UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

Mahkamah Persekutuan kekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib hari ini.

Astro Awani
Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

'Pergi cari sendiri' - Muhammad Shafee enggan komen keadaan Najib

Thu Aug 25 2022

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai keadaan bekas Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Muhammad Shafee yang ditemui media di lobi kompleks Mahkamah Tinggi di sini sebaliknya meminta pengamal media mencari sendiri jawapan mengenai keadaan anak guamnya itu.

BERITA PENUH DI SINI

'Datuk Seri sihat' – Rosmah

Thu Aug 25 2022

Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah

Thu Aug 25 2022

Demikian reaksi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung keadaan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memasuki hari ketiga menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Rosmah ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

BERITA PENUH DI SINI

UMNO Selangor zahir rasa simpati, hormati keputusan mahkamah - Noh

Wed Aug 24 2022

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor hari ini menzahirkan rasa simpati di atas keputusan rayuan akhir Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengekalkan keputusan bersalah terhadapnya membabitkan penyelewengan Dana SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, meskipun dukacita dengan keputusan terbabit, UMNO Selangor tetap menghormati keputusan mahkamah itu.

BERITA PENUH DI SINI

Najib masih ada empat lagi kes mahkamah

Wed Aug 24 2022

Setelah selesai prosiding mahkamah melibatkan kes menyeleweng dana Syarikat SRC International Sdn Bhd, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berdepan empat lagi kes di Mahkamah Tinggi dengan dua daripadanya masih dalam proses perbicaraan.

Kes itu membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB.

BERITA PENUH DI SINI

Najib boleh bayar denda RM210 juta bila-bila masa sepanjang tempoh 12 tahun dipenjara - Peguam

Wed Aug 24 2022

Terdapat ketidakpastian bila Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes rasuah membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Berkaitan hal ini, golongan peguam berpendapat bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu boleh membayar jumlah denda yang besar tersebut pada bila-bila masa sepanjang tempoh 12 tahun beliau dipenjarakan.

BERITA PENUH DI SINI

Najib dipenjara: Struktur semula UMNO untuk kekal relevan - Penganalisis

Wed Aug 24 2022

Sudah tiba masanya buat UMNO untuk melakukan penstrukturan semula parti itu susulan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menolak rayuan akhir beliau selepas didapati bersalah menyeleweng dana milik SRC International Sdn Bhd.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, langkah itu harus dilaksanakan bagi memastikan parti itu kekal relevan buat generasi akan datang.

BERITA PENUH DI SINI

Apa nasib UMNO menjelang PRU15?

Wed Aug 24 2022

Tidak perlu PRK di Parlimen Pekan - Wan Junaidi

Wed Aug 24 2022

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pekan tidak perlu diadakan sekiranya Datuk Seri Najib Razak sah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata, PRK di Parlimen Pekan tidak perlu diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku kurang dua tahun sebelum tempoh Parlimen perlu dibubarkan.

BERITA PENUH DI SINI

Negara luar beri reaksi positif keputusan mahkamah - Saifuddin

Wed Aug 24 2022

Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC oleh Datuk Seri Najib Razak adalah bukti sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan.

Malah menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, negara-negara luar melihat keputusan tersebut sebagai sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah dan tidak mencampuri urusan badan kehakiman.

BERITA PENUH DI SINI

Hikmah Najib dipenjara: Bayangkan kemarahan UMNO kalau Muhyiddin masih PM - Tuan Ibrahim

Wed Aug 24 2022

Kemarahan dan kecaman UMNO bersama ahlinya pasti memuncak sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi perdana menteri, ketika keputusan dibuat ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung rayuan akhir kes penyewengan dana SRC International semalam.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kini baru beliau faham hikmah berlakunya peralihan kuasa kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin Yassin sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

Jabatan Penjara nafi Najib diberi layanan VIP

Wed Aug 24 2022

Jabatan Penjara Malaysia menafikan khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima 'layanan istimewa' di Penjara Kajang.

Dalam satu muat naik di Facebook, Jabatan Penjara Malaysia menggesa agar dihentikan penyebaran berita palsu berkaitan perkara tersebut.


BERITA PENUH DI SINI

Fakta mengenai Penjara Kajang

Wed Aug 24 2022

Fakta mengenai #PenjaraKajang - Dibina pada 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985 @501Awani pic.twitter.com/jAisAKeYtF

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 24, 2022

Penjara Kajang jadi tumpuan media

Wed Aug 24 2022

Penjara Kajang, yang menjadi lokasi Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman terus menjadi tumpuan pengamal media hari ini bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai bekas Perdana Menteri itu.

Kebanyakan mereka berkumpul seawal jam 7.30 pagi, dengan tumpuan terarah kepada pergerakan Ahli Parlimen Pekan itu, jika beliau dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.


BERITA PENUH DI SINI

UMNO Pahang zahir rasa sedih, doakan Najib tabah

Wed Aug 24 2022

UMNO Pahang menzahirkan rasa sedih berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO Pahang mendoakan semoga bekas Perdana Menteri itu dan keluarga diberi ketabahan, kekuatan serta kecekalan dalam menghadapi ujian yang cukup berat itu.


BERITA PENUH DI SINI

Keluarga UMNO diharap tenang, kekal sokong Najib - Zahid Hamidi

Wed Aug 24 2022

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat memadamkan jasa besar bekas Perdana Menteri itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO akan terus bersama Najib dalam menghadapi perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin keadilan dan tidak 'dimangsakan dengan tekanan politik'.


BERITA PENUH DI SINI

Kes SRC titik penting perubahan politik negara - Penganalisis

Tue Aug 23 2022

Kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat merupakan satu titik penting dalam mengubah politik negara yang lebih beramanah, berintegriti dan demokratik.

Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, institusi politik negara yang baik amat penting dalam melahirkan sistem semak dan imbang yang telus seterusnya memastikan pembangunan negara secara konsisten.


BERITA PENUH DI SINI

Keputusan mahkamah detik duka buat UMNO - Zahid

Tue Aug 23 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes penyelewengan dana bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai ‘detik duka buat UMNO’.

Presiden UMNO itu menerusi catatan di laman Facebooknya berkata, bagaimanapun parti itu tidak akan berputus asa dari segi perjuangannya.


BERITA PENUH DI SINI

Najib tidak pernah pertikai RM42 juta dideposit ke akaun peribadi - Mahkamah Persekutuan

Tue Aug 23 2022

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu berkata, teras pembelaan Najib adalah untuk mencabar elemen mens rea atau niat melakukan jenayah iaitu beliau menafikan pengetahuan bahawa dana itu adalah daripada SRC.


BERITA PENUH DI SINI

Draf awal penghakiman Najib disahkan bocor, diubah suai

Tue Aug 23 2022

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengesahkan draf penghakiman bertulis bertajuk Najib Razak’s SRC Appeal: The Judgement didapati bocor.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pendaftar menegaskan ia adalah draf kerja penghakiman yang belum dimuktamadkan lagi, selain dokumen berkenaan telah diubah suai.


BERITA PENUH DI SINI

Kronologi kes SRC Najib

Tue Aug 23 2022

Kes itu, yang mengambil masa empat tahun, telah menempuh pelbagai situasi termasuk prosidingnya dijalankan secara dalam talian ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis

Tue Aug 23 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuka kertas siasatan mengenai aduan orang awam berhubung kenyataan pemilik akaun 'Zamani Ibrahim' berkenaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook pada 2018.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan persendirian pemilik akaun tersebut.


BERITA PENUH DI SINI

Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim

Tue Aug 23 2022

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ini membuktikan rakyat berkuasa dan telah membuat keputusan pada 2018 bagi memastikan badan kehakiman bebas serta negara bersih daripada rasuah.


BERITA PENUH DI SINI

[INFOGRAFIK] Kronologi kes SRC International melibatkan Najib Razak

Tue Aug 23 2022

'Maaf Daddy, mungkin kita tidak cukup berjuang ...' - Anak Najib

Tue Aug 23 2022

Nooryana Najwa Najib berikrar untuk terus berjuang sehingga bapanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibebaskan dan kembali bersama keluarga.

Dalam catatan di Instagram peribadinya, dia menulis bapanya tidak mendapat 'keadilan' di mahkamah tertinggi negara hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Polis pantau, kawal pergerakan di Penjara Kajang

Tue Aug 23 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemantauan di Penjara Kajang bagi mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan susulan Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke penjara itu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan kesalahan bekas Perdana Menteri itu.


BERITA PENUH DI SINI

Najib tiba di Penjara Kajang

Tue Aug 23 2022

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dibawa masuk ke Penjara Kajang dengan diiringi pasukan polis sekitar pukul 6.10 petang tadi bagi proses pendaftaran sebelum menjalani hukuman.

Beliau yang dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Santa Fe berwarna hitam tiba di penjara yang terletak di Sungai Jelok itu pada jam 6.05 petang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tanpa 9 Mei 2018, mustahil kes rasuah Najib dihadap ke pengadilan - DAP

Tue Aug 23 2022

DAP menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC beliau dan memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dikekalkan.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, keputusan itu merupakan satu kemenangan untuk rakyat Malaysia yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018 untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahmad Maslan tidak akan lupa jasa Najib

Tue Aug 23 2022

Datuk Seri Ahmad Maslan tidak akan melupakan jasa Datuk Seri Najib Razak yang pernah melantik beliau sebagai Timbalan Menteri.

Setiausaha Agung UMNO itu berharap Bekas Perdana Menteri keenam dan keluarganya tabah susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepadanya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib, waris boleh buat permohonan pengampunan diraja - Peguam

Tue Aug 23 2022

Najib dakwa badan kehakiman bersikap tidak adil terhadapnya

Tue Aug 23 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya.

Dari kandang tertuduh di Mahkamah Persekutuan hari ini, ahli politik berusia 69 tahun itu berkata, sepanjang minggu lepas, beliau menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sedih kerana gagal rayuan akhir Najib - Hisyam Teh

Tue Aug 23 2022

Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengesahkan Najib akan ke Penjara Kajang

Tue Aug 23 2022

Alright has reconfirmed on this. The ex Premier will not be sent to the transit prison first, but straightaway to Kajang.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Najib ke Penjara Kajang

Tue Aug 23 2022

Based on the warrant of committal issued, the ex Premier would be sent to Kajang instead of Sungai Buloh.

He first will be sent to a transit prison somewhere else for some procedures.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Najib tinggalkan Istana Kehakiman menuju Kajang

Tue Aug 23 2022

Kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, di sini, sekitar pukul 5.40 petang.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak keluar di pintu yang mana lebih 100 penyokong berkumpul, sebaliknya, menggunakan pintu lain, di seberang tempat penyokong beliau berkumpul.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kru Astro AWANI berada di Penjara Sungai Buloh

Tue Aug 23 2022

Petugas media mula berkumpul di pintu masuk Penjara Sungai Buloh bagi menantikan ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. #KesNajibRazak @501Awani pic.twitter.com/VVWc0sV2kH

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) August 23, 2022

Perkembangan di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya

Tue Aug 23 2022

Najib didapati bersalah, penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Tue Aug 23 2022

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

BERITA PENUH DI SINI

Peringatan dari Tengku Maimun ...

Tue Aug 23 2022

CJ Tengku Maimun reminds every party that as the apex Court, their role is not to make new findings of fact, but to consider whether the existing findings are correct.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

"It's like recapping whatever happened for the whole of last week" - Tengku Maimun

Tue Aug 23 2022

CJ touches on the attempts by the defence, namely Hisyam Teh Poh Teik, to postpone the proceeding.

It's like recapping whatever happened for the whole last week.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Peringatan dari Ketua Hakim, Tengku Maimun

Tue Aug 23 2022

CJ Tengku Maimun reminds every party that as the apex Court, their role is not to make new findings of fact, but to consider whether the existing findings are correct.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

"This is a simple and straightforward case of abuse of power, criminal breach of trust and money laundering" - CJ Tengku Maimum

Tue Aug 23 2022

Verdict:

CJ Tengku Maimun said this case is this is a simple and straightforward case of abuse of power, criminal breach of trust and money laundering.

"In point of fact, we find that there is nothing complex in these appeals"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

"No more hearings to be adjourned," - CJ Tengku Maimun

Tue Aug 23 2022

"No more hearings to be adjourned," says CJ Tengku Maimun.

She is now delivering the verdict.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Kes SRC: Doalah yang terbaik untuk saya, kata Najib kepada penyokong

Tue Aug 23 2022

Lebih dua jam suasana hening di luar Istana Kehakiman di Putrajaya, keadaan kembali gamat kira-kira jam 3.10 petang tadi apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar bertemu penyokongnya.

Puluhan penyokong yang berada di luar mahkamah sejak pagi segera mengerumuni Ahli Parlimen Pekan itu yang kemudiannya bercakap sebentar kepada semua yang ada.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Kalau keputusannya buruk, saya minta maaflah. Saya dah cuba sedaya upaya," - Najib

Tue Aug 23 2022

"Kalau keputusannya buruk, saya minta maaflah. Saya dah cuba sedaya upaya," kata DS Najib Tun Razak ketika bertemu penyokongnya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.@501Awani pic.twitter.com/TJLxVljXTd

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 23, 2022

Mahkamah tolak permohonan Najib untuk gugurkan Tengku Maimun

Tue Aug 23 2022

Panel lima hakim hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menggugurkan diri dari perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Ketika menyampaikan keputusan panel, Tengku Maimun berkata, tiada hubung kait antara catatan Facebook suaminya, Zamani Ibrahim pada 2018 dengan rayuan akhir Najib.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Danger of biasness' - Tengku Maimun

Tue Aug 23 2022

Citing an Australian case (Kaycliff v ABC (1989), CJ Tengku Mamimun said the application raised by the appellant has not meet the threshold for 'danger of biasness'.

"Need to emphasise the post (by Zamani) was made 4 years ago, even before this trial started"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Rosmah turut hadir di Istana Kehakiman

Tue Aug 23 2022
Rosmah turut hadir di Istana Kehakiman

Firoz pula muncul untuk bantu Najib

Tue Aug 23 2022

Selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah muncul secara tiba-tiba untuk membantu prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Firoz pada awalnya berada di galeri awam memasuki ruang mahkamah dan duduk di belakang Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

Seorang lagi peguam muncul

Tue Aug 23 2022

Another lawyer comes in, (unrecognised atm) says he is the wakil to Tan Sri Shafee, and has submission to make.

CJ Tengku Maimun : "Tuan Haji Hisyam have done comprehensive submission. We dont think we need any further submission"

Court stands down for deliberation.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Rayuan SRC: Muhammad Shafee tampil pada saat akhir mohon penangguhan

Tue Aug 23 2022

Cubaan pada minit terakhir pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan permohonan mengecualikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu telah ditolak panel lima hakim.

Terdahulu, peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik berkata, beliau menjemput Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk kembali bersama pasukan pembelaan, bagi berhujah mengenai permohonan tersebut.

BERITA LANJUT DI SINI.



Rayuan SRC Najib: Tak ada kenyataan media - Mohamed Shafee

Tue Aug 23 2022

Tidak ada kenyataan media," itu reaksi bekas peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah kepada pemberita di lobi Mahkamah Persekutuan.

Kelibat Mohamed Shafee itu dilihat memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi sebelum memasuki kamar perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

BERITA LANJUT DI SINI.

Setiap kali perbicaraan Datuk Seri Najib, pasti Rajendran akan hadir

Tue Aug 23 2022

Setiap kali perbicaraan DS Najib, pasti Raj atau Rajendran (kiri sekali) hadir di luar mahkamah.
Menurutnya, dia akan terus hadir, tanda sokongan kepada Najib.@501Awani pic.twitter.com/OBxgcbQxNA

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 23, 2022

Penduduk Pekan dibawa ke Istana Kehakiman

Tue Aug 23 2022

Dikhabarkan beberapa bas dari Pekan, membawa penduduk Pekan ke Istana Kehakiman.
Bergerak jam 1 pagi, mereka bercadang untuk tunggu sehingga perbicaraan selesai.@501Awani pic.twitter.com/kiVvwC4FIU

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 23, 2022

Prosiding bersambung semula

Tue Aug 23 2022

Court resumes.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

'Panel baharu Mahkamah Persekutuan perlu ditetapkan'

Tue Aug 23 2022

"Sekiranya relif dibenarkan, maka satu sidang dan / atau panel baru mahkamah persekutuan yang baru ditetapkan bagi mendengar rayuan tersebut.." - Hisyam Teh on the application.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Najib khuatir Zamani akan mempengaruhi pemikiran Tengku Maimun

Tue Aug 23 2022

The appellant stressed that the 'husband and wife relationship' might somehow influence Tengku Maimun's judgement towards the case.

Najib said, his appeals before this were rejected several times, even though the defence thought it has merit to quash the conviction.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

'Tengku Maimun perlu digugurkan'

Tue Aug 23 2022

According to the affidavit, Najib said Tengku Maimun must recuse herself from the proceeding due to the FB posting by her husband - Zamani Ibrahim - back in 2018.

Zamani at that time allegedly posted something that insinuated his opinion against the appellant.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Keadaan di luar Istana Kehakiman

Tue Aug 23 2022

Saya pun berehat sebentar tinjau keadaan di luar. pic.twitter.com/qkIYmUFqCy

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Mahkamah diarah berehat seketika

Tue Aug 23 2022

CJ Tengku Maimun ordered the court to stand down (no length of time given) until the document of recusal is prepared and served to the panel of judges.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Rayuan SRC: Tengku Maimun perlu digugurkan kerana ‘posting FB’ suaminya Zamani - Najib

Tue Aug 23 2022

Permohonan untuk mengecualikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dari prosiding rayuan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd telah difail pada Isnin.

Demikian dimaklumkan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik pagi ini.

BERITA LANJUT DI SINI.



Najib tiba di mahkamah, laungan 'Bossku, Lawan Tetap Lawan, Allahuakbar' bergema

Tue Aug 23 2022

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman di sini pada jam 9.20 pagi ini.

Ketibaan beliau disambut lebih 100 penyokongnya, yang mula memenuhi kawasan luar bangunan mahkamah tersebut sejak awal pagi.

BERITA LANJUT DI SINI.


Datuk Seri Najib Razak tiba di mahkamah

Tue Aug 23 2022

9.20 pagi - DS Najib Tun Razak tiba di mahkamah.
Sorakan untuk beliau semakin kuat, MP Pekan itu juga keluar kereta sekejap, bertemu penyokongnya.@501Awani pic.twitter.com/9f3MVIYPBe

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 23, 2022

Datuk Mohd Nizar Najib dilihat bersama

Tue Aug 23 2022

From the CCTV, the appelant is seen seated next to his son Mohd Nizar, reading a few documents. Once the trial starts, he will be moved to the dock.

Last week I heard that in the event of defence refuses to submit, DSN will read / say something before the panel of judges.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

Najib tiba pada jam 9.20 pagi

Tue Aug 23 2022

DSN has arrived, together with the entourage. pic.twitter.com/ifqtYx2TDg

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 23, 2022

10 bas penyokong Najib tiba dari Pekan

Tue Aug 23 2022

Meskipun bumi Putrajaya ditimpa hujan, namun ia tidak mematahkan semangat penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak apabila 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

Penghadang dilihat diletakkan di hadapan Istana Kehakiman

Tue Aug 23 2022

Selamat pagi dari Istana Kehakiman, Putrajaya.

Hujan sudah berhenti, penghadang dilihat diletakkan di hadapan bangunan

Anggota polis juga dilihat berkawal di sini.@501Awani pic.twitter.com/F3fOCfOlw3

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 23, 2022

Kes SRC: Prosiding rayuan akhir Najib hari ini

Tue Aug 23 2022

Rayuan akhir mengetepikan sabitan dan hukuman tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, yang bersambung hari ini hanya menunggu sama ada peguam utama Datuk Seri Najib Razak akan membalas hujahan pendakwaan atau sebaliknya.

Pada prosiding Jumaat lalu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mengetuai pembelaan bekas Perdana Menteri itu, tetap memutuskan untuk tidak mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir anak guamnya.

BERITA LANJUT DI SINI.



Hujan lebat di perkarangan Istana Kehakiman

Mon Aug 22 2022

Good morning from the side of POJ. It’s raining cats and dogs here ladies and gentlemen.

Today is the much anticipated day. The main appeal involving Former premier DS Najib Tun Razak is set to proceed today. @501Awani pic.twitter.com/AE7lYX2jGF

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 22, 2022

#SRC International#Najib Razak#Tengku Maimun Tuan Mat#Mahkamah Persekutuan
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.