UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Ada rezeki lebih, saya bantu yang lain kerana saya tahu rasa susah

PKP 3.0 sudah dilaksana kerajaan mulai 1 Jun 2021. Adakah ia memberi kesan yang sama pada sesetengah lapisan masyarakat?

Astro Awani
Sememangnya ketika pandemik ini masih lagi berterusan seperti tiada titik noktah, Zetty seorang ibu tunggal mengakui ramai sangat yang terkesan dan memerlukan bantuan. - Sumber foto Zetty Zainor

Lockdown #Day28: Ada rezeki lebih, saya bantu yang lain kerana saya tahu rasa susah

Mon Jun 28 2021

Sememangnya ketika pandemik ini masih lagi berterusan seperti tiada titik noktah, Zetty seorang ibu tunggal mengakui ramai sangat yang terkesan dan memerlukan bantuan.

Baginya, kesusahan yang dirasai oleh ramai pihak ketika ini sedikit sebanyak membuatkan rasa terdesak sehingga terpaksa bergantung kepada sumbangan orang lain.

Dia yang masih kekal bertahan sehingga ke hari ini tanpa pendapatan tetap, dan hanya bergantung kepada pendapatan secara harian yang tidak menentu berharapkan masih dapat membantu golongan ibu tunggal yang lain yang pasti dalam keadaan memerlukan.

“Saya sudah rasa betapa peritnya hidup sebagai seorang ibu tunggal ini, dengan keadaan COVID-19 ini yang belum menunjukkan tanda reda.

“Namun, saya tetap cuba berusaha sehabis baik dan sentiasa memohon doa pada Allah S.W.T., jangan lupa ingat Tuhan.

“Insya-Allah, jika saya sudah berjaya nanti dan ada rezeki lebih, memang saya akan bantu ibu-ibu tunggal yang lain dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Zetty yang pada masa sama meluahkan dia sudah biasa hidup dalam keadaan susah sejak kecil lagi, turut berharap kita sebagai manusia bantulah sesama mereka yang memerlukan.

“Ketika ini juga, dengan keadaan ada yang sampai tak tahu mana nak cari punca rezeki, saya cukup sedih kerana saya pernah merasa situasi itu.

“Cara terbaik ketika ini adalah mungkin kita sendiri boleh bertanya khabar, bermula dengan orang-orang yang kita kenal, kerana tidak semua orang ingin berkongsi masalah yang dihadapi,” ujar Zetty lagi.

Ini adalah entri terakhir yang dapat dikongsikan oleh Zetty Zainor, 27 tahun, yang menetap di Semenyih, Selangor dan mempunyai dua orang cahaya mata termasuk seorang anak Sindrom Down.





-----------------------------------------



Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Mon Jun 28 2021

Lockdown #Day27: Zetty jana pendapatan tambahan demi anak-anak

Sun Jun 27 2021

Dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan hari ini, rakyat Malaysia masih perlu meneruskan perjuangan dengan kekal berada di rumah.

Bagi Zetty, keputusan Fasa 1 PKP menyeluruh dikekalkan dalam Pelan Pemulihan Negara ini membuatkan dia terpaksa menahan seketika hasrat untuk mencari rezeki tetap.

Bagaimanapun, dia kini telah berusaha dan tekad untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjadi ejen menjual produk.

“Saya kini menjadi ejen untuk menjual produk telur belangkas, gigih usaha demi mencari rezeki untuk anak-anak,” katanya.

Baru-baru ini, anak-anak Zetty ini sangat bertuah kerana mendapat sumbangan bantuan daripada restoran makanan segera McDonalds.

Kata Zetty, rezeki bantuan asas itu adalah hasil daripada keprihatinan kawannya yang mendaftar namanya sebagai penerima sumbangan.

Zetty sempat meluahkan bahawa itulah yang menjadi sumber kegembiraan buat anak-anaknya ketika ini.

Meskipun sudah lama tidak dapat menjenguk saudara-mara yang lain dan berjumpa dengan sepupu lain, Zetty yakin suatu hari nanti pasti dia dan anaknya dua orang dapat menziarahi antara satu sama lain.





-----------------------------------------



Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Sun Jun 27 2021

Lockdown #Day26: 'Anak terkurung, saya pun tidak boleh bekerja'

Sat Jun 26 2021

Seperti orang lain juga, Zetty hari ini merancang untuk duduk di rumah sahaja.

Cuma pagi tadi dia terpaksalah keluar sebentar untuk menyelesaikan beberapa urusan kerja, katanya.

Bagi Zetty, tiada apa sangat pun yang dilakukan olehnya hari ini.

Namun, dia ada meluahkan bahawa dia berharap kes harian COVID-19 segera berkurangan supaya dia dapat membawa anak-anaknya keluar bersiar-siar.

“Lama sangat dah anak saya ini duduk di rumah, diharapkan ‘lockdown’ ini segeralah berakhir supaya saya boleh bawa anak saya berjalan-jalan.

“Saya harap kes cepat turun dan saya boleh semula bekerja seperti biasa,” kata Zetty.

Setakat ini, Zetty merupakan antara jutaan rakyat Malaysia lain yang masih menunggu keputusan kerajaan sama ada sekatan pergerakan penuh ini akan dilaksanakan atau tidak.

Namun, menurut ibu tunggal yang mempunyai dua cahaya mata ini, dia dapat merasakan bahawa ‘lockdown’ ini akan berterusan memandangkan kes harian masih lagi tinggi.




------------------------------------------------




Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.


Sat Jun 26 2021

Lockdown #Day25: ‘Ada yang minta belikan McDonalds kerana teringatkan anak saya’

Fri Jun 25 2021

Rezeki Allah S.W.T sangat luas. Sempena penghulu segala hari, Zetty berkongsikan kisah dirinya yang menunjukkan bahawa rezeki itu ada sahaja di mana-mana.

Seperti biasa, rutin Zetty untuk berniaga hari ini bermula semula. Agak sibuk, tetapi dia sudah biasa menghadapi semua kesibukan itu dengan senyuman.

“Hari ini saya keluar pagi, macam biasa. Saya perlu selesaikan beberapa urusan, jadi saya terpaksa hantar anak saya ke taska (rumah penjaga Fatin dan Faiq).

“Memang ada kalanya saya perlu tinggalkan mereka di situ, jadi saya akan ambil mereka semula sebaik selesai segala urusan saya hari ini,” kata Zetty.

Sebagai seorang ibu tunggal, Zetty yang mencari rezeki untuk menyara dua orang anaknya, dan dia jugalah yang akan keluar berbelanja untuk barang keperluan seperti lampin pakai buang.

“Sebelum saya ambil anak-anak saya di taska, ada orang menegur saya di Facebook, katanya dia teringatkan pada anak-anak saya ketika makan di McDonalds.

“Disebabkan teringat, dia bagi saya duit belanja and suruh saya belikan makanan segera itu untuk anak-anak saya,” ucap Zetty lagi.

Dia sememangnya tidak menyangka, malah terharu apabila ada insan yang sangat pemurah sehinggakan teringat anak-anaknya.

Tambah Zetty, individu itu memang dia kenal di Facebook tetapi sekadar itu sahajalah kerana pernah berurusan jual beli barang dengan orang tersebut.

Tetapi, yang menyentuh perasaan apabila di sebalik kegigihan Zetty mencari rezeki sehingga terpaksa tinggalkan anak di taska ketika tempoh lockdown ini, ada juga orang yang pemurah macam itu.

Zetty pun membeli menu kegemaran anak-anaknya itu dan kepulangan Zetty selepas seharian mencari rezeki itu disambut dengan kegembiraan apabila melihat ibunya membawa sesuatu buat mereka.

---------------------------------------------

Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Fri Jun 25 2021

Lockdown #Day24: Pernah murung, kini Zetty lebih dekatkan diri dengan Allah

Thu Jun 24 2021

Di sebalik kesempitan hidup, masih ada juga yang bersikap iri kerana dapat melihat kita tabah menghadapi segalanya.

Zetty Zainor mengakui, tempoh total lockdown yang masih berlangsung ketika ini sedikit sebanyak mengajar dirinya untuk mengawal diri daripada tekanan mahupun stres.

Ia bukan sahaja kerana masalah untuk mencari duit, tetapi juga masalah dengan sesetengah pihak yang sering memandang rendah terhadapnya untuk membesarkan dua orang anak sendiri.

“Ramai yang memandang rendah terhadap kebolehan saya untuk menjaga anak, kerana memang saya ini tiada apa-apa sebelum ini.

“Sangkaan mereka itu, selepas saya berpisah, saya dan anak-anak mungkin tiada tempat untuk berteduh.

“Masih ada yang cuba menyakitkan hati saya sehingga hari ini, tetapi saya dah jauhkan diri daripada orang yang ada perangai macam tu,” jelas Zetty.

Dia pada masa sama mengakui bahawa pernah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat kaunseling akibat terlalu stres.

“Saya sangat sedih. Saya pernah dirawat di hospital akibat tekanan stres, jadi apabila sekarang ini saya sudah tiada lagi tempat bergantung.

“Jadi sekarang ini kalau saya stres adalah disebabkan saya terlalu berfikir untuk cara mencari duit. Saya akan menangis seorang diri, dan kuatkan hati untuk percaya rezeki Allah SWT.

“Kuncinya sekarang ini ialah untuk memohon doa daripada Tuhan, supaya semuanya dipermudahkan, dan alhamdulillah saya tenang selepas itu.

“Tidak pernah terdetik di hati ini untuk membuat perkara-perkara yang tidak baik bagi menghilangkan tekanan stres ini,” luah Zetty.

Atas semangat untuk membuktikan tanggapan orang lain itu salah, Zetty berusaha untuk mengumpul duit untuk simpanan masa depan dengan mencari apa sahaja yang boleh mendatangkan wang.

------------------------------------------------------

Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Thu Jun 24 2021

Lockdown #Day23: Zetty akui 'takut' berbelanja

Wed Jun 23 2021

Sudah seminggu Zetty Zainor berkongsi kisahnya sebagai ibu tunggal dalam edisi Diari Lockdown.

Hari ini, penulis ingin mengambil tahu bagaimana Zetty menguruskan perbelanjaan ketika tempoh sekatan pergerakan penuh.

Zetty mengakui dia sudah menukar kaedah mencari pendapatan dengan berniaga dari rumah dan mencari apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan wang, asalkan anaknya boleh dibawa sekali, akibat tiada pengasuh yang dapat menjaga mereka di rumah.

“Jika ingin dibandingkan dengan pendapatan saya dulu ketika membuat perniagaan spa bergerak, memang ada juga perbezaan dia.

“Kalau dulu, saya banyak ambil pakej-pakej untuk wanita dalam pantang termasuk pakej urut-urut untuk pelanggan spa saya, jadi tak perlu kerja tiap-tiap hari pun sudah mencukupilah untuk tampung perbelanjaan saya.

“Cuma sekarang ini, saya menjual Nasi Lauk Ayam Sambal Berapi dan buat ‘runner’ hantar makanan ke sana-sini itu tiadalah banyak mana hasilnya, tetapi cukuplah untuk anak-anak,” kata Zetty.

Realitinya, semua orang takut untuk berbelanja ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu, termasuk juga Zetty yang mungkin sebelum ini akan sedaya-upaya memenuhi kehendaknya jika ada pendapatan lebih.

Kini, dia terpaksa berfikir panjang sebelum berbelanja kerana lebih mengutamakan anak-anaknya.

“Saya sangat takut untuk berbelanja sekarang ini, dulu saya mungkin jenis yang boros, kalau ada duit lebih sikit pasti saya akan memenuhi kehendak saya.

“Sekarang saya lebih utamakan keperluan anak, kekadang memikirkan ada juga untuk beli baju-baju baru untuk anak-anak.

“Tetapi saya lebih baik gunakan wang pendapatan saya itu untuk utamakan barang seperti lampin pakai buang, susu dan sebagainya kerana kita tidak tahu apa akan jadi untuk masa akan datang,” tambah Zetty.

Dari segi bab makan pun, bukanlah Zetty hendak berkira tetapi dia kini lebih memilih untuk masak di rumah kerana ia ternyata lebih jimat.

“Kalau bab-bab nak makan pun, saya akan beli dari luar atau membuat pesanan kalau saya betul-betul tidak larat untuk masak.

“Kebanyakannya saya memang akan masak dan mujurlah anak-anak saya, Fatin dan Faiq ini jenis tidak memilih dan makan sahaja apa yang ibu dia masak,” ujar Zetty lagi.

Zetty pada masa sama nyatakan rasa syukur kerana kebanyakan barang dapurnya adalah hasil sumbangan daripada kenalannya, dan daripada situ dia akui banyak yang boleh dijimatkan.



---------------------------------------------------

Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Wed Jun 23 2021

Lockdown #Day22: 'Bangganya saya dengan Faiq, doktor cakap dia seperti anak normal'

Tue Jun 22 2021

Cara membesarkan anak yang mempunyai penyakit Sindrom Down ini sudah tentulah berbeza berbanding anak-anak yang lain.

Kisah untuk hari ini, yang juga minggu ketiga kita semua dalam tempoh penguatkuasaan PKP 3.0, Zetty menghantar Faiq ke hospital untuk berjumpa dengan doktor.

Bukan kerana apa, tetapi anak istimewa seperti Faiq ini perlu pemantauan doktor sekurang-kurangnya tiga ke empat kali dalam sebulan.

“Sejak bayi lagi, Faiq punya janji temu dengan doktor memang banyak, kadang-kadang dalam sebulan tu sampai lima ke enam kali kena bawa jumpa doktor.

“Tetapi apabila Faiq dah besar sikit, makin kuranglah janji temu itu mungkin dalam tiga atau empat kali seminggu, tidak tentu juga.

“Kos rawatan atau untuk berjumpa dengan doktor ini semua ditanggung oleh kerajaan kerana Faiq berdaftar sebagai anak kurang upaya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jadi legalah sedikit, mungkin cuma perlu berbelanja sedikitlah untuk kos minyak dan tol untuk ulang-alik dari Semenyih ke Hospital Ampang,” kongsi Zetty.

Melihat kepada kesibukan Zetty yang perlu menfokuskan kepada janji temu anaknya yang hampir setiap minggu itu, Zetty sedikit sebanyak berasa bersyukur kerana dia masih fleksibel untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Disebabkan itu saya tidak boleh untuk bekerja dengan orang, kerana saya pasti akan terikat dengan masa tersebut dan sukar untuk menghantar Faiq.

“Oleh itu jugalah, saya buat sahaja apa-apa kerja buat masa ini dan asalkan ia mendatangkan duit dan punca rezeki halal,” kata Zetty.

Zetty pada masa sama akui senang hati melihat perkembangan Faiq yang semakin hari semakin membesar dengan bijak pandai.

“Faiq ini memang sangat-sangat ‘good boy’, saya bangga dengan Faiq ini kerana sangat senang untuk saya menjaga dia.

“Malah, perkembangan Faiq ini pun doktor kata seperti anak-anak normal,” kata Zetty dengan nada yang cukup gembira.

Faiq bukan sahaja pandai melukis dan bermain masak-masak, dia juga rajin menemani ibunya tidak kira di dapur ataupun ketika Zetty sedang solat di dalam bilik.

Makanan kegemaran Faiq adalah hidangan lauk yang berkuah dan masam-masam, dan tidak lain tidak bukan hidangan seperti sup ekor, tomyam, asam pedas ikan dan masak taucu itulah yang akan menjadi pilihan utama Zetty untuk hidangan Faiq.





-------------------------------------------



Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Tue Jun 22 2021

Lockdown #Day21: 'Ingat selepas bergelar ibu tunggal, saya hilang segala-galanya'

Mon Jun 21 2021

“Hari ini Puan Zetty berniaga?" 

“Tidak ... saya cuma duduk rumah, mungkin esok atau lusa saya mula berniaga semula, disebabkan esok ada kenalan ingin sumbangkan mesin pengisar,” jawab Zetty.

Sebelum ini, Zetty mengadu tentang mesin pengisar yang menjadi barang keperluan asas untuk menyediakan masakan, telah rosak.

Namun, dia bersyukur ada hamba Allah yang murah hati untuk memberikan mesin pengisar untuk ibu tunggal itu digunakan.

“Saya ada ramai juga kenalan, kenalan lama ada dan yang baharu pun ada. Kebanyakan kenalan baru itu kami berkenalan di Facebook.

“Mereka ini banyak membantu saya dari segi keperluan seperti makanan, wang dan sejak saya bercerai, ramai yang tampil membantu dan memberikan semangat buat saya.

“Saya ingatkan selepas saya sudah bercerai ini, saya nothing (tiada apa-apa), tetapi semua datang membantu ... Alhamdulillah rezeki saya,” kata Zetty.

Ada juga kenalan-kenalan yang bertanyakan kepada Zetty, ada perasan takut ke?

“Pada awalnya, ada yang bertanyakan kepada saya, tidak takut ke menjadi janda? Tidak kesian ke pada anak-anak? Dan seumpamanya ... 

“Tetapi bagi saya sendiri, saya bersyukur kerana apabila saya berpisah dengan bekas suami saya, hidup saya dan anak-anak menjadi lebih baik dan bahagia,” luah Zetty.

Itulah Zetty, ibu tunggal yang berusia 27 tahun. Dia menganggap segala ujian yang ditimpa itu sebagai satu hikmah.

Sebaik mendengar apa yang diluahkan Zetty itu juga, kita sememangnya dapat melihat bahawa rakyat Malaysia ini sangat prihatin dan sentiasa bersedia untuk meringankan beban sesama kita.




-----------------------------



Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Mon Jun 21 2021

Lockdown #Day20: 'Lepas satu, satu masalah datang ...'

Sun Jun 20 2021

Hari ini, Zetty berhasrat untuk kekal berada di rumah dan berehat hujung minggu.

Ada beberapa perkara yang mengganggu fikiran Zetty selepas ada benda tidak diingini berlaku.

Lewat malam semalam, Zetty pergi ke klinik kerana merasakan dirinya kurang sihat, pinggang sakit.

Dan sebaik tiba di klinik.. doktor memaklumkan dia mungkin dijangkiti penyakit.

“Pinggang saya rasa sakit sebelum ini, doktor kata saya ada kencing kotor, dan doktor itu suspek saya ada penyakit batu karang ataupun penyakit buah pinggang.

“Buat masa ini, doktor hanya bagi bekalan ubat dan dia minta untuk saya buat medical check up pada minggu depan.

“Doktor kata banyak punca yang boleh menyebabkan penyakiti tu, salah satunya mungkin kerana saya kurang minum air.

“Sejujurnya, saya memang tidak banyak minum air sejak kebelakangan ini kerana terlalu sibuk.

“Risaunya hati ini, macam-macam dugaan,” luah Zetty.

Melihat ke hadapan, penulis bertanyakan, tidak berniaga ke hari ini atau ambil apa-apa pesanan daripada peniaga kuih-muih?

Ibu tunggal itu menjawab, dia akan mula berniaga seperti biasa bermula esok (Isnin) dan sudah mengambil pesanan daripada pelanggan.

Namun, apabila dia cuba membelek peralatan memasaknya di dapur, dia dapati ada pula masalah lain yang timbul.

“Mesin pengisar saya rosak pula.. lepas satu, satu dugaan..” jelas Zetty.

Apa-apa pun, semua dugaan yang dihadapi Zetty itu tidak sedikitpun melunturkan semangat dia untuk mencari rezeki halal.

“Tidak mengapalah, mungkin Allah SWT nak berikan sesuatu yang lebih baik buat saya” tambah Zetty.

Buat masa ini, Zetty Cuma mengharapkan semua urusannya mencari rezeki dipermudahkan kerana berhasrat untuk membeli kereta baharu.

“Impian saya sekarang ini nak beli kereta baru, saya ingin beri keselesaan kepada anak-anak kerana kereta sekarang sudah terlalu uzur.

“Bukan sahaja sistem pendingin hawa telah rosak, malah hendak bergerak jauh pun tidak boleh dengan kereta itu.

“Saya terpaksa meminjam kereta kawan sekiranya anak saya Faiq ada temu janji di Ampang, semoga ada rezeki buat saya.

Zetty yang menetap di Semenyih, Selangor mungkin terpaksa meninggalkan seketika urusan perniagaannya sebelum ini yang menyediakan perkhidmatan spa bergerak atau ‘mobile spa’.

Dia mempunyai dua orang cahaya mata termasuk seorang anak Sindrom Down, hidup ketika ini sememangnya tidak indah, namun dia tahu dia perlu lebih cekal dan tabah demi meneruskan hidup. 






------------------------------------------------


Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.



Sun Jun 20 2021

Lockdown #Day19: Anak istimewa peneman setia ibu tunggal

Sat Jun 19 2021

Banyak nikmat yang boleh disyukuri ketika pelaksanaan ‘total lockdown’ ini, antaranya ialah apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Pada hujung minggu, Zetty dapat bangun lewat sedikit berbanding hari-hari minggu kerana perlu menyiapkan hidangan makanan yang dipesan oleh pelanggan dan memantau anaknya Fatin yang mengikuti PdPR.

Bangun pagi tadi, Zetty siapkan sarapan dan anaknya yang mengalami Sindrom Down, Faiq pasti akan menemaninya di dapur.

Biasalah, anak lelaki ini kebiasaannya suka bermanja dan lebih rapat sedikit dengan maknya. Oleh itu, Faiq akan sentiasa berada di dapur jika ibunya sibuk memasak di dapur.

“Saya lihat anak saya Faiq ini lebih meminat kepada memasak, dia suka main masak-masak.

“Tetapi tidak kurang juga dengan kemahiran melukis dan menulis, dia suka main dengan saya sambil belajar jadi saya akan ajar dia macam-macam.

“Anak istimewa ini kita kena ajar dari kecil, jangan abaikan mereka kerana mereka ini lebih pandai dan bijak jika kita didik mereka betul-betul,” jelas Zetty.

Sewaktu tempoh lockdown ini, Faiq tidak dihantar ke taska, jadi apabila di rumah ini, dapatlah Zetty beri tumpuan sepenuhnya.

“Faiq akan dihantar ke sebuah taska yang tidak jauh dari tempat tinggal saya ini di Semenyih, taska itu diibaratkan sekolah buat Faiq,” kata Zetty.

Penulis bertanyakan, Faiq tidak merengek ke kalau dihantar ke taska? Kerana memikirkan betapa akrab hubungan dia dengan ibunya ini.

“Kalau hantar pergi ke sekolah, dia memang sangat seronok dan apabila sudah masuk ke pintu taska, langsung tidak boleh ke belakang untuk melambai ibunya.

“Saya hantar dia ke sekolah pendidikan biasa kerana doktor pesan pada saya kalau boleh biarkan Faiq bergaul dengan anak-anak biasa.

“Selain itu, Faiq setiap pagi kena makan ubat tiroid, dia dikesan ada penyakit tiroid semasa berusia dua minggu dan daripada hari itu tu hinggalah sekarang, dia kena ambil ubat.

“Jadi, setiap pagi saya akan sediakan ubat dia, bagi dia makan ubat lepas satu jam dan kemudian itu baru dia boleh diberikan sarapan,” kongsi Zetty.

Apa yang boleh disimpulkan dengan perkongsian Zetty hari ini, dia sememangnya ibu yang kuat dan penyayang.

Meskipun tiada pendapatan tetap, dia tetap gigih mencari rezeki dan memastikan dua orang anaknya tidak terlepas dalam pelajaran dan diberikan perhatian sepenuhnya.

Jika ada pesanan pada hari tersebut, maka adalah punca pendapatan buat Zetty dan anak-anaknya, dan sekiranya tiada pesanan langsung, mungkin terpaksalah Zetty mencari peniaga-peniaga kuih-muih atau makanan kenalannya untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan.

Bagi anda yang mungkin ingin memberikan sedikit sumbangan kepada ibu tunggal ini, anda bolehlah menderma seikhlas hati buat Zetty.

Sumbangan tunai boleh disalurkan menerusi akaun Maybank (162021505539) atas nama Farrah Izzati Rozainor.





-----------------------


Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Sat Jun 19 2021

Lockdown #Day18: 'Dugaan hantar makanan berbeza hari ini...'

Fri Jun 18 2021

“Mencabar betul ujian saya hari ini,” luah Zetty.

Di sebalik rezeki hari Jumaat yang Allah S.W.T kurniakan kepada ibu tunggal ini, ada satu dugaan yang perlu ditemuhi oleh Zetty.

Kisahnya begini ... 

Pada awal pagi tadi, Zetty terpaksa keluar meninggalkan rumah seawal jam 7 pagi kerana perlu menghantar pesanan nasi lemak yang disediakannya sendiri kepada pegawai di Penjara Kajang, Selangor.

Manakala di sebelah petang pula, Zetty diminta untuk menghantar kuih-muih kepada pelanggan di tiga kawasan berasingan.

“Sebaik tiba di tempat yang terakhir itu, bateri telefon saya habis dan tidak sempat untuk merujuk kepada alamat rumah pelanggan yang terakhir itu.

“Lebih malang saya tidak sempat untuk mengecas telefon kerana seharian sibuk mencari rezeki.

“Nak pakai pengecas dalam kereta pun tidak boleh dipakai.

“Alamat pelanggan itu saya cuma ingat nombor rumah sahaja, jalan dan taman semua tidak ingat.

Selama 30 minit Zetty sesat di sebuah kawasan di bandar Bangi. 

“Saya hampir menangis seorang diri. Saya berasa amat takut dan mulut ini tidak berhenti-henti berzikir dan berselawat.

“Mujur, saya terserempak dengan sepasang suami isteri dan saya meminta untuk meminjam telefon makcik yang berada di situ.

“Kebetulan, kertas pesanan di bungkusan kuih itu ada letak nombor telefon, jadi saya tanyakan alamat rumah pelanggan itu dan pasangan suami isteri itu mengiringi kenderaan saya ke rumah pelanggan itu.

“Syukur, sebaik sampai di rumah pelanggan saya yang ketiga itu, saya cukup berterima kasih kepada pasangan tersebut,” tambahnya. 





---------------------------




Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Fri Jun 18 2021

Lockdown #Day17: "Okaylah, tiadalah banyak mana pesanan hari ini" - Zetty

Thu Jun 17 2021
Lockdown #Day17: Okaylah, tiadalah banyak mana pesanan hari ini - Zetty

Lockdown #Day17: 'Sudah lama anak-anak teringin piza, ada rezeki tadi saya belikan'

Thu Jun 17 2021

Rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha.

Untuk menyara diri dan dua lagi insan tersayang, hari ini Zetty keluar untuk menghantar makanan kepada pelanggan-pelanggan yang tinggal berdekatan.

Seperti biasa, Zetty akan bangun awal pagi dan siapkan 'Nasi Lauk Ayam Sambal Berapi'.

Tepat jam 12 tengah hari, sebaik Fatin anak sulungnya selesai dengan PdPR, Zetty akan keluar untuk membawa anak-anaknya sekali untuk membuat penghantaran.

“Okaylah, tiadalah banyak mana pesanan hari ini,” kongsi Zetty.

Hari ini tidaklah seperti hari-hari biasa yang mana mereka bertiga akan menghantar makanan dan terus pulang ke rumah.

Ini kerana, Fatin anaknya yang baharu menjangkau usia 7 tahun itu sebelum ini pernah mengadu teringin untuk makan piza.

Jadi, Zetty pun berhasrat untuk membeli beberapa keping piza untuk dijadikan hidangan tengah hari mereka.

“Anak dah banyak kali minta piza, jadi saya belikan hari ini selepas dapat rezeki lepas ‘delivery’ tadi.

“Sebenarnya ... dari hari itu lagi saya pun teringin nak makan piza, tetapi saya tahan selera kerana banyak nak pakai duit penting untuk anak-anak.

“Ini sudah kali ketiga anak minta untuk makan piza, jadi saya pun beli la untuk mereka,” luah Zetty.

Sebagai seorang ibu, pastinya sanggup berkorban apa sahaja demi permintaan anak-anakanya. Itulah perkongsian Zetty, yang sentiasa mencari kebahagiaan di dalam keadaan serba serdehana.






-------------------------------------





Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

Lockdown #Day16: Fatin bersama seni anyamannya

Wed Jun 16 2021
Lockdown #Day16: Fatin bersama seni anyamannya

Lockdown #Day16: Anak Zetty menemaninya membuat penghantaran makanan

Wed Jun 16 2021
Lockdown #Day16: Anak Zetty menemaninya membuat penghantaran makanan

Lockdown #Day16: Ibu tunggal berjiwa besar

Wed Jun 16 2021

Semalam, Zetty membawa Fatin dan Faiq untuk menemaninya membuat penghantaran maknanan 'Nasi Ayam Lauk Sambal Berapi' ke rumah pelanggan.

Hari ini, Zetty hanya duduk di rumah.

“Saya tidak membuat penghantaran makanan, saya mengambil pesanan selang setiap hari.

“Saya buat selang sehari kerana tidak cukup tangan, semuanya saya buat seorang,” jelas Zetty yang memilih untuk menumpukan kepada aktiviti bersama anak-anak di rumah.

Seperti biasa, sejak PdPR bermula pada Isnin lalu, Zetty akan sentiasa berada di samping anaknya Fatin yang kini di Darjah 1.

Berkongsikan kesungguhan Fatin sewaktu sesi pembelajaran dalam talian itu, penulis tergerak hati untuk bertanyakan apakah cita-cita Fatin?

“Fatin bercita-cita untuk menjadi doktor, tetapi pada masa sama dia suka membuat latihan-latihan seni seperti melukis, mewarna dan membuat seni anyaman,” jelas Zetty.

Pernah mengharungi tempoh satu bulan dengan ketiadaan internet dan televisyen, Zetty akui waktu itu dia sedaya upaya cuba untuk memikirkan aktiviti yang boleh mengisi kekosongan hari anak-anaknya ketika berada di rumah.

“Selama sebulan, kami tiada akses internet dan televisyen di rumah atas sebab tertentu, cuma yang ada hanyalah telefon pintar milik saya dengan data internet yang tidak seberapa ini sahajalah yang diharapkan.

“Dalam tempoh sebulan itulah, kami hanya duduk di rumah dan Fatin banyak mengisi masa dengan mewarna dan saya ada juga membelikannya buku-buku latihan untuk membuat latih tubi,” tambah Zetty.

Namun, tempoh yang tidak diingini itu berakhir selepas rakan Zetty bermurah hati untuk menderma sebuah televisyen yang tidak dipakai buat Zetty dan kini, dia melanggan internet demi masa depan Fatin yang ingin mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor.






----------------------------




Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.


Lockdown #Day15: Zetty Zainor dan anak-anaknya Putri Nurfatin Zulaikha dan Muhammad Faiq Zafran

Tue Jun 15 2021
Lockdown #Day15: Zetty Zainor dan anak-anaknya Putri Nurfatin Zulaikha dan Muhammad Faiq Zafran

Lockdown #Day15: Anak syurga ini jadi kekuatan Zetty!

Tue Jun 15 2021

'Total lockdown' yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini membuatkan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang cahaya mata termasuk seorang anak Sindrom Down perlu lebih cekal dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup.

Zetty Zainor, 27 tahun, yang menetap di Semenyih, Selangor mungkin terpaksa meninggalkan seketika urusan perniagaannya sebelum ini yang menyediakan perkhidmatan spa bergerak atau ‘mobile spa’.

Namun, itu tidak menjadi penghalang baginya yang terpaksa menghentikan perkhidmatan spa mungkin dalam satu tempoh yang lama kerana ia melibatkan aktiviti bersentuhan.

Zetty mencari alternatif lain iaitu dengan memulakan perniagaan 'Nasi Lauk Ayam Sambal Berapi' secara dalam talian.

Mencipta akaun perniagaan di Instagram pada hujung minggu lalu, kini Zetty mengambil pesanan menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Gara-gara PKP 3.0 yang sedang dilaksana sekarang ini, Zetty mengehadkan tempahan di sekitar tempat tinggalnya sahaja.

Zetty juga mengamalkan penghantaran pesanan secara peribadi.

Alhamdulillah .. kata ibu tunggal muda ini.

Punca pendapatan yang tidak seberapa itu dapat menampung keperluan Zetty sekeluarga selain bergantung kepada bantuan Pusat Zakat Selangor dan beberapa pihak lain yang prihatin.

Disebabkan tiada siapa yang sanggup menjaga anaknya di rumah sewaktu membuat penghantaran, Putri Nurfatin Zulaikha, 7 tahun dan Muhammad Faiq Zafran, 4 tahun sanggup menemankan ibunya ke merata tempat.

Bagi Zetty, perjalanannya sebagai ibu tunggal masih jauh. Selepas berpisah dengan suami pada Mei, 2021, Zetty hanya mampu untuk berserah kepada Allah S.W.T.

Kekuatannya kini tertumpu kepada membesarkan anak-anaknya dan memberikan mereka pendidikan yang sewajarnya.




-----------------------

Ikuti kisah Zetty dalam perkongsian Diari Lockdown mulai hari ini sehingga Jun 28, 2021.

Kompilasi kisah Zetty ini adalah kelolaan wartawan penyiaran dan pembaca berita, Faris Danial Radzi.

#Diari Lockdown#ibu tunggal#Zetty Zainor#PKP 3 0#perintah kawalan pergerakan#Ibu oh Ibu#COVID-19
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.