Enam runtuhan tanah berskala kecil dikesan di Gunung Jerai
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesan enam runtuhan tanah berskala kecil di kawasan lereng Gunung Jerai selepas tujuh hari kejadian fenomena kepala air berlaku di situ.
Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan JMG Dr Ferdaus Ahmad berkata runtuhan itu dikenal pasti berdasarkan kajian lapangan dilakukan pihaknya pagi semalam dengan mendapati saiz lebar runtuhan itu antara tiga hingga empat meter sahaja.
BACA BERITA PENUH DI SINI
KASA cadang bina empangan kecil di kawasan berbukit
Kementerian Alam Sekitar dan Air bercadang mewujudkan empangan kecil di tempat berbukit atau Empangan Sabo bagi mengelakkan insiden kepala air Gunung Jerai berulang.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, konsep sebegitu banyak digunakan di Jepun, malah juga di beberapa negara seperti Thailand dan Indonesia.
BACA BERITA PENUH DI SINI
KASA diarah mulakan projek pemulihan sektor pelancongan desa pada September - Ismail Sabri
Ismail Sabri tinjau kesan banjir kepala air
PM melawat kawasan terjejas di Titi Hayun
Perdana Menteri umum bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan negeri Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa terakhir ditemui
Jasad mangsa terakhir tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai, Ridwan Poniman, 61 tahun, ditemui pasukan mencari dan menyelamat hari ini.
Menurut JBPM Kedah, jasad mangsa ditemui pada jarak kira-kira 400 meter dari Pusat Kawalan Bencana (PKB) di Titi Hayun.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM melawat sekitar Tupah, Merbok
Perdana Menteri tinjau kesan fenomena kepala air
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kedah jam 11 pagi ini bagi meninjau kesan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang menyebabkan banjir di Kuala Muda dan Yan.
Lokasi pertama ialah di Tupah, Merbok di mana beliau meninjau kesan banjir di kawasan itu, antaranya Jambatan Tupah, Taman Lembah Merbok dan Loji Rawatan Air Tupah.
Pasukan SAR tumpu pencarian mangsa di Titi Hayun
Fokus pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir yang masih hilang susulan kejadian kepala air di kawasan kaki Gunung Jerai di sini Rabu lalu, akan bertumpu di kawasan sekitar Titi Hayun.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pasukan SAR akan memberi tumpuan kepada pencarian di bawah timbunan kayu menggunakan jentera berat, bermula Isnin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Mak kata ayah tunggu di sana' - Anak mangsa
"Walaupun sedih, kami reda dan bersyukur mayatnya ditemui," kata Ku Ahmad Husaini Ku Shuib, 59, anak mangsa tragedi kepala air di kaki Gunung Jerai yang mayatnya ditemui dalam keadaan sempurna, hari ini.
Mayat bapanya, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui di bawah timbunan kayu dalam dalam yang baik tanpa luka besar walaupun dihanyutkan arus bersama kayu dan batu dalam kejadian empat hari lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat bekas imam ditemui dalam keadaan baik, hadap kiblat
Mayat Ku Shuib Ku Abdullah, 91, yang juga bekas imam Masjid Yan ditemui di bawah timbunan kayu dengan hanya kesan calar dan tiada luka serius walaupun dihanyutkan arus deras bersama batang pokok serta kayu besar empat hari lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata mayat Allahyarham juga ditemui dalam keadaan menghadap kiblat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa kelima ditemui bawah timbunan kayu
Mayat mangsa kelima yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun di sini, pada jam 3.23 petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tumpuan pencarian
Pencarian dua mangsa yang masih hilang tertumpu di kawasan Titi Hayun dan Batu Hampar - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim
Pekerja binaan, bekas imam masih hilang
Seorang pekerja binaan gazebo masih hilang di Titi Hayun dan seorang lagi bekas imam di Batu Hampar - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim#AWANInews pic.twitter.com/4ka2WP9Wk8
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 22, 2021
NGO diminta lapor kepada PKOB
NGO diminta supaya lapor kepada Pusat Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Yan, Kedah - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim#AWANInews pic.twitter.com/2ZunuN8vH3
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 22, 2021
Lawatan dan sidang media Timbalan Ketua Polis Negara
Lawatan dan Sidang Media, Timbalan Ketua Polis Negara berhubung operasi SAR hari ke-5 dan Ops Bantu PDRM di IPD Yan.
Bencana Gunung Jerai: Sukarelawan diminta daftar dengan PKOB
Sukarelawan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat atau parti politik yang menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas banjir di kaki Gunung Jerai di sini, diminta membuat pendaftaran dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji, berkata ia bagi melancarkan penyelarasan bantuan selain mengelakkan kesesakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bencana Gurung Jerai: Pasukan SAR temui petunjuk baharu dua mangsa masih hilang
Pasukan penguatkuasa dan agensi yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa yang masih hilang susulan kejadian kepala air yang berlaku di Gunung Jerai, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji menyatakan pihaknya turut tidak menolak kemungkinan bahawa kedua-dua mangsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bencana Gunung Jerai ada persamaan tragedi Pos Dipang pada 1996 - JMG
Kejadian bencana geologi di Gunung Jerai pada Rabu mempunyai persamaan dengan tragedi yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada tahun 1996, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 44 mangsa.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman, berkata kejadian itu berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor geologi termasuk tanah runtuh dan aliran puing serta lumpur.
BACA BERITA PENUH DI SINI
4 kesan runtuhan besar dikesan di puncak
Pasukan Task Force Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan sekurang-kurangnya empat kesan runtuhan tanah yang besar atau 'scar' di kawasan puncak Gunung Jerai.
Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan JMG, Ferdaus Abdullah berkata, runtuhan berkenaan dipercayai menjadi antara punca aliran puing dan lumpur di kaki gunung dalam kejadian fenomena kepala air dan banjir kilat di kaki gunung pada 18 Ogos lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sultan Kedah zahir ucapan takziah kepada mangsa di Gunung Jerai
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi aliran air deras ekoran fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai, Yan, Rabu lepas.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Paduka Bakar Din dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Sallehuddin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dan berharap agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Segera perbaiki jalan dan cerun di Gunung Jerai - Pengurus Resort
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mempercepatkan proses pembaikan serta laluan bercerun kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai.
Pengurus Besar Jerai Hill Resort, Mohd Salim Sulaiman menjelaskan, selain itu, masalah elektrik turut menyebabkan menara tekomunikasi di lokasi berkenaan tidak dapat beroperasi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Dua mangsa hilang masih belum ditemui
Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini belum berjaya mengesan dua lagi mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata operasi pada hari ini masih tertumpu di lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang iaitu Titi Hayun dan Batu Hampar, namun pasukan mencari dan menyelamat tidak menemui sebarang petunjuk.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Risiko bencana boleh dikurangkan jika ada kajian terperinci
Fenomena kepala air di kaki Gunung Jerai, Yan, boleh dikurangkan risikonya sekiranya kajian terperinci dan pelan tindakan dibangunkan dengan mengarusperdanakan konsep pengurangan risiko bencana.
Presiden Institut Geologi Malaysia (IGM), Abd Rasid Jaapar berkata, ini selari dengan amalan antarabangsa yang digariskan dalam Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Agong zahir dukacita insiden ragut empat nyawa
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi banjir susulan fenomena kepala air berlaku di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, Kedah, yang meragut empat nyawa setakat ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga empat mangsa terbabit dan berharap seluruh keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.
BERITA PENUH DI SINI.
Hampir RM5 juta peruntukan pulih kerosakan - KASA
Peruntukan sebanyak RM5 juta disalurkan bagi melaksanakan kerja pembaikan kerosakan sistem bekalan air, sistem saliran dan pengairan serta tebatan banjir akibat fenomena hujan lebat dan kepala air yang berlaku di Yan, Kedah.
Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Zaini Ujang berkata, peruntukan ini akan digunakan serta-merta bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dijalankan dengan segera.
BERITA PENUH DI SINI.
Jangan berkumpul di lokasi kejadian kepala air - Polis Yan
Orang ramai dan penduduk sekitar kawasan kaki Gunung Jerai dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti berkumpul beramai-ramai di beberapa kawasan yang dilanda kejadian kepala air, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji menyatakan, pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat ramai penduduk berkumpul di lokasi berkenaan terutama di kawasan peranginan Alang Kenari pada Khamis.
BERITA PENUH DI SINI.
Mangsa bencana kepala air di Yan, Kuala Muda terima bantuan RM500
Kerajaan negeri Kedah menyalurkan bantuan tunai berjumlah RM500 kepada setiap keluarga terkesan dengan banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai, Yan, yang berlaku pada Rabu lepas.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan di laman media sosialnya memaklumkan bantuan itu adalah bagi membantu kerja-kerja penggantian sebahagian peralatan asas rumah dan pembersihan akibat banjir berkenaan.
BERITA LANJUT DI SINI.
Bencana Gunung Jerai: Reaksi Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar
TNB baik pulih kabel elektrik di Sungai Tupah, Gunung Jerai
Bagi mengelakkan kemalangan elektrik pasca banjir serta menjamin keselamatan orang awam, pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terdiri daripada 7 anggota, melakukan kerja-kerja membaik pulih kabel elektrik yang jatuh ditimpa pokok besar dan kayu balak di Sungai Tupah akibat banjir kilat kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai.
BERITA PENUH DI SINI.
Kejadian kepala air disebabkan hujan berintensiti tinggi - MetMalaysia
Fenomena kepala air yang berlaku di daerah Yan, Kedah semalam antaranya disebabkan hujan dengan kadar atau intensiti tinggi di hulu sungai serta kawasan tanah tinggi, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.
Beliau berkata, ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah, yang akhirnya menyebabkan limpahan.
BERITA PENUH DI SINI.
13 kakitangan pusat peranginan di Gunung Jerai berjaya turun
Sebanyak 13 daripada 19 kakitangan The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai yang terkandas selepas laluan ke kaki gunung itu terputus akibat kejadian tanah runtuh petang Rabu, turun dengan selamat dari puncak gunung itu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata mereka turun dengan penyeliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas satu lorong di laluan terputus itu dibuka pada 5 petang semalam.
BERITA PENUH DI SINI.
JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Yan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif COVID-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.
Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata daripada jumlah itu, tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.
BERITA PENUH DI SINI.
Kedah adakan pertemuan dengan KASA, bincang pelan pemulihan pasca bencana
Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada malam Khamis berhubung pelan pemulihan pasca bencana di daerah Yan dan Kuala Muda susulan kejadian kepala air dan tanah runtuh di sekitar kawasan Gunung Jerai.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan perbincangan sama turut akan diadakan dengan beberapa kementerian lain dari semasa ke semasa termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
BERITA PENUH DI SINI.
Bencana | Perkembangan fenomena kepala air di Yan
Bencana Alam | Hujan di Kuala Muda, Yan lebihi purata 70 tahun
Ramalan Cuaca | Perubahan angin monsun barat daya berlanjutan
Bencana Gunung Jerai: Mayat mangsa keempat ditemui di KEDA Sungai Udang
Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, ditemui hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, mengesahkan mayat mangsa ditemui selepas hilang susulan kejadian berkenaan yang berlaku sekitar 4 petang pada Rabu.
BERITA LANJUT DI SINI
Kedah isytihar Yan, Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1
Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1 berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehubungan itu semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tekanan di empangan sementara antara faktor utama - Pakar
Fenomena kepala air yang dikaitkan dengan hujan lebat bukan sesuatu yang asing di Malaysia.
Ia boleh berlaku di kawasan peranginan, kawasan hutan simpan dan kawasan cerun tinggi seperti air terjun dan sebagainya.
Demikian pandangan dikemukakan Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana Universiti Teknologi Maklumat UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak.\
BACA BERITA PENUH DI SINI
Terkini: Empat dikhuatiri hilang
Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian kepala air di Yan petang semalam diteruskan pada jam 8.30 pagi ini.
Tiga mangsa dipercayai hilang di kawasan Titi Hayun manakala seorang lagi mangsa dikhuatiri hilang di Salak Denai, iaitu kawasan sekitar Batu Hampar.
Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
BACA BERITA PENUH DI SINI
14 positif COVID-19 ditempatkan di PPS SK Teroi
Seramai 14 mangsa banjir yang positif COVID-19 ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sek Keb Teroi selepas rumah mereka tidak dapat didiami susulan fenomena kepala air.
Selain itu, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seramai 45 individu yang menjalani kuarantin di rumah turut dipindahkan ke PPS tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ikuti perkembangan operasi menyelamat di Yan
Pastikan bantuan segera diberikan - Muhyiddin
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sedang menguruskan bantuan segera berupa keperluan makanan dan barangan lain kepada penduduk terjejas akibat banjir susulan fenomena kepala air petang semalam.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan dilakukan, penduduk terbabit disaran menghubungi pusat itu di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan kepada mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penduduk ibaratkan banjir seperti tsunami kecil
Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini petang Rabu, umpama 'tsunami' kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya, semasa kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai 'mengganas' sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan - Sanusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan mengatakan banjir melibatkan beberapa kampung dan kawasan perumahan di kawasan kaki Gunung Jerai di Yan dan Kuala Muda pada Rabu adalah disebabkan oleh aktiviti pembalakan.
Beliau berkata kejadian banjir itu sebaliknya berpunca daripada fenomena kepala air dari kawasan puncak Gunung Jerai.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hujan lebat di tiga negeri dijangka hari ini hingga esok - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak hari ini hingga esok.
Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi memaklumkan kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tiga maut, tiga lagi masih hilang di Yan
Tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat operasi pada jam 1 pagi, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi Hayun.
BACA BERITA PENUH DI SINI
19 kakitangan pusat peranginan terkandas di puncak
Seramai 19 kakitangan The Jerai Hill Resort terkandas di puncak Gunung Jerai, selepas laluan turun ke kaki gunung berkenaan terputus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang Rabu.
Kakitangan hotel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisyam, 32, berkata kesemua kakitangan hotel berkenaan tidak dapat pulang ke rumah masing-masing, dan terpaksa bermalam di atas puncak gunung tersebut malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bencana Gunung Jerai: 14 kampung terjejas, lebih 90 penduduk dipindahkan
Sekurang-kurangnya 14 kampung dan kawasan perumahan yang terletak berhampiran sungai di kaki Gunung Jerai terjejas akibat banjir kilat disebabkan hujan lebat dan kepala air pada Rabu.
Jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pula adalah seramai lebih 90 orang, membabitkan kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda.
BERITA PENUH DI SINI
Muhyiddin harap kerajaan Kedah segerakan bantuan kepada penduduk terjejas
Perdana Menteri Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap agar kerajaan negeri Kedah serta agensi berkaitan, dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung yang terjejas fenomena kepala air.
Beliau yang mengikuti rapat bencana berkenaan yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah, berkata, aspek keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.
BERITA PENUH DI SINI
AWANI Ringkas: 20 kakitangan pusat peranginan terkandas di puncak Gunung Jerai
Mayat ditemui di bawah longgokan kayu hanyut, lumpur
Mayat Sharuzi Mohamad, 53, pekerja Jerai Hill Resort yang dilaporkan hilang akibat dihanyutkan air deras dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai ditemui sebentar tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat mangsa ditemui di sebalik timbunan ranting kayu, daun dan lumpur pada jam 10.35 malam berhampiran tangki air di kawasan itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
20 terkandas di puncak Gunung Jerai
Dua disahkan maut, satu masih hilang
Dua disah maut, satu masih hilang - MB
Seorang lelaki berusia 65 tahun menjadi mangsa pertama yang dipercayai lemas susulan kejadian kepala air yang berlaku di Kampung Setoi, di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu.
Seorang lagi lelaki menjadi mangsa kedua, dengan mayatnya ditemui malam ini di atas gunung berkenaan. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang ketika menuruni puncak gunung dengan menaiki motosikal, petang Rabu.
BERITA PENUH DI SINI
TS Muhyiddin Yassin mendoakan pasukan keselamatan dipermudahkan dalam misi SAR
Saya mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi.
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) August 18, 2021
(1/4) pic.twitter.com/bAnnPUgqcO
Floods wreak havoc in several areas in Yan
Several villages and residential areas around Gunung Jerai here were hit by floods believed to have been caused by water surges from the waterfall areas at the foot of the mountain today.
A Kedah Fire and Rescue Department spokesman said the incident that occurred at around 4 pm also caused water to swiftly overflow and inundate residential areas, causing damage to roads and houses.
FULL ARTICLE HERE
Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir
Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai
Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir
Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang Rabu.
Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.
BERITA PENUH DI SINI