Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
“Ayah call (buat panggilan) sembilan kali, kami tak perasan, kami amat terkilan.”
Itu luahan anak sulung mangsa nahas helikopter, Farid Ridhwan Mohd Irfan, 15, yang terkilan kerana tidak sempat menyambut panggilan ‘terakhir’ ayahnya sebelum terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, di sini pada Ahad.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan
Allahyarham Mohd Sabri tinggalkan legasi - Panglima TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyifatkan pemergian Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon yang terkorban dalam nahas helikopter pada Ahad merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Jenazah Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan
Pengurusan jenazah Allahyarham Mohd Sabri
Jenazah Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan
enazah mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves di sini sekitar 2.20 petang.
Upacara pengebumian dihadiri keluarga, kenalan terdekat dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Turut kelihatan hadir ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Proses bedah siasat Mohd Sabri selesai
Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter, Allahyarham Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, selesai dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Jenazah telah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini untuk dikafan dan disolat.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Kemalangan pertama babitkan model sama di Asia Tenggara
Kemalangan melibatkan dua helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) di Taman Melawati dekat sini pada Ahad merupakan insiden pertama di negara ini dan Asia Tenggara yang membabitkan pesawat model sama.
Carian Bernama di laman sesawang penerbangan Rangkaian Keselamatan Penerbangan mendapati insiden hari ini merupakan yang ke-45 dan ke-46 sejak kemalangan pertama membabitkan model itu berlaku di Baden, Jerman pada 19 April 2010.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Rancangan Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi yang terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang, untuk terbabit dalam pembikinan sebuah filem berkaitan penerbangan tidak kesampaian.
Perkara itu didedahkan pelakon Esma Daniel, yang terkejut apabila mengetahui berita nahas yang berlaku kira-kira 11.20 pagi Ahad itu.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Bangkai helikopter dihantar ke Lapangan Terbang Subang untuk siasatan - Polis
Bangkai helikopter yang terhempas di Taman Melawati di sini, pada Ahad telah dileraikan dan dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, kerja-kerja meleraikan bahagian pesawat serta mengumpulkan serpihannya dijalankan oleh beberapa petugas khas.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Polis sudah ambil keterangan Ahmad Jauhari
Polis telah mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya berhubung nahas helikopter yang mengorbankan dua nyawa di Taman Melawati pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, pihaknya turut merekodkan keterangan beberapa saksi lain.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
HCTM urus jenazah ikut SOP, bedah siasat esok
Proses bedah siasat dijangka dijalankan esok - Keluarga mangsa
Proses bedah siasat ke atas jenazah mangsa insiden nahas helikopter dekat Taman Melawati tengah hari tadi dijangka dijalankan pada Isnin.
Menurut abang sulung mangsa Allahyarham *Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi*, Dr Mohd Ezani Mohamed Rawi, pihaknya dimaklumkan bahawa ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan terlebih dahulu ke atas jenazah mangsa.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga mangsa
Bangkai pesawat dileraikan
[TERKINI] Bangkai pesawat telah dileraikan dan akan diangkat menaiki treler utk siasatan lanjut. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/ArikVOpJeR
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 8, 2020
Abang tahu adik terlibat nahas daripada gambar tular
Menurut abang sulung Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, Dr Mohd Ezani Mohamed Rawi, 48, pihak keluarga mengetahui arwah terlibat dalam nahas tersebut selepas melihat bahagian kiri lengan arwah di gambar-gambar yang tular di media sosial.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Jenazah nahas helikopter dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Waris mangsa, Mohd Irfan tiba di Jabatan Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Keluarga dan isteri arwah Mohd Irfan tiba di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras sebentar tadi @501Awani pic.twitter.com/RXw5OoHGpW
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 8, 2020
Kenderaan Forensik PDRM meninggalkan lokasi kejadian
[TERKINI] Kenderaan Forensik PDRM meninggalkan lokasi kejadian. Difahamkan CAAM akan mengetuai siasatan lanjut di lokasi kejadian. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/HeeZ13ygZC
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 8, 2020
Jenazah tiba di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
Dua jenazah mangsa nahas helikopter terhempas di Taman Melawati Ampang tiba di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras Kuala Lumpur sekitar pukul 4.23 petang tadi.
Dua mangsa maut dibawa ke Jabatan Forensik HCTM
Jurucakap Forensik HKL memaklumkan dua jenazah nahas helikopter dibawa ke HUKM, Cheras, dan bukan di HKL @501Awani
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 8, 2020
Waris Mohd Irfan, Dr Mohd Izani mengetahui dari laporan sosial media
Abang sulong mangsa, Mohd Irfan Mohamed Rawi, Dr Mohd Izani tiba di IPFN sekitar pukul 2.30 petang. Menurut Izani, beliau dan keluarga mengetahui mengenai insiden tersebut menerusi laman sosial.
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 8, 2020
Katanya, beliau tahu adiknya terlibat dalam nahas tersebut... @501Awani pic.twitter.com/BEjuP2tjqm
Suasana pilu ahli keluarga
Suasana pilu. Dr Mohd Izani sedangkan tenangkan ahli keluarga yang lain. @501Awani pic.twitter.com/zI7JRnytdS
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) November 8, 2020
Perkembangan terkini dari Institut Perubatan Forensik, HKL
Menteri Pengangkutan arah BSKU siasat
Beberapa dentuman kuat, kejutkan penduduk Taman Melawati - Saksi
Beberapa dentuman kuat mengejutkan penduduk di Taman Melawati, Ampang lewat pagi tadi.
Menurut salah seorang saksi, Jeffry Rizal, dia bergegas keluar dari rumahnya selepas mendengar bunyi dentuman tersebut.
Dua mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian
#HelikopterTerhempas Dua mayat mangsa dikeluarkan dari lokasi kejadian. Menurut KPD Ampang Jaya, kedua helikopter bertembung di udara sebelum terhempas. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/XiF7tpBCPz
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 8, 2020
Perkembangan di Institut Perubatan Forensik, HKL
Polis sahkan identiti dua mangsa maut
Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Ampang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Tinjauan di lokasi kejadian
Reaksi Ketua Polis Daerah Ampang Jaya
Polis sahkan dua maut, kemalangan berlaku di udara
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak mengesahkan dua mangsa maut termasuk identiti mereka.
Polis menyerahkan siasatan penuh kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Dua mangsa disahkan maut
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua mangsa maut dalam nahas melibatkan dua helikopter dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor.
Dalam satu kenyataan ringkas, JBPM Selangor memaklumkan terdapat empat mangsa keseluruhan, iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.
KLIK DI SINI UNTUK PERKEMBANGAN LANJUT
Reaksi ADUN Bukit Antarabangsa
Pengesahan Pengarah Bomba Selangor
Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampira Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.