UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Ketibaan 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan AS

Sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba hari ini.

Astro Awani
Sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba hari ini.

Sidang media Khairy Jamaluddin & Duta AS

Mon Jul 05 2021

Negara terima 1 juta vaksin Pfizer dari AS

Mon Jul 05 2021

Negara Asia Tenggara pertama terima sumbangan

Mon Jul 05 2021

Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima sumbangan vaksin Pfizer menerusi Program Perkongsian Vaksin Global (Covax), Amerika Syarikat (AS).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dengan sumbangan itu, Malaysia peroleh sejumlah 6.4 juta dos vaksin keluaran BioNTech termasuk sejuta vaksin sumbangan AS setakat Isnin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

AS beri komitmen

Mon Jul 05 2021

AS komited bekerjasama dengan Malaysia bagi bantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Duta AS

Terus kerjasama

Mon Jul 05 2021

Malaysia berharap dapat terus bekerjasama dengan AS, negara lain, bagi dapatkan lebih banyak vaksin - Khairy Jamaluddin

Malaysia zahir penghargaan kepada AS

Mon Jul 05 2021

Terima kasih atas sumbangan

Mon Jul 05 2021

Malaysia ucap terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat di atas sumbangan 1 juta dos vaksin Pfizer – Khairy Jamaluddin

Sidang media

Mon Jul 05 2021

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin bersama Duta Amerika Syarikat, Brian McFeeters mengadakan sidang media di lokasi.

Laporannya sebentar lagi.

Pesawat bawa 1 juta dos Pfizer-BioNTech tiba

Mon Jul 05 2021

Pesawat selamat mendarat

Mon Jul 05 2021

Pesawat Raya Airways TH384 bawa 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan Amerika Syarikat selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang pada jam 8.12 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pesawat tiba jam 8.12 pagi

Mon Jul 05 2021

Pesawat TH384 bawa 1 juta dos Pfizer-BioNTech, sumbangan AS selamat tiba 8.12 pagi di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah. @501Awani pic.twitter.com/wWgFJqjAFJ

— Umavathi Ramayah (@UmavathiRamayah) July 5, 2021

Kedudukan terkini pesawat

Sun Jul 04 2021
Kedudukan terkini pesawat

Pesawat dijangka tiba 7.57 pagi

Sun Jul 04 2021

Pesawat Raya Airways, TH384 yang membawa satu juta dos vaksin Pfizer BioNTech sumbangan Amerika Syarikat (AS) dijangka tiba pukul 757 pagi @501Awani @DrAdhamBaba @Khairykj pic.twitter.com/A0w57es4gd

— Umavathi Ramayah (@UmavathiRamayah) July 4, 2021

Kedudukan semasa pesawat

Sun Jul 04 2021
Kedudukan semasa pesawat

Pesawat dijangka tiba 8.10 pagi

Sun Jul 04 2021

Pesawat membawa satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba sekitar jam 8.10 pagi ini.

Penghantaran bekalan menggunakan pesawat penerbangan Raya Airways TH384 itu akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Petugas media bersedia di lokasi

Sun Jul 04 2021

Petugas media dari pelbagai agensi tiba seawal pukul 6 pagi di Raya Complex, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah bagi membuat liputan ketibaan pesawat yang membawa satu juta dos vaksin Pfizer dari AS. @501Awani @DrAdhamBaba @pfizer @Khairykj pic.twitter.com/I7ePocHNuj

— Umavathi Ramayah (@UmavathiRamayah) July 4, 2021

Sejuta dos Pfizer-BioNTech dijadual tiba di Malaysia

Sun Jul 04 2021

Sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba sekitar jam 6.45 pagi ini.

Penghantaran bekalan vaksin itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.

Jumlah berkenaan merupakan daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan Amerika Syarikat yang dijanjikan oleh pentadbiran Joe Biden bulan lalu untuk perkongsian global.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rakyat bukan dalam fasa pertama pemberian vaksin COVID-19 diminta bersabar - PM

Sun Feb 21 2021

Kumpulan rakyat yang tidak tergolong dalam kumpulan pertama pemberian vaksin COVID-19 diminta untuk terus bersabar dan kekal menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, beliau juga berharap agar rakyat terus mendaftar apabila pendaftaran dibuka, dan mendapatkan suntikan vaksin mengikut jadual.

BERITA PENUH DI SINI

Kapten Hamdan Che Ismail rasa terharu, syukur dan bangga

Sun Feb 21 2021

“Benda yang kita bawa agak penting... perasaan terharu, bangga itu ada. Begitu juga dengan pasukan saya dalam penerbangan tadi. Mereka agak teruja dan kami sebenarnya bangga apabila mendarat di Kuala Lumpur tadi,” kata Kapten Hamdan Che Ismail.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kerajaan cadang keluar pasport vaksin untuk penerima vaksin

Sun Feb 21 2021

Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi perkara berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mengapa guna 'picagari low dead-volume'?

Sun Feb 21 2021

Sejumlah 12 juta picagari jenis low dead-volume/em diperlukan bagi suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mengapa penggunaan jenis picagari tersebut amat ditekankan dan apakah kepentingan serta kelebihannya berbanding picagari lain? Baca di sini.

Sarawak terima bekalan vaksin 24 Februari ini

Sun Feb 21 2021

Penghantaran vaksin ke Sarawak akan dilakukan pada 24 Februari ini sebelum pelancaran program imunisasi negeri yang dijadual pada 27 Februari 2021, kata Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Cabaran di sebalik penerbangan vaksin - DHL Express

Sun Feb 21 2021

Kejayaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di tanah air menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH604) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad memberi sinar buat rakyat Malaysia selepas lebih setahun berperang dengan pandemik itu.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH

'Selamat pulang ke tanah air..'

Sun Feb 21 2021

Rakaman video dari menara kawalan trafik tular di media sosial, menunjukkan perbualan dengan juruterbang pesawat MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin ke Malaysia.

"Malaysian 604 bagi pihak KLIA Tower dan rakyat Malaysia, kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Malaysia Airlines dan MASkargo kerana membawa pulang kumpulan pertama vaksin ke negara kita.

"Ini satu sumbangan kepada negara kita untuk memerangi COVID-19, terima kasih," kata pegawai bertugas di menara kawalan itu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

21.2021 tarikh bersejarah buat negara: Ini apa yang anda perlu tahu

Sun Feb 21 2021

Tarikh 21 Februari 2021 menjadi hari yang bersejarah buat Malaysia apabila rakyat negara ini menyaksikan ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang mungkin menjadi jawapan kepada ketahanan manusia terhadap pandemik COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Vaksin COVID-19 selamat tiba, netizen Malaysia zahir rasa syukur

Sun Feb 21 2021

Hampir setahun bergelut dengan pandemik COVID-19, hari ini negara menyaksikan ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang mungkin menjadi jawapan kepada pengakhiran situasi sukar ini.

BERITA PENUH DI SINI

Sebotol bebuli Pfizer ada enam dos, bekalan picagari khas cukup

Sun Feb 21 2021

Kerajaan memberi jaminan bekalan picagari jenis low dead-volume adalah mencukupi untuk digunakan bagi suntikan vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat persiapan rapi untuk memastikan tiada pembaziran dos vaksin berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

'Jangan takut ambil vaksin' - MB Perak

Sun Feb 21 2021

Rakyat Perak dinasihatkan supaya tidak takut mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi kebaikan semua dalam usaha menghalang penularan lebih jauh pandemik itu.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara ini penting dalam memastikan orang ramai tidak terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang enggan menerima vaksin.

 BERITA PENUH DI SINI

Program Imunisasi COVID-19 bakal tingkat pelaburan

Sun Feb 21 2021

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun ia memerlukan masa namun keyakinan kepada program itu akan membantu pasaran saham dan membuka kepada kepada kegiatan ekonomi yang lebih besar.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Fakta ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech

Sun Feb 21 2021

Perincian berita berhubung COVID-19 di sini

Sun Feb 21 2021

80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma.

Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.

Waspada sebarang kesan negatif vaksin COVID-19

Sun Feb 21 2021

Kerajaan perlu sentiasa waspada dengan sebarang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang sekali gus boleh menjejaskan pelan imunisasi yang sudah dirancang.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, ia termasuk usaha mendapatkan seramai mungkin penerima vaksin seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Apa seterusnya selepas ketibaan vaksin?

Sun Feb 21 2021

571,802 petugas barisan hadapan berdaftar terima suntikan vaksin fasa pertama

Sun Feb 21 2021

... "Sebanyak 57.3 peratus daripada jumlah tersebut adalah anggota perubatan dan kesihatan, manakala 42.7 peratus lagi angoota bukan kesihatan.

"Ia termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Rela, pegawai Penjara; Kastam; Jabatan Kesihatan; serta Bomba," katanya dalam sidang media selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19, pada Ahad.

Berikut petikan diambil dari sidang media bersama oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin di KLIA pada pagi Ahad. 

Sidang media bersama: Hari yang bersejarah buat rakyat Malaysia

Sun Feb 21 2021

Vaksin Pfizer BioNTech akan dihantar ke 16 PSV di seluruh negara

Sun Feb 21 2021

Vaksin COVID-19 yang telah tiba di Malaysia akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, ia termasuk penghantaran kenderaan darat dari Singapura ke Johor yang dijadual tiba di PSV pada pukul 2 petang hari ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Program Imunisasi COVID-19 diawalkan, PM terima suntikan pada 24 Feb

Sun Feb 21 2021

Tan Sri Muyiddin Yassin akan menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada 24 Februari ini di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Ia sekali gus menyaksikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan dari tarikh yang ditetapkan pada 26 Februari.

BERITA PENUH DI SINI

First batch of COVID-19 vaccine for Malaysia arrives today

Sun Feb 21 2021

The first batch of COVID-19 Pfizer-BioNTech vaccines arrived at 10 this morning at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) via flight MH604 operated by MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).

READ FULL ARTICLE HERE

Vaksin tiba, buka lembaran baharu Malaysia perangi COVID-19

Sun Feb 21 2021

Vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu selamat tiba apabila pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di KLIA pagi ini.

Pesawat MH604 yang dihiasi livery Jalur Gemilang itu, simbolik bahawa vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia, membawa 312,390 dos vaksin COVID-19.

Dikendalikan MASKargo, penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu menggunakan pesawat Airbus 330-300 bagi membawa vaksin COVID-19 tersebut.

BERITA PENUH DI SINI



Penerbangan MH604 selamat tiba di KLIA

Sun Feb 21 2021

Pesawat yang membawa vaksin COVID-19 mendarat di KLIA

Sun Feb 21 2021

Penerbangan MH604 melalui pesawat Airbus 330-300 yang membawa kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selamat mendarat di KLIA.

Liputan ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 di KLIA

Sun Feb 21 2021

KLIA bersedia menyambut ketibaan vaksin COVID-19

Sun Feb 21 2021

Kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di KLIA melalui penerbangan MH604 yang dikendalikan MASKargo.

Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium diuruskan Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Vaksin berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Wakil AWANI menanti ketibaan vaksin COVID-19 di KLIA

Sun Feb 21 2021

Menantikan ketibaan vaksin COVID-19 pertama di Malaysia, Pfizer BioNTech di KLIA.#MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19 #AWANInews #AWANI745 #awaniterkini #Pfizer @501Awani pic.twitter.com/NjD6cbIeZw

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) February 21, 2021

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dijangka tiba jam 10 pagi Ahad

Sat Feb 20 2021

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi esok (Ahad) dan akan dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).

Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan jamin kelancaran penghantaran vaksin ke seluruh negara

Sat Feb 20 2021

Kerajaan memberi jaminan proses penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 ke seluruh negara akan berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya melaksanakan latihan penghantaran vaksin ke Klinik Kesihatan Belaga, kira-kira 178 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak, pada 29 Jan lalu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MASkargo tubuh pasukan khas selaras proses penerimaan vaksin COVID-19

Sat Feb 20 2021

MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menubuhkan satu pasukan khas, yang dikhususkan untuk menyelaraskan proses penerimaan vaksin COVID-19 ke Malaysia, kata Ketua Pegawai Operasinya Mohd Zulkefly Ujang.

Beliau berkata pasukan itu ditubuhkan dua bulan lepas dan dianggotai 30 individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan vaksin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari

Fri Feb 19 2021

Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia pada 27 Februari depan.

“Vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd,” jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi Twitter pada Jumaat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Vaksin COVID-19 tiba Ahad ini, PM terima suntikan 26 Feb

Tue Feb 16 2021

Bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Pejabat Perdana Menteri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

#vaksin#Pfizer#Pfizer-BioNTech#ketibaan#kumpulan pertaman#KLIA
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.