Buka Parlimen: Anwar tunggu langkah kerajaan selanjutnya
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menanti langkah selanjutnya daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pembukaan Parlimen.
Dalam ciapannya, Anwar turut menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO hargai kecaknaan Agong, Raja-Raja Melayu
UMNO menghargai kecaknaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengambil kira segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan kepada baginda sejak 11 Jun lalu.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pandangan yang dikemukakan untuk menyegerakan persidangan Parlimen jelas menzahirkan kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tidak perlu lanjutkan darurat: Ini 7 perkara disepakati Raja-Raja Pemerintah
Majlis Raja-Raja menggariskan tujuh perkara yang perlu diberi keutamaan pasca pertemuan di Istana Negara yang berlangsung hari ini.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Al-SuItan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, sesi perbincangan itu turut dihadiri oleh Sultan-sultan, Raja dan Yang Dipertuan dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kedah, Pahang dan Perlis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tiada keperluan letak negara dalam darurat selepas 1 Ogos - Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, ia antara salah satu daripada tujuh perkara yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu selepas diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
Sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu selesai
Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu kali kedua telah selesai.
Terdahulu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat menjadi Raja Melayu pertama meninggalkan Pintu Satu, Istana Negara kira-kira 5.15 petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Sultan Terengganu tiba di Istana Negara
Kenderaan rasmi membawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sudah masuk ke Pintu Satu, Istana Negara.
Ketibaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni al-Marhum Sultan Badlishah
Ketibaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni al-Marhum Sultan Badlishah.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 16, 2021
Tuanku Baginda sempat melambai ke arah media yang sedang bertugas di perkarangan Pintu Satu @501Awani pic.twitter.com/7vZPFNeJfP
Raja-Raja Melayu perlu pilih PM baharu - Ku Li
Raja-Raja Melayu perlu memilih seorang Perdana Menteri yang baharu untuk mengetuai kerajaan bagi menyelamatkan negara daripada krisis penularan COVID-19, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab memainkan peranan keperlembagaan itu selepas Dewan Rakyat berdepan kesukaran memilih Perdana Menteri.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Perbincangan Khas Agong dan Raja-raja Melayu: Pemangku Raja Pahang pertama tiba di Istana Negara
Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-raja Melayu berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Terdahulu Pemangku Sultan Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menjadi yang pertama tiba di Istana Negara, kira-kira 11.03 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar @501Awani. Kredit: @DiahJaiz / @BernamaTV pic.twitter.com/tcuelcNHJU
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 16, 2021
Pemangku Raja Pahang yang pertama tiba di Istana Negara
Perbincangan Khas Agong dan Raja-raja Melayu: Pemangku Sultan Pahang pertama tiba di Istana Negara https://t.co/xwwxEKmgiz
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 16, 2021
Fokus Agong cari penyelesaian masalah dua 'P' - Shamsul Amri
Siri pertemuan yang digerakkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak beberapa hari lalu jelas menunjukkan tumpuan baginda untuk mententeramkan keadaan negara.
Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat, ketika rakyat letih dengan polemik politik yang tak sudah-sudah, baginda sebagai payung negara tampil membela dan menggerakkan usaha mencari penyelesaian.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan bermula pada 2.30 petang Rabu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media dikeluarkan Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Perdana Menteri selesai menghadap YDP Agong
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Pintu 1 Istana Negara sekitar 3.30 petang.
Ia selepas kira-kira satu jam Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Perdana Menteri tiba di Istana Negara
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) memasuki pintu 1 Istana Negara diiringi polis pengiring sekitar pukul 2.20 petang.
Untuk berita penuh, BACA DI SINI.
Tun Arifin selesai menghadap Agong selepas lebih sejam
Selepas lebih sejam, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.10 tengah hari.
Bekas Ketua Hakim Negara itu sebelum itu tiba di Istana Negara pada pukul 9.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tun Arifin Zakaria meninggalkan Istana Negara
Selepas lebih sejam, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.10 teng hari @501Awani pic.twitter.com/cxhUFNld1n
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 15, 2021
[INFOGRAFIK] Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja
Tun Arifin tiba untuk menghadap Agong
Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria tiba di Istana Negara pada jam 9.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tun Arifin tiba di Istana Negara
Kenderaan yang membawa Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dilihat memasuki pintu 2 Istana Negara pada pukul 9.45 pagi @501Awani pic.twitter.com/BUnqfV2LLd
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 15, 2021
Tun Arifin dijangka menghadap Seri Paduka Baginda pagi ini
9.10 pagi: Selepas siri pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan wakil-wakil ketua politik minggu lepas, hari ini Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan.
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 15, 2021
Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Seri Paduka Baginda pagi ini @501Awani pic.twitter.com/uX7Eltf8QV
Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menghadap Agong hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
GPS persembah 3 perkara perangi COVID-19 ketika menghadap Agong
Tiga perkara utama yang dipersembah GPS ialah mencapai imuniti kelompok, kerajaan yang kuat dan stabil dan pelan pemulihan ekonomi ketika memerangi wabak COVID-19.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sesi menghadap secara atas talian itu GPS yang mengemudi kerajaan negeri Sarawak memaklumkan program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos bagi mencapai imuniti kelompok
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin GPS selesai menghadap Agong
Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang diadakan secara maya di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.
Pertemuan selama 30 minit itu melibatkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
GPS persembah tiga faktor
GPS persembah tiga faktor penting perangi COVID-19 iaitu imuniti kelompok, kerajaan kukuh dan pelan pemulihan semasa menghadap Agong hari ini.
GPS menghadap Agong secara maya
Wakil PBS dijadual menghadap Agong petang ini
Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili menjadi ketua parti politik yang ketiga dan terakhir diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Terdahulu kenderaan yang Ahli Parlimen Kota Marudu itu naiki, dilihat memasuki Pintu Dua, Istana Negara kira-kira 2.16 petang tadi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Isu MAGERAN tidak dibincangkan - Zahid
Ditanya sama ada beliau turut membangkitkan mengenai cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak dibincangkan dengan Agong.
Tegasnya lagi, penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya Darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Vigneswaran tinggalkan pekarangan Istana Negara
Kenderaan membawa Presiden MIC TS SA Vigneswaran juga dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 11.38 pagi tadi selepas selesai mengadap YDP Agong. @501Awani
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021
UMNO tolak darurat, Parlimen wajar bersidang - Zahid
UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah disampaikan beliau sendiri sewaktu diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
UMNO senada dengan parti politik lain - Zahid
UMNO senada dengan majoriti parti-parti politik lain, desak Darurat ditamatkan dan Parlimen diteruskan.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021
Mengenai soal MAGERAN, Ahmad Zahid berkata mereka menolak cadangan itu, dan mendakwa ia adalah sesuatu di luar norma utk kepentingan pihak tertentu. @501Awani pic.twitter.com/A328HqylqN
Zahid pertama menghadap Agong hari ini
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2, kira-kira 9.55 pagi tadi.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Zahid Hamidi tiba di Istana Negara
Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap YDP Agong di Istana Negara, hari ini. Beliau tiba kira-kira 9.55 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/pEmtmTZHjE
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021
Zahid, Vigneswaran, Maximus Ongkili menghadap Agong hari ini
Hari ketiga pertemuan antara YDP Agong dan pemimpin-pemimpin parti politik di Istana Negara.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021
Mengikut laporan sebelum ini, tiga lagi ketua parti politik ialah:-
1.DSAhmad Zahid Hamidi (UMNO)
2.Tan Sri SA Vigneswaran (MIC)
3.DS Maximus Johnity Ongkili (PBS)@501Awani pic.twitter.com/BAXN6Oo80Z
Tiga pemimpin politik dijangka menghadap Agong
Beberapa lagi pemimpin politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Hari ini adalah hari ketiga berlangsungnya siri pertemuan dengan pemimpin parti politik.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Agong tanya bila sesuai adakan PRU15, dakwa Tun M
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, pilihan raya tidak wajar dilakukan dalam tempoh terdekat kerana bimbang kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Tun M usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Empat lagi wakil parti selesai menghadap Agong hari ini
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi wakil ketua politik keempat selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 4.20 petang selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Pejabat Tun M 'belanja' petugas media air kelapa. Terima kasih, Tun!
Suasana hangat pengamal media di pekarangan pintu 2 Istana Negara hari ini ‘disejukkan’ dengan sumbangan air kelapa oleh pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain air ‘nyior, pejabat Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut menyediakan lebih 100 pek bihun goreng kepada petugas media.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara
Tatkala pemimpin lain menaiki kereta mewah keluaran luar negara memasuki Istana Negara, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebaliknya.
Bekas Perdana Menteri itu tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira jam 1.58 tengah hari pada Khamis menaiki sebuah Proton X70 berwarna kelabu.
BERITA PENUH DI SINI
Anwar serah dua dokumen kepada Al-Sultan Abdullah - Sumber
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan dua dokumen ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.
Maklumat itu dikongsi oleh sumber yang memaklumkan Presiden PKR itu menyerahkan dua dokumen penting berkaitan COVID-19 dan ekonomi negara.
BERITA PENUH DI SINI
Shafie Apdal tiba sekitar jam 3.10 petang
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Istana Negara pada pukul 3.10 petang tadi bagi menghadap Al-Sultan Abdullah @501Awani. Beliau dilihat menaiki kenderaan jenis Range Rover berwarna hitam pic.twitter.com/TUfgoAvYGM
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021
Tun M tiba di Istana Negara
https://twitter.com/HasimiM/status/1402873815743401988?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1402873815743401988%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Fquery%3Dhttps3A2F2Ftwitter.com2FHasimiM2Fstatus2F1402873815743401988widget%3DTweet
Cuaca panas, Tun M belanja media air kelapa!
Suasana hangat depan Istana Negara disejukkan dengan air kelapa sumbangan daripada Pejabat Tun Dr @chedetofficial. Terima kasih Tun belanja media! @501Awani pic.twitter.com/BfcWjXcRsj
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021
Wee Ka Siong tiba menghadap Agong
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.
Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan memasuki Istana Negara pada jam 11.50 pagi menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Wee Ka Siong tiba di Istana Negara
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa Presiden MCA, Presiden MCA, Datuk Seri Dr
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa Presiden MCA, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilihat memasuki Istana Negara pada 11.50 pagi @501Awani pic.twitter.com/mKSXLgPtDo
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021Istana sediakan khemah untuk media. Terima kasih!
Thu Jun 10 2021Pihak Istana Negara menyediakan khemah kepada pengamal media di perkarangan pintu 2 Istana Negara. Ia selepas pengamal media diarahkan untuk tidak berada di persekitaran pintu 2 berikutan SOP penjarakan fizikal @501Awani pic.twitter.com/bDkgtcN5Bt
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021Media dibenar kembali ke lokasi awal
Thu Jun 10 2021Istana Negara beri kebenaran kepada pengamal media untuk kembali membuat liputan di lokasi awal berdekatan pintu 2.
Pihak istana turut menyediakan khemah untuik kemudahan pengamal media di pekarangan pintu 2.FRU bersiap-sedia di hadapan Pintu 2 Istana Negara
Thu Jun 10 2021Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat ditempatkan di hadapan pintu 2 Istana Negara @501Awani
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021Pengamal media tidak dibenar berada berdekatan Pintu 2 Istana Negara
Thu Jun 10 2021Pengamal media yang membuat liputan siri pertemuan wakil-wakil ketua politik dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini diarahkan untuk tidak berada berdekatan pintu 2 Istana Negara berikutan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi Astro AWANI, polis telah diarahkan oleh pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINILagi beberapa pemimpin politik sembah menghadap YDP Agong
Thu Jun 10 2021Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara
Thu Jun 10 2021Kenderaan membawa Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.
Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.
Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Kerajaan yang sembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINITuan Ibrahim tiba di Istana Negara
Thu Jun 10 2021Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021
dilihat hadir di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 10.20 pagi @501Awani pic.twitter.com/MGkyVgtEPwKereta plat 'Menteri' masuk Istana Negara
Thu Jun 10 2021Sebuah kenderaan berwarna hitam yang tertera perkataan “Menteri” dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.22 pagi. @501Awani
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021Belum ada lagi wakil pemimpin politik tiba
Thu Jun 10 2021Setakat jam 10 pagi ini, belum ada lagi wakil pemimpin politik yang tiba di Istana Negara. Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan akan tiba di Istana Negara pada pukul 2 petang ini, diikuti Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal @501Awani pic.twitter.com/YUSGQizvXO
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021Dr Mahathir antara ahli politik bakal menghadap Agong hari ini
Thu Jun 10 2021Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dijadual hadir ke Istana Negara pada jam 2 petang ini.
Selain Dr Mahathir, dua ahli politik lain ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili dan Presiden Parti Warisan Sabah Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Hari kedua: Beberapa lagi ahli politik bakal menghadap Agong
Thu Jun 10 2021Hari kedua: Istana Negara hari ini terus menjadi tumpuan. Beberapa wakil ketua pemimpin parti dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong @501Awani pic.twitter.com/nXRNxlrx8G
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021COVID-19 agenda utama sesi menghadap pemimpin parti politik
Wed Jun 09 2021Keadaan semasa negara terutama kes penularan COVID-19 menjadi agenda utama majlis menghadap pemimpin parti-parti politik negara ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Ini sekali gus menamatkan spekulasi sesetengah pihak berhubung pertemuan itu yang dikatakan bagi membincangkan tentang landskap politik semasa negara.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINITiga pemimpin pembangkang selesai menghadap Agong
Wed Jun 09 2021Tiga wakil pemimpin parti politik daripada pembangkang selesai menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara di ibu negara pada Rabu.
Mereka masing-masing adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
BERITA LANJUT MENYUSULAgong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun
Wed Jun 09 2021Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.
Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di ibu negara.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIPertemuan pemimpin politik dengan Agong legakan rakyat - Peguam
Wed Jun 09 2021Pertemuan pemimpin politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara melegakan rakyat, kata peguam bela dan peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin.
Jelasnya, ia membuktikan Al-Sultan Abdullah sentiasa bersedia untuk bersama rakyat melalui pemimpin dan ketua-ketua parti politik membincangkan langkah sebaiknya untuk diambil kerajaan terutama dalam situasi pandemik COVID-19 hari ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIIsu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar
Wed Jun 09 2021Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong
Wed Jun 09 2021Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim
Wed Jun 09 2021Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara, hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.
BACA BERITA PENUH DI SINIEmpat pemimpin parti komponen GPS menghadap Agong Isnin depan
Wed Jun 09 2021Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui persidangan video pada pukul 11 pagi Isnin kelak.
BACA BERITA PENUH DI SINIPerdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam
Wed Jun 09 2021Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi, di sini, hari ini.
Pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama lebih sejam.
BACA BERITA PENUH DI SINIAnwar tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Wed Jun 09 2021Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap PM bagi mesyuarat Pra-Kabinet
Wed Jun 09 2021Sementara itu, kemas kini di laman Instagram Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 9, 2021
Sesi menghadap Al-Sultan Abdullah berlangsung sejam bermula 8 pagi. @501Awani pic.twitter.com/3nFVnBggeMAnwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Wed Jun 09 2021Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 10.37 pagi ini.
Beliau dilihat memasuki pintu 2 Istana Negara menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.
BACA BERITA PENUH DI SINIAnwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara
Wed Jun 09 2021Kenderaan yang membawa Presiden PKR DS Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.37 pagi. Beliau merupakan pemimpin parti politik kedua diperkenan masuk mengadap YDP Agong. @501Awani pic.twitter.com/juDZlUg00q
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 9, 2021DAP menerima perkenan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini
Wed Jun 09 2021Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook mengesahkan parti DAP telah menerima perkenan untuk menghadap Al Sultan Abdullah hari ini.
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 9, 2021
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadual menghadap pada sebelah petang @501Awani pic.twitter.com/z2bg7b9AnsPM menghadap Agong di Istana Negara
Tue Jun 08 2021Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINIPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara
Tue Jun 08 20217.47 pagi: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang Di-Pertuan Agong. Tumpuan hari ini akan terarah di Istana Negara berikutan beberapa siri pertemuan wakil pemimpin bersama Al Sultan Abdullah dijangka diadakan @501Awani pic.twitter.com/PmIoq9ydMA
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 8, 2021Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Tue Jun 08 2021Esok Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memulakan siri menerima menghadap ketua-ketua parti politik secara berasingan di Istana Negara.
BACA BERITA PENUH DI SINIProklamasi Darurat: YDP Agong dijangka bertemu ketua, penasihat parti politik - Sumber
Mon Jun 07 2021Beberapa siri mesyuarat membabitkan pemimpin parti politik dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah didakwa sedang dalam perancangan dan bakal berlangsung selama beberapa hari bermula 9 Jun ini.
BACA BERITA PENUH DI SINIPejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Mon Jun 07 2021Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
BACA BERITA PENUH DI SININiaga AWANI
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaanAWANI Jr
AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.Komuniti AWANI
Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.AWANI Sarawak
Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.Awani 7.45
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.AWANI Pagi
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk beritaCerita Normal Baharu
Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?Consider This
There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.Notepad with Ibrahim Sani
Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.Let's Talk
Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!The Future is Female
Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is FemaleAWANI Review
Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.AWANI Byte
AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.Undi Bootcamp
You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.KiniTV
Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn BhdMenang Saham
Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.Kamek Anak Sarawak
A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.Lan Berdagang
Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and supportHealth Matters
Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthyBual Bola
Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.Week Ahead
Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.Fokus Minggu Depan
FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.Agenda AWANI Asia
Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.AWANI Global
AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.AWANI Tonight
AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.