UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Belanjawan 2021 - Teguh Kita, Menang Bersama!

Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat; Kelangsungan Perniagaan; Ketahanan Ekonomi.

Astro Awani
Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat; Kelangsungan Perniagaan; Ketahanan Ekonomi. - Gambar Astro AWANI

[INFOGRAFIK]: Peruntukan bendung COVID-19

Fri Nov 20 2020
[INFOGRAFIK]: Peruntukan bendung COVID-19

Pasca pembentangan Belanjawan 2021: Mungkinkah industri pelancongan berkubur? - MATA

Fri Nov 06 2020

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, mendakwa ia berikutan kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor dalam industri pelancongan sahaja.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Dana mampu rapatkan jurang fizikal dan digital Sarawak jika... - Penganalisis

Fri Nov 06 2020

Peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.5 billion kepada Sarawak melalui pembentangan Belanjawan 2021 perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk merapatkan jurang fizikal dan digital di negeri itu.

Menurut Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr Rossazana Ab Rahim, perkara pertama yang harus diberi fokus adalah pembangunan jaringan jalan raya di negeri berkenaan.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

'Bantuan untuk 'Makcik Kiah' sudah tidak ada' - Penganalisis ekonomi

Fri Nov 06 2020

'Makcik Kiah' dilihat sudah tidak mendapat bantuan melalui Belanjawan 2021 yang diumumkan kerajaan.

Penyelidik Kanan, DM Analytica, Zouhair Rosli berkata, Bantuan Khas Prihatin yang diberikan kepada golongan bekerja sendiri seperti 'Makcik Kiah' tidak mencukupi dan mereka tetap perlu dibantu tahun hadapan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Belanjawan 2021 berkonsep Prihatin Rakyat - Perdana Menteri

Fri Nov 06 2020

Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan terjemahan konsep Prihatin Rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan tekad memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan sama sekali selain meneruskan momentum yang dicapai selepas pelaksanaan pakej ransangan sebelum ini.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Belanjawan 2021 tiada lonjakan pulih ekonomi - Anwar Ibrahim

Fri Nov 06 2020

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Ucapan penuh Menteri Kewangan

Fri Nov 06 2020

Berikut adalah ucapan penuh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Ucapan penutup pembentangan oleh Menteri Kewangan

Fri Nov 06 2020

Penjawat awam terima bantuan khas RM600, pesara RM300

Fri Nov 06 2020

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pemuliharaan alam sekitar

Fri Nov 06 2020

Dana pembangunan RM5.1 bilion untuk Sabah, RM4.5 bilion Sarawak

Fri Nov 06 2020

Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima perbelanjaan pembangunan RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion bagi tahun depan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan itu antaranya adalah untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan serta pendidikan.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Keseimbangan pembangunan antara wilayah

Fri Nov 06 2020

Kerajaan akan teruskan Projek High Speed Rail (HSR)

Fri Nov 06 2020

Kerajaan berhasrat meneruskan projek High Speed Rail atau HSR yang ditangguhkan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berikutan projek berkenaan dijangka menjana kesan pengganda positif terhadap ekonomi negara.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan

Fri Nov 06 2020

Bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi wilayah, Menteri Kewangan mengumumkan projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pelan tersebut adalah di bawah Strategi 2: Agenda Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang terkandung dalam Belanjawan 2021.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pembiayaan kredit mikro

Fri Nov 06 2020

500,000 kanak-kanak dapat manfaat program imunisasi pneumokokal

Fri Nov 06 2020

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM90 juta bagi program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata program itu dijangka memanfaatkan seramai 500,000 kanak-kanak.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Peruntukan RM1 bilion untuk Skim Transformasi Pendigitalan Industri

Fri Nov 06 2020

Kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) akan melaksanakan Skim Transformasi Pendigitalan Industri bernilai RM1 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu bertujuan merancakkan aktiviti pendigitalan dengan ketersediaan dana sehingga 31 Disember 2023.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kelangsungan industri pelancongan

Fri Nov 06 2020

Program Kebun Komuniti kepada penduduk separa bandar

Fri Nov 06 2020

Kerajaan mengumumkan Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar dan luar bandar dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program itu menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 untuk setiap individu atau RM50,000 bagi setiap komuniti yang bakal memanfaatkan 60,000 peserta.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

RM500 juta untuk pelaksanaan JENDELA

Fri Nov 06 2020

Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat

Fri Nov 06 2020

Kerajaan akan meneruskan bantuan tunai secara bersasar menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sebuah inisiatif yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 fasa kedua yang berjumlah RM2.2 bilion bakal disalurkan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Pertahanan negara dan ketenteraman awam

Fri Nov 06 2020

Bidang TVET terus diperkasa

Fri Nov 06 2020

Kerajaan terus memperkasa bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sebanyak RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Kemudahan pengangkutan

Fri Nov 06 2020

Peluasan perkhidmatan jalur lebar

Fri Nov 06 2020

Pembangunan belia dan sukan

Fri Nov 06 2020

RM3.7 bilion bagi sediakan 500,000 peluang pekerjaan

Fri Nov 06 2020

Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang dijangka menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu selain pelbagai program peningkatan kemahiran dengan perbelanjaan sebanyak RM3.7 bilion.

Ia termasuk peruntukan RM2 bilion kepada program pengambilan pekerja PERKESO yang kini dikenali sebagai Penjana Kerjaya yang akan ditambah baik dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

150,000 murid terima komputer riba sumbangan GLC, GLIC

Fri Nov 06 2020

Seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis akan menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Bagi merealisasikan bantuan berkenaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta yang akan disalurkan ke Tabung Cerdik.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

RM24 juta untuk tangani masalah kesihatan mental

Fri Nov 06 2020

Sebanyak RM24 juta diperuntukkan bagi menangani isu masalah mental yang dihadapi masyarakat ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia melibatkan pengukuhan Program Kesihatan Mental.

"Dalam tempoh pandemik ini juga, kerajaan menerima maklum balas bahawa masalah mental antara isu serius yang dihadapi masyarakat," ujarnya.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

RM3 bilion untuk vaksin COVID-19 diperuntukkan

Fri Nov 06 2020

Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19 melalui penyertaan dalam program COVID-19 Vaccine Global Access atau COVAX.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, komitmen itu akan melibatkan kos melebihi RM 3 bilion bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Untukl berita penuh, BACA DI SINI.

RM50 dikredit ke akaun e-wallet belia 18 hingga 20 tahun

Fri Nov 06 2020

Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara sekali beri ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Memperkasa golongan wanita

Fri Nov 06 2020

Memartabatkan Syiar Islam

Fri Nov 06 2020

Penambahbaikan infrastruktur luar bandar

Fri Nov 06 2020

Kerajaan benarkan keluar simpanan Akaun 1 KWSP secara bersasar

Fri Nov 06 2020

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Petugas barisan hadapan KKM terima RM500 secara one-off

Fri Nov 06 2020

Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima pemberian tambahan secara one-off sebanyak RM500.

Pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa anggota petugas barisan hadapan KKM.

Pemberian itu dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Guru takmir, KAFA, imam antara bakal terima bayaran khas RM500

Fri Nov 06 2020

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa pembangunan Islam akan terus diperkukuh.

Justeru itu, menerusi pembentangan Belanjawan 2021, beliau mengumumkan RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, bagi menghargai jasa 4,000 guru takmir sebagai antara penggerak komuniti di peringkat kariah, Tengku Zafrul mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun guru takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Penghapusan faedah hutang peneroka FELDA

Fri Nov 06 2020

Program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula

Fri Nov 06 2020

RM1 bilion diperuntukkan bagi Perkhidmatan Kesihatan Awam berkaitan COVID-19

Fri Nov 06 2020

Sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi Perkhidmatan Kesihatan Awam berkaitan COVID-19 bagi tahun 2021.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, peruntukan itu meliputi pembelian bekalan Reagen, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan perolehan peralatan serta bekalan peralatan dan ubat-ubatan di hospital.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Subsidi bantuan insentif petani dan nelayan

Fri Nov 06 2020

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

Fri Nov 06 2020

Akses kepada pendidikan berkualiti

Fri Nov 06 2020

Subsidi upah dilanjutkan tiga bulan lagi, lebih bersasar

Fri Nov 06 2020

Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah secara bersasar dengan bayaran RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 ke bawah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, program berkenaan akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

“Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar, khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

40,000 'delivery riders' bakal dilindungi PERKESO

Fri Nov 06 2020

Sejumlah 40,000 pekerja penghantaran (delivery riders) bakal dilindungi di bawah skim jaringan keselamatan sosial, Skim Bencana Pekerjaan PERKESO.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata mereka antara kumpulan 100,000 pekerja yang layak menerima manfaat daripada peruntukan berjumlah RM24 juta.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Subsidi bantuan insentif khusus Sabah dan Sarawak

Fri Nov 06 2020

Strategi pemulihan ekonomi kerajaan berjaya - Tengku Zafrul

Fri Nov 06 2020

Strategi pemulihan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan nyata membuahkan hasil apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, daripada negatif 28.6 peratus direkodkan pada April 2020 ia pulih kepada negatif 3.2 peratus pada Jun 2020.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Twitter Astro AWANI untuk rujukan

Fri Nov 06 2020

[BEBENANG] Ikuti intipati #Belanjawan2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan @tzafrul_aziz

Ikut rapat bebenang ini untuk setiap perkembangan #Belanjawan2021#MalaysiaBangkit #HapusCOVID19 pic.twitter.com/4u4VuUaaJ7

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 6, 2020

Lanjutan tempoh elaun mencari kerja selama 3 bulan

Fri Nov 06 2020

Elaun Sara Hidup Nelayan dinaik kepada RM300 sebulan

Fri Nov 06 2020

Elaun Sara Hidup Nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Lebih 40,000 nelayan akan menikmati bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM151 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, tumpuan turut diberi kepada peneroka FELDA.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Caruman KWSP dikurangkan, tingkat pendapatan boleh guna

Fri Nov 06 2020

Kerajaan memutuskan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diturunkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna ahli KWSP.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Bayaran one-off barisan hadapan

Fri Nov 06 2020

Dua pilihan moratorium bermula Disember 2020

Fri Nov 06 2020

Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata selain BSH dan BPR, peminjam dari kalangan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000 turut layak menerima manfaat daripada dua pilihan yang akan diberi.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Peruntukan barisan hadapan

Fri Nov 06 2020

Menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan

Fri Nov 06 2020

Kadar bantuan golongan rentan, OKU dinaikkan

Fri Nov 06 2020

Kerajaan akan menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan dalam memelihara kebajikan golongan rentan atau kumpulan yang mudah dihinggapi penyakit.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu turut melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Siling peruntukan RM45 bilion

Fri Nov 06 2020

Dua akta penting tangani COVID-19 diluluskan

Fri Nov 06 2020

Dua akta penting bagi menangani COVID-19 dalam Belanjawan 2021 telah diluluskan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kedua-dua akta tersebut ialah Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019).

Kedua-dua akta berkenaan jelas beliau, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos lalu.

Untuk brita penuh, BACA DI SINI.

Tahun yang mencabar...

Fri Nov 06 2020
Tahun yang mencabar...

Pembentangan Belanjawan 2021 dimulakan

Fri Nov 06 2020

"Dengan rendah dirinya, saya mengajak rakan-rakan Yang Berhormat untuk menghayati dan menilai pembentangan Belanjawan ini dengan semangat perpaduan, hati terbuka dan berjiwa besar."

Untuk mengikuti ucapan langsung Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sekarang ini, boleh juga ditonton di saluran 501 Awani, Live TV Awani, atau di Facebook Awani.

Speaker benarkan semua Ahli Parlimen masuk dengar Belanjawan 2021

Fri Nov 06 2020

Pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terhenti selama 15 minit apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bangkit memohon agar dibenarkan kesemua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Keputusan tinjauan media sosial Astro AWANI

Fri Nov 06 2020

INFOGRAFIK: Belanjawan 2021: Harapan parti politik

Fri Nov 06 2020

Berdoa sebelum ke Parlimen

Fri Nov 06 2020
Berdoa sebelum ke Parlimen

Bilangan MP dalam dewan dihadkan

Fri Nov 06 2020

Oleh kerana bilangan MP dalam dewan dihadkan mengikut SOP baharu, sebahagian besar MP akan mengikuti pembentangan #Belanjawan2021 di pejabat masing2 di Parlimen. pic.twitter.com/u3pTAvOIjR

— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) November 6, 2020

INFOGRAFIK: Harapan rakyat

Fri Nov 06 2020

Bersedia...

Fri Nov 06 2020
Bersedia...

Belanjawan 2021 dijangka peruntukkan RM330 bilion - PwC

Fri Nov 06 2020

Peruntukan untuk Belanjawan 2021 diunjurkan berjumlah RM330 bilion, 10 peratus lebih tinggi berbanding RM297 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.

Rakan niaga, ekonomi dan dasar PwC Malaysia Patrick Tay percaya Belanjawan 2021 dirangka bagi mengekalkan rangsangan fiskal untuk membantu Malaysia kembali kepada zon pertumbuhan positif.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

10 Cadangan MUDA untuk Belanjawan 2021 #Belanjawan2021

Fri Nov 06 2020

10 Cadangan MUDA untuk Belanjawan 2021 #Belanjawan2021 pic.twitter.com/rbjyo353Xa

— Syed Saddiq ??? (@SyedSaddiq) November 5, 2020

Nantikan siaran langsung jam 3 petang ini pembentangan Belanjawan 2021 di Astro AWANI

Fri Nov 06 2020

Tune in to our extensive coverage on Budget 2021 tomorrow at 3 PM on @501Awani!

What do you want to see in this budget? #Belanjawan2021 pic.twitter.com/Q0dGBs6gKM

— Nailah Huda (@nylahuda) November 5, 2020

Harapan besar terhadap Belanjawan 2021

Fri Nov 06 2020

Seluruh warga Malaysia sudah pasti tertunggu-tunggu pembentangan Belanjawan 2021 hari ini yang menjadi belanjawan sulung oleh kerajaan Perikatan Nasional, dan mungkin yang paling penting dalam sejarah negara.

Ini kerana negara sedang mengharungi krisis kesihatan yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini, sehingga menimbulkan gangguan besar dalam kehidupan dan mata pencarian segenap rakyat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Usaha mewujudkan pekerjaan dan melindungi petugas barisan hadapan dijangka menjadi tumpuan utama dalam belanjawan kali ini.

Wujud harapan yang besar terhadap langkah-langkah komprehensif dalam belanjawan itu yang dijadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan ahli perbankan bagi memastikan ekonomi negara kekal di landasan menuju pemulihan daripada pandemik itu dan merekodkan pertumbuhan kukuh.

Budget 2021: Sabah SME urges govt to extend moratorium, wage subsidy

Fri Nov 06 2020

The Small and Medium Enterprise (SME) Association of Sabah hopes the government can extend the wage subsidy programme and loan moratorium in Budget 2021, to be tabled todday, to help ensure their business continuity during this challenging time.

Its president, Foo Ngee Kee, said the programme is crucial for the SME players in the state who are badly hit following the COVID-19 pandemic, to enable them to remain resilient and help their businesses from deteriorating further.

The implementation of the programmes had provided a respite for the SMEs and their extension was important particularly so as Sabah is one of the states most severely affected by the pandemic, he said.

AWANI Pagi: Belanjawan 2021: Cabaran PKS & peluang pekerjaan era pandemik

Fri Nov 06 2020

MyCreative seeks funds in Budget 2021 for creative industry

Fri Nov 06 2020

MyCreative Ventures Sdn Bhd is seeking funds in the upcoming Budget 2021 for the upskilling, training, upgrading as well as expansion of competencies and skill sets for creative industry practitioners who are adversely affected by the COVID-19 pandemic.

Chairman Mohd Naguib Razak said the agency hopes to give allowances to industry players who are participating in the upskilling programmes, especially given the severity of the COVID-19 disruptions... READ MORE

Govt urged to pay more attention to plight of hawkers, traders

Fri Nov 06 2020

The Johor Bahru Malay Hawkers, Traders and Small Business Entrepreneurs Association has asked the government to pay more attention to the plight of hawkers and small traders in the Budget 2021 presentation today.

Its secretary, Mohammad Salezan Mohd Salleh said the call was made after considering that the majority of new and small traders were those who had lost their jobs as a result of the COVID-19 pandemic. ... READ MORE.

Ensure job sustainability, says MPRC

Fri Nov 06 2020

Budget 2021 should ensure job sustainability amid a weaker economic environment due to the COVID-19 pandemic.

Malaysia Petroleum Resources Corp (MPRC) deputy chief executive officer Mohd Yazid Ja'afar said the focus of the budget would be very much directed towards the wellbeing of the rakyat.

READ MORE

Belanjawan 2021: Pejuang bantah keputusan had 80 ahli Parlimen di Dewan Rakyat

Thu Nov 05 2020

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membantah keputusan mengehadkan 80 ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Bantahan itu dibuat ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI

Tunggu keputusan gembira - Tok Pa

Thu Nov 05 2020

Fokus utama Belanjawan 2021

Thu Nov 05 2020

Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada Jumaat, 6 November 2020.

Ini merupakan pembentangan belanjawan pertama bagi Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Antara tumpuan yang akan diberikan dalam pembentangan tersebut adalah agenda kelestarian yang kini menjadi lebih mencabar dalam tempoh pandemik. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada 5 November berkata, pandemik koronavirus (COVID-19) hadir sebagai suatu kesedaran kepada dunia,  dan Malaysia perlu memikirkan kembali agenda pembangunannya terutama mengenai kelestarian dan teknologi hijau yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi.

Astro AWANI menyediakan laman khas untuk anda mengikuti perkembangan dan pengisian Belanjawan 2021 dari pelbagai sudut pandang dan sektor yang berkaitan.

Untuk mengikuti intipati tersebut, BACA DI SINI.

Belanjawan 2021 diharap bantu pulih pelancongan negara - Nancy

Wed Nov 04 2020

Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini diharap dapat membantu memulihkan sektor pelancongan, seni dan budaya, selain memberi suntikan kepada perancangan pembangunan ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata belanjawan itu juga diharapkan dapat memberi peluang kepada kementerian membantu penggiat industri di bawahnya agar terus kukuh, sekali gus menyokong pemulihan ekonomi negara pada masa akan datang.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Harapan rakyat menjelang Belanjawan 2021

Wed Nov 04 2020

Peniaga berharap Belanjawan 2021 menyebelahi mereka

Wed Nov 04 2020

Kerajaan komited tambah baik kehidupan pemain ekonomi gig

Wed Nov 04 2020

Kerajaan komited untuk menambah baik jaringan keselamatan sosial melibatkan pekerja dalam sektor informal atau ekonomi gig.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi Belanjawan 2021, kerajaan akan bekerjasama dengan majikan dan sektor swasta ke arah mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif kepada para pekerja bidang itu.

"Ini adalah satu sub-sektor kegiatan ekonomi yang telah dapat membantu banyak kumpulan pendapatan dan pekerjaan," ujar beliau.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Agong berkenan terima menghadap Menteri Kewangan

Wed Nov 04 2020

Yang di-Pertuan, Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan penyediaan Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat ringkas mengenai kedudukan ekonomi dan fiskal negara dan majlis menghadap itu berlangsung selama 70 minit di Istana Negara pada Rabu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021

Wed Nov 04 2020

Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu telah dibincangkan beliau bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tegasnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Muhyiddin akui perlu diimbangi keperluan jangka pendek individu yang terjejas dengan masa hadapan jangka panjang dan keperluan simpanan persaraan.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Belanjawan paling mencabar - Menteri Kewangan

Wed Nov 04 2020

Adakah tempoh moratorium dilanjutkan?

Tue Nov 03 2020

Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar balik pinjaman mereka.

Pensyarah Kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata bank-bank di negara ini, terutamanya bank-bank di bawah kerajaan seperti Agro Bank, masih berupaya memberikan moratorium itu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

#Belanjawan 2021#Bajet 2021#kewangan#rakyat
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.