Kabinet baharu: Muka lama yang gagal, liabiliti harus digugurkan - Penganalisis
Barisan pemimpin yang tidak menonjol ketika memimpin sesebuah kementerian pada Kabinet terdahulu tidak wajar ditampilkan semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam senarai Jemaah Menterinya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tiada pengumuman anggota Kabinet oleh PM hari ini - PMO
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat sebarang pengumuman berhubung pembentukan anggota Kabinet hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
PM tiba di Perdana Putra selesai menghadap Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan
PM tiba di JPM selepas menghadap Agong
Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Jabatan Perdana Menteri pada pukul 3.37 petang.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.
BERITA PENUH DI SINI
YDP Agong terima sembah maklum senarai anggota Kabinet - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima sembah maklum senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Majlis sembah menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi tadi di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
BERITA PENUH DI SINI
Muhyiddin yakin Ismail Sabri akan tingkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Singapura
Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin hubungan baik Malaysia dan Singapura akan terus ditingkatkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Muhyiddin menjelaskan, dalam satu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis, isu hubungan dua hala Malaysia dan Singapura turut dibincangkan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri tinggalkan Istana Abdulaziz, Kabinet mungkin diumum dalam masa terdekat
Kenderaan membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada jam 1.38 tengah hari selepas lebih dua jam berada di istana.
Perdana Menteri sekali lagi melambaikan tangan kepada media yang menunggu sejak dari pagi namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan beliau.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM Ismail Sabri tinggalkan Istana Abdulaziz
Kenderaan membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada jam 1.38 petang tadi selepas lebih dua jam berada di istana.
Perdana Menteri sekali lagi melambaikan tangan kepada media yang menunggu sejak dari pagi namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan beliau.
Difahamkan, beliau hadir ke istana tersebut bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan barisan Kabinet.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Langsung dari lokasi
MB Pahang tiba di istana
11.25 pagi
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 26, 2021
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilihat memasuki Istana Abdulaziz, Kuantan.@501Awani#AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/k7apTjxRre
Keluarga Malaysia | Kerjasama kerajaan dan Pembangkang
Pembentukan Kabinet: PM menghadap YDP Agong
Kenderaan bawa PM masuk Istana Abdulaziz
Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Istana Abdulaziz, Kuantan pada jam 10.53 pagi tadi.@501Awani #awaninews #AWANIpagi pic.twitter.com/J3xPxQpCLy
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 26, 2021
PM tiba di Istana Abdulaziz
Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Istana Abdulaziz, Kuantan pada jam 10.53 pagi tadi.
Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan cadangan barisan Kabinet kepada Seri Paduka Baginda untuk diperkenankan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Petugas media mula berkampung
Petugas media, termasuk @501Awani sudah mula 'berkampung' di pekarangan Istana Abdulaziz, Kuantan.#AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/a2rpGM5GtV
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 26, 2021
Pertemuan PM, pembangkang buka dimensi baharu politik Malaysia - Pas
Pas menyambut baik budaya berpolitik yang mengutamakan perdamaian seperti yang ditunjukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi pertemuan beliau dengan tiga pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya semalam.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pendekatan diplomasi yang ditunjukkan oleh kerajaan dengan pihak berkaitan bagi menangani isu rakyat dan negara merupakan suatu budaya politik yang mesti diperkasakan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Istana Abdulaziz jadi tumpuan hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri dikhabar akan mempersembahkan senarai cadangan barisan Kabinet kepada Al-Sultan Abdullah untuk diperkenankan.
Tinjauan di pekarangan istana mendapati anggota polis sudah mula berkawal sejak jam 8.30 pagi dan petugas media juga sudah mula berkampung di sekitar kawasan istana.
Difahamkan, Perdana Menteri akan tiba kira-kira jam 10.30 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Astro AWANI berlintas langsung dari Istana Abdulaziz
Selamat pagi dari Pahang!@501Awani berada di Istana Abdulaziz, Kuantan.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 26, 2021
Difahamkan PM, DS @IsmailSabri60 akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembahkan cadangan Kabinet.#AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/ybLpe4LMJU
Langsung dari Kuantan
Wartawan Astro AWANI Ridauddin Daud kini berada di pekarangan Istana Abdulaziz, Kuantan bagi memberikan liputan sepanjang upacara yang dijangka berlangsung hari ini.
Siapa akan barisi Kabinet Ismail Sabri?
Bentuk Kabinet kecil berwibawa
Elak pelantikan jawatan tidak penting
Kabinet Baharu | PM menghadap YDP Agong hari ini
'Dengar nasihat pakar' antara saranan pemerhati kerajaan baharu
Dengar pandangan pakar dan ambil kira pendapat majoriti rakyat dalam menguruskan pandemik COVID-19 di negara ini adalah antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemerhati politik dan kesihatan berpendapat beberapa kesilapan pentadbiran terdahulu dalam menguruskan COVID-19 merupakan penyebab utama ia kehilangan keyakinan majoriti rakyat yang rata-rata semakin tertekan berikutan keadaan pandemik dan ekonomi bertambah parah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM dijangka menghadap Agong persembah senarai anggota Kabinet baharu hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pertemuan ini bagi mempersembahkan senarai nama jemaah Kabinet untuk mendapat perkenan Baginda.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pertemuan PM, Pembangkang: Ini paradigma baharu, prejudis dua pihak mesti berakhir - Khaled Nordin
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan pemimpin kanan Pakatan Harapan di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu telah membuka lembaran baharu untuk kerjasama rentas parti bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam catatan di Facebooknya pada Rabu berkata, persefahaman dan kenyataan bersama antara Perdana Menteri dengan kepimpinan Pakatan Harapan adalah permulaan era baharu yang sangat positif.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PH tidak minta jawatan dalam Kabinet
Undi tidak percaya: Jika PM komited tangani COVID-19, PH tidak mahu 'persulitkan' keadaan - Anwar
Pakatan Harapan (PH) tidak mahu ‘mempersulitkan’ keadaan jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan terus komited dalam menangani COVID-19, dan masalah ekonomi rakyat serta negara.
Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat masa ini PH sedia untuk berganding bahu sekiranya Kerajaan terus mewujudkan program-program bersifat pro-rakyat, serta polisi yang bersesuaian untuk membantu golongan miskin, serta mereka yang kehilangan pekerjaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Saya tak sedih jika tak jadi TPM - Faizal Azumu
Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH) dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri pada pukul 2 petang Rabu.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan atas jemputan Pejabat Perdana Menteri itu disertai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM disaran pertimbang usaha reformasi institusi
Pilih pemimpin wanita yang sensitif tetapi tegas - Azalina
Keluarga Malaysia, ini masa untuk anak muda
Lepaskan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, apa komen Azalina tentang Kerajaan baharu?
DATUK Seri Azalina Othman Said, nama yang tidak asing lagi dalam arena politik negara.
Tatkala di kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau dilihat tegas mengendalikan sidang mesyuarat yang sering disulami pertikaman lidah.
BACA BERITA LANJUT DI SINI
Kabinet perlu kecil, tiada 'kluster mahkamah'- Tun M
Hak mutlak PM, Perlis tiada permintaan khusus
Kabinet perlu lebih kecil, jangan libatkan 'kluster mahkamah' - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil.
Menurut beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), tindakan berkenaan wajar dibuat selepas majoriti menteri dan timbalan menteri sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menunjukkan prestasi yang baik selain ada dalam kalangan mereka disifatkan sebagai hanya "memakan gaji buta".
BACA BERITA PENUH DI SINI
Apa yang perlu untuk pastikan pemulihan ekonomi berkesan
Suara anak muda bukan lagi retorik tapi realiti - Pengasas Undi 18
Komitmen kerajaan untuk mengangkat suara anak muda dalam agenda pemulihan ekonomi rakyat dan negara disambut baik.
Menurut pengasas bersama dan pengarah Advokasi Undi18, Tharma Pillai, ia selaras perjuangan agar suara belia didengari dan dipertimbang dalam perancangan dasar kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lantik barisan Kabinet yang tepat untuk tugas yang tepat - Penganalisis
Barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dianggotai oleh mereka yang cekap yang mengenali portfolio masing-masing dan bekerja untuk semua masyarakat di Malaysia, kata penganalisis politik Prof Madya Bridget Welsh.
Beliau berkata adalah penting untuk memiliki calon yang kompeten dalam kementerian utama seperti kewangan, kesihatan dan kesejahteraan sosial.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Senarai menteri Kabinet diumum minggu ini - PM
Senarai menteri Kabinet diumum minggu ini - PM
Senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, senarai jemaah menteri akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan.
BACA BERITA PENUH DI SINI