalah kemesraan dan keramahan beliau untuk berinteraksi dengan semua orang. Macam bercakap dengan member sendiri. She always laughed at my silly jokes. Innalillah pic.twitter.com/n6zUTq8rEB
— Faizal Rosly (@ijaicool) June 19, 2022
Kemunculan awal Allahyarham di layar perak
8.22 pagi: Kemunculan awal Allahyarham #AdibahNoor di layar perak bermula pada tahun 2005 filem seperti Sepet, Gubra dan Mukhsin karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu beliau membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem tempatan @501Awani pic.twitter.com/9TW1MyZx8J
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 19, 2022
Rakan artis sedih dengan pemergian Allahyarham
Keluarga terdekat Allahyarham tiba
Suasana hiba. Beberapa individu dipercayai keluarga terdekat Allahyarham #AdibahNoor tiba untuk memberikan penghormatan terakhir @501Awani pic.twitter.com/DJFSGvhZ1J
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 18, 2022
Suasana di pekarangan kediaman bapa Allahyarham
7.40 pagi: Suasana di pekarangan kediaman bapa Allahyarham #AdibahNoor di Keramat Permai. Jenazah Allahyarham tiba di sini sekitar pukul 11 malam tadi. Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar sekitar pukul 9 pagi ini. @501Awani akan membawakan perkembangan terkini pic.twitter.com/qVoDT8jCUK
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 18, 2022
A sad day for Malaysians - Yuna
A sad day for Malaysians. She painted the entertainment industry with colours we’ve never seen before & never failed to bring smiles to everyone who knows her. I can’t believe this. You will be so dearly missed @adibahnoor
— YUNA (@yunamusic) June 18, 2022
إِنَّا ِللّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رٰجِعونَ pic.twitter.com/JdC1f3cVSm
PM ucap takziah pemergian Adibah Noor
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor, yang meninggal dunia malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar
Berdasarkan makluman daripada PA @adibahnoor , Cik Tod, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat jam 9 pagi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.
— HilalAzmi.nft (@HilalAzmi) June 18, 2022
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar 10:30 pagi.@501Awani pic.twitter.com/ijOsJK6QVQ
'Maaf, aku tak dapat tolong kerana aku sendiri memerlukan'
Kira-kira 10 jam yang lalu, Adibah Noor masih aktif di Twitter. Namun, ulang ciap yang dilakukannya adalah demi membantu seorang pemilik kucing yang mengharapkan bantuan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui
TIDAK keterlaluan jika dikatakan, Allahyarham Adibah Noor merupakan antara penghibur yang dikenali segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Belasungkawa | Adibah Noor kreatif dengan ideanya yang tersendiri
Belasungkawa | Pemergian Allahyarham Adibah Noor
Adibah Noor meninggal dunia
Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.
BACA BERITA PENUH DI SINI