UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Biar anak-anak membesar di depan mata Mira'

PKP 3.0 sudah dilaksana kerajaan mulai 1 Jun 2021. Adakah ia memberi kesan yang sama pada sesetengah lapisan masyarakat?

Astro Awani
Mira bersama-sama Zara dan Aqeef. Semoga mereka sekeluarga diberkati kekuatan untuk menempuh kehidupan. - Sumber foto Farahana Amira

Lockdown #Day14: 'Biar anak-anak membesar di depan mata Mira'

Mon Jun 14 2021

(Ini adalah entri terakhir ibu tunggal Farahana Amira Ahmad Radzi dalam siri Diari Lockdown)

“Mira sedia cari pengganti, asalkan anak-anak bahagia”

Siapa yang mahukan sebuah perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan?

Mira tidak pernah terfikir dia dan anak-anak akan ditinggalkan seorang lelaki bergelar suami dan bapa yang lebih banyak melukakan daripada membahagiakan.

Pada tiga tahun pertama perceraian, Mira menutup sepenuhnya pintu hati untuk mana-mana lelaki.

Dia berasa serik dengan 'permainan' bekas suaminya.

Namun, selepas empat tahun kisah duka itu, perlahan-lahan Mira mula membuka pintu hatinya untuk lelaki yang benar-benar ikhlas untuk dirinya dan anak-anak.

Bukan kerana wang, tetapi hanya mahukan kebahagiaan anak-anak yang sekian lama dambakan kasih sayang seorang ayah.

“Kalau ada jodoh lagi, Mira tidak menolak. Namun, biarlah dia bukan sahaja nak kahwin dengan Mira tetapi juga dia mesti ‘kahwin’ dengan keluarga Mira. Pengalaman lalu mengajar Mira untuk lebih berhati-hati,” kata Mira.

Namun, tidak banyak yang mahukan Mira, hanya mahu melihat anak-anaknya berjaya dan dilindungi Allah.

“Biar anak-anak membesar di depan mata Mira. Susah macam mana pun, kami akan tetap bersama.

“Mama sayang kamu, Zara, Aqeef,” Mira mengakhiri bicara.





----------------------------


Ini entri terakhir ibu tunggal Farahana Amira Ahmad Radzi dalam siri Diari Lockdown, kelolaan wartawan kanan Rahimah Abdullah. 

Mulai esok, Astro AWANI akan menampilkan seorang ibu tunggal, yang cekal untuk membesarkan dua orang anak dengan menjalan perniagaan makanan sambilan. 


Lockdown #Day 13: Mira gemar membaca novel-novel mengenai persahabatan dan hubungan percintaan

Sun Jun 13 2021
Lockdown #Day 13: Mira gemar membaca novel-novel mengenai persahabatan dan hubungan percintaan

Lockdown #Day 13: 'Duduk saja di rumah, baca buku, tambah pengetahuan'

Sun Jun 13 2021

Sebagai bekas pesakit COVID-19, Mira lebih suka habiskan banyak masa di rumah sepanjang PKP.

Mira cukup takut jika virus yang digeruni itu kembali ‘menyakitkan’ dirinya lagi.

Untunglah, sejak dari kecil dia suka mengumpul koleksi buku dan menjadikan membaca sebagai hobi.

Sehingga kini, ratusan buku dikumpulnya dan kebanyakan adalah koleksi novel.

Mira gemar membaca novel-novel mengenai persahabatan dan hubungan percintaan yang banyak mengajar dia mengenai sebuah kehidupan.

Malah, dalam keadaan pandemik, bagi Mira inilah masanya dia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaaan sebagai persediaan memasuki pekerjaan baharu nanti. 



-----------------



Ini entri terbaharu Ini entri terbaharu Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day12: Makanan sentiasa di meja makan

Sat Jun 12 2021
Lockdown #Day12: Makanan sentiasa di meja makan

Lockdown #Day12: Mira pastikan makanan sentiasa ada di meja makan untuk anak-anak”

Sat Jun 12 2021

Tidak kira sesusah mana pun kehidupan mereka tiga beranak, makanan akan dipastikan sedia terhidang di meja makan.

Wang simpanan yang ada dari pampasan diberhentikan kerja digunakan sebaiknya untuk anak-anak.

Setiap hari Mira akan pastikan anak-anaknya mendapat zat makanan yang sepatutnya demi pertumbuhan mereka.

Dalam hatinya “Kalau aku rasa aku susah, aku kena ingat ramai lagi hidup susah dari aku,”

Justeru, dalam keadaan kesihatan terjejas kerana COVID-19, Mira tetap pastikan perut anaknya terisi.

“Kalau boleh saya tak nak susahkan mama. Biarlah makan pakai anak-anak saya usahakan,” tambah Mira. 






---------------------------------


Ini adalah entri terbaharu Mira adlam edisi Diari Lockdown. 


Kompilasi entri ini adalah kelolaan wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day11: Pendidikan anak didahulukan

Fri Jun 11 2021
Lockdown #Day11: Pendidikan anak didahulukan

Lockdown #Day11: 'Pelajaran anak-anak sentiasa diutamakan semasa PKP'

Fri Jun 11 2021

Hidup mesti gembira walau apa sahaja dugaan menimpa.

Walau gagal dalam perkahwinan, ia bukan penamat untuk mengabaikan anak-anak yang menjadi amanah perlu dijaga sebaiknya.

Pendidikan kedua-dua anak comelnya, Muhammad Aqeef Danish, 9 tahun dan Nur Aizzara Damia, 7 tahun sentiasa menjadi keutamaan.

Mira tidak pernah gagal menyediakan keperluan anak-anak dalam pelajaran termasuk semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sepanjang PKP.

“PdPR ini susah juga mereka nak fokus dalam pelajaran. Namun, setakat ini, mereka baik-baik sahaja,” ujarnya.

Dia juga cukup bertuah, adik-adiknya juga banyak membantu mengajar anak-anak.

Ia termasuk adik lelakinya, yang dipanggil Pak Uda, sekurang-kurangnya dapat juga anak-anak menumpang kasih sayang seorang bapa.

Kalau sebut pasal bapa, kata Mira, anak-anak sudah terbiasa tiada susuk lelaki itu di sisi mereka.

“Anak-anak tidak pernah langsung bertanya mengenai bapa mereka. Mereka pun seakan tak kisah.

“Entahlah, janji mereka gembira,” kata Mira.



-------------------


Ini entri terbaharu Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day10: Teman sebagai tempat untuk meluahkan perasaan

Thu Jun 10 2021
Lockdown #Day10: Teman sebagai tempat untuk meluahkan perasaan

Lockdown #Day10: 'Ruang Rehat' platform Mira hilangkan stres

Thu Jun 10 2021

Ada pelbagai cara dilakukan Mira untuk mendapatkan ketenangan dan mencari masa berkualiti untuk diri sendiri (me time).

Antaranya “Ruang Rehat” yang diwujudkan melalui aplikasi Clubhouse.

Sebagai moderator, pelbagai isu-isu yang tidak berat dibincangkan bersama rakan.

Platform itu benar-benar ‘merehatkan’ minda Mira yang penuh dengan pelbagai masalah dalam rumah tangga dan kesihatan.

“Inilah cara saya mendapat ketenangan. Kita boleh bincang pasal soal cinta, keluarga dan apa sahaja isu.

“Ruang Rehat bermula Mac lalu. Ia mempunyai lebih kurang 11 orang ahli dan kami berkongsi macam-macam idea dan pendapat,” kata Mira.

Pertemuan pertama peserta "Ruang Rehat' turut diadakan pada Mac lalu bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.

“Namun, sekarang kami banyak berkomunikasi secara maya. Tidak mengapalah, inilah cara kami menghiburkan hati ketika PKP,” kata ibu tunggal ini.

Akui Mira, sebagai ibu tunggal, dia bukan sahaja perlukan keluarga, tetapi juga teman sebagai tempat untuk meluahkan dan berbicara soal hati serta perasaan.



-----------------


Ini entri terbaharu Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day9: Terima kasih Mama

Wed Jun 09 2021
Lockdown #Day9: Terima kasih Mama

Lockdown #Day9: 'Mama takkan benarkan sesiapa sakiti Mira'

Wed Jun 09 2021

"Rumah mama sentiasa terbuka luas untuk Mira dan anak-anak..."

Bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal seperti Mira. Sudahlah baharu diberhentikan kerja, dan lebih malang menjadi mangsa COVID-19 pula.

Ada bekas suami pula, langsung tidak hiraukan anak-anak.

Kini, Mira hanya ada keluarga terutama mama yang menjadi tempat meluahkan segalanya.

“Pintu rumah mama sentiasa terbuka luas untuk Mira dan cucu-cucu mama.

“Biar mama jaga Mira sampai Mira betul-betul sembuh,” kata Mira menceritakan tentang mamanya. 

Mama Mira takkan benarkan sesiapa sakiti Mira lagi.

Bahkan, nak keluar sekejap pun, ada sahaja nasihat-nasihat yang tidak pernah lekang di bibir wanita disayanginya itu.

Terima kasih mama, Salmi Mohamed Osman.




-----------------



Ini entri terbaharu Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.


Lockdown #Day8: Kenangan pahit

Tue Jun 08 2021
Lockdown #Day8: Kenangan pahit

Lockdown #Day8: 'Saya sanggup 'ikat perut' demi anak-anak'

Tue Jun 08 2021

Pagi-pagi lagi Mira sudah bersiap-siap untuk ke ‘bekas’ pejabatnya .

Dia perlu menyerahkan semua barangan sebelum secara rasminya dia tidak lagi bekerja di bawah syarikat swasta itu.

Lebih empat tahun bekerja di situ sebagai pegawai khidmat pelanggan, pasti banyak kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan.

“Mira pun tidak jangka juga diberhentikan sebegini. Namun, syarikat hendak kurangkan tenaga kerja.

“Empat tahun di sini, kawan-kawan dekat sini pun memang membantu dan banyak beri sokongan,” kata Mira.

Namun, dia redha dengan ketentuan bahawa sudah tertulis 'jodohnya' tidak panjang dengan syarikat itu.

Selepas secara rasmi dia jadi penganggur hari ini, Mira mahu berehat seketika di rumah mama.

Buat masa ini, pampasan tiga bulan kerana diberhentikan diharap bolehlah sedikit sebanyak menampung keperluan dia dan anak-anak.

Kalau tak cukup, dia sanggup ‘ikat perut’ daripada menagih simpati bekas suami yang selama ini culas memberi nafkah untuk anak-anak.


-------




Ini entri kelapan Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.


Lockdown #Day7: Pasrah...

Mon Jun 07 2021
Lockdown #Day7: Pasrah...

Lockdown #Day7: 'Kecewanya selepas tarikh vaksin ditangguh ke Ogos'

Mon Jun 07 2021

Hari ini, Mira lebih bersemangat dari biasa. Mira akan menerima vaksin COVID-19.

Awal-awal lagi, Mira sudah sampai di pusat vaksinasi di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Dia mengakui rasa sedikit berdebar apatah lagi dia baharu saja pulih dari jangkitan COVID-19.

Namun, selepas menerima nasihat dari pembantu perubatan di pusat vaksinasi itu, tarikh giliran Mira terpaksa ditangguh ke bulan Ogos.

Sebabnya tidak lain tidak bukan, kerana dia baharu sahaja sembuh dari wabak COVID-19. 

Kini, dia perlu menunggu selama tiga bulan untuk divaksin. 

Namun, ibu tuggal itu berkata dia pasrah dengan situasi terkini dan melupakan keresahannya. Tidak mengapa, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, detik hati kecilnya.

Mira pulang untuk menghabiskan masa bersama-sama anaknya. 



---------





Ini entri ketujuh Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.


Lockdown #Day6: Mungkin ada persatuan untuk ibu tunggal seperti aku'

Sun Jun 06 2021
Lockdown #Day6: Mungkin ada persatuan untuk ibu tunggal seperti aku'

Lockdown #Day6: 'Mungkin ada bantuan untuk ibu tunggal seperti aku'

Sun Jun 06 2021

Sepanjang menjadi ibu tunggal, Mira tidak pernah terfikir untuk memohon mana-mana bantuan dari kerajaan atau pertubuhan.

Dalam tempoh lebih tiga tahun berpisah dengan bekas suami, tidak menjadi penghalang untuk dia berdikari. Makan pakai anak-anak ditanggungnya sendirian.

Jika sebelum ini dia bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta untuk menampung dirinya sekeluarga, kini Mira terpaksa bergantung kepada simpanan yang semakin ‘menipis’ selepas diberhentikan majikan.

Mira merasakan dia perlu berusaha untuk mencari akses bantuan dari mana-mana pertubuhan untuk ibu tunggal sepertinya.

Dalam fikirannya, “Selama ini mungkin ada bantuan untuk wanita seperti aku, cuma aku tidak mencari.”

Mira hanya mahu berusaha sendiri mencari rezeki, namun dalam keadaan pandemik dan proses pemulihan sebagai pesakit COVID-19, dia perlu bersabar dahulu, tumpu kesihatan diri untuk memastikan anak-anaknya "cukup makan dan pakai". 

Kalau ada rezeki, adalah nanti panggilan pekerjaan baharu untuk Mira. 

Semoga esok menjanjikan sinar kejayaan buat ibu tunggal ini. 

--------


Ini entri keenam Mira dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.


Lockdown #Day5: Mengemas rumah dan barangan

Sat Jun 05 2021
Lockdown #Day5: Mengemas rumah dan barangan

Lockdown #Day5: 'Mama bukan saja tempat saya sekeluarga mengadu, tetapi ...'

Sat Jun 05 2021

Walaupun sudah bebas COVID-19, Mira tidak lagi seaktif dulu.

Sekarang ini, banyak kerja-kerja rumah dilakukan pada ‘speed’ yang perlahan dipercayai kesan virus itu.

Selain peti suaranya terjejas, Mira sentiasa merasa lesuan dan terpaksa mengambil ubat pencair darah bagi mengelak blood clot.

Kata Mira, darah bekas pesakit COVID-19 adalah lebih pekat berbanding mereka yang tidak dijangkiti.

Hari ini masuk hari kelima total lockdown, akur dengan arahan kerajaan untuk mengamalkan self-lockdown di kediaman masing-masing, Mira sibuk mengemas rumah dan barangan untuk dibawa ke rumah mamanya.

Dia dan anak-anak akan tinggal sementara di rumah ibunya sehingga dia sembuh sepenuhnya.

Sejak keluar wad, mama menjadi tempat dia meluahkan segalanya.

--------

Ini entri kelima Mira dalam siri Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day4: Diberi peluang kedua untuk hidup...

Fri Jun 04 2021
 Lockdown #Day4: Diberi peluang kedua untuk hidup...

Lockdown #Day4: 'Percayalah, COVID-19 itu bukan perkara main-main'

Fri Jun 04 2021

Pernah ‘ditidurkan’ di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana COVID-19, Mira tidak pernah leka untuk mengingatkan orang ramai tentang kesakitan mendapat jangkitan virus itu.

Dia mungkin antara ribuan pesakit kategori kritikal yang diberi peluang kedua untuk hidup.

Tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada, Mira sentiasa aktif di media sosial untuk terus menceritakan pengalamannya sebagai bekas pesakit COVID-19.

“Jangan tak percaya mengenai COVID-19 ini sebab ia bukan main-main,” katanya.

Di media sosial juga, Mira berkongsi gambarnya semasa koma. 

Tujuannya, biar apa yang dialami jadi iktibar buat semua.


--------

Ini entri keempat Mira dalam siri Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day3: Masih bergantung kepada ubat-ubatan

Thu Jun 03 2021
 Lockdown #Day3: Masih bergantung kepada ubat-ubatan

Lockdown #Day3: 'Saya hampir menjadi korban COVID-19'

Thu Jun 03 2021

Mira mengakui, kini dia bukan setakat perlu menjaga hal anak-anak, tetapi jugak perlu menitikberatkan soal kesihatan dirinya.

Ibu tunggal ini diberi peluang kedua untuk hidup apabila nyawanya hampir ditarik kerana COVID-19.

Pada April lalu, Mira dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana positif COVID-19 kategori lima.

Namun, dia bersyukur Allah memberi peluang kepadanya untuk terus hidup, menjaga dua buah hati yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Walau dia mengakui tidak seaktif dulu, Mira sudah 'moved on'. 

Anak-anak masih menjadi keutamaannya. 

Walaupun sudah disahkan bebas dari wabak COVID-19, Mira yang juga menghidap asma, masih bergantung kepada ubat-ubatan seperti ubat pencair darah dan steroid untuk melawan kesakitan dan impak daripada serangan virus itu.


--------

Ini entri ketiga Mira dalam siri Diari Lockdown oleh Astro AWANI.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah

Lockdown #Day2: Kalau tak bekerja anak-anak nak makan apa?

Wed Jun 02 2021
Lockdown #Day2: Kalau tak bekerja anak-anak nak makan apa?

Lockdown #Day2: 'Aku kena kuat demi anak-anak'

Wed Jun 02 2021

Hari kedua PKP penuh. 

Mira banyak menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah sahaja hari ini.

Selepas memasak dan menemani mereka mengulang kaji pelajaraan serta bermain, Mira mula mencuba nasib mencari pekerjaan di internet dan media sosial.

Sebenarnya, Mira sudah terbiasa bekerja dan ada duit sendiri.

Bila sudah diberhentikan kerja ini, Mira sudah rasa tak selesa.

Kalau tak bekerja anak-anak nak makan apa? Takkan nak harapkan mak dan ayah lagi.

“Aku mesti kuat demi anak-anak,” kata Mira.

Doakan yang terbaik untuk ibu tunggal cekal ini...


--------

Ini entri kedua Mira dalam siri Diari Lockdown oleh Astro AWANI.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah.

Lockdown #Day1: Apakah nasib Farahana dan anak-anaknya?

Tue Jun 01 2021
 Lockdown #Day1: Apakah nasib Farahana dan anak-anaknya?

Lockdown #Day1: Berendam air mata apa gunanya ...

Tue Jun 01 2021

Sejak berpisah dengan suami tiga tahun lalu, Farahana Amira Ahmad Radzi, 29 terpaksa memikul sepenuhnya tugas sebagai seorang ibu dan ayah kepada dua cahaya mata yang disayangi.

Dalam tempoh itu juga, bekas suami Farahana atau lebih mesra dengan panggilan Mira ini tidak pernah memberikan nafkah untuk anak-anak walau sehelai baju raya sekali pun.

Namun itu bukan halangan untuk Mira terus berendam air mata dan bangkit untuk terus mencari rezeki.

Malang menimpa, apabila bulan ini dia diberhentikan kerja.

Kini, dia terpaksa bergantung kepada baki simpanan yang ada untuk menampung keperluan anak-anak.

Bahkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh diumumkan kerajaan, amat sukar untuknya mencari pekerjaan baharu.

Pada hari pertama PKP penuh, Mira mengambil peluang menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama anak-anak.

Masa yang ada digunakan untuk memasak, membantu kerja sekolah anak-anak dan membersihkan rumah.

Namun, Mira tidak boleh menipu diri, dia juga risau jika tidak mendapat pekerjaan bulan ini, apa nasib mereka tiga beranak.


--------

Ini entri Mira dalam siri Diari Lockdown oleh Astro AWANI.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 dijayakan oleh wartawan kanan, Rahimah Abdullah. 

#Diari Lockdown#Farahana Amira Ahmad Radzi#PKP 3 0#perintah kawalan pergerakan#Ibu oh Ibu#COVID-19
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.