RM6.5 juta memang untuk Rosmah, pembelaan hanya penafian semata-mata - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa RM6.5 juta memang untuk Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakiman bertulisnya berkata Rosmah menafikan menerima dua beg berisi wang tunai RM1.5 dan mendakwa satu-satunya perkara yang berlaku pada hari itu hanyalah Saidi Abang Samsudin (bekas pengarah urusan Jepak Holdings), meminta bantuannya berkaitan projek telaga air yang beliau ingin cadangkan kepada Kementerian Pendidikan.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Kes Rosmah: Hakim tegaskan rasuah harus dibendung, peguam sifatkan denda tertinggi dalam sejarah
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, yang mensabitkan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dengan pertuduhan rasuah, berkata kes sedemikian sudah meresapi hampir setiap lapisan masyarakat dan perlu dibendung sebelum menjadi pandemik.
Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Mohamed Zaini berkata jika rasuah dibiarkan tanpa sebarang kekangan, masyarakat di negara ini akan menerimanya sebagai satu kebiasaan dalam hidup atau dunia perniagaan.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Rakaman audio "can I advise you something" bukti Rosmah kawal Najib - Mahkamah
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu.
Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata adalah jelas daripada rakaman audio itu bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan.
Beliau merujuk kepada klip audio "Can I advise you something" antara Najib dan Rosmah yang tular sebelum ini.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Kes rasuah solar: Rosmah kata takut dengan Najib, tapi bukti tunjukkan sebaliknya - Hakim
Hujah bela Datin Seri Rosmah Mansor bahawa bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor bertindak secara bersendirian untuk dakwaan bahawa beliau memperoleh suapan daripada Jepak Holdings Sdn Bhd, tidak boleh diterima, kata Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Dalam alasan penghakimannya setebal 116 muka surat, Mohamed Zaini berkata, adalah mustahil untuk Rizal mempunyai keberanian yang tinggi untuk membuat penyelewengan secara sendirian, tanpa pengetahuan tertuduh.
ARTIKEL PENUH DI SINI
'Bukan kerja kami bergembira atau tidak, kami hanya jalankan tugas' - Sri Ram
Selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ke atas Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, bukan peranan pasukan pendakwaan untuk bergembira dengan keputusan itu.
Sebaliknya, tegas beliau, pasukannya hanya menjalankan tugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kes membabitkan isteri bekas Perdana Menteri itu.
ARTIKEL PENUH DI SINI
Rosmah telah mendominasi Najib: Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati Datin Seri Rosmah Mansor telah mendominasi suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi keputusan penghakiman setebal 116 muka surat, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Rosmah mempunyai kawalan ke atas Najib
Kronologi kes rasuah Rosmah Mansor
Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhi hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Berikut adalah kronologi kes berkenaan:
'Saya bukan ahli nujum' - Sri Ram
'Hanya jalankan tugas, bukan untuk gembira' - Sri Ram
Sidang media pasukan pendakwaan Rosmah Mansor
Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan
Sidang media pihak pembelaan Rosmah Mansor
Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor.
Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan, dan perlu dijalankan secara berturutan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah
Suasana mahkamah bertukar hening apabila Datin Seri Rosmah Mansor, yang baru didapati bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan projek solar di Sarawak, menitiskan air mata sambil memohon diringankan hukuman ke atasnya.
Tanpa sebarang teks, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu mendakwa beliau merupakan mangsa keadaan dan tidak sepatutnya menanggung hukuman atas jenayah yang dilakukan orang lain.
BERITA PENUH DI SINI
Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berhubung projek solar di Sarawak.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, pihak pembelaan isteri bekas Perdana Menteri itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Raja Petra tiada kredibiliti, hanya tahu bersembunyi di UK - Gopal Sri Ram
Pengasas dan penulis portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin tidak seharusnya dianggap sebagai sumber yang berkredibiliti, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua Pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Raja Petra dikenali sebagai seorang pelarian, dan hanya menulis mengikut kemahuan pihak yang membayarnya.
BERITA PENUH DI SINI
Raja Petra tiada kredibiliti, hanya tahu bersembunyi di UK - Gopal Sri Ram
Gopal then moves to the two articles, published by Raja Petra Kamarudin.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
The special prosecutor firstly described Raja Petra as follows - A fugitive which has been hiding from the system; a rogue journalist; and often writes on how he is paid.
Gopal Sri Ram mula hujahan di kamar mahkamah
Gopal starts his submission by saying that - that some of the wordings used in the motion filed by the defence, was a direct attack to Judge Zaini, should be deemed as contemptuous.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
Dokumen didakwa 'bocor', dipercayai untuk tujuan rujukan - Jagjit
Jagjit contended that the leaked documents, was indeed prepared for the referral purpose.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
This he said, could somehow influence Zaini's final judgement.
"Your Lordship must be able to deliver without improper influence direct or indirect from others" - Jagjit.
'Thank you, very much, Your Lordship ...'
Jagjit contended that the leaked documents, was indeed prepared for the referral purpose.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
This he said, could somehow influence Zaini's final judgement.
"Your Lordship must be able to deliver without improper influence direct or indirect from others" - Jagjit.
The history, said Jagjit, repeated, or the 'dark clouds' descended on Aug 23.
Interesting to note that Jagjit describes the removal of Tun Salleh Abas back in 1988 as 'dark clouds'.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
The history, he seemingly said, repeated, or the 'dark clouds' descended on Aug 23. (Was he referring to the Apex Court's decision on SRC Int'l?)
Hujah Jagjit berhubung laporan polis
"If this is what came out from police, and what the police chief stated..
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
"..on what basis the affidavit be affirmed to say that the application is based on hearsay evidence?" Jagjit contended.
Kes rasuah projek solar: Mahkamah dengar permohonan Rosmah kecualikan Hakim Zaini
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan notis usul pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor, 70 tahun, untuk mengecualikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dari perbicaraan tersebut.
Terdahulu, peguam bela Datuk Jagjit Singh memohon kepada mahkamah untuk memberikan tempoh masa bagi membolehkan pembelaan lebih bersedia dalam membentangkan hujah lisan mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jagjit membuat hujan berhubung dokumen pendakwaan yang didakwa 'bocor;
Jagjit referred to the prosecution's argument that that the leaked judgement is not a written judgement, but merely a referral note.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
“But there was a (media) report on Saturday 27th August by the police, who confirmed the leaked doc is being investigated”.
Nasib Rosmah diketahui hari ini
Rosmah arrives at High Court for verdict on corruption trial in solar project
Datin Seri Rosmah Mansor arrived at the High Court here today for the verdict on her corruption case in connection with a solar hybrid project for 369 rural schools in Sarawak, worth RM1.25 billion.
The wife of former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak, clad in yellow baju kurung and matching shawl arrived at the court at 8.54 am.
READ FULL ARTICLE HERE
"I am prepared to do the submission, but not in a flow that I normally do. " = Peguam Jagjit
Jagjit opens his oral submission on the recusal bid.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) September 1, 2022
"I am prepared to do the submission, but not in a flow that I normally do.
"So my apologies for the hiccups.
If I err here and there, I stand corrected by My Lordship and also my learned friend"
Rosmah tiba di mahkamah dengar keputusan kes rasuah projek solar
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang memakai baju kurung dan selendang kuning tiba di mahkamah pada 8.54 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Astro AWANI membuat liputan komprehensif kes projek solar hibrid membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor
Guilty or not guilty.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 31, 2022
Selamat pagi dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Pagi ini DS Rosmah Mansor akan mendengar keputusan penghakiman terhadap tiga pertuduhan yang dihadapinya berhubung projek solar di Sarawak.@501Awani pic.twitter.com/WnI1rrlzqj
Rosmah mohon Hakim Mohamed Zaini undur diri
Keputusan kes rasuah Rosmah 'bersalah atau dibebaskan' diketahui esok
Selepas hampir empat tahun perbicaraan, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui esok sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijadual mengumumkan keputusannya pada 9 pagi di mahkamah terbuka.
BACA BERITA PENUH