Keadaan banjir di Johor semakin pulih
Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang ini berbanding 309 orang, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah dengan Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 161 orang, diikuti Muar (98) dan Tangkak (12).
BACA BERITA PENUH DI SINI
5,000 penduduk bergadai nyawa guna rakit buluh
Penduduk Kampung Paya Garuk rayu dipindah segera
Kira-kira 100 keluarga di Kampung Paya Garuk di sini terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat rumah dan barangan mereka yang ditenggelami bah sepanjang musim tengkujuh.
Meskipun sudah menerima geran bagi penempatan baharu sejak 14 tahun yang lalu, namun mereka masih tidak boleh membina rumah baharu gara-gara laluan ke lokasi itu belum siap.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak bermula hari ini sehingga Sabtu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pakej bantuan banjir RM1.4 bilion tidak mencukupi sokong isi rumah terjejas - MQ Research
Macquarie Equities Research (MQ Research) berpendapat bahawa pakej bantuan banjir bernilai RM1.4 bilion yang diumumkan kerajaan baru-baru ini mungkin tidak mencukupi untuk menyokong isi rumah yang terjejas.
Firma penganalisis itu turut menjangkakan perbelanjaan fiskal tambahan akan diperlukan untuk bantuan bencana dan membina semula infrastruktur yang rosak.
BACA BERITA PENUH DI SINI
CSR Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Laporan cuaca hari ini
Penternak ayam rugi puluhan ribu akibat banjir
Seorang penternak ayam kampung mengalami kerugian kira-kira RM17,000 akibat banjir besar yang melanda di Bentong baru-baru ini.
Muhammad Amirul Farie Azman, 36, dari Kampung Baru Bentong di sini kehilangan 300 ekor ayam yang dihanyutkan akibat banjir pada 18 Disember lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ramalan cuaca hari ini
Ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 14 Januari 2022 – 16 Januari 2022
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 14, 2022
Sumber: @metmalaysia
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu #PekaAmaranBencana pic.twitter.com/qvEgDt3Je3
Situasi banjir di Lundu
Keadaan banjir di Lundu
Penternak akuakultur kerugian RM28 juta akibat banjir - DOF
Penternak akuakultur di negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan Nelayan Darat dianggarkan RM800,000, menurut laporan awal Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai jumlah bantuan yang diperlukan melalui Program Permulaan Semula Agromakanan (tabung bencana) dan ia akan dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya selepas semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak awal bulan lalu ditutup.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, ia selepas PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat menamatkan operasinya, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir: Hampir 100 peratus ketua isi rumah terima BWI - NADMA
Hampir 100 peratus ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir gelombang pertama menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi kejadian banjir melibatkan gelombang kedua pula, bayaran BWI telah diagihkan kepada 1,120 (19.3 peratus) KIR yang berpindah ke PPS.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa kebakaran, banjir wajar terima bantuan sama - Siti Zailah
Mangsa kebakaran rumah dilihat wajar menerima bantuan sama seperti mangsa bencana banjir yang diumumkan kerajaan kerana mereka juga kehilangan rumah dan harta benda sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihaknya akan membawa cadangan untuk memberikan bantuan yang sama rata untuk mangsa banjir dan kebakaran ke pihak atasan untuk dipertimbangkan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Situasi banjir semakin pulih, mangsa di Johor dan Melaka menurun
Bilangan mangsa banjir yang masih berlindung di PPS di Johor dan Melaka pada petang ini menurun kepada 649 orang berbanding 720 orang pagi tadi.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir semakin berkurang kepada 636 orang setakat 4 petang ini berbanding 705 individu pagi tadi.
1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail
Sejumlah 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun
Jumlah mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini semakin berkurangan kepada 705 orang daripada 206 keluarga berbanding 1,044 orang petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata tiga daerah masih terjejas banjir melibatkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 367 orang, diikuti Segamat (326) dan Tangkak (12).
BERITA PENUH DI SINI
COVID-19: 15 kematian baharu - Sibu dilanda banjir
Pemantauan di daerah Simunjan
Pemantauan di kawasan berisiko banjir
Laporan bencana babitkan jalan, cerun dan jambatan
LAPORAN BENCANA PADA 13/01/2022 @10:00 AM
— Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) (@CSFJ_JKR) January 13, 2022
Jumlah Bil Bencana= 51 lokasi
1. CERUN RUNTUH= 38 lokasi
2. JALAN RUNTUH= 10 lokasi
3. JALAN MENDAP= 1 lokasi
4. JAMBATAN ROSAK/RUNTUH= 2 lokasi pic.twitter.com/N0rOOKjU0b
Laporan cuaca hari ini
Status aras air di 3 negeri
TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 13, 2022
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR & SARAWAK
13 JANUARI 2022 | 9.00 PAGI
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0s783Y pic.twitter.com/8szEOOK25N
Laporan terkini bencana
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 13, 2022
(Pada Jam 4.00 am, 13 Januari 2021) pic.twitter.com/DA6HVBQdpM
Kerja pembersihan di Bukit Kepong
Misi bantuan di daerah Muar
Amaran hujan berterusan buruk di Sarawak
Amaran Hujan Berterusan Buruk
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
Kemaskini 3.50 am, 13 Januari 2022 oleh @metmalaysia pic.twitter.com/L3J9O4kdyd
Banjir di Sarawak, 46 penduduk Sibu dipindahkan
Daerah Sibu menjadi kawasan pertama di Sarawak yang terjejas akibat perubahan monsun di negeri itu apabila 46 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata PPS itu mula dibuka pada 3.14 petang melalui arahan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng.
BERITA PENUH DI SINI
Situasi banjir di Johor dan Melaka bertambah baik
Situasi banjir di Johor dan Melaka semakin baik apabila hanya 1,059 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,044 orang setakat 4 petang berbanding 1,227 orang pada sebelah pagi dengan 23 PPS masih beroperasi.
BERITA PENUH DI SINI
Tanaman padi bukit musnah di depan mata
Penduduk belum sedia pulang, masih trauma bah besar
Penduduk Kampung Baru Sungai Perdak di sini, masih belum bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing meskipun sebahagian besar puing kayu yang membadai kampung itu dalam kejadian banjir Disember lalu telah dialihkan.
BERITA PENUH DI SINI
TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mencari penyelesaian tetap terhadap masalah banjir yang sering melanda negeri ini.
Baginda bertitah antara perkara penting perlu diambil perhatian adalah sistem saliran dan perparitan yang mampu menampung kapasiti air hujan yang tinggi, pengurusan sungai efektif serta kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana.
RHB sumbang RM1 juta bantu mangsa bencana
RHB Banking Group komited menyumbangkan RM1 juta untuk membantu keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini dan ia juga sebagai sebahagian daripada Program 'RHB Touch Hearts' yang sedang dilaksanakan.
BERITA PENUH DI SINI
Beringat hari ini demi keselesaan hari tua
Baru-baru ini, bencana banjir yang melanda negara telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian, susulan kerosakan pelbagai harta benda.
Kesukaran yang dialami juga memaksa segelintir mereka menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran KWSP yang dilihat mampu meringankan beban mereka pada tempoh sukar ini.
BERITA PENUH DI SINI
Mekanisme bantuan banjir monsun timur laut (4)
MEKANISME BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA MONSUN TIMUR LAUT 2021/2022 pic.twitter.com/c1h0fHfM2R
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
Mekanisme bantuan banjir monsun timur laut (5)
MEKANISME BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA MONSUN TIMUR LAUT 2021/2022 pic.twitter.com/4S8i0QFTRG
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
Mekanisme bantuan banjir monsun timur laut (3)
MEKANISME BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA MONSUN TIMUR LAUT 2021/2022 pic.twitter.com/7ITeAF6fFT
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
Mekanisme bantuan banjir monsun timur laut (2)
MEKANISME BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA MONSUN TIMUR LAUT 2021/2022 pic.twitter.com/uuGsCBS8xw
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
Mekanisme bantuan banjir monsun timur laut (1)
MEKANISME BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA MONSUN TIMUR LAUT 2021/2022 pic.twitter.com/kMuVok1cNo
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
Status aras air di 3 negeri
TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 12, 2022
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR & SARAWAK
12 JANUARI 2022 | 8.30 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0s783Y pic.twitter.com/PYqJbQ5wvI
Laporan cuaca untuk hari ini
Melaka peruntuk RM900,000 laksana projek atasi banjir
Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM900,000 bagi melaksanakan projek pembinaan ban di Teluk Berembang Lubok China, di Alor Gajah dan Kampung Lanchang serta Parit Penghulu di Jasin bagi mengatasi masalah banjir.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Abd Hakim Hamzah berkata kesemua projek itu akan dilaksanakan secepat mungkin berikutan terkesan dengan gelombang pertama dan kedua banjir baru-baru ini.
BERITA LANJUT DI SINI
Laporan kejadian bencana setakat jam 8 pagi
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 12, 2022
(Pada Jam 8.00 am, 12 Januari 2021) pic.twitter.com/YtzFcJqNpq
Ramalan cuaca seluruh negara hingga 14 Jan
Ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 12 Januari 2022 – 14 Januari 2022 oleh @metmalaysia
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 11, 2022
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu #PekaAmaranBencana pic.twitter.com/Y29whzZ0hi
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan yang menempatkan 61 orang daripada 12 keluarga menamatkan operasi pada 10 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan gelombang pertama banjir di Pahang, yang bermula 17 Dis lepas, menyaksikan 67,333 orang daripada 18,243 keluarga ditempatkan di 432 PPS di sembilan daerah.
BERITA LANJUT DI SINI
JPBN Sarawak susun atur langkah hadapi banjir
Baraj dan amaran awal sistem telematri kurangkan impak banjir di Kuching
Setiap 15 minit, sistem telemetri amaran awal banjir sungai Sarawak akan memgemaskini paras air secara automatik kepada bilik operasi Baraj Kuching bagi memastikan proses siap siaga dapat digerakkan secepat mungkin jika bencana banjir berlaku.
Dikawal selia oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), sistem kawalan pintu air itu akan diaktifkan apabila data taburan air hujan dan paras air sungai melebihi had amaran diteruma daripada mana-mana sistem telemetri yang dipasang di beberapa kawasan berisiko banjir.
BERITA LANJUT DI SINI
Pahang cadang pindah sekolah terjejas banjir ke lokasi baharu - Exco
Bagi perancangan jangka panjang, kerajaan negeri Pahang bersedia memberikan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan bagi memindahkan sekolah-sekolah yang kerap dilanda banjir ke lokasi baharu.
Pengerusi Jawankuasa Hal Ehwal Agama, Pelajaran dan Kesihatan Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, usaha ini sebagai langkah bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang yang telah mengakibatkan kerosakan dan kerugian yang besar akibat banjir.
BERITA LANJUT DI SINI
987 lokasi terjejas dibaik pulih babitkan kos RM1.4 bilion - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM1.4 bilion bagi kerja membaik pulih infrastruktur kritikal membabitkan 987 lokasi jalan rosak, jambatan runtuh dan runtuhan cerun yang terjejas susulan bencana banjir di seluruh negara setakat ini.
Lokasi berkenaan membabitkan cerun runtuh 449 lokasi, banjir (443), banjir kilat (62), jalan runtuh (23), jalan mendap dan jambatan rosak atau runtuh masing-masing dengan lima lokasi.
BERITA LANJUT DI SINI.
Pahang cadang pindah sekolah terjejas banjir ke lokasi baharu - Exco
Bagi perancangan jangka panjang, kerajaan negeri Pahang bersedia memberikan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan bagi memindahkan sekolah-sekolah yang kerap dilanda banjir ke lokasi baharu.
Pengerusi Jawankuasa Hal Ehwal Agama, Pelajaran dan Kesihatan Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, usaha ini sebagai langkah bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang yang telah mengakibatkan kerosakan dan kerugian yang besar akibat banjir.
BERITA LANJUT DI SINI.
Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa
angsa banjir di Taman Sri Muda di sini menyifatkan proses permohonan dan pengagihan bantuan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebagai mudah dan lancar.
Pang Lu Tan, 72, berkata dia hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan beberapa keping gambar kejadian banjir sebagai bukti, semasa mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah Klang dua minggu lepas, sebelum menerima mesej bagi menerima bantuan hari ini.
BERITA LANJUT DI SINI.
JPBN Sarawak persiap anggota, jentera dan strategi hadapi kemungkinan banjir
Seramai 6,705 petugas di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak disediakan bagi menghadapi kemungkinan banjir di seluruh negeri Sarawak.
Menurut Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia melibatkan lapan jabatan serta agensi kerajaan. Selain itu, aset-aset logistik serta pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah dikenal pasti.
BERITA LANJUT DI SINI
Banjir: Jumlah mangsa di PPS terus menurun
Situasi banjir di seluruh negara setakat pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin menurun di tiga negeri yang masih terjejas iaitu Johor, Melaka dan Pahang.
BERITA LANJUT DI SINI.
Banjir: KeTSA arah JPSM kenal pasti kawasan 'hotspot'
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengarahkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bekerjasama dengan semua pengarah perhutanan negeri supaya segera mengenalpasti kawasan berisiko tinggi (hotspot) di seluruh semenanjung Malaysia.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ia sebagai tindak serta merta pihaknya terhadap laporan insiden berlakunya lambakan kayu hanyut, puing, gelinciran tanah dan kejadian kepala air di beberapa buah negeri ekoran berlakunya hujan lebat dan banjir besar.
BERITA LANJUT DI SINI.
Banjir: 2,483 mangsa masih ditempatkan di 39 PPS
Seramai 2,483 mangsa banjir dari tiga negeri masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat jam 9 pagi tadi 39 PPS melibatkan Johor, Melaka dan Pahang masih aktif.
BERITA LANJUT DI SINI.
Limbang dilanda banjir kilat awal pagi
Hujan lebat yang turun awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Limbang mengalami banjir kilat.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, air yang naik pada awal pagi tadi menenggelamkan beberapa kawasan di bandar Limbang.
BERITA LANJUT DI SINI.
Kelewatan bantuan adalah isu terpencil: MB Johor
329 ketua isi rumah terima bantuan RM2,500 setakat hari ini - PM
Sebanyak 329 ketua isi rumah (KIR) khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini telah menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak RM2,500 hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri dalam ciapan di Twitter memaklumkan bantuan itu dikreditkan terus ke akaun penerima melalui pindahan dana elektronik (EFT) dan proses penyaluran bantuan itu dilaksanakan sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pejabat-pejabat pembangunan negeri.
BERITA LANJUT DI SINI
Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM106 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri, untuk agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa-mangsa banjir, setakat hari ini.
Nadma dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
BERITA LANJUT DI SINI
Mangsa banjir di Johor, Melaka, Pahang terus menurun
Situasi banjir di tiga negeri yang terjejas iaitu Johor, Melaka dan Pahang bertambah baik sekali gus merekodkan penurunan jumlah mangsa setakat petang ini.
Di JOHOR, keadaan banjir semakin surut dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 2,935 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,161 orang, pagi tadi.
BERITA LANJUT DI SINI
Pulau Santap di Janda Baik ditutup sepenuhnya bagi aktiviti pelancongan - Exco
Kawasan pelancongan di Pulau Santap, Janda Baik, di sini, ditutup sepenuhnya buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti pelancongan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, penutupan itu berikutan kemusnahan banyak fasiliti pelancongan akibat banjir dan kepala air pada 18 Disember lalu.
BERITA LANJUT DI SINI.
Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati bilik darjah tingkat bawah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Muda dan SK Taman Sri Muda II kosong sepenuhnya tanpa perabot, kerusi dan meja yang terpaksa dibuang akibat rosak ditenggalami air.
BERITA LANJUT DI SINI.
Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia bantu selenggara rumah terkesan banjir
Bilangan mangsa di Johor, Melaka berkurangan
Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi
Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
BERITA LANJUT DI SINI.
Banjir: Mangsa di Johor, Melaka semakin berkurangan, Pahang kekal
Keadaan banjir di Melaka dan Johor semakin pulih apabila mangsa banjir di dua negeri berkenaan menurun pagi ini manakala Pahang tidak berubah.
Jabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca di tiga daerah terlibat tidak hujan sepanjang hari.
BERITA LANJUT DI SINI.
Banjir: 1,500 pokok pisang yang baru berbuah ditenggelami air
Hasrat seorang pemuda untuk menikmati hasil pertama 1,500 batang pokok pisang tanduk tidak tercapai apabila kesemua pokok pisang yang ditanam di kebun Kampung Kurnia Sakti, Bukit Gambir, di sini ditenggelami air, Isnin lepas.
Mohd Shahril Heri, 22, berkata kebun seluas 0.809 hektar yang diusahakan sejak awal tahun lepas itu, dinaiki air sehingga paras lebih 2.5 meter (m) susulan limpahan air Sungai Muar sejak Isnin lepas.
BERITA LANJUT DI SINI.
Banjir: Syed Saddiq perlu tahu prosedur saringan COVID-19 di Johor - Bastien
Semua pihak perlu menghormati prosedur yang dikeluarkan pihak berkuasa dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Segamat, Bastien Onn mengulas mengenai enam sukarelawan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang disiasat polis kerana tidak mengikut prosedur ditetapkan.
BERITA LANJUT DI SINI.
Jumlah mangsa banjir di Melaka, Pahang, Johor semakin berkurang
Situasi banjir semakin bertambah baik di Melaka, Pahang dan Johor apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan petang ini.
Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata jumlah mangsa turun kepada 315 orang daripada 85 keluarga petang ini berbanding 341 mangsa daripada 91 keluarga pagi tadi, dengan semuanya masih ditempatkan di tiga PPS di Jasin.
BERITA PENUH DI SINI
Lebih 300 sekolah seluruh negara terjejas akibat banjir
Lebih 300 sekolah di seluruh negara dikenal pasti terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A.
Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, sekolah yang masih belum dibuka itu disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) atau masih dalam proses pembersihan.
BERITA PENUH DI SINI
Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia
Baiki motosikal mangsa banjir secara percuma
Mangsa banjir di Johor berkurangan, Pahang dan Melaka kekal
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor menurun sedikit pagi ini manakala Pahang dan Melaka merekodkan jumlah sama.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,714 orang berbanding 3,770 individu petang semalam.
BERITA PENUH DI SINI
Situasi banjir di Muar
Pemantauan di kawasan berisiko banjir
Ramalan cuaca seluruh negara pada 9-11 Jan
Ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 9 Januari 2022 – 11 Januari 2022
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 9, 2022
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu #PekaAmaranBencana pic.twitter.com/PUyJ4iBXvw
Laporan bencana setakat 8 pagi ini
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 9, 2022
(Pada Jam 8.00 am, 9 Januari 2021)
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/MiU6ti8i8u
Laporan cuaca 9 Januari 2022 (pagi)
NADMA minta JPBN dan JPBD di Sarawak diaktif serta-merta
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JBPN/Daerah (JBPD) di Sarawak diaktifkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tengah hari Sabtu.
NADMA dalam kenyataan hari ini meminta agar JPBN dan JPBD meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.
BERITA PENUH DI SINI
Banjir di Muar bukan sebab hujan lebat, tetapi paras air sungai meningkat
Paras air Sungai Muar terus meningkat dipercayai berpunca daripada limpahan air banjir daripada Pahang dan Segamat, Johor yang berlaku baru-baru ini, menurut satu laporan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muar, Mejar (PA) Ahmad Aliuddin Mohd Amin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia membantu penduduk kampung yang terjejas akibat bencana banjir.
BERITA PENUH DI SINI
Pascabanjir: Terpaksa 'lupa' sekolah selepas kelengkapan hanyut
Pascabanjir: 31 sekolah di Johor belum dapat dibuka
Kerajaan Johor rangka pelan pengurusan banjir
MUAR: Kerajaan Johor sedang merangka pelan jangka panjang pengurusan banjir di negeri itu bagi mengurangkan risiko banjir teruk, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berkata beberapa kawasan berisiko kejadian banjir telah dikenal pasti antaranya di Pagoh, Sungai Panchor, Kampung Jawa dan Lenga, di sini.
BERITA PENUH DI SINI
135 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir
Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan dua jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 102 kes sementara 28 kes pula melibatkan penyakit kulit.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk Muar lega air mula surut selepas empat hari terputus hubungan
MUAR: Penduduk lima kampung di sini menarik nafas lega apabila laluan utama untuk ke bandar Muar sudah boleh dilalui kenderaan berat dan lori selepas empat hari 'terkepung' dengan limpahan air sungai.
Kampung terbabit iaitu Kampung Tulang Gajah, Kampung Gombang, Kampung Lenga, Kampung Batu 29 Lenga dan Kampung Jawa, yang menempatkan ratusan keluarga, dilanda banjir sejak Rabu lepas.
BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: laporan cuaca 8 Januari 2022 (Petang)
Tidak seperti sesetengah negeri, Sabah berjaya urus banjir - PM
KOTA MARUDU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memuji usaha dan kemampuan kerajaan Sabah dalam menangani bencana banjir dan pasca banjir.
Perdana Menteri berkata, tiada sebarang isu timbul seperti yang berlaku di satu atau dua negeri akibat daripada kelemahan di peringkat pengurusan bencana.
BERITA PENUH DI SINI
Sultan Ibrahim lawat mangsa banjir, berkenan kurnia sumbangan
BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya rakyat yang diuji dengan banjir agar terus bersabar.
Titah nasihat baginda itu sekali gus menaikkan semangat mangsa banjir yang ditemui baginda di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng di sini.
BERITA PENUH DI SINI
Hujan berterusan tahap waspada di 10 kawasan di Sarawak mulai Selasa
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Jan (Selasa) hingga 13 Jan ini.
SEMAK KAWASAN TERLIBAT DI SINI
PM umum bantuan banjir RM108.51 juta kepada Sabah
Semak harga dulu sebelum setuju baiki kereta terjejas banjir di bengkel
Semua mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan diminta terlebih dahulu memeriksa invois harga ditetapkan bengkel kenderaan sebelum bersetuju mendapatkan perkhidmatan di pusat servis tersebut.
Menurut pengasas bersama bengkel kenderaan, Scrut Auto, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel, mereka perlu menghubungi bengkel-bengkel yang mereka kenali sebelum mendapatkan slot pemeriksaan bagi mengelak ditipu oleh pihak bengkel yang tidak bertanggungjawab.
BERITA PENUH DI SINI
i-Hydro: Pantau paras sungai secara langsung
Bimbang akan keselamatan, lapan keluarga berpindah
Proses pemulihan Kampung Spang Loi
Misi pascabanjir di Batu 14 Hulu Langat
KPKT peruntuk RM50 juta kepada 51 PBT terlibat banjir seluruh negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan awal RM50 juta kepada 51 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan terjejas banjir di seluruh negara bagi kerja pembaikan kemudahan awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata peruntukan itu akan meningkat memandangkan masih ada negeri yang banjir belum pulih sepenuhnya.
BERITA LANJUT DI SINI
Lawatan Sultan Johor ke 2 PPS
Status aras air di 6 negeri
TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 8, 2022
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR, MELAKA, SARAWAK, SABAH & SELANGOR
8 JANUARI 2022 | 11.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/yucjEXfZ7F
Negeri Sembilan pulih sepenuhnya, dua negeri catat penurunan mangsa
Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup semalam manakala jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang menurun sementara Melaka tidak berubah.
Berdasarkan laporan aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di NEGERI SEMBILAN pulih sepenuhnya apabila PPS Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu ditutup semalam.
BERITA LANJUT DI SINI
Amaran hujan berterusan di Sarawak
#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/GphkOLCcmV
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 8, 2022
Program mega pembersihan Taman Sri Muda
Baucer Diskaun Automotif boleh didapati di 1,800 pusat servis, bengkel
Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir akan menikmati kadar potongan sekurang-kurangnya 25 peratus bagi pembelian alat ganti dari 20 syarikat pengeluar kenderaan.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia juga meliputi kos tunda secara percuma serta baucar diskaun sehingga RM1,000.
BERITA LANJUT DI SINI
Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutup
Misi bantuan pasca banjir MITI
Banjir di Johor semakin pulih, 3,872 mangsa di 56 PPS
Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 3,872 orang pada jam 8 pagi berbanding 3,854 orang pada jam 4 pagi Sabtu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan 1,090 keluarga yang ditempatkan di 56 pusat pemindahan sementara (PPS).
BERITA LANJUT DI SINI
Lawatan ke kawasan banjir di Telupid
Laporan cuaca hari ini
Baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia
Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 8, 2022
Sumber: @MOFmalaysia
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu #PekaAmaranBencana pic.twitter.com/UjvltsDRsm
Laporan bencana setakat 8 pagi
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 8, 2022
(Pada Jam 8.00 am, 8 Januari 2021)
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/TQCJENaMxn
Finalis Hero Remaja 2021 turun padang santuni mangsa banjir
Tidak hanya beraksi di depan kaca televisyen, empat selebriti Hero Remaja 2021 mengambil langkah proaktif menyantuni mangsa banjir yang terkesan akibat bencana alam itu di Pahang.
Menerusi Skuad Hero Muda Prihatin ‘Misi Khas Bantuan Banjir Pahang’ yang dianjurkan pada 5 dan 6 Januari lalu, empat peserta program realiti itu iaitu Farhan Nordin, Alif Haiqal, Syazani Zainal serta Aryan Naim bersama lebih 30 sukarelawan turun padang membantu meringankan beban mangsa banjir.
BERITA LANJUT DI SINI
Banjir di Batu Pahat
Tanaman kacang panjang, petola musnah akibat banjir
Banjir besar yang melanda pada 18 Disember lalu menyebabkan sepasang suami isteri kehilangan punca pendapatan selepas tanaman kacang panjang dan petola yang diusahakan musnah dalam bencana tersebut.
Nazaton Saharuddin, 53, dari Kampung Batu Kapor Bawah dekat Mentakab, di sini mendakwa mereka mengalami kerugian kira-kira RM10,000 akibat kejadian tersebut.
BERITA LANJUT DI SINI
820 tan sampah berjaya dikutip dalam tempoh sembilan hari
Operasi pembersihan pascabanjir di tiga lokasi sekitar Klang telah mencapai 100 peratus dengan lebih 820 tan sisa banjir telah berjaya dikutip dalam tempoh sembilan hari.
Ketua Operasi Pasca Banjir SWCorp Selangor, Hazahar Hashim berkata, tiga lokasi yang terlibat adalah di Meru, Jalan Kebun dan Klang Utama dengan melibatkan penggunaan 42 buah 'Roll-On Off' (Roro) bersaiz 10 tan dan 15 jengkaut.
BERITA LANJUT DI SINI
PIAM sediakan dana RM2.43 juta bantu pemilik kenderaan terjejas banjir
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menubuhkan dana dengan sumbangan RM2.43 juta bagi meringankan beban yang dihadapi pemilik kenderaan yang ditenggelami banjir di seluruh negara baru-baru ini.
Dalam kenyataannya pada Jumaat, PIAM berkata, Dana Bantuan Banjir CSR berkenaan adalah dalam bentuk subsidi untuk kos pembersihan mekanikal (tidak termasuk pembaikan) di mana-mana bengkel cekap yang disediakan oleh industri insurans am, melebihi komitmen sedia ada oleh penanggung insurans.
BERITA LANJUT DI SINI
Penduduk kampung gesa kerajaan naik taraf kemudahan asas
Penduduk Kampung Kuala Kemaman, Terengganu merayu agar kemudahan asas di kawasan kediaman mereka dinaik taraf manakala pembinaan penempatan baharu disegerakan.
Menurut penduduk, mereka tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan situasi sama yang berlarutan sejak 50 tahun lalu.
BERITA LANJUT DI SINI
Amaran ribut petir di Johor, Sarawak
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/KGZyT76rNW
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 7, 2022
Penduduk gesa Sungai Langat terus diselenggara
Penduduk di Kampung Sungai Sop, Batu 14, di sini menggesa projek mendalam dan melebar Sungai Langat diteruskan untuk mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut.
Salah seorang penduduk di sini, Shaharuddin Ibrahim, 62, berkata, pihaknya pernah bertanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Langat, Edry Faizal Eddy Yusof berkenaan perancangan jangka panjang mengatasi isu banjir yang sering melanda Hulu Langat setiap tahun.
BERITA LANJUT DI SINI
Warga emas korban pertama banjir di Johor
Seorang warga emas menjadi korban pertama bencana banjir di negeri ini selepas ditemui lemas dalam satu kejadian di Kampung Serakek di sini, pada Jumaat.
Mangsa, Gan Ai Boon, 63, ditemui kira-kira jam 5.40 petang selepas dilaporkan keluar dari rumah untuk ke kebun miliknya pada jam 3 petang pada Khamis.
BERITA LANJUT DI SINI
Abang Viva kini sukarelawan APM
Pemuda dikenali sebagai 'Abang Viva,' Azwan Omar, 30, dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, pihaknya akan membantu Azwan menjalani latihan penyelamatan yang lebih tersusun dan sistematik agar beliau lebih bersedia serta berkeyakinan dalam menjalankan tugas sukarelawan kepada masyarakat nanti.
BERITA LANJUT DI SINI
Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutup
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di Daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya pada 6.20 petang hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua 55 orang mangsa daripada 15 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas berada di tiga PPS itu sejak seminggu lepas.
BERITA LANJUT DI SINI
Jepun ingin kongsi pengalaman, kepakaran urus risiko bencana dengan Malaysia
Kerajaan Jepun menyatakan hasrat untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran di bidang pengurusan risiko bencana dengan Malaysia dalam usaha mengurangkan kesan bencana ke atas manusia di peringkat global.
Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko berkata Negara Matahari Terbit itu berharap untuk membangunkan kerjasama selanjutnya dengan Malaysia dalam bidang pengurusan risiko bencana yang akan menjadi tonggak penting kerjasama antara kedua-dua negara.
BERITA PENUH DI SINI
Jangan biasakan diri jadi mangsa
Jumlah mangsa gelombang kedua menurun di Pahang
Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di negeri Pahang terus mencatatkan penurunan.
Menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, seramai 424 mangsa dicatatkan di tiga daerah yang terjejas setakat jam 8.00 malam Jumaat.
BERITA LANJUT DI SINI
Keadaan sekitar Muzium Bukit Kepong, bersebelahan sebelah Sungai Muar
Macam ni lah keadaan dkt Muzium Bukit Kepong, betul-betul sebelah Sungai Muar. Lambat lagi lah gini nak surut. #BanjirJohor pic.twitter.com/9BNNveeaAp
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 7, 2022
Sepasang suami isteri gigih bawa barang keperluan kepada mangsa banjir
Sewaktu di Bukit Kepong, terjumpa sepasang suami isteri yang sedang gigih membawa barang keperluan kepada mangsa banjir di Kampung Sg Meda.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 7, 2022
Terima kasih Ketua Biro CRSM MCA, Tai Chee How dan isteri Chan San San bawa Awani ke dalam. #BanjirJohor @501Awani pic.twitter.com/SGep5uSeOO
Usianya baru 37 tahun, tapi pengurusan agihan bantuan mangsa 'tip top'
Usianya baru 37, tapi pengurusan agihan bantuan mangsa bencana banjir di kampung-kampung sekitar Bukit Kepong dia buat tip top.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 7, 2022
Ini Penghulu Mukim Bukit Kepong, Lenga, Norhisham Mohmad. Tak banyak karenah, siapa ada problem roger saja dia. #BanjirJohor pic.twitter.com/kMq56ezr42
Fasa pertama pembersihan di Selangor selesai 14 Januari
Kerajaan negeri Selangor kini bersedia untuk fasa kedua proses pembersihan pascabanjir, selepas fasa pertama dijangka selesai 14 Januari ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fasa kedua itu akan turut membabitkan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur pascabanjir.
BERITA PENUH DI SINI
Sidang media khas pascabanjir Selangor
Perkembangan banjir di Bukit Kepong
Banjir: Kandang kambing bagai 'zoo terapung' di Kampung Tekam
Bagaikan 'zoo terapung' apabila kandang kambing milik Abdul Razif Abdul Rahman di Kampung Tekam, dekat sini, di kelilingi air akibat limpahan Sungai Chodan sedalam 0.6 meter, menyebabkan 80 ekor haiwan ternakannya 'terkandas' dalam satu kandang.
Penternak berusia 43 itu berkata kebiasaannya kambing tersebut akan dilepaskan ke kawasan rumput berhampiran, tetapi disebabkan banjir terpaksa dikurung dalam kandang sahaja.
BERITA PENUH DI SINI
Alat bantuan pernafasan rosak akibat banjir
Banjir sebabkan mangsa terputus hubungan
E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
Bermula hari ini, mereka yang terkesan akibat bencana banjir ini boleh mendapatkan peralatan elektrik baharu menggunakan e-rebat bernilai RM500.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik domestik dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang ditenggelami banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana.
BERITA LANJUT DI SINI
Pemasangan tambahan jambatan Bailey di Kampung Lechar
Atur gerak pindah peralatan Masjid Kundang Ulu
Bantuan bekalan makanan ke Perkampungan Orang Asli
Jangan risau, tidak perlu ganti buku teks rosak akibat banjir - Radzi
Pelajar yang mengalami kerosakan buku teks akibat banjir tidak perlu membayar ganti rugi atau menggantikannya dengan buku teks baharu bagi menjalani sesi persekolahan bermula minggu depan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya (KPM) akan menggantikan buku teks yang rosak bagi membolehkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan teratur dan lancar.
BERITA PENUH DI SINI
Situasi di tiga negeri bertambah baik, mangsa di Segamat meningkat
Keadaan banjir di Sabah, Pahang dan Melaka bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan pagi ini, daerah Segamat di Johor mencatatkan peningkatan mangsa manakala Negeri Sembilan tidak berubah.
Di SABAH, 55 orang daripada 15 keluarga masih berada di tiga PPS di Telupid dan Paitan pagi ini berbanding 202 orang daripada 50 keluarga malam tadi.
BERITA PENUH DI SINI
ATM komited, siap siaga bantu mangsa banjir
Rebat RM500 alat elektrik mulai hari ini
Sibuk dengan GV bukan penghalang Aweera sertai misi bantuan banjir
WALAUPUN sibuk dengan program realiti Gegarvaganza, itu bukan penghalang buat penyanyi Aweera untuk turun menjayakan misi bantuan banjir.
“Alhamdulillah, walaupun saya agak sibuk dengan Gegar Vaganza itu bukan penghalang untuk saya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat kita yang terkesan.
BERITA PENUH DI SINI
Amaran ribut petir
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/R0RfbqjjzR
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 7, 2022
Laporan cuaca hari ini
Laporan terkini bencana
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 7, 2022
(Pada Jam 8.00 am, 7 Januari 2021) pic.twitter.com/Uy0uBSmZsg
Ramalan cuaca seluruh negara hari ini
Ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 7 Januari 2022 – 9 Januari 2022
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 6, 2022
Sumber:@metmalaysia
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu #PekaAmaranBencana pic.twitter.com/GZ2fKYvp3u
Larangan masuk ke Ujana Bentong
Laporan banjir daerah Pekan
Bantuan kepada rakyat terjejas
Mengharungi laluan dinaiki air di Kampung Awat
Penjelasan menteri isu buku teks rosak akibat banjir
Program pascabanjir Gemas
Misi bantuan banjir Pantai Timur
Hishammuddin lawat kawasan banjir di Terengganu
Petronas sumbang peralatan pembersihan RM1.1 juta kepada Kerajaan Selangor
Petronas menyerahkan sebanyak 1,000 unit silinder gas memasak dan peralatan pembersihan bernilai RM1.1 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu mangsa banjir yang banyak kehilangan tempat tinggal.
BERITA PENUH DI SINI
Tiga masjid warisan terjejas banjir akan dibaik pulih segera - Perzim
Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan segera melakukan kerja baik pulih ke atas tiga masjid bersejarah yang rosak akibat banjir gelombang kedua baru-baru ini.
Pengurus Besar Perzim Mohd Nasruddin Rahman berkata ketiga-tiga masjid tersebut iaitu Masjid Lubok China, Masjid Brisu dan Masjid Datuk Machap di Alor Gajah, yang merupakan merupakan antara 56 masjid yang diwartakan sebagai masjid warisan di negeri itu, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
BERITA PENUH DI SINI
CES 2022: Syarikat teknologi fokus kelestarian alam sekitar, tangani perubahan iklim
Syarikat teknologi ternama dunia memilih untuk menyatakan kepentingan teknologi hijau terhadap masa depan dalam pameran elektronik tahunan terbesar di dunia, Consumer Electronics Show (CES) 2022.
Samsung Electronics mendedahkan visi baharu mereka 'Bersama Untuk Hari Esok' dengan visi merealisasikan masa depan yang lebih mampan.
Pascabanjir | Alat bantuan pernafasan rosak akibat banjir
AWANI Ringkas: Parlimen: Mesyuarat khas banjir pada 20 Jan
Ajaran Sesat | Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam
Terdapat pertambahan 12 kejadian tanah runtuh - Nadma
Jabatan Mineral dan Geosains melaporkan pertambahan 12 kejadian tanah runtuh melibatkan 10 di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kumulatif kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak 262 di seluruh negara.
BERITA PENUH DI SINI
Lebih 17,000 haiwan ternakan, peliharaan di Pahang mati akibat banjir
Sebanyak 17,403 haiwan ternakan dan peliharaan dilaporkan mati akibat banjir di Pahang dengan jumlah kerugian dianggar melebihi RM1.4 juta setakat semalam, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Dr Kamaliah Ghazali.
Beliau berkata kerugian berkenaan melibatkan 100 pemilik dan penternak yang kebanyakan berada di daerah Kuantan, Bentong dan Pekan.
BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir di 5 negeri terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri iaitu Sabah, Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan terus mencatat pengurangan petang ini.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan ketara kepada 281 orang daripada 62 keluarga petang ini berbanding 3,417 orang daripada 1,224 keluarga tengah hari tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan meneliti tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Raja Bomoh dan seorang wanita yang melakukan ritual menolak musibah banjir dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan, baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI
Tidak perlu sidang khas Parlimen – Mohd Amar
Perkembangan banjir di Pahang
Pascabanjir: Sukarelawan skuad AADK diperluas ke seluruh negara, bantu mangsa banjir
Agensi Antidadah Kebangsaan menerusi sukarelawan Skuad Antidadah AADK memperluaskan misi bantuan pascabanjir ke seluruh negara, khususnya negeri-negeri yang terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.
Agensi tersebut berkata inisiatif itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha membantu dan meringankan beban dihadapi mangsa banjir.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penduduk rayu bantuan angkut sampah
Sidang Khas Parlimen bincang isu banjir 20 Jan - PM
Satu sidang Khas Parlimen bagi membahaskan isu banjir akan berlangsung bagi pada 20 Januari depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi satu kenyataan, Ismail Sabri memaklumkan Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa terjejas banjir di Sabah kekal lebih 3,000 orang
Jumlah mangsa terkesan banjir di Sabah kekal di atas paras 3,000 mangsa setakat tengah hari ini.
Menurut laporan kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah mangsa terjejas banjir adalah 3,747 orang membabitkan 1,353 ketua isi rumah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Misi bantuan banjir
Kali ni tugasan kami lebih dipermudahkan. Alhamdulillah dapat mengikuti misi bantuan banjir yang disertai Penghulu Mukim Pogoh sendiri, En Hamzah Abu Bakar, serta agensi seperti Unit Tindakhas, PDRM, Bomba, dan Smart. @501Awani #BanjirJohor pic.twitter.com/RAWPGzRULm
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 6, 2022
Tok Penghulu sertai misi bantuan mangsa banjir
Steady Tok Penghulu! “Waktu siang macam ni saya akan sentiasa turun ke kampung-kampung di Mukim ini, sampai malam. Dah pukul 2, 3 pagi baru saya akan lihat semula semua laporan berkaitan,” katanya. @501Awani pic.twitter.com/rskf004Ac4
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 6, 2022
Mangsa terjejas banjir di Sabah kekal lebih 3,000 orang
Jumlah mangsa terkesan banjir di Sabah kekal di atas paras 3,000 mangsa setakat tengah hari ini.
Menurut laporan kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa terjejas banjir adalah 3,747 orang membabitkan 1,353 ketua isi rumah (KIR).
BERITA LANJUT DI SINI.
120 ekor lembu hilang, jadi 'mangsa korban' banjir di Segamat
Tiada kata yang mampu diungkap, hanya air mata menjadi saksi kehibaan Tey Teng Swee apabila kandang lembu yang diusahakannya sejak lima tahun lepas hilang sekelip mata 'ditelan' dalam kejadian banjir di Batu 7 Jalan Muar, dekat sini, sejak Ahad lepas.
Wajah penternak berusia 60 tahun itu juga kelihatan sugul memikirkan nasib 120 ekor lembu pedaging dari baka Charolais, Bali, Belgian Blue dan Brahman yang masih hilang dalam kejadian banjir yang melanda daerah itu.
BERITA LANJUT DI SINI.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun pagi ini
Keadaan banjir di tiga negeri semakin baik pagi ini apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara menunjukkan pengurangan.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini berbanding malam tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Pascabanjir: Penduduk perlukan bantuan lupuskan sampah
Penduduk Kampung Segaliud, Sandakan memerlukan bantuan mengangkut sampah sarap kesan bencana banjir baru-baru ini.
Seorang penduduk berkata, pelbagai peralatan dan barangan mereka rosak akibat banjir.
BERITA LANJUT DI SINI.
Sudah lali, penduduk kampung beli bot hadapi banjir
Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa itu menjadi pegangan hampir rata-rata penduduk Kampung Batu Badak, di sini yang menyediakan bot fiber di kediaman masing-masing bagi menghadapi kejadian banjir yang berlaku saban tahun.
Ternyata pelaburan penduduk kampung yang menempatkan lebih 30 keluarga itu tidak sia-sia, bahkan mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa keluarga tersayang.
BERITA LANJUT DI SINI.
Mangsa banjir 'termenung' berdepan bau busuk
Air banjir yang bertakung sejak hampir sebulan di beberapa kampung di Rantau Panjang mengundang masalah baharu buat penduduk.
Air bertakung atau banjir 'termenung' itu bertukar warna, berbau kurang enak dan menyebabkan kegatalan apabila terkena kulit.
BERITA LANJUT DI SINI.
Polis siasat kehilangan pendawaian sistem amaran banjir di Gemas
Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas, dekat sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya segera ke lokasi berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang kakitangan JPS pada 1.44 tengah hari.
BERITA LANJUT DI SINI.
Air pasang besar: 15 lokasi di Dungun, Kemaman dilanda banjir kilat
Sebanyak 15 lokasi penempatan pesisir pantai dan sungai di sekitar Dungun dan Kemaman terjejas akibat dilanda banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar yang bermula sejak Ahad lalu.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, fenomena air pasang besar setinggi 3.3 meter hingga 3.7 meter dijangka berlaku sehingga Sabtu depan.
BERITA LANJUT DI SINI.
Cerucuk lembaran keluli digunakan dalam kerja pembaikan ban pecah di Bukit Changgang
Kerja pembaikan ban pecah di Sungai Langat di kawasan Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang, Kuala Langat melibatkan penggunaan cerucuk lembaran keluli serta tanah bagi mengukuh dan menstabilkan ban sedia ada.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan selain itu batang kelapa sawit juga digunakan dalam pembaikan ban pecah bertujuan untuk mengukuhkan laluan jentera berat di kawasan pembinaan terbabit.
BERITA LANJUT DI SINI.
MBSA sasar semua sampah sisa banjir dikeluarkan Ahad ini
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyasarkan keseluruhan sampah sisa banjir di 21 lokaliti termasuk Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terkesan banjir, dapat dikeluarkan sehingga Ahad ini.
Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata proses pembersihan 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran MBSA, sudah mencapai 80 peratus setakat ini.
BERITA LANJUT DI SINI.
Keadaan banjir di 5 negeri bertambah baik, 10,000 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di lima negeri menunjukkan perkembangan lebih baik malam ini, apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 10,065 orang berbanding seramai 11,469 orang petang tadi.
Sementara jumlah mangsa banjir di Selangor pula dilaporkan masih sama.
BERITA PENUH DI SINI
Bot bawa bantuan terbalik di Sungai Tembeling, 3 anggota APM selamat
Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan banjir terbalik dan karam di Sungai Tembeling, di Jerantut, pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 11.00 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Aur untuk menghantar bakul makanan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk sekitar Sungai Muar diminta bersiap sedia - Bomba
Penduduk di sekitar Sungai Muar di daerah ini, diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan susulan paras air sungai berkenaan kini berada pada tahap bahaya.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata walaupun cuaca di daerah itu dilaporkan cerah, penduduk tetap perlu berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku limpahan air Sungai Muar luar jangka.
BERITA PENUH DI SINI
Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.
BERITA PENUH DI SINI
54 korban banjir, dua lagi masih hilang - Bukit Aman
Sejumlah 54 kematian akibat banjir direkodkan di seluruh negara dan dua lagi masih hilang setakat hari ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata negeri yang mencatatkan kematian tertinggi dalam bencana banjir adalah Selangor iaitu 25 orang, diikuti Pahang (21), Kelantan (empat), Sabah (tiga) dan seorang di Negeri Sembilan.
BERITA PENUH DI SINI
Pascabanjir: PM beri peringatan kepada anggota Kabinet
Banjir surut, tinggalkan kesan buruk kepada mangsa
Nadma arah PKOB Sabah, Sarawak bersedia hadapi banjir
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri dan daerah di Sarawak dan Sabah diarahkan bersiap siaga termasuk mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan arahan itu berikutan ramalan luruan monsun dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana itu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata UMNO berdukacita kerana koordinasi agensi-agensi berkaitan yang sepatutnya aktif digerakkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) seolah-olah tidak bermaya dan lemah dalam menghadapi musibah banjir kali ini.
BERITA PENUH DI SINI
'Penat dan letih, banjir pertama tak habis kemas dah kena gelombang kedua'
Gelombang kedua banjir yang melanda daerah Raub, Pahang sejak awal Januari lalu telah surut sepenuhnya semalam.
Namun kesan yang ditinggalkan, perit untuk ditelan oleh setiap mangsa.
Selepas ke Kampung Ajai di Ulu Dong, krew Astro AWANI ke Kampung Peruas, antara kawasan yang agak teruk terjejas selepas dibadai dua episod banjir.
BERITA PENUH DI SINI
Terjejas banjir, penduduk rayu penyelesaian
'Ini saja saya ada...'
Pemandangan di kawasan itu yang dahulunya cantik, kini bertukar wajah. Selain ditemui jambatan yang roboh, begitu juga dengan keadaan jalan raya penghubung - kebanyakannya kekal berlopak, berlumpur dan ada sebahagiannya runtuh akibat mendapan tanah serta hentaman bah.
Bagi Mohamad Fadzil Mohamed Jamion, 45, penduduk di Kampung Ajai, rumahnya pernah musnah dihanyutkan banjir pada Januari tahun lalu.
Genap setahun kejadian itu, ketika dia baru sahaja siap membina rumah baharu, dua lagi episod banjir membadai.
BERITA PENUH DI SINI
Air mula surut, sedia fenomena air pasang
Pembersihan sampah dijangka selesai Sabtu
Cerita Sebalik Berita: Perkembangan terkini dari Segamat
Cerita Sebalik Berita: Paras air sungai di lima negeri bahaya - JPS
PM ingatkan semua anggota Kabinet punyai peranan masing-masing
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet bahawa masing-masing mempunyai peranan dalam menghadapi krisis yang melanda negara ketika ini.
Perdana Menteri dalam kemas kini di laman Facebook berkata, beliau akan memastikan semua pihak memikul tanggungjawab sebaik-baiknya bagi memastikan urusan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara berjalan lancar.
BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di 4 negeri menurun, Terengganu pulih sepenuhnya
Jumlah mangsa banjir di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun setakat tengah hari ini berbanding pagi tadi, manakala di Terengganu banjir pulih sepenuhnya dengan penutupan kesemua PPS di negeri itu.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit manakala di Selangor jumlahnya masih kekal seperti pagi tadi.
BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: Amaran ribut petir dan hujan lebat
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/rRly0O4Clz
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 5, 2022
Cabaran membawa bantuan kepada penduduk terjejas
Cabaran. Bot Abg Isa ni kerap digunakan untuk membawa penduduk kampung, serta bantuan barangan dari NGO. Terhenti sekejap kerana terlampau panas. pic.twitter.com/VwlEh07P1N
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 5, 2022
Wartawan AWANI meninjau situasi di Kg. Ajai, Raub
[BANJIR] Ini pula di Kg Ajai, Raub.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) January 5, 2022
Rumah abg ni dh hancur Jan 2021 akibat arus Sg Dong.
Rumah baru dh siap, tapi dinaiki air separuh rumah 18 Dis. Dia buntu, nak pindah atau tak. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/G9KjzSJJ8b
Kisah sedih pemilik rumah di Kg Peruas, Raub
[BANJIR] Kesan selepas air surut lebih mendalam buat mangsa.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) January 5, 2022
Air bah dtg membadai, bila surut bawa 1001 masalah.
Kisah pakcik ni lebih sedih, menghidap prostat, dinding rumahnya di Kg Peruas, Raub menyembah bumi. Kini tumpang rumah saudaranya. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/q01bhXyC2D
Enggan susahkan keluarga, pasangan warga emas pilih berteduh di tempat letak kereta
SEGAMAT: Enggan menyusahkan ahli keluarga terdekat, sepasang suami isteri warga emas memilih untuk tinggal di bawah bumbung tempat letak kereta, di sebelah rumah mereka yang dinaiki air.
Minah Mohamed,59, berkata, walaupun adiknya menawarkan kepada mereka untuk berteduh sementara, namun dia merasakan lebih selesa untuk tinggal di tempat letak kereta itu.
BERITA PENUH DI SINI
Bapa pilu, barang kenangan arwah anak hanyut
Kelantan bantu dari segi makanan dan keperluan
Paras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air beberapa sungai berada pada tahap bahaya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa lemas dihanyutkan arus deras ditemukan
Mayat mangsa lemas dihanyutkan arus deras ditemukan
Situasi di Melaka semakin pulih
Banjir Johor: Penduduk Kg. Bukit Limau Manis reda dengan banjir, hanya mampu berdoa hujan tidak lebat
Biarpun cuaca semakin baik di daerah Segamat, namun paras air banjir di beberapa kawasan di sini masih tinggi, dan langsung tidak boleh diakses dengan jalan darat.
Penduduk Kampung Limau Manis di sini, Zanesa Samsudin, 43, berkata, ketika ini akses untuk ke kampungnya hanyalah melalui laluan Sungai Chodan, yang kira-kira 8 kilometer (km) daari Jalan Utama, berbanding 2km melalui Jalan Segamat-Pogoh, Bukit Kepong pada waktu biasa.
Lima negeri rekod penurunan jumlah mangsa banjir
Mangsa banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara pagi Rabu menunjukkan penurunan angka, manakala di Selangor dan Terengganu kekal.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan di Johor
SKM gerakkan fasa ketiga bantuan pascabanjir
Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gerakan Koperasi Malaysia tampil dalam usaha menyantuni masyarakat yang terkesan akibat banjir melalui fasa ketiga, Program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir kali ini di Lanchang Pahang, Hulu Langat dan Kuala Selangor, Selangor dan Jelebu, Negeri Sembilan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa lemas di Beluran ditemui
Mayat mangsa banjir yang telah dihanyutkan oleh arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut telah ditemui di Sungai Osum Sugut, lebih kurang 1.8 km daripada tempat mangsa hanyut.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, tahun yang merupakan pekerja ladang warganegara Filipina.
BACA BERITA PENUH DI SINI
AWANI Ringkas: Kerajaan bantu baiki rumah mangsa banjir
Banjir Sabah: Jumlah mangsa turun kepada 3,347 orang
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun sedikit kepada 3,347 orang setakat jam 1 petang ini, berbanding 3,385 orang dilaporkan pagi tadi.
Menurut kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah itu melibatkan 1,319 ketua isi rumah (KIR) keseluruhannya.
BERITA PENUH DI SINI
Pascabanjir: Warga pendidik bantu guru, pelajar terkesan banjir
Bapa pilu, barang kenangan arwah anak hanyut
MET Malaysia: Ramalan cuaca signifikan
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN (6 – 12 JANUARI 2022)
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 5, 2022
Masa dikeluarkan : 2:00 petang
Tarikh: 5 Januari 2022#cuacasignifikan#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana#MenangBersama pic.twitter.com/ChCitEiYRe
Laluan darat dinaiki air, lebih 1,000 masyarakat Orang Asli terputus hubungan
MERSING: Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli dari lima kampung di Daerah Mersing terputus hubungan berikutan laluan darat untuk ke kampung mereka dinaiki air akibat hujan berterusan beberapa hari lepas, menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Pegawai JAKOA Daerah Mersing Nor Faizzi Sulaiman berkata, laluan darat untuk masuk ke Kampung Peta, Kampung Punan dan Kampung Tewowoh dinaiki air setinggi 1.5 meter sejak Ahad lepas manakala laluan ke Kampung Orang Asli Tanah Abang dan Kampung Orang Asli Tanjung Tuan yang terputus pagi semalam, digenangi air pada aras 0.3 meter.
BERITA PENUH DI SINI
Paras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah agar berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air beberapa sungai berada pada tahap bahaya.
JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, paras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera berada pada aras bahaya dengan trend menurun.
BERITA PENUH DI SINI
Laporan bencana setakat 10 pagi
Banjir Sabah: Nelayan pasang pukat cari 'rezeki' ikan air tawar
Banjir yang melanda Kota Marudu sejak Jumaat lepas memberi 'rezeki' kepada seorang penduduk di Kampung Tinondukan Bodi dekat sini, apabila pelbagai jenis ikan air tawar dapat ditangkap menggunakan pukat yang dipasang di sekitar kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Polis Rompin pindah mangsa banjir
Sumbangan bekalan makanan
Laporan terkini situasi banjir di Johor
SKM gerakkan fasa ketiga bantuan pascabanjir
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Gerakan Koperasi Malaysia tampil dalam usaha menyantuni masyarakat yang terkesan akibat banjir melalui fasa ketiga, Program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir kali ini di Lanchang Pahang, Hulu Langat dan Kuala Selangor, Selangor dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Rusli Jaafar yang mengetuai fasa ketiga misi pasca banjir berkata, program itu selepas langkah menyantuni mangsa banjir di beberapa buah negeri melalui fasa pertama dan fasa kedua sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINI
Nelayan pasang pukat cari 'rezeki' ikan air tawar
Banjir yang melanda Kota Marudu sejak Jumaat lepas memberi 'rezeki' kepada seorang penduduk di Kampung Tinondukan Bodi dekat sini, apabila pelbagai jenis ikan air tawar dapat ditangkap menggunakan pukat yang dipasang di sekitar kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya.
Jeffrey Ongod, 58, yang berpengalaman selama 40 tahun sebagai nelayan berkata aktiviti memasang pukat ketika banjir adalah satu kebiasaan buat dirinya sebagai ikhtiar mencari sumber rezeki tambahan memandangkan dia tidak dapat turun ke laut sepanjang musim tengkujuh.
BERITA PENUH DI SINI
11 saranan penambahbaikan dalam pengurusan risiko banjir
SUSULAN bencana banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri lain pada Disember 2021 dan Januari 2022 ini memerlukan penambahbaikan untuk memacu pengurusan risiko banjir yang lebih holistik dan bersepadu.
Menurut Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG), respons dan bantuan semasa bencana, tumpuan perlu diberikan kepada perancangan pembangunan yang lebih kukuh dan tindak balas kepada iklim.
BERITA PENUH DI SINI
Mayat mangsa lemas di Beluran ditemui
Mayat mangsa banjir yang telah dihanyutkan oleh arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut telah ditemui di Sungai Osum Sugut, lebih kurang 1.8 km daripada tempat mangsa hanyut.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, tahun yang merupakan pekerja ladang warganegara Filipina.
BERITA PENUH DI SINI
Pesanan awam daripada Ketua Balai BBP Maran
PESANAN AWAM KETUA BALAI BBPMARAN - https://t.co/XNGLCvKcw8
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) January 5, 2022
Baru bersih rumah, risau pindah sekali lagi
Cuaca mendung dan berangin ketika ini membuatkan penduduk di beberapa buah kampung di sini kembali dihantui masalah banjir 'termenung' walaupun rata-rata mereka baru selesai membersihkan kawasan rumah yang ditenggelami bah baru-baru ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati Kampung Tersang, Lachang dan Gual Tok Deh kembali digenangi 'banjir termenung' sejak Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
Petisyen henti pembalakan: ABIM gesa kerajaan, pihak terlibat bertindak segera
Kerajaan digesa mengenakan moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan.
Gesaan itu dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) melalui petisyen yang sehingga kini telah ditandatangi lebih 200,000 individu.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk di Pamol minta tapak perkampungan baharu
Penduduk di Kampung Tolungan Pamol, dekat Beluran, sudah tidak tahan berhadapan masalah banjir yang melanda setiap tahun.
Ketua kampungnya, Minis Manggih berkata, dalam setahun sekali atau dua kali kampung mereka akan dilanda bencana berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Rumah yang baru dibina musnah akibat banjir
Penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SML) Segaliud bakal dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kampung Segaliud, Sandakan tidak lama lagi.
Ia pastinya sesuatu yang sangat dinanti-nantikan mangsa banjir di PPS berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Keadaan banjir di Melaka semakin pulih
Keadaan banjir di Melaka semakin pulih selepas tujuh daripada 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sebelum ini telah ditutup.
Angka mangsa yang masih ditempatkan di 16 lagi PPS sekitar negeri itu juga berkurangan kepada 1,265 mangsa sehingga pagi ini berbanding 2,674 mangsa pada pagi Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
Lelaki patah kaki, pesakit strok antara ditempatkan di PPS
Seorang pekerja am yang mengalami patah kaki kanan akibat kemalangan antara mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka Jaya di sini.
Azmi Torodin, 49, berkata, dia baru seminggu pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital dan tidak menyangka hujan berterusan sejak Jumaat lalu menyebabkan kediamannya di Taman Merdeka Jaya di sini dinaiki air pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
Ketua Polis Negara turun Segamat, tinjau operasi SAR dan pascabanjir
Sebanyak 1,047 keluarga yang meliputi 3,961 orang terlibat dalam bencana banjir di daerah ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kesemua mereka telah ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh daerah Segamat.
BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: Laporan cuaca 5 Januari 2022 (Pagi)
Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,399 orang
Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,399 orang pada jam 8 pagi berbanding 5,364 orang pada 4 pagi Rabu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan 1,340 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS).
BERITA PENUH DI SINI
Wakil rakyat patutnya utamakan usaha gubal polisi elak musibah berlaku - Tharma Pillai
Seseorang wakil rakyat itu seharusnya memainkan peranan untuk menggubal dasar yang mensejahterakan kehidupan rakyat.
Kata Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai, tidak mengetepikan tanggungjawab memastikan kebajikan rakyat terjaga, tetapi akarnya adalah menyelesaikan permasalahan rakyat sebelum berlakunya musibah.
BERITA PENUH DI SINI
Portfolio tugas-tugas khas, alam sekitar perlu muka baharu yang berkepakaran - Tharma Pillai
Portfolio Tugas-Tugas Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian berkaitan alam sekitar memerlukan wajah baharu yang lebih cekap dan berkepakaran.
Menurut Pengerusi Bersama Undi18, Tharma Pillai, sekalipun sukar untuk menukar menteri bertanggungjawab, kepimpinan agensi kementerian terbabit perlu diganti atau ditambah baik dengan mereka yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah.
BERITA PENUH DI SINI
90 pekebun nanas rugi RM5.4 juta akibat banjir
Seramai 90 pekebun nanas di Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM5.4 juta selepas kawasan tanaman mereka seluas 49 hektar terjejas akibat banjir, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Beliau berkata pihak lembaga kini mengambil inisiatif untuk turun padang dan melihat sendiri kemusnahan tanaman pekebun nanas bagi menyampaikan bantuan sewajarnya.
BERITA PENUH DI SINI
Amaran ribut petir hingga jam 10 pagi ini
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/wCn2GHptig
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 4, 2022
Status aras air terkini
TERKINI!!!
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 4, 2022
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR, KELANTAN, TERENGGANU, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, SABAH & SARAWAK
5 JANUARI 2022 | 7.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/72NaD1AHPE
Pemilik sekolah memandu anggar kos pembaikan cecah RM350,000
Seorang pemilik sebuah sekolah memandu di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hanya mampu melihat kawasan yang diusahakannya hampir 23 tahun rosak sepenuhnya akibat banjir 18 Dis lepas.
Pengerusi dan pemilik Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd E. Vennarajan berkata dia menganggarkan kos membaiki fasiliti, peralatan elektrik dan kenderaan di sekolah memandu yang beroperasi semula sejak Sept lepas itu mencecah RM350,000.
BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di Kampung Gadak dipindahkan
ADUN Jementah tinjau lokasi banjir
Makluman sistem amaran di Taman Sri Muda
Wanita utamakan keselamatan suami lumpuh ketika rumah dilanda banjir
Setiap kali banjir melanda kawasan perumahannya di Taman Merdeka Jaya di sini, Siti Hasnah Husin, 52, terlebih dahulu akan memastikan keselamatan suaminya yang lumpuh sebelah badan.
Siti Hasnah berkata suaminya, Muslim Abdullah, 57, yang juga pesara kerajaan itu diserang angin ahmar tiga tahun lepas dan baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah dari wad hospital selepas mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman minggu lepas.
BERITA PENUH DI SINI
REJ 515 AW salur bantuan
Stesen siren amaran banjir Taman Sg Gemas dipecah masuk
Beberapa kediaman terjejas akibat hakisan pantai
Fenomena air pasang besar serta angin kencang sejak awal minggu lalu menyaksikan hakisan teruk sepanjang kira-kira dua kilometer di Pantai Paka, Dungun, Terengganu.
Keadaan itu mengakibatkan hampir 20 keluarga di Kampung Cacar Lama hidup dalam kebimbangan berikutan hakisan yang berlaku lebih buruk berbanding tahun lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Mindef kenal pasti 800 veteran ATM, anggota terjejas banjir
Seramai 800 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikenal pasti terjejas bencana banjir di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Beliau berkata kesemua veteran dan anggota berkenaan diberikan sumbangan wang tunai RM500 dan periuk nasi bagi meringankan beban mereka.
BERITA PENUH DI SINI
Anggota bomba menyelam setengah jam bersihkan parit tersumbat
Lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan terpaksa menyelam antara lima hingga 10 minit untuk membersihkan sebuah parit di Kampung Segaliud, di sini yang tersumbat akibat banjir.
Itu antara operasi yang dilaksanakan pada Isnin selepas kampung yang dilanda banjir masih tidak surut walaupun keadaan sudah pulih sepenuhnya.
BERITA PENUH DI SINI
Lelaki ditemui lemas di Ladang Rakyat
Satu kematian akibat lemas telah direkodkan di Terengganu menerusi gelombang ketiga banjir yang melanda negeri itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Md Hilman Abd Rashid berkata, ia melibatkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dilaporkan lemas pada 1 Januari lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Projek naik taraf ban Kampung Spang Loi perlu diteliti - Penduduk
Penduduk Kampung Spang Loi di sini mengharapkan projek menaik taraf ban sepanjang 1.5 kilometer di kampung itu bagi menangani isu banjir diteliti untuk mengelak kejadian ban pecah berulang.
Ketua kampung, Zamri Bachok berkata tindakan pantas kerajaan menangani kejadian itu sememangnya harus dipuji memandangkan ban sedia ada sebelum ini dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan yang dihuni 121 keluarga.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk di Kuala Kemaman enggan berpindah ke PPS walaupun rumah dilanda banjir
Penduduk di perkampungan nelayan di Kuala Kemaman enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) walaupun kediaman mereka dilanda banjir kilat.
Menurut nelayan Awang Muda, 66, mereka tidak bimbang dengan keadaan tersebut ekoran ia telah menjadi kebiasaan kepada penduduk setiap kali musim tengkujuh.
BERITA PENUH DI SINI
Jangan jadikan banjir sebagai pesta air - Bomba
Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan situasi banjir sebagai pesta air dengan mengabaikan aspek keselamatan kerana dikhuatiri mengancam nyawa mereka.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata ini kerana paras air di kawasan dinaiki air sangat deras dan meningkat dengan cepat terutama berhampiran sungai, pantai, lombong dan tasik.
BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang meningkat malam ini berbanding petang tadi manakala Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan.
Bagi Selangor dan Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal seperti pada sebelah petang.
BERITA PENUH DI SINI
Pengguna 9 kawasan terjejas banjir di ibu negara dapat pengecualian bil air
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberikan pengecualian bayaran bil bagi bulan Januari 2022 kepada pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di sembilan kawasan di ibu negara yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang layak menerima pengecualian bayaran bil itu ialah Kampung Pasir, Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran WTC KL), Jalan Raja Chulan, Kampung Chubadak, Kampung Delima, Kampung Kasipillay, Kampung Kolam Air, Lorong Jambu Laut, dan Lorong Raja Mahadi.
BERITA PENUH DI SINI
SPRM buka kertas siasatan kes kolam takungan air - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir di sekitar ibu negara yang diluluskan ditukar status untuk projek pembangunan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM akan menyiasat melibatkan pelbagai aspek termasuklah unsur rasuah dan salah guna kuasa.
BERITA PENUH DI SINI
7 sekeluarga tidur dalam stor, bawah kanvas selepas 3 kali rumah dinaiki air
Tinjauan di Kuala Lipis mendapati, ada penduduk yang mengambil keputusan berlindung dalam stor dan mendirikan khemah di lereng bukit, semata-mata untuk mengelakkan tragedi jika berlaku gelombang ketiga banjir.
Menurut Rohana Abdul Razak, 55, keputusan tinggal sementara di stor dan khemah di kawasan tinggi berhampiran rumahnya itu terpaksa dibuat demi keselamatan keluarga, walau mengakui ia jauh dari selesa.
BERITA PENUH DI SINI
KASA diminta tambah baik sistem amaran banjir - NADMA
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) diminta menambah baik sistem amaran banjir bagi memastikan bunyi amaran lebih kuat selain berbeza dengan siren lain.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan itu antara keputusan penting yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
BERITA PENUH DI SINI
Agihan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir selesai hujung minggu ini - PM
Pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengagihan wang bantuan itu kini sudah mencapai 70 peratus dan beliau berpuas hati dengan pelaksanaan pengagihan tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak disaluti lumpur malah ada yang hanyut dibawa arus banjir.
Ada dalam kalangan mereka terpaksa bergegas meninggalkan kawasan kediaman sehingga tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting termasuk peralatan rumah dan kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, beg dan peralatan menulis kerana air naik terlalu cepat susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Beberapa kawasan di Kuching dinaiki air
Banjir Sabah: Penduduk sifatkan antara banjir terburuk
Lebih 3,000 mangsa banjir di Sabah ditempatkan di 31 PPS
Pascabanjir: Pembersihan sampah di Selangor dijangka boleh tamat hujung minggu ini - SWCorp
SHAH ALAM: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menjangkakan operasi kerja-kerja pembersihan sampah di kawasan sekitar negeri Selangor yang terjejas dengan banjir dapat ditamatkan pada hujung minggu ini.
Ketua Operasi Pascabanjir SWCorp Selangor, Hazahar Hashim berkata, sejak operasi digerakkan pada 21 Disember lalu bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor, sebanyak 700 tan sisa pukal banjir telah dipungut sehari.
BERITA PENUH DI SINI
28 daerah di 9 negeri masih terjejas - Nadma
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah masih terjejas akibat banjir dengan 17,253 mangsa berlindung di 196 pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dalam masa sama, sejumlah 803 PPS sudah ditutup dengan 120,743 mangsa daripada 34,053 ketua isi rumah (KIR) telah pulang ke rumah masing-masing.
BERITA PENUH DI SINI
Johor Bahru, Kluang turut dilanda bencana
JOHOR BAHRU: Kluang dan Johor Bahru menjadi daerah terbaharu yang terjejas akibat banjir dan menunut pembukaan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua daerah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, daerah Kluang mencatatkan 22 mangsa banjir membabitkan lima buah keluarga, yang ditempatkan di dua PPS.
BERITA PENUH DI SINI
[KOLUMNIS] Perlindungan zon penampan riparian bantu elak ancaman banjir
Pepatah Melayu ada berbunyi sekali air bah, sekali pantai berubah. Pepatah ini sangat bertepatan dengan kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri serta beberapa daerah di Selangor baru-baru ini yang telah memberi impak yang bukan sedikit kepada masyarakat daripada segi kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa malah ketersediaan sistem tadbir urus bencana negara.
Walaupun isu banjir sering digarap dan diperkatakan sejak beberapa lama oleh para ilmuwan dan masyarakat, dan kebanyakannya didorong oleh kesan perubahan iklim, namun tanpa kita sedar ia juga berhubung rapat dengan gangguan alam sekitar disekeliling kita terutamanya aktiviti pembangunan.
Ikuti artikel penuh daripada Prof Madya Dr Nadirah Musa dan Prof Dr Najiah Musa dari Universiti Malaysia Terengganu DI SINI
Proses pemulihan banjir di Segamat
Proses pemulihan banjir di Kuala Lipis
Situasi di Kg. Binjai, Kuala Lipis
[BANJIR] Jambatan di Kg Binjai, Kuala Lipis, Pahang. Air sg surut, tapi masih paras jambatan. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/bzCD4CuUfc
— Fareez Azman (@FareezAzmann) January 4, 2022
MET Malaysia: Laporan cuaca 4 Januari 2022 (Petang)
MET Malaysia: Amaran ribut petir dan hujan lebat
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/wMpchOrDdu
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 4, 2022
Komuniti sekitar Selangor perkemas kesiapsiagaan hadapi risiko bencana
SHAH ALAM: Menyedari keperluan semasa untuk sama-sama membantu ketika berdepan dengan sebarang bencana termasuk banjir, beberapa komuniti masyarakat daripada beberapa daerah di Selangor berkumpul untuk membuat perancangan lebih rapi.
Atas nama ‘Muafakat Komuniti’ yang terdiri daripada wakil penduduk setempat dari 21 kawasan komuniti dari pelbagai daerah, ia bertujuan bagi memastikan sebarang bantuan awal kepada mangsa bencana dapat diberikan.
BERITA PENUH DI SINI
Situasi terkini di Sri Muda
PM ulangi gesaan segera agih Bantuan Wang Ihsan - PM
Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir seluruh negara perlu disegerakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.
Katanya, langkah itu bagi membolehkan mangsa banjir menggunakan wang berkenaan bagi membeli keperluan mereka dengan segera.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan di Johor
Kota Marudu kekal rekod jumlah mangsa tertinggi, lebih 2,000 orangAstro Awani
Daerah Kota Marudu terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,653 orang daripada 3,371 orang di seluruh Sabah setakat pukul 2 petang Selasa.
Kemas Kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah ia diikuti Pitas dengan 307 mangsa daripada 127 keluarga; Telupid (228 orang); Paitan (99 orang); Sandakan (46 orang) dan Beluran 38 orang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Peruntukan RM5 juta naik taraf ban di Kampung Spang Loi - PM
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi, dekat sini, bagi menangani isu banjir di kawasan ini dan sekitarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ban itu perlu segara dinaik taraf bagi mengelak kejadian banjir di daerah ini pada masa depan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit, dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan sedikit peningkatan tengah hari ini manakala di Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan menurun dan tiga negeri lagi tidak berubah.
Selain itu, laman web rasmi Public Infobanjir melaporkan 10 sungai di negeri terjejas banjir masih melepasi paras bahaya melibatkan dua sunai di Pahang, satu di Selangor, empat di Johor, satu di Negeri Sembilan dan dua di Melaka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengeluaran setiap bencana bukan tindakan bijak
Tujuh rumah akan dibina untuk mangsa banjir di Kampung Puom, Jelebu
Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenal pasti tapak pembinaan rumah baharu bersesuaian di Kampung Puom, Jelebu untuk tujuh keluarga yang kehilangan rumah akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Persekutuan menyediakan kos RM56,000 bagi sebuah rumah manakala kerajaan negeri menyediakan tapak pembinaan rumah tersebut seperti diputuskan dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Empangan Kenyir: Paras air masih normal
Banjir Johor: Satu PPS di Tangkak ditutup, jumlah mangsa banjir meningkat
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 5,598 orang dengan jumlah tertinggi masih di daerah Segamat.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya, dua pusat pemindahan sementara (PPS) sudah ditutup sejak semalam masing-masing di Johor Bahru dan Tangkak.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerja pembersihan selesai, Lebuhraya KL-Karak dibuka semula kepada pengguna
Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang km77 – Km78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak telah siap dan ia dibuka semula kepada pengguna bermula awal pagi tadi.
Pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘u’ sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.
BERITA PENUH DI SINI
19 mangsa dipindahkan ke PPS susulan fenomena air pasang besar
Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu menyaksikan beberapa kawasan berhampiran pesisir pantai dan Sungai Terengganu mula dilimpahi air.
Susulan itu, seramai 19 mangsa melibatkan lima keluarga dari daerah Kemaman telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
BERITA PENUH DI SINI
Wanita didakwa menipu untuk terima bantuan banjir
Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di Mentakab, Temerloh baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek berumur 33 tahun itu didakwa membuat permohonan bantuan banjir yang disampaikan sebuah NGO di pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh pada 29 Dis lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Laman mikro interaktif Astro AWANI perjelas semua maklumat tentang banjir
BEBERAPA hari sebelum melangkah ke tahun baharu 2022, rakyat Malaysia diuji hebat apabila bencana banjir melanda beberapa negeri di Semenanjung.
Siapa sangka, hujan lebat bermula 14 Disember 2021, mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan kerugian harta benda mencecah ribuan ringgit apabila kawasan yang berkepadatan penduduk tinggi seperti Shah Alam dan Klang, dinaiki air sehingga menenggelamkan bumbung bangunan.
BERITA PENUH DI SINI
Dua ibu terpaksa berpantang di PPS
Dua wanita termasuk seorang ibu muda terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong selepas kediaman mereka dinaiki air.
Nik Azrin Natasha Nik Ibrahim,20, bersama bayinya Nur Alia Umayrah Umar Qayyum berusia sebelas hari dipindahkan ke PPS sejak Ahad lalu apabila kediaman mereka di Kampung Lanjut Manis, Krubong banjir.
BERITA PENUH DI SINI
'Mangsa banjir jangan berhutang dengan ah long'
Mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan janji manis sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long yang menawarkan pinjaman segera kerana dikhuatiri ia menyebabkan masalah lebih teruk.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Klang, Datuk B.K Tan berkata, tindakan meminjam daripada ah long bukan penyelesaian terbaik malah akan menjerumuskan peminjam kepada keadaan lebih teruk.
BERITA PENUH DI SINI
Berdepan 'ujian berganda,' mangsa banjir terima ketentuan Ilahi
Keluarga Alizan Mohd Amin yang menetap di Kampung Muhibbah, Paloh dekat sini berdepan 'ujian berganda' apabila rumah mereka dilanda banjir selepas kehilangan tonggak keluarga itu dalam tempoh tidak sampai dua minggu.
Alizan, 36, berkata ibunya Jamilah Mo'min, 78, baharu sahaja kehilangan suami tercinta Mohd Amin Ejap, 68, seminggu lepas akibat penyakit radang paru-paru.
BERITA PENUH DI SINI
Air Terjun Sungai Gabai ditutup kepada pengunjung
Pusat rekreasi Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir ditutup kepada pengunjung berikutan tidak selamat untuk dikunjungi.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan, penutupan itu dilakukan atas nasihat Jabatan Perhutanan dan Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
BERITA PENUH DI SINI
LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengaktifkan pasar bergerak di bawah agensinya ke lokasi terkesan banjir di seluruh negara yang menawarkan diskaun pembelian sehingga 30 peratus.
Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir, selain menerusi pemberian bakul makanan secara percuma.
BERITA PENUH DI SINI
Lebih 15,000 mangsa banjir di PPS di tujuh negeri
Lebih 15,000 mangsa banjir masih berada di 188 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Terengganu, malam ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 4,737 orang setakat 8 malam ini berbanding 4,278 orang petang tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Institusi pendidikan terjejas banjir, jadi PPS, dibuka selepas sedia beroperasi - KPM
Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terkesan akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) hanya akan dibuka semula setelah ia sedia untuk beroperasi.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat 18 sekolah masih dinaiki air, 87 dijadikan PPS serta lapan yang pulih banjir namun masih belum bersedia untuk beroperasi buat masa ini.
BERITA PENUH DI SINI
Luruan monsun dijangka berakhir, cuaca Semenanjung bertambah baik pada Rabu
Luruan monsun yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berakhir esok, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam satu kenyataan di Twitter hari ini, MetMalaysia memaklumkan, susulan itu cuaca di Semenanjung diramal bertambah baik bermula Rabu ini.
BERITA PENUH DI SINI
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
KUALA LUMPUR: Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan misi itu disertai 35 sukarelawan terdiri daripada pegawai dan kakitangannya serta diketuai Juruiring Tentera Laut kepada Yang di-Pertuan Agong Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim.
BERITA PENUH DI SINI
Tiga air pasang besar diramal berlaku sehingga Februari
KUALA LUMPUR: Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini bermula awal bulan ini hingga awal bulan depan.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ir Azmi Ibrahim berkata ia bermula pada 2 hingga 5 Jan, diikuti 18 hingga 21 Jan dan 31 Jan hingga 3 Feb.
BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di 4 negeri meningkat
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan terus mencatat peningkatan petang ini, manakala Selangor kekal dan Sabah merekodkan penurunan.
Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 4,278 orang setakat 4 petang ini berbanding 4,062 orang tengah hari tadi, dengan Muar menjadi daerah terbaharu terjejas banjir.
BERITA PENUH DI SINI
34 kediaman rosak teruk di Sungai Lui diganti rumah baharu - Fadillah
HULU LANGAT: Sebanyak 34 kediaman di Sungai Lui di sini yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini akan digantikan dengan rumah baharu menerusi bantuan Rumah Kekal Banjir (RKB) Kementerian Kerja Raya.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia diberikan secara percuma kepada pemilik rumah yang rosak teruk seperti dihanyutkan arus deras.
BERITA PENUH DI SINI
97 peratus infrastruktur komuniksi terjejas dibaik pulih - Annuar
Sebanyak 1,015 daripada 1,040 infrastruktur komunikasi atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir telah dibaik pulih, setakat 10 pagi tadi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu hari ini menerusi satu ciapan di laman sosial Twitternya.
BERITA PENUH DI SINI
Fenomena air pasang besar resahkan penduduk
Bukit Changgang, Kuala Langat berisiko dinaiki air
Penduduk cemas rumah dinaiki air dengan cepat
Mangsa banjir di Melaka trauma
Bantuan kewangan RM500 untuk penduduk terjejas
Kerajaan cadang tambah siren dilengkapi amaran suara - PM
Kerajaan bercadang menambah jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko berlakunya bencana banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia merupakan antara cadangan penambahbaikan menghadapi bencana banjir yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 (MTL 2021/2022) dipengerusikannya hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
39 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir
Sebanyak 39 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 33 kes, penyakit kulit (4 kes), dan Acute Gastroenteritis - AGE (2 kes).
BERITA PENUH DI SINI
Pelan Pembangunan Sabah perlu perkasa elemen mitigasi banjir - Ongkili
KOTA MARUDU: Sudah tiba masanya setiap pelan pembangunan dirancang di Sabah khususnya di Kota Marudu mengambil kira elemen mitigasi banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Bercakap kepada Bernama, Ongkili berkata perancangan pembangunan baik dan mampan perlu dititikberatkan dalam usaha mengurangkan risiko serta impak banjir, yang saban tahun melanda setiap daerah mahupun bandar di negeri itu.
BERITA PENUH DI SINI
Warga emas tidur dalam lori jaga harta benda
ALOR GAJAH: Seorang warga emas memutuskan untuk tidur di dalam lori bagi menjaga keselamatan harta bendanya daripada dicuri pihak tidak bertanggungjawab, selepas rumahnya di Kampung Belimbing Dalam di sini, ditenggelami banjir separas dada sejak Sabtu lepas.
Othman Baba, 83, berkata dia sememangnya tidak pernah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali kampung tersebut dilanda banjir, kerana risau rumahnya dipecah masuk pencuri.
BERITA PENUH DI SINI
Latihan amal agensi penyelamat Kota Kinabalu
Kelengkapan PPS di Sabah pada tahap terbaik
Infrastruktur, pengurusan banjir akan ditambah baik - Perdana Menteri
Kerajaan akan menambah baik pelan jangka pendek dan panjang pengurusan banjir negara, termasuk memperkasakan Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat dikoordinasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sehubungan itu satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan dilaksanakan sejurus selepas Monsun Timur Laut tamat.
BERITA PENUH DI SINI
Air pasang besar: Bukit Changgang, Kuala Langat berisiko banjir - Bomba
KUALA LANGAT: Penduduk di sekitar Kuala Langat termasuk Bukit Changgang diingatkan supaya berwaspada dan berjaga-jaga berikutan kebimbangan banjir disebabkan limpahan air di kawasan tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan itu boleh terjadi sekiranya berlaku pertembungan antara fenomena air pasang besar dan hujan lebat.
BERITA PENUH DI SINI
Mangsa trauma kemas rumah, bukan lagi bencana
MELAKA TENGAH: Penduduk di sekitar Batu Berendam di sini, tidak lagi terkejut dengan bencana banjir, sebaliknya mereka ‘trauma’ untuk mengemas rumah kerana terlalu kerap berdepan situasi itu sejak kebelakangan ini.
Rita Adila Abdul Rasyid, 46, yang tinggal di Taman Merdeka Jaya berkata, dia sudah tidak sanggup untuk menggantikan barangan rumah yang rosak akibat bencana itu.
BERITA PENUH DI SINI
UKM sumbang RM700,000 kepada mangsa terjejas
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) menerusi misi bantuan banjir menyalurkan sumbangan sebanyak RM700,000 kepada mangsa bencana banjir di Selangor, baru-baru ini.
Menurut UKM, sumbangan itu diperolehi hasil kutipan daripada pelbagai agensi kerajaan, alumni dan juga pihak ketiga.
"Semua hasil kutipan itu telah diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk termasuk mengalami kerosakan rumah dan harta benda sepanjang tempoh 14 hari misi tersebut digerakkan," kata UKM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: Laporan cuaca 3 Januari 2022 (Petang)
Persiapan gelombang kedua banjir di Bukit Changgang
Perkembangan situasi Sungai Melaka
Mangsa banjir gelombang kedua di Pahang meningkat, 1,834 mangsa dipindahkan
MARAN: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di negeri Pahang terus mencatatkan peningkatan hari ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bendana Negeri Pahang, seramai 1,834 mangsa kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.
BERITA PENUH DI SINI
ATM perkasakan usaha bantu mangsa di negeri terjejas - Menteri Pertahanan
SEGAMAT: Seramai 60 pegawai dan 1,123 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah digerakkan ke negeri terjejas banjir setakat ini, menerusi Ops Murni ATM.
Jumlah berkenaan merangkumi 12 pegawai dan 184 anggota lain-lain pangkat digerakkan bersama 31 aset ke tujuh daerah yang terjejas banjir di Johor.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan yang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga sebelum ini sudah mula diatur gerak ke daerah Tangkak, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.
BERITA PENUH DI SINI
ATM dan agensi awam bantu pindahkan mangsa banjir di Kota Marudu, Kudat
ATM melalui Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (MK 5 Bgd) telah diaturgerak bersama agensi awam bagi membantu memindahkan mangsa banjir kawasan Kota Marudu, Kudat, Sabah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).#MindefMalaysia#mindefupdate#OpMurni#banjir2021 pic.twitter.com/S1RSy7VrUE
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) January 3, 2022
Sultan Ibrahim, anakanda berkenan lawat mangsa di PPS
KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai di sini, hari ini.
Baginda yang tiba di pekarangan SK Mawai pada pukul 12.15 tengah hari meluangkan masa kira-kira 20 minit mendengar taklimat berkaitan banjir dan melihat sendiri keadaan mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir sedikit menurun, satu PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah menurun sedikit pada 4 petang Khamis kepada 3,329 berbanding 3,398 orang setakat pukul 12 tengah hari.
Menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Sabah, ia melibatkan 1,231 ketua isi rumah yang ditempatkan di 26 PPS.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk risau kejadian ban pecah
Dakwaan siren gagal berfungsi, siasatan dilakukan
Cerita Che Eshah Mat Husin dan fenomena air pasang besar di Kuala Pahang
Che Eshah Mat Husin, 53, peniaga nasi lemak yg terkesan akibat fenomena air pasang besar di Kuala Pahang.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) January 3, 2022
Separuh gerainya musnah dibadai ombak besar.
Tiada tempat mengadu, ibu tunggal ini hanya mampu berserah.
Penduduk Kg Kuala Pahang byk membantu @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/UM6iTz825Q
Komuniti maritim di Kedah diingatkan berwaspada fenomena air pasang besar
Komuniti maritim terutama nelayan, pemancing dan pengunjung pantai peranginan dinasihatkan berwaspada serta menangguhkan dahulu aktiviti membabitkan perairan susulan cuaca buruk di negeri Kedah dan kebanyakan negeri ketika ini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, ini kerana perairan negeri ini terutama di Kuala Muda diramalkan berlaku air pasang besar dengan tiupan angin Monsun Timur Laut yang lebih kuat sehingga 5 Januari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: Amaran ribut petir/hujan lebat
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/OdBOVneJDr
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 3, 2022
Hujan lebat dijangka berterusan di Johor dan Pahang sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok (4 Jan).
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini memaklumkan daerah yang terlibat ialah Rompin di Pahang dan Mersing di Johor.
BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: Ramalan cuaca
??????? ????? ?????????? (? – ?? ??????? ????)
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 3, 2022
???? ??????????? : ?:?? ??????
??????: ? ??????? ????#cuacasignifikan#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/tSfEHUTloX
28,287 keluarga terima Bantuan Wang Ihsan
Banjir: Kuala Pahang hampir ranap
Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Penduduk di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air di beberapa sungai di negeri-negeri tersebut masih di tahap bahaya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kedai roboh dibadai ombak besar, dugaan besar Mak Cik Eshah
Selain paras air sungai yang naik mengakibatkan banjir di beberapa daerah di Pahang, fenomena air pasang besar terutama di kawasan muara sungai Kuala Pahang, Pekan turut mengejutkan penduduk setempat.
Ombak setinggi 3.8 meter yang direkodkan Jabatan Meteorologi Malaysia ternyata memberi kesan kepada penduduk setempat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Fenomena air pasang, penduduk Melaka berjaga-jaga
Tiga sungai utama di Melaka lepasi paras bahaya
Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bantuan kewangan untuk mangsa banjir di Sabah akan disalurkan dengan segera.
Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut yang diadakan secara maya pada pagi ini.
BERITA PENUH DI SINI
Bimbang air naik lagi, penduduk Bukit Changgang tutup ban pecah dengan batang kelapa sawit
Kejadian ban pecah di Kampung Rancangan Tanah Baharu Bukit Changgang di sini, hari ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk sekiranya berlaku sekali lagi banjir.
Situasi semakin membimbangkan memandangkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku di Kuala Langat, Selangor sehingga Rabu ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Fenomena air pasang, penduduk Kampung Morten berjaga-jaga
Penduduk di Kampung Morten di sini, mendakwa kerosakan di beberapa tempat pada tembok batu di tebing Sungai Melaka menjadi punca air kerap melimpah ke kawasan kediaman mereka.
Situasi itu mengakibatkan perkampungan tradisional Melayu itu lebih kerap dinaiki air berbanding sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
28,287 keluarga sudah terima bantuan wang ihsan - Perdana Menteri
Seramai 28,287 ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan bantuan wang ihsan (BWI) setakat pukul 12 tengah hari ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di Twitternya pada pukul 12.47 tengah hari Isnin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Belum hilang penat, penduduk Raub diuji banjir gelombang kedua
Belum pun hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua banjir pada hari pertama tahun baharu.
Pekerja am Arif Shah Sulaiman, 49, berkata dia sekeluarga masih belum selesai membersihkan rumah kerana mengutamakan kerja pembersihan di rumah emaknya yang terletak bersebelahan sejak mereka dibenarkan pulang ke rumah pada 26 Dis lepas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
JPS siasat dakwaan siren amaran banjir tidak berfungsi - MB
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan akan menyiasat segera dakwaan penduduk di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas berhubung siren amaran banjir yang dipasang tidak berfungsi dalam kejadian banjir di kawasan itu Sabtu lepas.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak menafikan hujan pada Sabtu lepas agak lebat sehingga amaran siren tidak dapat didengar sama seperti keadaan di Ampangan, Seremban.
Banjir besar dijangka berlaku lebih kerap
Air Pasang Besar | Hakisan pantai jejas perniagaan
Pemanasan Global | Banjir dijangka akan lebih buruk di masa hadapan
Air Pasang Besar | 30 penempatan Terengganu berdepan risiko banjir
Perkembangan di Bukit Changgang
Ban pecah di RTB Bukit Changgang, air mula melimpah
Ban berdekatan rumah pam Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang, di sini, dilaporkan pecah, pagi ini.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.10 pagi, mengakibatkan air Sungai Langat mula memasuki kawasan tali air berdekatan kampung tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Fenomena air pasang besar di Melaka setakat 12 tengah hari
Fenomena air pasang besar di Melaka setakat 12 tengah hari
Perkembangan banjir di Sabah setakat 12 tengah hari
Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,398 setakat 12 tengah hari
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah meningkat setakat 12 tengah hari ini kepada 3,398 orang, berbanding 2,435 orang pada awal pagi ini.
Menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Sabah, ia melihatkan 1,236 ketua isi rumah yang ditempatkan di 27 PPS.
BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir Terengganu kekal 137 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 137 mangsa pagi ini, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, setakat jam 10 pagi ini, hanya daerah Dungun yang masih terjejas.
BERITA PENUH DI SINI
Lebih 2,500 mangsa banjir di 20 PPS di Melaka
Lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka sehingga pagi ini selepas lebih 2,500 penduduk terjejas dengan bencana berkenaan.
Pengarah APM Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu melibatkan 656 keluarga di semua daerah di negeri ini.
BERITA PENUH DI SINI
Air pasang besar: 30 penempatan berdepan risiko banjir, bomba pantau situasi
Lebih 30 kampung dikenal pasti berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar yang melanda negeri ini.
Susulan itu, 400 pegawai dan anggota JBPM Terengganu digerakkan bagi memantau situasi tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Mersing daerah baru terjejas di Johor
Mersing menjadi daerah baharu terjejas akibat banjir di Johor selepas enam PPS dibuka, menempatkan 366 mangsa daripada 90 keluarga, setakat jam 8 pagi ini.
PPS yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi di daerah itu ialah Politeknik Mersing, dengan 104 mangsa daripada 27 keluarga.
BERITA PENUH DI SINI
Sabah rekodkan satu lagi kes kematian mangsa banjir
Banjir di negeri ini merekodkan satu lagi kes kematian selepas seorang warga emas menjadi korban terbaru dalam kejadian di Sungai Lininkung, Telupid.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, mangsa berkenaan yang bekerja sebagai petani dilaporkan cuba menyeberangi sungai.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk Gemas alami tujuh kali banjir sejak 16 tahun lepas
Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di Taman Sungai Gemas, 16 tahun lepas dan terburuk pernah dialami.
Demikian luahan suri rumah Norizan Abdullah selepas rumahnya ditenggelami air hingga paras leher susulan hujan lebat sejak Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Penduduk Sandakan perlu balai raya yang boleh berfungsi sebagai PPS
Penduduk di Kampung Sungai Manjang amat memerlukan sebuah balai raya yang boleh berfungsi sebagai PPS setiap kali berlaku banjir berlaku.
Ahli Parlimen Libaran berkata ketua kampung dan pengerusi JPKK boleh berbincang dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan tapak yang sesuai.
BERITA PENUH DI SINI
PGA Briged Tengah bantu operasi banjir di Segamat mulai hari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah akan digerak bagi membantu operasi banjir di daerah Segamat mulai hari ini.
Bagi peringkat permulaan, satu platun 42 anggota daripada Batalion 5 dan 6 PGA Briged Tengah akan digerakkan.
BERITA PENUH DI SINI
Situasi di Jeram Toi, Sungai Klawang terkawal, penduduk jangan panik - Bomba
Penduduk yang berada di Jeram Toi dan sekitar Sungai Klawang, Jelebu dekat sini diminta tidak gusar dan panik mengenai dakwaan banjir di kedua-dua kawasan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata hasil pemantauan udara menggunakan dron oleh pihaknya bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) petang tadi mendapati paras air sungai di kawasan tersebut masih terkawal.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda dalam kenyataan malam ini memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Limpahan air Empangan Jus, Durian Tunggal terkawal - BKSA
Limpahan air dari Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus di Jasin terkawal, walaupun paras kedua-dua empangan tersebut mencapai tahap 100 peratus.
Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman berkata setakat ini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk membuat pelepasan air dari kedua-dua empangan itu, kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal melalui sistem alur limpah sedia ada.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir di 4 negeri meningkat
Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini, Negeri Sembilan semakin berkurangan manakala Terengganu kekal.
Kelantan yang dilanda banjir sejak 18 Dis lepas pula pulih sepenuhnya daripada bencana itu petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengamal media serah sumbangan peminat sukan, bekas atlet kepada mangsa banjir
Pengamal media sukan tanah air hari ini tampil menyampaikan sumbangan pakaian dan barangan sukan daripada peminat sukan dan bekas atlet, yang dikumpul melalui Misi Bantuan Pakaian Sukan, kepada mereka yang terjejas akibat musibah banjir di kawasan Hulu Langat.
Pengerusi Misi Bantuan Pakaian Sukan Datuk Jasni Shafie berkata misi itu agak unik dan kreatif kerana ia mengumpul pakaian berkaitan sukan supaya mangsa banjir dapat kembali meneruskan kehidupan aktif serta bersukan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Askar Timbalan Setia Negeri Johor agih bantuan - TMJ
Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) turut terbabit dalam mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir di Johor, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail berkata demikian ketika meneruskan tinjauan banjir di Tangkak dan Muar pada Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Situasi banjir di Melaka dan Negeri Sembilan
Situasi banjir terkini di Segamat
Demi anak, pasangan ini tekad bangkit walau bengkel musnah akibat banjir
Bearat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Namun, berat manapun rasanya di mata anda, hakikatnya lebih berat beban dipikul mereka yang ditimpa musibah, kadangkala langsung tidak mampu diungkap perasaannya.
Daripada bahasa badan, riak wajah dan renungan mereka, tersembunyi kesedihan yang disorok serapi mungkin, sebaliknya ditonjolkan pula kekuatan demi nampak 'gagah' di hadapan insan tersayang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Tidur tak lena, berdebar-debar fikirkan gelombang kedua' - Penduduk Pekan
Ketika banjir masih melanda beberapa daerah di Pahang, penduduk di daerah Pekan pula mula khuatir dengan keselamatan mereka apatah lagi dengan kemungkinan tibanya gelombang kedua banjir.
Ia berikutan aliran sungai di beberapa daerah yang masih banjir, dijangka dibawa ke Sungai Pahang dalam tempoh terdekat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hilang RM66,000 sekelip mata, 6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang
Selain barangan rumah rosak, ada juga yang hilang tempat berteduh selepas rumah musnah akibat dibadai bah berserta puing kayu.
Lain pula ceritanya di Pekan, Pahang apabila seorang pengusaha ikan Patin sangkar turut terjejas.
Astro AWANI bertemu salah seorang pengusaha, Ali Abu Bakar, 62, di kawasan sangkar ikannya di Sungai Pahang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir Sabah: Hajiji ingatkan rakyat sentiasa waspada, jangan sambil lewa
Rakyat Sabah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak ambil sikap sambil lewa terhadap situasi semasa banjir di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah mengaktifkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Siren tidak berbunyi, warga emas kejutkan penduduk
Kampung Morten dilanda air pasang besar
Perkampungan tradisional Melayu, Kampung Morten di sini dinaiki air apabila Sungai Melaka melimpah akibat fenomena air pasang besar, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten, Jalina Mahmood bagaimanapun berkata, kejadian itu bukan disifatkan sebagai bencana banjir seperti yang berlaku di beberapa kawasan di lain di negeri ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan terkini banjir di Sabah
Empat kematian akibat lemas dilaporkan di Kelantan
Penduduk kecewa siren amaran tidak berfungsi
Segamat paling banyak terima hujan dalam tempoh seminggu ini
Segamat, daerah terawal yang terjejas dengan kejadian banjir tahun ini, mencatatkan penerimaan hujan paling banyak bagi daerah di Johor berdasarkan bacaan taburan hujan yang direkodkan oleh stesen pencerapan bagi tempoh 26 Dis sehingga semalam.
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor dalam tempoh tujuh hari lepas, daerah itu paling banyak menerima hujan berdasarkan bacaan yang direkodkan oleh 23 stesen.
BACA BERITA PENUH DI SINI
13 laluan di N. Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata laluan berkenaan melibatkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (4), Jempol (3), Kuala Pilah (2) dan satu di Seremban.
Antara jalan tersebut ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan banjir di Pekan, Pahang
Lebih banyak PPS dibuka, Segamat terjejas teruk
Banjir Beluran: Satu mayat ditemui, seorang masih hilang
Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir di sini telah ditemui pada tengah hari Sabtu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata mangsa sebelum itu dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Air laju seperti air terjun - Mangsa banjir
“Apabila saya perasan air dah mula masuk taman, saya terus keluar rumah ketuk pintu jiran-jiran bagi mengejutkan mereka kerana air terlalu laju seperti air terjun.”
Itu perkongsian seorang warga emas Samsudin Omar, 60, yang menceritakan detik cemas selepas kediaman penduduk di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, di sini dinaiki air sehingga 1.5 meter dalam kejadian banjir semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, dua negeri catat penurunan
Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan tengah hari ini, manakala Kelantan dan Terengganu menunjukkan penurunan.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,161 orang daripada 399 keluarga pada tengah hari berbanding 717 orang daripada 212 keluarga pagi tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Situasi terkini di Kelantan sehingga pukul 2 petang Ahad
Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,161 orang
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat jam 1 tengah hari tadi meningkat kepada 1,161 orang, melibatkan 399 keluarga berbanding 717 mangsa yang dilaporkan pagi tadi.
Jumlah itu melibatkan lima daerah yang terjejas di kawasan pantai timur dan utara, iaitu Kota Marudu, daerah kecil Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Air naik di Kampung Melayu Dapur Arang
Status aras air semasa
TERKINI!!!
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 2, 2022
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, SARAWAK, KELANTAN, TERENGGANU, PERAK & SELANGOR.
2 JANUARI 2022 | 11.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/ijPntMnGGB
Penduduk kecewa, dakwa siren amaran tidak berfungsi
Penduduk di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, di sini, kecewa apabila siren amaran banjir yang dipasang di taman itu didakwa gagal berfungsi, memaksa mereka berpindah sehelai sepinggang.
Dakwa mereka, situasi itu menyebabkan ratusan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran tanpa sempat menyelamatkan barangan peribadi kerana air terlalu pantas memasuki kediaman mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lokasi dijangka banjir di Pulai
#JohorBanjir
— Kita Pulai (@PulaiP161) January 2, 2022
Ini adalah senarai kawasan "Hotspot" Banjir. Lokasi ini diambil menerusi dapatan tahun lepas.
Pastikan anda ikuti SOP Safety Flood Measure:
1. Sediakan bag kecemasan
2. tutup suis "main breaker" rumah
3. Bergerak ke PPS berdekatan#GerakPulai #DaruratBanjir pic.twitter.com/9cZfy4EhGX
Amaran hujan berterusan di beberapa negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga Selasa ini (4 Jan).
MetMalaysia dalam kenyatan hari ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir terus meningkat pagi ini
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah di tujuh negeri dinaiki air, dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan pagi ini.
Di SABAH, Telupid dan Sandakan menjadi dua daerah terbaharu terlibat dengan pemindahan mangsa banjir pagi ini, selepas Kota Marudu, Paitan dan Beluran.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Enam sungai di Pahang lepasi paras bahaya
Perkembangan banjir di Melaka/Negeri Sembilan
Banjir di Kg Segaliud, Sandakan
Kerja pembersihan di Taman Sri Nanding
Bilik gerakan banjir JKR Kota Tinggi dibuka
Lokasi jalan dinaiki air di daerah Tampin
Banjir di bulatan Kg Popok, Kota Marudu
Misi bantuan di Gemas
Jalan Kuala Lipis-Jerantut ditutup
Jalan Perani, Kota Tinggi dinaiki air
Banjir di Kg Morten, Melaka awal pagi ini
Amaran hujan berterusan bahaya
#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/gfUfYlMU3a
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 2, 2022
Mangsa banjir Terengganu berkurangan, daerah Kemaman pulih
Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih pagi ini dengan jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan kepada seramai 137 yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat jam 10 pagi ini, hanya daerah Dungun yang masih terjejas manakala daerah Kemaman telah pulih, menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 717 orang
Jumlah mangsa terkesan banjir di Sabah menunjukkan peningkatan ketara dengan 717 orang pagi ini, berbanding 536 semalam.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata, sebanyak lapan daerah di negeri ini dilaporkan terjejas banjir setakat ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Pemantauan banjir dan paras air di Sungai Skudai
Operasi menyelamat mangsa banjir di Taman Angkasa Nuri, Alor Gajah
'Lumur minyak, pakai stoking' - Ini petua elak kulat air, kaki kecut terendam banjir
RUPANYA dengan melumur minyak dan pakai stoking sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut.
Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Banjir kilat di Jalan Mersing-Kota Tinggi
KPDNHEP keluar notis terhadap pemilik kedai naikkan harga barang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 25 notis Pengesanan Maklumat Barangan dan satu notis terhadap seorang pemilik kedai alat ganti kenderaan selepas didapati berlaku kenaikan harga barangannya.
Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP, Azman Adam berkata, pemilik kedai terbabit dikenakan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sandakan daerah terbaru terjejas banjir di Sabah
Lebih 22 individu di Kampung Segaliud dan 61 di Kampung Sungai Memanjang di sini menjadi mangsa terbaru banjir negeri ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya memberikan bantuan kecemasan berkaitan pemindahan selepas panggilan kecemasan diterima jam 8.22 malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir di Taman Merdeka
Lebih 1,000 mangsa dipindahkan di Melaka, 11 PPS dibuka
Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka, melibatkan semua daerah di negeri ini.
Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak 11 PPS dibuka - lapan di Alor Gajah, dua di Melaka Tengah, satu di Jasin - menempatkan 1,122 mangsa daripada 279 keluarga.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Laporan bencana setakat 8 pagi
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 2, 2022
(Pada Jam 8.00 am, 2/1/22 pic.twitter.com/oP6TRyDoYt
Laporan cuaca pagi ini
Mangsa banjir Negeri Sembilan naik mendadak, daerah Tampin teruk terjejas
Angka mangsa banjir di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 1,666 mangsa setakat jam 8 pagi ini, yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.
Tujuh daripada jumlah PPS berkenaan dibuka di Tampin, yang merupakan daerah paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Status aras air semasa
TERKINI!!!
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 2, 2022
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, SARAWAK, KELANTAN, TERENGGANU, PERAK & SELANGOR.
2 JANUARI 2022 | 7.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/DAB2JG5Prj
Laporan bencana banjir Terengganu
Laporan dari Kg Masai Baru
Banjir petang semalam di beberapa kampung di daerah Beluran
Lapan lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa terus meningkat
Lapan lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 4 pagi ini, hari kedua tragedi banjir melanda di daerah ini.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27 PPS yang beroperasi sehingga awal pagi tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Amaran banjir di Tanah Merah
Mangsa meningkat di Negeri Sembilan, Johor, Melaka
Paras 11 Sungai di Beluran meningkat
Bot kecil selamatkan penghuni rumah agama di Segamat
Beberapa bot kecil dipercayai milik penduduk di Kampung Lubok Batu, dekat sini menjadi penyelamat, apabila paras air Sungai Segamat tiba-tiba naik mendadak petang semalam.
Pada kejadian 5 petang tadi, kira-kira 10 orang yang ketika itu berada di Rumah Berhala Fook Poon Thong di kampung itu terperangkap, apabila rumah berhala yang terletak bersebelahan sungai itu, dinaiki air sehingga ke paras pinggang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Laporan terkini kejadian bencana
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 1, 2022
(pada jam 04.00 am, 2/1/22
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/LlnNs12RmB
Air pasang besar dijangka landa Batu Pahat
Banjir di Lamag
Amaran ribut petir di Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/eWnXot6N6q
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 1, 2022
Dua lagi daerah di Sabah dilanda banjir malam ini
Sabah merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan daerah Paitan dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda bencara itu, malam ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 566 orang daripada 182 keluarga malam ini berbanding 504 orang daripada 167 keluarga petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mangsa banjir di Segamat naik mendadak kepada 1,136 orang
Mangsa banjir di Segamat, Johor naik mendadak kepada 1,136 mangsa daripada 290 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam tadi.
Ia berbanding hanya 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS pada jam 12 tengah hari.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir: Lima daerah di Pahang dibadai gelombang kedua
Lima daerah di Pahang dibadai gelombang kedua banjir sejak malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, lima daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera, Rompin dan Raub.
BACA BERITA PENUH DI SINI
"Bantuan wang kali ini cepat," kata mangsa banjir
Tijah Jantan, 60, sudah lali dilanda banjir kerana rumahnya di Kampung Sementih di sini terletak di kawasan rendah dan berhampiran paya, cuma kali ini dia tidak menyangka wang bantuan bencana diterima begitu cepat berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Warga emas itu berkata dia juga hampir tidak percaya namanya 'naik' untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kerana tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebaliknya menumpang di rumah saudara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Johor, Melaka, N. Sembilan terus catat peningkatan jumlah mangsa banjir petang ini
Johor, Melaka dan Negeri Sembilan terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala tiga lagi negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa setakat petang ini.
Di JOHOR, mangsa banjir meningkat kepada 1,080 orang daripada 271 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 658 orang daripada 192 keluarga tengah hari tadi, dengan Tangkak menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Usaha atasi masalah banjir bagi tempoh jangka panjang di Kota Marudu
Kerja-kerja mendalamkan sungai-sungai di daerah ini sedang dirancang sebagai usaha pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk mengatasi masalah banjir bagi tempoh jangka masa panjang di kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau Datuk Wetrom Bahanda berkata ketika ini daripada 15 Pusat Pemindahan Banjir (PPS) yang disediakan di daerah berkenaan, dua PPS masih dibuka iaitu di PPS SK Teritipan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, yang menempatkan seramai 504 mangsa banjir.
BACA BERITA PENUH DI SINI
18,000 khemah bencana disediakan untuk mangsa banjir - Sultan Johor
Hampir 18,000 khemah bencana telah disalurkan kepada kawasan-kawasan berisiko banjir untuk digunakan oleh mangsa bencana itu di negeri ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah persediaan menghadapi banjir dilakukan saban tahun dan dikemas kini sewajarnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.
BACA BERITA PENUH DI SINI
17 daerah di enam negeri terjejas banjir - NADMA
Sebanyak 17 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah masih terjejas banjir dengan 4,635 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kemas kini terbaharu berkata, sejumlah 786 PPS sudah ditutup di mana 114,826 mangsa telah pulang ke rumah masing-masing.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat
239 mangsa terjejas akibat banjir di N. Sembilan
Banjir Terengganu: 451 mangsa ditempatkan di PPS
50 korban banjir, dua lagi masih hilang - KPN
Seramai 50 korban banjir telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala dua lagi masih belum ditemui.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejak bencana alam itu melanda bermula Disember lalu,dua mangsa dilapor masih hilang iaitu di Telemong dan Bentong, Pahang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Melaka yakin dengan persediaan banjir gelombang kedua, pertimbang wang ihsan - Ketua Menteri
Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan tidak akan berdepan sebarang masalah dalam menghadapi gelombang kedua bencana banjir ketika ini.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia susulan semua agensi berkaitan bencana negeri sudah melakukan persiapan rapi termasuk memindahkan segera penduduk di kawasan berisiko.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir: 10 lagi PPS dibuka, 239 mangsa dipindahkan
Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Negeri Sembilan hari ini bagi menempatkan 239 mangsa banjir yang terjejas susulan hujan lebat sejak semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Left Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, kesemua mangsa itu melibatkan empat daerah di negeri berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat, 382 mangsa dipindahkan
Angka mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 382 mangsa daripada 100 buah keluarga berbanding hanya 96 mangsa pada sebelah pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata setakat ini empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan akan buat kajian terperinci selesaikan isu banjir - PM
Kerajaan akan membuat kajian terperinci dalam menyelesaikan isu banjir di beberapa negeri yang terjejas teruk sejak Disember tahun lalu.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia termasuk kerja-kerja membina tebatan banjir, mendalamkan sungai dan parit serta pembinaan infrastruktur seperti Terowong Lebuhraya SMART bagi pelencongan air banjir di kawasan bandar.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Imbangi keperluan mendesak semasa - Shahril Hamdan
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan usaha kerajaan mengimbangi antara keperluan mendesak semasa, dan tanggungjawab memelihara masa depan rakyat serta negara.
Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan berkata bantuan yang disenaraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas memberi alternatif kepada cadangan lain kepada usaha-usaha yang telah diumumkan sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir di Pengkalan, Alor Gajah
— mhaz ?? (@mhazril___) January 1, 2022
4WD terbalik ketika redah banjir
#TW warning loud audio.
— ????? ??????? ?????? ???? (@yardope) January 1, 2022
Lubok China naik air lagi. Lubok dah #DaruratBanjir. Video hilux kena hanyut sebab paksa redah arus. Moga Allah permudahkan urusan warga Lubok China dan Sg. Jerneh. pic.twitter.com/2Kejn7u0XG
Amaran hujan berterusan
Elak simpang masuk ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas
Jalan terputus
Status aras air empangan di 3 negeri
STATUS ARAS AIR SEMASA EMPANGAN – EMPANGAN JPS DI PAHANG, SELANGOR DAN KELANTAN
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 1, 2022
kemaskini 9 pagi, 1 Januari 2022
Sumber @DID_Malaysia
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu #PekaAmaranBencana pic.twitter.com/tiQmWdglAL
Banjir di Gemas
Banjir di tahun baru
Jalan Gemas-Segamat
Banjir di jalan masuk Kg Tungku Tiga Segamat
Pemantauan di Tepi Sungai Kapeh awal pagi tadi
16 keluarga di PPS SJK Cina Gemas Baru
Air semakin naik di Kg Awat
Keadaan semasa Sungai Segamat
Johor negeri terbaharu dilanda banjir, jumlah mangsa di empat negeri meningkat
Selepas Sabah malam tadi, Johor pula menjadi negeri seterusnya dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat yang menempatkan seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri pula iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding
Lagi visual banjir di Kampung Pengkalan Alor Gajah
Pengkalan Alor Gajah banjir
Situasi dari Kg Asli Peta
Jalan Gemas-Tampin dinaiki air 0.6 meter
Lagi laporan banjir di Kuala Pilah
Banjir di Kuala Pilah, Serting
Keselamatan ibu, adik keutamaan Zizah
Meskipun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir gelombang kedua kali ini, namun itu bukanlah kerisauan sebenar buat seorang ibu tunggal di Kampung Ayer Lanas, di sini.
Sebaliknya, Zizah Ahmad, 70, berkata, dia perlu memastikan keselamatan ibu, adik dan adik iparnya terjaga rapi memandangkan masing-masing berdepan penyakit kronik, selain perlu mengemas rumah sebelum berpindah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tebing sungai pecah
Water beginning to break banks of rivers in eastern Negeri Sembilan after 24 hrs of rain.
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) January 1, 2022
The Gemas-Tampin Federal Route is now cut off somewhere near Sg Klamah in Gemencheh. I have been driving around the area since early this morning #DaruratBanjir pic.twitter.com/KcntuKRIqM
Agihan tilam kepada mangsa banjir di Kg Tanjung Kerayong
Pengagihan tilam kepada mangsa banjir di Kampung Tanjung Kerayong oleh sukarelawan CRSM diketuai Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Tze Shiang sudah selesai!
— MCA (@MCAHQ) January 1, 2022
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir.#DaruratBanjir
Kredit FB: https://t.co/HCSn4oNXkI pic.twitter.com/bEgQIY1RQQ
Polis Melaka bantu mangsa banjir
Polis Pekan hulur bantuan
#OP BANJIR
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) January 1, 2022
POLIS PEKAN HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://t.co/yodqHmpZZz
Sumber: Polis Daerah Pekan pic.twitter.com/HfPzSPEqto
Pilah dinaiki air
Pilah mmg jarang gile banjir...tp tengok td bnyk dah tempat kat sini naik air..... pic.twitter.com/e5tuLfa1RU
— ainu✿ ♡ (@whiterose_chani) January 1, 2022
Lubok China banjir
Lubok China banjir lagi https://t.co/UArzrjz4Rg pic.twitter.com/QD5q21XQPC
— Melakahariini (@Melakahariini) January 1, 2022
Kesan lumpur sepanjang jalan
295 mangsa terperangkap banjir diselamatkan bomba
Seramai 295 individu yang terperangkap dalam banjir di beberapa daerah di Negeri Sembilan diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
JBPM Negeri Sembilan dalam kenyataan pada Sabtu berkata, sembilan kawasan yang terlibat banjir iaitu Felda Jelai 4 di Gemas; Kampung Tengah, Kampung Geduk, Kampung Tenai dan Kampung Baru Geduk di Gemencheh; Felda Palong 1, Jempol, Kampung Kuala Johol, Kuala Pilah serta Kampung Tanah Datar Hilir dan Teha Homestay di Seri Menanti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Saya menangis lihat keadaan rumah selepas ditenggelami banjir'
Seorang penuntut di sebuah universiti menceritakan betapa sedih dan terkedu melihat keadaan rumah keluarganya di Temerloh yang ditenggelami air banjir hingga paras bumbung.
Uzwatun Hasanah Idham Halid, 21, berkata, keadaan banjir baru-baru ini lebih teruk berbanding pada awal Januari lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Laporan terkini banjir di Johor
KENYATAAN MEDIA
— Makmur Johor Official (@MakmurJohor01) January 1, 2022
YB R. VIDYANANTHAN,
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BANJIR DI NEGERI JOHOR
1 JANUARI 2022
[2/2] pic.twitter.com/bXWlT9U4oD
Banjir di Pengkalan, Alor gajah
Pengkalan, Alor gajah! pic.twitter.com/x8DmIBd57g
— HermyR (@HermyRahim) January 1, 2022
Operasi pascabanjir
Pasukan @MarkasATM juga bersama-sama melaksanakan operasi pasca banjir ?? @MINDEFMalaysia pic.twitter.com/DmFvuzV6UR
— KDN (@KDNPUTRAJAYA) January 1, 2022
Keadaan jalan di Sungai Pengkalan Alor Gajah
Banjir: Keadaan jalan di Sungai Pengkalan Alor Gajah, pagi ini.
— Melakahariini (@Melakahariini) January 1, 2022
? kiriman pembaca#alorgajah pic.twitter.com/PnEGkat1C2
Lipis diramal mengalami banjir
AMARAN BANJIR NEGERI P
Hari ini, hari mereka... siapa tahu esok lusa hari kita pula - Aznil
Sat Jan 01 2022Tidur malam Datuk Aznil Nawawi tidak pernah nyenyak sejak dua minggu lalu.
Rasa pilu membelenggunya mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir yang sedang berusaha kembali membina hidup mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINISemua PPS di Selangor ditutup sepenuhnya - MB
Sat Jan 01 2022Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya pada jam 11.59 malam pada Jumaat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua mangsa banjir juga sudah pulang ke rumah masing-masing.
BACA BERITA PENUH DI SINIMangsa terperangkap berjaya diselamatkan
Sat Jan 01 2022Kerja pembersihan di Kampung Orang Asli Bukit Tadom
Sat Jan 01 2022Penugasan pascabanjir sekitar Klang
Sat Jan 01 2022Paras air Sg Muar di Kg Awat telah melepasi tahap bahaya
Sat Jan 01 2022Jambatan Sg Kelamah tidak boleh dilalui kenderaan ringan
Sat Jan 01 2022Banjir di Gemas
Sat Jan 01 2022Penutupan Jalan Tampin-Gemas
Sat Jan 01 2022Banjir di Kuala Pilah
Sat Jan 01 2022Air naik di Pengkalan, Alor Gajah
Sat Jan 01 2022Pengkalan, Alor Gajah. Betul2 depan rumah aku air ni dah naik. Haritu masa banjir teruk naik jugak tapi tak sedekat ni? pic.twitter.com/nwKrK023b3
— Emylia Izzati (@IzzatiEmylia) January 1, 2022Banjir di Lubok China, Brisu, Sg Jernih
Sat Jan 01 2022Allahuakbar . Pembuka Thn baru 2022. Banjir lagi di Lubok China , Brisu , Sg Jernih & air mula naik di bbrp kg. #banjir2022 #doakan pic.twitter.com/R4xiKGmXtS
— mas ermieyati (@emysamsudin) January 1, 2022Jalan Kuala Pilah-Seremban ditutup
Sat Jan 01 2022Perhatian kepada semua pengguna jalan raya. Jalan Kuala Pilah-Seremban berhadapan KFC K.Pilah telah ditutup dan telah dilencongkan. Kredit gambar : Pusat Maklumat Rakyat Kuala Piliah pic.twitter.com/xXoQvPvi1O
— Aminuddin Harun (@MenteriBesarNS) January 1, 2022Jalan Lubuk Kulit ditutup kepada kenderaan ringan
Sat Jan 01 2022Laporan terkini kejadian bencana
Sat Jan 01 2022LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
— NADMA Malaysia (@mynadma) January 1, 2022
Agensi Pengurusan Bencana Negara,
(pada jam 08.00 am, 1/1/2022
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/50KnQAFzIpRamalan cuaca seluruh negara (1 – 3 Januari 2021)
Sat Jan 01 2022Ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 1 Januari 2022 – 3 Januari 2022
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 31, 2021
Sumber: Malaysian Meteorological Department
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu pic.twitter.com/0UoE9JgsMXHebahan amaran kawasan dinaiki air
Sat Jan 01 2022Semua PPS Banjir di Selangor ditutup - MB
Sat Jan 01 2022Polis Kedah sedia hantar anggota bantu mangsa banjir pantai timur
Sat Jan 01 2022Polis Kedah mempersiapkan 300 anggotanya untuk membantu negeri-negeri yang dilanda bencana banjir sekiranya diminta berbuat demikian.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sekiranya keadaan banjir, khususnya di negeri-negeri pantai timur memburuk, polis negeri bersedia menghulurkan bantuan.
BACA BERITA PENUH DI SINIAmaran hujan berterusan di lapan negeri hari ini
Sat Jan 01 2022Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori bahaya, buruk dan waspada, susulan hujan lebat dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sabah.
Status amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 6.30 pagi itu berkuat kuasa sepanjang hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINITMJ lawat PPS Daerah Segamat
Sat Jan 01 2022Polis Kontinjen Selangor berkolaborasi bersama ABIM Selangor
Sat Jan 01 2022Polis Kontinjen Selangor berkolaborasi bersama ABIM Selangor untuk menggerakkan operasi bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi, antaranya Shah Alam, Klang & Kuala Langat.
— ABIMalaysia ???? (@abimalaysia) December 31, 2021
Baca: https://t.co/aOuBzYlLpv#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBaktiTiada sambutan, orang ramai tinjau paras air
Sat Jan 01 2022Mangsa banjir di empat negeri meningkat
Sat Jan 01 2022Solat subuh berjemaah, sesi taaruf dan tazkirah
Fri Dec 31 2021Dua kereta dihempap pokok tumbang
Fri Dec 31 2021Dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju di sini pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.
BACA BERITA PENUH DI SINISaya sudah biasa kerja-kerja seperti itu - Muhammad Sanusi
Fri Dec 31 2021Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak kekok bergelumang dengan lumpur dan meredah hutan ketika turun padang bersama sukarelawan Kedah ketika misi bantuan banjir ke Selangor bermula 25 Disember hingga Isnin lalu.
Beliau turut dilihat cekap mengendalikan jengkaut ketika membantu mengangkut timbunan sampah banjir ke atas lori untuk dipindahkan ke tempat pelupusan.
BACA BERITA PENUH DI SINIPemberian bantuan tidak seharusnya dijadikan isu politik - Siti Zailah
Fri Dec 31 2021Pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara tidak seharusnya dijadikan isu politik, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
"Dalam membincangkan soal kesukarelawanan dan pemberian bantuan adalah merupakan satu ibadah yang tidak seharusnya dijadikan sebagai satu isu politik.
BACA BERITA PENUH DI SINILZS buka permohonan bantuan banjir LZSpeduli fasa kedua
Fri Dec 31 2021Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan LZSPeduli bagi fasa kedua bermula pada 1 Jan hingga 2 petang, 31 Jan 2022 untuk memberi peluang kepada mangsa banjir yang tidak berkesempatan membuat permohonan sebelum ini.
Permohonan bantuan banjir tersebut boleh dilakukan secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/lzspeduli.
BACA BERITA PENUH DI SINIKPKT peruntuk RM67.5 juta untuk kerja pascabanjir
Fri Dec 31 2021Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM67.5 juta bagi kerja-kerja pascabanjir, kata Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata peruntukan berkenaan merangkumi RM50 juta untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kos membaik pulih infrastruktur dan kemudahan awam, RM12.5 juta untuk kerja-kerja pembersihan sisa banjir dan RM5 juta daripada Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi keperluan Bantuan Bakul Bencana KPKT.
BACA BERITA PENUH DI SINIDoa permudahkan usaha pemulihan kesan COVID-19, bencana alam - Sultan Johor
Fri Dec 31 2021Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyeru rakyat supaya berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19 dan bencana alam yang melanda negara penghujung tahun ini.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang terus berjuang dalam membantu negara memerangi COVID-19 serta bencana alam yang menimpa.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Semua orang nak kami utamakan keluarga mereka dahulu' - Pengarah Bomba Selangor
Fri Dec 31 2021Bukan mudah untuk menggerakkan aset dan anggota untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap akibat banjir, termasuk di Taman Sri Muda baru-baru ini, akui Pengarah Bomba dan Penyelamatan Selangor, Norazam Khamis.
Dalam situasi yang amat mencabar, dengan kedalaman air sehingga enam kaki (1.8 meter), ditambah pula keadaan yang cukup gelap, beliau berkata, bomba terpaksa melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat dalam keadaan yang berhati-hati.
BACA BERITA PENUH DI SINISabah dilanda banjir, mangsa banjir di Kelantan meningkat
Fri Dec 31 2021Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir yang menjejaskan 73 orang penduduk manakala kesemua mangsa di empat negeri kekal setakat malam ini.
Kelantan pula mencatatkan peningkatan mangsa banjir.
BACA BERITA PENUH DI SINIPDRM lancar Op Bantu mangsa banjir
Fri Dec 31 2021Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Bantu bagi tujuan menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata operasi terbabit menyelaras dan menyokong penyampaian bantuan kepada NGO yang tidak mempunyai sumber logistik atau sumber manusia.
BACA BERITA PENUH DI SINISistem amaran banjir beroperasi seluruh negara tahun depan
Fri Dec 31 2021Sistem amaran Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di seluruh negara akan mula beroperasi sepenuhnya tahun hadapan, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Beliau berkata sistem itu memberikan amaran dengan membunyikan siren seawal dua hari sebelum banjir berlaku, selain ramalan banjir tujuh hari sebelum ia dijangka berlaku.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penyampai berita Astro AWANI bersiaran dari Hulu Langat, selami realiti mangsa banjir
Fri Dec 31 2021Tidak sekadar membawa laporan daripada wartawan di lokasi, hari ini penyampai berita Astro AWANI meninggalkan seketika set di studio dan bersiaran secara langsung dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.
Bersama 12 orang kru, tiga penyampai; Essan Yahya, Luqman Hariz dan Dzulfitri Yusop turun ke lokasi bagi menyelami realiti yang perlu dilalui mangsa banjir di sekitar kawasan tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI"Memang terduduk rasanya kali ini" - Peniaga
Fri Dec 31 2021Ambil masa seketika... bayangkan kelengkapan rumah anda musnah akibat banjir.
Bukan itu sahaja, bayangkan perniagaan anda - mata pencarian utama anda - turut sama terjejas akibat banjir, rosak semuanya.
Kerugian mencecah puluhan ribu ringgit, boleh cecah ratusan ribu juga. Berat sungguh dugaan namun itulah realiti dihadapi peniaga di Taman Sri Nanding.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Anda mangsa banjir? Ini Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan PM
Fri Dec 31 2021Berikut merupakan petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menyampaikan perutusan sambutan Tahun Baharu 2022 hari ini berkait Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan.
BACA BERITA PENUH DI SINIBantuan mangsa banjir cecah RM10,000 bagi setiap isi rumah - PM
Fri Dec 31 2021Mangsa banjir di seluruh negara boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai bantuan itu merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
BACA BERITA PENUH DI SINI'Kerajaan tolong kami, kami mahu pindah' - Mangsa
Fri Dec 31 2021Lebih seminggu berlalu selepas bah melanda beberapa kawasan di Mentakab, Pahang dan ia beransur-ansur memberi kesan kepada emosi penduduk.
Itu antara pemerhatian Astro AWANI yang turun ke Taman Mentakab Indah, antara kawasan terjejas teruk pada malam 18 Disember lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINISayu lihat bayi 26 hari terperangkap atas bumbung surau - Penduduk Taman Sri Nanding
Fri Dec 31 2021Mereka tidak pernah menyangka banjir yang tiba kali ini, luar biasa dahsyatnya.
Sebelum ini, paras air setakat lutut dan paha sahaja namun pada 19 Disember lepas, banjir di Taman Sri Nanding hampir menenggelamkan semuanya.
BACA BERITA PENUH DI SINIDari Kluang ke Sri Nanding, baiki motosikal secara percuma
Fri Dec 31 2021Sekumpulan pemilik bengkel motosikal di Kluang, Johor berkampung dua hari di Taman Sri Nanding, membantu membaiki motosikal mangsa banjir.
Semuanya dilakukan secara percuma, tiada langsung caj dikenakan.
Sudah dua hari mereka berada di Taman Sri Nanding dan dengan lebih 20 orang yang hadir, satu demi satu motosikal penduduk dibaiki.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Rumah saya hilang, haiwan ternakan juga hanyut'
Fri Dec 31 2021Cabaran dan kerugian mangsa banjir
Fri Dec 31 2021Jambatan ditenggelami air, bomba bantu pindah jenazah
Fri Dec 31 2021Bukan sahaja memindahkan mangsa banjir, sebaliknya, khidmat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai turut diperlukan bagi memindahkan jenazah seorang penduduk kampung di Sungai Pas di sini, yang dinaiki air.
Jenazah berkenaan melibatkan seorang warga emas, Samsuddin Omar, 63, yang meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit tua.
BACA BERITA PENUH DI SINIRM6 juta dibelanjakan urus sampah pascabanjir - MB Selangor
Fri Dec 31 2021Sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengurus sampah pascabanjir setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata Selangor memerlukan RM10 hingga RM20 juta untuk menyelesaikan proses pembersihan dan pungutan sampah berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI#KitaReset | Cabaran mangsa banjir bangkit kembali
Fri Dec 31 2021#KitaReset: Anak-anak juga perlu kembali ke sekolah
Fri Dec 31 2021Ini tip jika kereta ditenggelami air
Fri Dec 31 2021Amaran hujan berterusan buruk
Fri Dec 31 2021#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/dQZOJAILcP
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 31, 2021Laporan bencana setakat jam 12 tengah hari
Fri Dec 31 2021LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 31, 2021
Agensi Pengurusan Bencana Negara,
(pada jam 12.00pm , 31/12/21
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/DXM4iBjfEbPenduduk lari ke ladang kelapa sawit
Fri Dec 31 2021[Pascabanjir] Penduduk Bt 19, Karak tidak dpt lupakan kejadian Sabtu lalu.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 31, 2021
Timbunan puing kayu di kawasan itu mengejutkan mereka.
Mereka semua melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran ketika kejadian. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/HsuPE4kpzqStatus aras air setakat 11 pagi (1/2)
Fri Dec 31 2021TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) December 31, 2021
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG, SARAWAK, JOHOR & MELAKA
31 DISEMBER 2021 | 11.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/TXOj3CTYjsStatus aras air setakat 11 pagi (2/2)
Fri Dec 31 2021TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) December 31, 2021
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG, SARAWAK, JOHOR & MELAKA
31 DISEMBER 2021 | 11.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/TXOj3CTYjsKandang kambing, reban ayam musnah
Fri Dec 31 2021[Pascabanjir] P Palanivelo,62, tidak dpt menahan sebak.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 31, 2021
Rumahnya, kandang kambing dan reban ayam ternakannya hancur dihanyutkan banjir dan puing kayu di Kg Sri Telemong, Karak.
Tiada apa yg dpt diselamatkan kecuali nyawanya dan keluarga. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/Q2k8Y5f7I9Operasi pembersihan pascabanjir di Dusun Tua
Fri Dec 31 202131 Disember 2021 - Operasi pembersihan pasca banjir di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.#pascabanjir2021#SWCorp pic.twitter.com/IxbcxUSEry
— SWCorp (@swcorp_my) December 31, 2021Amaran ribut petir di 3 negeri hingga 3 petang
Fri Dec 31 2021#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/zx1DB2lueU
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 31, 2021Polis buka markas taktikal mudahkan pengurusan mangsa
Fri Dec 31 2021Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebuah markas taktikal di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun bagi memudahkan pengurusan mangsa gelombang ketiga banjir di Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, markas itu diwujudkan sebagai pusat operasi di lapangan, untuk mengkoordinasi dan menyelaraskan operasi bantuan yang melibatkan pelbagai agensi penyelamat.
BACA BERITA PENUH DI SINIPembersihan pascabanjir di Labuhan Dagang, Bukit Changgang
Fri Dec 31 2021Team Parlimen Alor Gajah turun ke Kg Batu Kapur
Fri Dec 31 2021Penduduk Jeli ikuti rapat ramalan cuaca, pindah awal ke PPS
Fri Dec 31 2021Mangsa banjir di pedalaman Kelantan, Jeli berpindah awal bahkan mereka mengikuti perkembangan semasa berkenaan banjir sama ada di laman kerajaan atau media sosial.
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keadaan banjir gelombang kedua di Jeli sehingga pagi tadi menyaksikan lebih 1,200 mangsa dipindahkan ke sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS).
BACA BERITA PENUH DI SINIJohor Military Force, agensi terlibat sedia dikerah
Fri Dec 31 2021Ini adalah laporan pagi ini yang saya terima. Semua agensi2 dan kakitangan sudah bersedia di daerah2 yang mungkin mengalami banjir. Johor Military Force juga sudah bersedia untuk dikerahkan dengan menyediakan barang barang bantuan. pic.twitter.com/Fncki1cgNj
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 31, 2021Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan meningkat
Fri Dec 31 2021Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan manakala di Pahang menunjukkan penurunan pada pagi ini.
Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 388 orang daripada 115 keluarga pagi ini berbanding 137 orang daripada 42 keluarga malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINIKitaReset: Jatuh sekali, bangkit berkali-kali
Fri Dec 31 2021Tujuh 'hotspot' risiko banjir di Kelantan
Fri Dec 31 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah mengenalpasti tujuh kawasan panas (hotspot) di negeri ini yang sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh.
Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, tujuh lokasi itu ialah Gua Musang; Limau Kasturi (Gua Musang), Sungai Golok (Rantau Panjang), Machang, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.
BACA BERITA PENUH DI SINIMisi bantuan rombongan warga Palestin
Fri Dec 31 2021Lokasi berisiko banjir di Rompin
Fri Dec 31 2021Hebahan Peta Kawasan Berisiko Banjir di Daerah Rompin
— ??Bencana2021?? (@bencana2021) December 31, 2021
Sumber: JPS Rompin pic.twitter.com/j5vSz1VWlRJumlah RORO, lori ditambah di Sri Muda
Fri Dec 31 2021Bagi tingkatkan lagi proses kutipan sisa banjir di Sri Muda & Seksyen 25. Kita tambah jumlah roro dan lori. Command Center @KDEBWaste jam 10pg rekodkan 180 aset KDEBwaste berada di seksyen 25 & Sri Muda. Jumlah ini merupakan peningkatan 600% dari hari pertama operasi 24 Dis lalu pic.twitter.com/DBycznQFYg
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 31, 20211,573 mangsa banjir Kelantan dipindahkan, Jeli tertinggi
Fri Dec 31 2021Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat pagi ini kepada 1573 orang dipindahkan. Daerah Jeli masih mencatatkan jumlah yang dipindahkan tertinggi. Sungai utama Kelantan mencatatkan peningkatan paras air. Laporan lanjut @501Awani pic.twitter.com/OJm88rk6Un
— Fandi Muhamad (@muhafandy501) December 31, 2021Laporan cuaca semasa hingga 2 Jan 2022
Fri Dec 31 2021Suasana pascabanjir di Hotel De Palma, Shah Alam
Fri Dec 31 2021Laluan alternatif ke Pantai Timur
Fri Dec 31 2021Pengumuman Laluan Alternatif (dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur)
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 31, 2021
Sumber: Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
*Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama*#KeluargaMalaysiaSiagaBencana #mynadmabantu pic.twitter.com/xCOGvTsKIZMalapetaka di Kg Sg Perdak
Fri Dec 31 2021[Pascabanjir] Teruk, sangat teruk keadaan di Kg Sungai Perdak, Karak.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 31, 2021
Ada rumah musnah dibadai banjir dan puing kayu.
Penduduk kata sebelum kejadian, mereka dengar bunyi yang kuat dari Sg Perdak. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/VhuWQY0sFrTNB nafi video tular air sungai deras di Tasik Kenyir
Fri Dec 31 2021Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan video tular di media sosial pada Khamis yang memaparkan kejadian arus sungai deras yang dikatakan berlaku di Tasik Kenyir.
Kenyataan rasmi di laman Facebook TNB Care pada Jumaat berkata, sungai yang dipaparkan dalam video itu adalah Sungai Telemong yang terletak berdekatan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir.
BACA BERITA PENUH DI SINIAmaran ribut petir di 4 negeri
Fri Dec 31 2021#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/uhuTOr0lYD
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 31, 2021Ramalan aras air Sungai Kelantan
Fri Dec 31 2021Ramalan Aras Air Sungai Kelantan
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 31, 2021
(31 Disember 2021; 8:00 AM)
Sekiranya hujan masih berterusan, stesen-stesen berikut diramalkan melepasi aras BAHAYA
Sumber: @DID_Malaysia pic.twitter.com/RVHochPS3CLaporan bencana terkini
Fri Dec 31 2021LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 31, 2021
(pada jam 08.00 am, 31/12/21
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/W7y1ZOujdGPersiapan menghadapi banjir
Fri Dec 31 2021Jalan Dabong-Jeli ditutup kepada semua kenderaan
Fri Dec 31 2021AWANI Pagi: Langsung dari Taman Sri Nanding
Fri Dec 31 2021Kerja pembersihan di Temerloh
Fri Dec 31 2021Perkhidmatan baiki peralatan elektrik percuma
Fri Dec 31 2021Merawat keresahan rakyat pascabanjir
Fri Dec 31 2021Misi bantuan di Kampung Karak Setia, Taman Prima
Fri Dec 31 2021Amaran ribut petir di Tampin
Fri Dec 31 2021#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/ekCbuWI5i5
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 31, 2021JPS keluar amaran banjir di Pahang & Johor
Fri Dec 31 2021Strategi tabahkan keyakinan, bina semula kehidupan
Fri Dec 31 2021JBPM guna dron pantau dan nilai tahap risiko
Fri Dec 31 2021Langsung dari 'ground zero'
Fri Dec 31 2021Ikuti Buletin AWANI Pagi Khas, bersiaran secara langsung dari 'ground zero' jam 8.30 pagi ini, membawa anda melangkah ke tahun 2022 dengan semangat bangkit semula membina kehidupan lebih baik.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di empat negeri
Fri Dec 31 2021Mangsa banjir di dua negeri meningkat
Fri Dec 31 2021Status aras air semasa di 6 negeri
Fri Dec 31 2021TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) December 30, 2021
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG, SARAWAK, MELAKA & JOHOR
31 DISEMBER 2021 | 7.00 pagi
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/itgDu9IObt30 sukarelawan dalam misi bantuan ke Pahang
Fri Dec 31 2021Awani Pagi #KitaReset
Thu Dec 30 2021Bersiaran langsung dari ground zero, Awani Pagi membawa anda melangkah ke tahun 2022 dengan semangat bangkit semula membina kehidupan lebih baik.
PM arah agensi terlibat bersiap sedia
Thu Dec 30 2021Kepada yang tinggal di kawasan berisiko, saya nasihatkan agar sentiasa berwaspada dan patuh arahan serta nasihat dari pihak berkuasa.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) December 30, 2021Awani Pagi bersiaran dari Taman Sri Nanding
Thu Dec 30 2021Awani Pagi bersiaran luar di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Sebagai penutup tirai tahun 2021, Astro AWANI di ambang tahun baharu, membawa anda melangkah ke tahun 2022 dengan semangat bangkit semula membina kehidupan lebih baik. #kitareset @501Awani pic.twitter.com/JJmoTIrLIc
— Hakim Rahman (@AHakimRahman) December 30, 2021Bantuan baiki alatan elektrik percuma
Thu Dec 30 2021Misi bantuan banjir ke Pahang
Thu Dec 30 2021Banjir diramal jam 2 petang di Johor
Thu Dec 30 2021TERKINI
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) December 30, 2021
HEBAHAN AMARAN BANJIR NEGERI JOHOR
Susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 30 Disember 2021 jam 3:50 petang, diramalkan BANJIR AKAN BERLAKU di beberapa daerah di negeri Johor bermula 31 Disember 2021 jam 2:00 petang pic.twitter.com/SwoA39PWQtLelaki ditemukan lemas di jambatan Sri Damai
Thu Dec 30 2021Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di jambatan Sri Damai, Sungai belat di sini ditemukan lemas dan tersangkut pada tebing sungai itu, kira-kira jam 8.10 malam, Khamis.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Mohd Firdaus Supiardi, 28, ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir disyaki hilang.
BACA BERITA PENUH DI SINIPenduduk tertekan tanggung kerugian besar
Thu Dec 30 2021Meskipun telah biasa dengan bencana banjir, namun penduduk mengakui tertekan dari segi mental dan fizikal apabila harus menanggung kerugian besar akibat kerosakan harta benda.
Menurut mereka, saban tahun situasi sama berulang ekoran sebahagian besar kawasan kampung itu ditenggelami air.
BACA BERITA PENUH DI SINIAmaran hujan berterusan tahap bahaya di empat negeri
Thu Dec 30 2021Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori bahaya, buruk dan waspada, susulan hujan lebat berterusan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sabah.
Status amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 4.45 pagi itu berkuat kuasa sehingga hari ini dikeluarkan untuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
BACA BERITA PENUH DI SINIPekerja ladang berdepan detik cemas terperangkap 8 jam
Thu Dec 30 2021Seorang pekerja ladang Risda Cherul, di Kemaman, berdepan detik cemas terperangkap hampir lapan jam selepas kawasan ladang berkenaan dilanda banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa Adam Haqimi Aqil Alias, 21, pada jam 11 pagi Khamis.
BACA BERITA PENUH DI SINIAmaran ribut petir
Thu Dec 30 2021#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/D8sG2DM62j
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 30, 2021Unit udara JBPM guna dron pantau kawasan terjejas banjir
Thu Dec 30 2021Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan dron bagi memantau dan menilai tahap risiko kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.
Pengarah Unit Udara JBPM Nazili Mahmood berkata penggunaan teknologi robotik itu sekali gus menjadi pelengkap untuk melakukan tinjauan menerusi pengoperasian udara.
BACA BERITA PENUH DI SINIAmaran hujan berterusan
Thu Dec 30 2021#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/q46hKXEt6A
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 30, 2021Paras sungai di ibu negara dipantau ketat, elak gelombang kedua - Shahidan
Thu Dec 30 2021Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus memantau aras air sungai di kawasan ibu negara dalam memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi jika berlakunya gelombang kedua banjir, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
"Daripada kementerian sendiri fokus kami adalah di Klang, tetapi untuk di ibu negara dengan pelbagai penglibatan daripada jabatan dan agensi juga dengan sistem kamera yang kami ada, boleh memberikan makluman awal.
BACA BERITA PENUH DI SINIHujan berterusan: JPS ramal beberapa daerah di Pahang, Johor alami banjir
Thu Dec 30 2021Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir secara berperingkat akan berlaku di 10 daerah di Pahang mulai 1 pagi ini (31 Dis), susulan amaran hujan berterusan peringkat bahaya (merah) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
BERITA PENUH DI SINIMangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus meningkat, Selangor dan N.Sembilan kekal
Thu Dec 30 2021Bilangan mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan malam ini manakala Pahang menunjukkan penurunan sementara di Selangor dan Negeri Sembilan kekal dengan jumlah sama.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 1,186 orang daripada 350 keluarga berada di PPS setakat 9 malam ini berbanding 856 orang daripada 245 keluarga, petang tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINILelaki korban keempat banjir di Kelantan
Thu Dec 30 2021Seorang lelaki berusia 46 tahun menjadi korban keempat banjir yang melanda Kelantan sejak 17 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mangsa keempat itu dikenali sebagai Mohd Razi Jaafar yang ditemukan lemas pada pukul 5.30 petang Khamis selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Lubok Jong dekat Kampung Serongga, di Pasir Mas.
Banjir, Tanah Runtuh: Tujuh kampung di Sandakan dan Beluran terjejas
Thu Dec 30 2021Ambang Tahun Baharu | Solat hajat ganti sambutan Tahun Baharu - PM
Thu Dec 30 2021KKMM turun padang bantu mangsa di Bukit Changgang
Thu Dec 30 2021PM rakam penghargaan kepada UAE atas sumbangan untuk anggota ATM
Thu Dec 30 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang menghulurkan sumbangan kepada lebih 700 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang terjejas akibat banjir.
Menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini, beliau berkata anggota tentera yang terjejas menerima sumbangan barangan keperluan asas dan makanan yang disampaikan Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith kepada ATM yang diwakili Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.Banjir besar Pahang 2021: Suatu RCI wajar ditubuhkan
Thu Dec 30 2021Bencana banjir besar yang berlaku di Pahang baru-baru ini terutamanya di kawasan Karak dan Mentakab, adalah sesuatu yang mengejutkan. Ia ibarat suatu tsunami yang rakus membadai dan mengingatkan rakyat kepada peristiwa banjir besar Kuala Krai 2014.
KENYATAAN MEDIA PENUH INI DITERBITKAN DI SINIRevolusi senyap berlaku sejak banjir melanda
Thu Dec 30 2021Revolusi senyap berlaku sejak banjir
Thu Dec 30 2021Sejak bencana banjir melanda beberapa buah negeri baru-baru ini, satu revolusi senyap sedang berlaku apabila rakyat mengambil alih tugas menyelesaikan masalah kemasyarakatan.
Perkara ini berlaku kerana usaha-usaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat lebih mudah diselesaikan dengan gerak kerja masyarakat tanpa melibat kerenah birokrasi.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIKWSP: Kerajaan tidak benarkan pengeluaran demi imbangi, jamin masa depan rakyat - Tengku Zafrul
Thu Dec 30 2021Keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran wang dari KWSP adalah bertujuan untuk mengimbangi kebajikan serta untuk menjamin masa depan rakyat.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan sedaya upaya menyediakan inisiatif lain bagi membantu rakyat yang terkesan ketika waktu sukar seperti banjir besar yang melanda negara saat ini.JBPM kenal pasti 272 lokasi berpotensi menyumbang kepada banjir - KP Bomba
Thu Dec 30 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti sejumlah 272 lokasi dengan paras air yang mudah meningkat dan berpotensi menyumbang kepada banjir di seluruh negara.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata 272 lokasi berkenaan melibatkan sungai, persisiran pantai, air terjun dan tali air.
BERITA PENUH DI SINITerengganu kembali dilanda banjir, jumlah mangsa di Kelantan meningkat
Thu Dec 30 2021Hujan lebat berterusan mengakibatkan Terengganu kembali dilanda banjir manakala Kelantan menunjukkan pertambahan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka dialami 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga esok.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Kg Baru Sungai Perdak ibarat dilanda Tsunami' - Ketua Kampung
Thu Dec 30 2021Arus deras Sungai Perdak berserta puing kayu membadai Kampung Baru Sungai Perdak sehingga beberapa rumah musnah ditelan air bah.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati hampir keseluruhan rumah ditembusi puing kayu serta selut setinggi tiga kaki.
BACA BERITA PENUH DI SINIAgensi kerajaan kini lebih bersedia hadapi gelombang kedua banjir
Thu Dec 30 2021Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata agensi-agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menghadapi gelombang kedua banjir seperti ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) didapati kini lebih bersedia dan bertindak pantas dalam menjalankan tugas masing-masing.
Beliau berkata dalam menghadapi gelombang kedua ini, agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergerak dengan lebih cepat setelah "belajar" daripada pengalaman menghadapi gelombang pertama sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan batal sambutan tahun baharu, gantikan solat hajat dan doa selamat - PM
Thu Dec 30 2021Kerajaan akan menganjurkan solat hajat dan doa selamat sebagai tanda menghormati serta bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri bagi menggantikan sambutan tahun baharu 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 pada 31 Disember 2021 di Masjid Putra, Putrajaya.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Rumah, 49 ekor kambing, 100 ekor ayam hanyut dibadai banjir' - Mangsa
Thu Dec 30 2021Rumahnya musnah dibadai banjir dengan puing kayu, binatang ternakannya pula hanyut dibawa arus deras.
Itu dugaan besar buat penduduk Kampung Sri Telemong, Palanivelo Punusamy, 62, apabila kejadian banjir pada Sabtu lalu memberi kesan mendalam buat dirinya.
BACA BERITA PENUH DI SINIBomba Terengganu perkemas koordinasi, perancangan
Thu Dec 30 2021TMJ titah agensi, pejabat daerah siap saga susulan ramalan banjir
Thu Dec 30 2021JOHOR BAHRU: Kesemua agensi berkaitan dan pejabat daerah di negeri ini diarahkan untuk bersiap siaga serta bertindak pantas dalam usaha penambatan banjir susulan laporan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku pada 1 Jan ini.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa memantau situasi di Johor dan akan memastikan segala bantuan dihulurkan kepada rakyat yang terjejas.
BERITA PENUH DI SINISiap siaga, ATM sedia 1 batalion di setiap negeri
Thu Dec 30 2021MET Malaysia: Laporan Cuaca 30 Disember 2021 (Petang)
Thu Dec 30 2021Penduduk kampung Orang Asli kekal berkhemah di lokasi tinggi
Thu Dec 30 2021DENGKIL: Bimbang kemungkinan gelombang kedua banjir, penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tampoi Seberang di sini mengambil keputusan untuk tinggal sementara di dalam khemah yang didirikan di lokasi tinggi, tidak jauh dari kediaman mereka.
Kira-kira 20 keluarga Orang Asli kampung itu masih menetap di 21 khemah biarpun banjir yang melanda kampung berkenaan pada 18 Dis lepas telah surut sepenuhnya.
BERITA PENUH DI SINIPeminjam Mara boleh mohon penjadualan semula pembayaran
Thu Dec 30 2021KUALA LANGAT: Usahawan dan peminjam pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang terjejas dengan insiden banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini boleh mengunjungi mana-mana pejabat agensi tersebut bagi proses penjadualan semula pembayaran.
Ketua Pengarahnya Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, perkara ini diberikan kepada mereka yang mengambil pinjaman pelajaran, pinjaman perniagaan serta yang mahu memohon pengecualian bayaran sewa premis perniagaan.
BERITA PENUH DI SINIMET Malaysia: Amaran ribut petir
Thu Dec 30 2021#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/Wgucd37zUP
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 30, 2021Kelantan dilanda gelombang kedua banjir
Thu Dec 30 2021Penduduk sekitar Sungai Lembing, Kuantan siap sedia hadapi banjir
Thu Dec 30 2021KUANTAN: Penduduk di sekitar Sungai Lembing diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan susulan hujan berterusan sejak semalam.
Menerusi kemas kini beberapa pengguna di laman sosial, paras air Sungai Lembing dilihat mencapai tahap membimbangkan sehingga menenggelamkan jambatan kayu yang menghubungkan perkampungan berhampiran.
BERITA PENUH DI SINIUsaha menyelamat haiwan pascabanjir
Thu Dec 30 2021AS sumbang RM420,000 kepada PBSM Malaysia
Thu Dec 30 2021Amerika Syarikat (AS) berikrar memberikan sumbangan berjumlah RM420,000 untuk misi bantuan banjir kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata bantuan yang dibuat melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat akan menyokong penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada isi rumah yang terjejas banjir di Malaysia, termasuk rawatan perubatan, pencegahan penyakit dan perkhidmatan kesihatan mental.
BERITA PENUH DI SINIStatus aras air semasa
Thu Dec 30 2021STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG, SARAWAK, JOHOR & MELAKA
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 30, 2021
(TARIKH: 30 DISEMBER 2021 KEMASKINI SEHINGGA JAM 05:00 PETANG)
Sumber: @DID_Malaysia pic.twitter.com/CG4n6qVKkhPasukan Sukarelawan JPM di Kg. Asahan, Kuala Selangor
Thu Dec 30 202130 Disember 2021 - Pasukan Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini turun ke Kg. Asahan, Kuala Selangor bagi membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas banjir. pic.twitter.com/FYTxAv6PmR
— Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_) December 30, 2021Pharmaniaga sumbang bantuan kecemasan, perubatan dan sukarelawan
Thu Dec 30 2021KUALA LUMPUR: Peka dengan situasi banjir yang berlaku ketika ini, Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) menyumbangkan bantuan kecemasan, perubatan, keperluan penting dan peruntukan buat mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal di beberapa buah negeri.
Pharmaniaga dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut mengerahkan 230 sukarelawan dalam kalangan pekerjanya bagi membersihkan rumah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas di sekitar Hulu Langat, Puchong dan Shah Alam.
BERITA PENUH DI SINIPuing resahkan penduduk
Thu Dec 30 2021Kelantan dilanda gelombang kedua, fenomena kepala air di Lata Berangin
Thu Dec 30 2021KOTA BHARU: Kelantan kembali dilanda banjir gelombang kedua apabila 686 orang membabitkan 193 keluarga dari dua daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.
Jeli dan Kuala Krai merupakan daerah yang mula dilanda banjir gelombang kedua apabila hujan turun sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.
BERITA PENUH DI SINILebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE
Thu Dec 30 2021KUALA LUMPUR: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghulurkan sumbangan makanan dan barangan keperluan asas kepada lebih 700 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas akibat banjir terutamanya di Pahang dan Selangor.
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata sumbangan berkenaan disampaikan Duta Emiriah UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.
BERITA PENUH DI SINIMangsa banjir diminta sahkan data segera
Thu Dec 30 2021ATM atur gerak anggota, aset ke 86 lokasi hadapi gelombang kedua - Hishammuddin
Thu Dec 30 2021KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi berkaitan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu diambil berikutan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai kemungkinan berlakunya hujan berterusan bermula semalam hingga 6 Jan ini yang berupaya menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir di beberapa negeri.
BERITA PENUH DI SINIAmaran hujan sangat lebat di 11 kawasan negeri pantai timur hingga esok
Thu Dec 30 2021Amaran cuaca peringkat bahaya (merah) iaitu hujan sangat lebat berterusan diramal di 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Jumaat (esok).
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran yang dikeluarkan pada 3.50 petang hari ini melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala di Terengganu meliputi Kemaman, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu; serta Kuantan, Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang.
BERITA PENUH DI SINIKKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri
Thu Dec 30 2021HULU LANGAT: Kerja-kerja pembaikan klinik kesihatan (KK) dan fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir kini sedang disegerakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata keutamaan KKM adalah memastikan perkhidmatan kesihatan di kawasan terjejas dapat bersambung semula secepat mungkin.
BERITA PENUH DI SINIRebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari
Thu Dec 30 2021PUTRAJAYA: Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program 'Sustainability Achieved via Energy Efficiency' (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik, katanya.
BERITA PENUH DI SINIRebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari
Thu Dec 30 2021PUTRAJAYA: Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program 'Sustainability Achieved via Energy Efficiency' (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Jan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik, katanya.
BERITA PENUH DI SINIMangsa yang layak terima bantuan digesa segera hantar permohonan
Thu Dec 30 2021KUANTAN: Mangsa banjir di seluruh negara yang masih belum berdaftar digesa segera membuat pengesahan dengan ketua komuniti setempat bagi memudahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) disalurkan.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, ini kerana masih terdapat mangsa terutama yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi terjejas banjir yang tidak membuat pendaftaran.
BERITA PENUH DI SINIMangsa yang layak terima bantuan digesa segera hantar permohonan
Thu Dec 30 2021Mangsa banjir di seluruh negara yang masih belum berdaftar digesa segera membuat pengesahan dengan ketua komuniti setempat bagi memudahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) disalurkan.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, ini kerana masih terdapat mangsa terutama yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi terjejas banjir yang tidak membuat pendaftaran.
BERITA PENUH DI SINISituasi semasa di Bukit Lanchong
Thu Dec 30 2021Amaran peringkat merah di beberapa lokasi di pantai timur, Nadma arah tingkat kesiapsiagaan
Thu Dec 30 2021Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah diarah mengaktifkan dan meningkatkan kesiapsiagaan susulan amaran hujan lebat berpanjangan yang dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia).
Arahan itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang turut melibatkan beberapa agensi-agensi berkepentingan yang lain.
BERITA PENUH DI SINIJumlah mangsa banjir di tiga negeri berkurangan, Kelantan catat peningkatan tengah hari ini
Thu Dec 30 2021Keadaan banjir secara keseluruhan bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Melaka, Pahang, dan Selangor mencatatkan penurunan tengah hari ini.
Bagaimanapun, Kelantan yang diramal banjir bermula 8 malam ini menunjukkan pertambahan jumlah mangsa apabila seramai 510 orang daripada 145 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir tengah hari ini berbanding 31 orang, pagi tadi.
BERITA PENUH DI SINIAmaran hujan sangat lebat di Jeli, Kelantan; Terengganu dijangka banjir malam ini - JPS
Thu Dec 30 2021Amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka dialami di tiga negeri pantai timur Semenanjung - Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat 31 Disember.
Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada 1.25 petang ini, menyebut kawasan-kawasan yang terlibat di tiga negeri itu ialah Jeli (Kelantan), Kemaman (Terengganu) dan Kuantan (Pahang).
BERITA PENUH DI SINIBangkit semula
Thu Dec 30 2021[Pascabanjir] Kemusnahan di Janda Baik, Bentong luar biasa.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 30, 2021
Bagi pengusaha chalet, mereka akan bangkit semula.
Janda Baik kini perlukan bantuan daripada pihak berwajib. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/YKuVmMiOFpPengusaha chalet Janda Baik mahu bangkit semula
Thu Dec 30 2021Golongan OKU diberi keutamaan dipindahkan
Thu Dec 30 2021Banjir kilat: Tiga beranak diselamatkan selepas rumah dinaiki air
Thu Dec 30 2021Sepasang warga emas bersama anak mereka yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Jeli selepas terperangkap dalam sebuah rumah di kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli, Kelantan pagi tadi.
Menurut ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim, hujan lebat semalam menyebabkan kampung berkenaan dilanda banjir kilat bermula awal pagi tadi.
BERITA LANJUT DI SINI.Usaha pasukan bomba di Kg Baru Jalan Malaysia, Jeli
Thu Dec 30 202130/12/2021 Usaha pasukan @bombaJBPM #Jeli menyelamkan 1L warga emas,1W warga emas dan 1 W dewasa (OKU) di Kg Baru Jalan Malaysia Jeli ke tempat selamat @R6Deni @zainalmadasin @JapenKelantan @reezal_merican @kpkt_gov @Wild4nBoMb4 @KP_bombaJBPM @BuletinTV3 @Mustapa_Mohamed pic.twitter.com/c3YmihWpdA
— BOMBAKELANTAN (@bombakelantan) December 30, 2021Banjir: Jegan tawar khidmat periksa elektrik percuma
Thu Dec 30 2021"Abang, boleh datang periksa elektrik rumah saya? Abang, betul ke periksa elektrik percuma sahaja?".
Itu antara persoalan diterima Jegan Perumal, 32, yang menawarkan perkhidmatan memeriksa pendawaian elektrik secara percuma kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam sepanjang minggu lepas.
BERITA LANJUT DI SINI.Pascabanjir: Kami akan bangkit semula, kerajaan mohon bantu - Pengusaha chalet
Thu Dec 30 2021Kawasan Janda Baik dekat sini merupakan antara lokasi pilihan yang menjadi tumpuan pelancong setiap kali bercuti bersama keluarga dan rakan.
Namun, sejak bah besar melanda seminggu lalu, ia memberi kesan mendalam kepada pengusaha chalet dan resort apabila rata-rata fasiliti mereka turut terjejas teruk.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri kekal, Melaka catat penurunan
Thu Dec 30 2021Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan masih kekal, manakala di Melaka mencatatkan penurunan pagi ini.
BERITA LANJUT DI SINI.Mangsa banjir KKMM mohon moratorium pembayaran sewa kuarters
Thu Dec 30 2021Kakitangan Kementerian Komunikasi, Multimedia Malaysia (KKMM) yang terjejas akibat banjir baru-baru ini memohon pertimbangan pihak kementerian bagi memberi moratorium penangguhan pembayaran sewa kuarters.
Wakil Penduduk Cawangan Pengesan Siaran (CPS) KKMM Klang Suhaimi Sulaiman, 48, yang bertugas di ibu pejabat Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri berkata perkara itu pastinya dapat membantu 20 penduduk kuarters dari lima keluarga terbabit untuk memulakan fasa pemulihan daripada bencana.
BERITA LANJUT DI SINI.Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir
Thu Dec 30 2021Ketika ramai pihak mencari punca yang berlaku banjir besar di Lembah Klang, timbul lagi satu dakwaan berhubung isu projek pembangunan perumahan dan projek campuran di enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur.
Ia berikutan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 yang kembali tular di media sosial mendedahkan kelulusan itu diberikan dari tahun 2015 hingga 2020 walaupun dalam tempoh yang sama ibu negara mengalami banjir kilat sebanyak 48 kali.
BERITA LANJUT DI SINI.Seawal usia 4 tahun sudah terdedah misi bantuan banjir
Thu Dec 30 2021Bertuah ibu, Nur Azreen Saleh dan ayahnya, kerana memiliki seorang anak lelaki yang punyai jiwa yang besar. Sejak anaknya, Izz Zhafran berusia 4 tahun lagi dia sudah didedahkan dengan misi bantuan banjir.
“Dah biasa ikut Ayah dan Ummi menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan,” luah ibu menerusi ruangan Facebook miliknya.
BERITA LANJUT DI SINI.Dianggap paling bersedia hadapi bencana, mengapa Selangor gagal urus bah 18 Dis?
Thu Dec 30 2021Segala yang ada di dalam rumah setingkat itu bersalut lumpur - peralatan elektrik dan elektronik, perkakas rumah dan perabot, malah pakaian juga bergumpal selut.
TV skrin rata 42 inci yang sebelum ini menjadi sumber maklumat dan hiburan Derismawa Arisno dan dua teman serumah, dijadikan alas duduk wanita itu yang berehat sekejap bagi menghilangkan lelah membersihkan rumah sewanya yang ditenggelami air selama seminggu bermula 18 Dis lalu.
BERITA LANJUT DI SINI.Mydin lancar kempen OURDIN, kumpul dana bantu mangsa banjir
Thu Dec 30 2021Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi Mydin Prihatin melancarkan kempen OURDIN pada Rabu sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.
Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, kempen dengan slogan ‘Bersama Kita Bersatu’ dinamakan OURDIN berikutan tular di media sosial berkaitan usaha Mydin membantu mangsa banjir sehingga mendapat pujian ramai.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Lima jalan masih ditutup di Selangor
Wed Dec 29 2021Sebanyak lima jalan masih ditutup di seluruh Selangor ekoran kenaikan air dan tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.
Penutupan itu melibatkan Daerah Sepang, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kajang.
BERITA LANJUT DI SINI.Penduduk Hulu Dungun bersedia hadapi banjir gelombang ketiga
Wed Dec 29 2021Penduduk di Hulu Dungun, Terengganu, kini bersiap sedia untuk menghadapi banjir gelombang ketiga yang dijangka melanda kawasan itu tidak lama lagi.
Ia susulan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir di negeri itu bermula 31 Disember ini.
BERITA LANJUT DI SINI.Operasi khas kawalan harga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat - KPDNHEP
Wed Dec 29 2021Operasi khas akan dilancarkan dalam tempoh terdekat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis-premis perniagaan susulan khuatir peningkatan harga pasaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya ketika waktu banjir ketika ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa situasi banjir ketika ini berpotensi menyebabkan berlakunya peningkatan harga pasaran dan ianya bakal membebani rakyat yang sudahpun menghadapai kesukaran ketika mendepani bencana alam itu.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: MINDEF sumbang RM500 bagi tentera, awam di Kem Batu Tiga Temerloh
Wed Dec 29 2021Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyumbang wang tunai RM500 kepada 104 keluarga termasuk 26 keluarga warga awam MINDEF di Kem Batu Tiga, Temerloh di Pahang yang terjejas banjir baru-baru ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pemberian berkenaan sebagai tambahan kepada bantuan RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bantuan RM500 yang diumumkan Kerajaan Pahang sebelum ini.
BERITA LANJUT DI SINI.
Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Lentang - JPNP
Wed Dec 29 2021Semakan udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan (HS) Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi kenyataan malam tadi, memaklumkan semakan di kedua-dua lokasi mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menerusi media sosial, merupakan sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Dis lepas.
BERITA LANJUT DI SINI.
Penduduk gesa tangani masalah Empangan Low Wei segera
Wed Dec 29 2021Penduduk menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera tangani masalah benteng Empangan Low Wei di Sungai Guntung, Setiu yang runtuh akibat banjir awal Disember lalu.
Menurut Yahaya Ahmad, 54, runtuhan itu berlaku apabila benteng empangan berkenaan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan aliran deras yang datang dari tiga batang sungai di kawasan berdekatan ketika musim hujan.
BERITA LANJUT DI SINI.Masyarakat Islam selatan Thailand derma 1 juta baht bantu mangsa banjir di Malaysia
Wed Dec 29 2021Masyarakat Islam di selatan Thailand menyampaikan sumbangan berjumlah 1 juta baht (RM124,751) bagi meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.
Kempen kutipan derma dalam talian (online donation drive) merupakan initiatif pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah bebas di selatan Thailand.
BERITA LANJUT DI SINI.Mangsa banjir di tiga negeri semakin berkurangan
Wed Dec 29 2021Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan dan Selangor terus mencatatkan pengurangan malam ini.
Di PAHANG, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 5,987 mangsa masih berada di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan, berbanding 6,351 di 48 PPS petang tadi.
BERITA PENUH DI SINILebih 30,000 isi rumah Selangor layak dapat bantuan pascabanjir - MB
Wed Dec 29 2021HULU LANGAT : Lebih 30,000 isi rumah di Selangor layak mendapat bantuan pasca banjir setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau memaklumkan, bantuan itu juga termasuk kepada mereka yang tidak tinggal di Pusat Pemindaan Sementara (PPS).
BERITA PENUH DI SINIPuing hanyut musnahkan beberapa rumah
Wed Dec 29 2021Perkasa kesedaran rakyat perlu jadi agenda negara hadapi bencana - MKN
Wed Dec 29 2021Memperkasakan kesedaran orang ramai dalam menghadapi bencana perlu menjadi keutamaan dalam penambahbaikan pengurusan bencana negara termasuk banjir.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata berdasarkan pemerhatian setelah seminggu situasi banjir melanda negara sudah tiba masanya ketahanan rakyat atau community resilience diperkasakan.
BERITA PENUH DI SINIPengurusan sampah gagal?
Wed Dec 29 2021Ramalan banjir: Lebih 5,000 anggota, pegawai bomba diarah siap siaga - Reezal
Wed Dec 29 2021KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,525 pegawai dan anggota bomba diletakkan dalam keadaan siap siaga susulan amaran banjir yang melibatkan empat negeri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia merangkumi 2,817 Pegawai Bomba (PSM), 628 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan 2,080 Pasukan Bomba Sukarela (PBS).
BERITA PENUH DI SINI'Lantai, perabot rumah semua hilang diterjah bah' - Mangsa
Wed Dec 29 2021BENTONG: Kejadian banjir pada Sabtu lalu tidak akan pernah dilupakan Mat Sabri Ahmad Malek.
Tidak banyak yang dapat dilakukan warga emas berusia 62 tahun itu apabila menyaksikan rumah yang dibina dengan kudrat sendiri dan dihuni sejak 15 tahun lalu musnah dalam detik yang amat pantas.
Luluh hati pada ketentuan yang memilukan, Mat Sabri sama sekali tidak menyangka rumahnya yang selama ini menjadi tempat berlindung dari panas dan hujan itu rosak teruk dalam kejadian banjir pada Sabtu lalu.
BERITA PENUH DI SINIProses pembersihan Hulu Langat ambil masa 2 minggu
Wed Dec 29 2021Projek perumahan tak ada kena mengena dengan banjir Taman Sri Muda - Exco Selangor
Wed Dec 29 2021SHAH ALAM: Dakwaan seorang wanita bahawa sebuah projek perumahan menjadi punca banjir besar yang melanda Taman Sri Muda, di sini pada 18 Disember lepas, adalah tidak benar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Izham Hashim.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor itu berkata, dakwaan wanita berkenaan bahawa ban telah pecah juga tidak benar.
BERITA PENUH DI SINIJawatankuasa bencana semua daerah di Sabah diaktifkan serta-merta - Hajiji
Wed Dec 29 2021KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua daerah di Sabah diaktifkan dalam berdepan musim tengkujuh dan Luruan Monsun yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa agar semua jawatankuasa pengurusan bencana itu diaktifkan serta-merta.
BERITA PENUH DI SINIHishammuddin peka warga ATM terjejas, agih bantuan
Wed Dec 29 2021Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan, Melaka kekal
Wed Dec 29 2021KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, manakala di Melaka kekal dengan jumlah sama.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan banjir di Bera pulih apabila PPS terakhir di daerah itu ditutup petang ini, selepas semua 32 mangsa terakhir dibenarkan pulang, menjadikan hanya lima daerah masih terjejas iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.
BERITA PENUH DI SINIPascabanjir | Proses pemulihan bencana dipergiat
Wed Dec 29 2021MET Malaysia: Laporan Cuaca 29 Disember 2021 (Petang)
Wed Dec 29 2021Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit
Wed Dec 29 2021HULU LANGAT : Kejadian banjir yang melanda Hulu Langat mengakibatkan ramai peniaga terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit berikutan barang perniagaan dan peralatan premis mereka rosak sehingga 90 peratus daripadanya terpaksa dibuang.
Lebih menyedihkan, ada segelintir mereka yang mengakui sudah menyerah kalah dan buntu melihat keadaan premis yang seolah-olah dipukul tsunami.
BERITA PENUH DI SINI"Jiran sendiri berenang cari bot, kami sangat terhutang budi" - Penduduk Taman Sri Muda
Wed Dec 29 2021SHAH ALAM: “Jika jiran sebelah tidak pergi cari bot sendiri, barangkali kami akan terus terperangkap sampai banjir surut.”
Itu luahan Ajit Singh, 54, antara ribuan penduduk Taman Sri Muda, dalam bencana banjir yang mereka sifatkan terburuk dalam tempoh 20 tahun.
Menceritakan kembali detik hitam pada 18 Disember itu, Ajit berkata, mereka sekeluarga langsung tidak menjangkakan paras air boleh naik sehingga mencecah tingkat dua rumah mereka.
BERITA PENUH DI SINISkuad Banjir Sukarelawan KAKEP Kementerian Pertahanan jalankan misi amal
Wed Dec 29 2021DENGKIL, 29 Disember 2021 - seramai 49 orang Skuad Banjir Sukarelawan KAKEP Kementerian Pertahanan telah terlibat dalam menjalankan Misi Amal mereka hari ini di Kampung Chemperai, Dengkil.#MindefMalaysia#mindefupdate#OpMurni#banjir2021 pic.twitter.com/5HG6hWXkbJ
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) December 29, 2021Siap siaga gelombang kedua banjir - YDPA
Wed Dec 29 2021Ramalan awal di Pantai Timur dan Johor mula 31 Dis
Wed Dec 29 2021"Hanya ingat mati ... empat jam saya junjung bayi dalam kotak" - Mangsa banjir
Wed Dec 29 2021"Bagai mati, hidup semula. Ibarat berada di tengah-tengah lautan. Masa itu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua. Saya hanya reda dengan doa yang tak putus.”
Ini perkongsian Suriyati Abdul Mokhtar, 34, ibu kepada dua orang anak dan mangsa banjir di Pahang ketika dia dan bayinya yang berusia enam bulan bertarung nyawa menyelamatkan diri mereka ketika banjir luar jangka melanda rumahnya, baru-baru ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINISituasi semasa di Sri Muda
Wed Dec 29 2021Minggu yang sedih ... letih buat mangsa banjir
Wed Dec 29 2021Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.
Satu demi satu rumah dilewati krew Astro AWANI, realiti terungkai, kebanyakan penduduk masih sibuk mengemas kesan-kesan banjir di kediaman mereka.
ARTIKEL PENUH ADA DI SINIGantian percuma sijil nikah, cerai dan rujuk bagi 10,000 mangsa banjir Pahang
Wed Dec 29 2021Mangsa banjir di Pahang yang kehilangan dokumen seperti sijil nikah, cerai dan rujuk, boleh mendapatkan semula salinannya secara percuma bermula 3 Januari sehingga 28 Februari tahun hadapan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, individu terlibat boleh berurusan dengan 14 Pejabat Agama Islam Daerah tanpa perlu membuat temu janji dan inisiatif ini melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000.
KLIK UNTUK ARTIKEL PENUHTerpaksa cari kain kapan lebih satu jam - Setiausaha Surau Al-Talbiah
Wed Dec 29 2021HULU LANGAT : Walaupun sudah lebih seminggu Hulu Langat dilanda banjir luar biasa, namun kesannya diibaratkan seperti tsunami dengan sebahagian besar daerah itu masih lagi lumpuh sehingga hari ini.
Dalam keadaan sebegini, siapa sangka, seorang penduduk berusia 60-an yang sekian lama bertarung nyawa meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit kanser.
Lebih menyedihkan, Setiausaha Surau Al-Talbiah, Yakob Ramli memberitahu, terpaksa mencari kain kapan lebih satu jam untuk menguruskan jenazah Allahyarham.
BERITA PENUH DI SINIDugaan Banjir | Minggu yang sedih, letih buat mangsa banjir
Wed Dec 29 2021Bertemu anggota ATM dan keluarga yang terjejas akibat banjir di Kem Batu Tiga, Temerloh.
Wed Dec 29 2021Ke Kem Batu Tiga, Temerloh hari ini bagi berjumpa anggota @MarkasATM & keluarga yang turut terjejas akibat banjir. @MINDEFMalaysia telah salurkan segera bantuan kewangan dan barang keperluan asas kepada setiap yang terkesan. Bantuan ini juga akan ditambah dari masa ke masa. pic.twitter.com/4IhPeEDMRo
— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) December 29, 2021Paras air Sungai Kesang tinggi sukarkan bomba pam keluar air 'banjir termenung'
Wed Dec 29 2021JASIN: Paras air Sungai Kesang yang masih tinggi menyukarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menjalankan khidmat khas bagi membantu mengepam keluar air 'banjir termenung' di sekitar Kampung Lanchang, Merlimau di sini.
Pengarahnya Abu Bakar Katain berkata, proses itu akan dilakukan dalam masa satu atau dua hari lagi dan bergantung kepada situasi semasa memandangkan paras air yang bertakung di sekitar kawasan melibatkan tujuh rumah penduduk di situ masih menyamai paras sungai tersebut.
BERITA PENUH DI SINIAgong seru rakyat agar lebih waspada hadapi kemungkinan banjir
Wed Dec 29 2021Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’In Billah menasihati agar rakyat khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.
BERITA PENUH DI SINIPendekatan tangani impak kepada ekonomi, pekerjaan
Wed Dec 29 2021Pahang, Johor bermula 1 Januari, Kelantan dan Terengganu 31 Disember ini - PRABN
Wed Dec 29 2021Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu bermula 31 Disember manakala di Pahang dan Johor mulai 1 Januari.
PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam.
ARTIKEL PENUH DI SINIDua hingga tiga juta buku rosak
Wed Dec 29 2021Kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas ditenggelami air di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House di Seksyen 33, Taman Alam Indah di sini, akibat banjir teruk melanda Selangor pertengahan bulan ini.
Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.Bantuan banjir: Penglibatan aktif NGO satu evolusi ke negara maju
Wed Dec 29 2021Penglibatan aktif daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu masyarakat ketika ditimpa bencana menyaksikan satu evolusi bagi sebuah negara yang membangun menuju ke negara maju.
Jelas Timbalan Pengarah KITA UKM, Profesor Kartini Aboo Talib, ini menujukkan NGO bersedia dan berganding bahu secara kolektif untuk membantu rakyat tanpa menunggu arahan daripada mana-mana pihak.
ARTIKEL PENUH DI SINIBantuan banjir: Penglibatan aktif NGO satu evolusi ke negara maju
Wed Dec 29 2021Penglibatan aktif daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu masyarakat ketika ditimpa bencana menyaksikan satu evolusi bagi sebuah negara yang membangun menuju ke negara maju.
Jelas Timbalan Pengarah KITA UKM, Prof Kartini Aboo Talib, ini menujukkan NGO bersedia dan berganding bahu secara kolektif untuk membantu rakyat tanpa menunggu arahan daripada mana-mana pihak.
BERITA LANJUT DI SINI.Prihatin kesan emosi, psikologi mangsa banjir - Pakar
Wed Dec 29 2021Bencana banjir yang berlaku di lapan buah negeri termasuk Selangor dan beberapa daerah di Pahang serta Negeri Sembilan baru-baru sudah tentunya memberi kesan mendalam kepada kebanyakan mangsa yang terlibat, termasuklah dari aspek psikologi.
Tragedi yang mengakibatkan kemusnahan besar harta benda dan setakat ini meragut 48 nyawa, membuatkan ada mangsa yang masih berada dalam keadaan terkejut, trauma selain mengalami gangguan emosi dan mental.
BERITA LANJUT DI SINI.Hikmah di sebalik bah 18 Disember
Wed Dec 29 2021Timbunan barang elektrik dan perabot yang rosak serta sampah-sarap, ada yang setinggi kereta sedan dan sejauh mata memandang, membawa ingatan penulis kepada bencana tsunami Asia pada 2004.
Namun pemandangan ini bukanlah akibat tsunami di luar negara, sebaliknya di depan jalan masuk ke Taman Sri Nanding di Hulu Langat, kira-kira 20 kilometer dari ibu negara, pada Sabtu lepas, iaitu seminggu selepas bah besar melanda daerah itu dan beberapa kawasan lain di Lembah Klang pada 18 Dis lalu.
BERITA LANJUT DI SINI.Jumlah mangsa banjir di dua negeri turun, tiga negeri kekal
Wed Dec 29 2021Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri kekal jumlah sama setakat pagi ini dengan 13,039 orang masih berlindung di 104 pusat pemindahan sementara (PPS).
BERITA LANJUT DI SINI.Mangsa banjir di Karak dan Bentong masih trauma
Wed Dec 29 2021"HARI ini, hari yang penting bagi kami. Kami perlu melangsaikan tanggungjawab yang diamanahkan,” ujar Pengarah Urusan dan pemilik S.A.I International College (SAI College), Kugan Selva sambil menuding jarinya ke arah lori dan trak 4X4 yang padat dengan barangan.
Kugan dan kira-kira 30 orang sukarelawan bergerak ke Pahang, menemui mangsa banjir dan mengedarkan barangan menggunakan lebih 10 trak dan lori untuk hanya membawa barangan.
BERITA LANJUT DI SINI.Mangsa banjir akui trauma, sedih mengenang kejadian menimpa
Wed Dec 29 2021Banjir teruk yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan harta benda, malah ia turut memberi tekanan perasaan dan trauma kepada mangsa terlibat.
Perkara itu diakui seorang mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Ellen Enjelina, 34, yang kini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 di sini.
BERITA LANJUT DI SINI.Jelebu kawasan terkering namun alami banjir terburuk di Negeri Sembilan
Wed Dec 29 2021Bencana banjir yang melanda lapan negeri termasuk Negeri Sembilan pada minggu lepas, disifatkan oleh banyak pihak sebagai antara yang terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun.
Musibah yang datang ketika rakyat masih lagi diancam jangkitan COVID-19, menambah beban mereka yang sudah sedia terbeban khususnya dari segi ekonomi.
BERITA LANJUT DI SINI.Pascabanjir: Terengganu sedia hulur bantuan kepada negeri terjejas
Tue Dec 28 2021Kerajaan Negeri Terengganu bersedia menggembeling tenaga sukarelawan negeri itu untuk membantu misi pascabanjir di negeri terjejas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata setakat ini dua misi bantuan membantu mangsa banjir telah digerakkan ke negeri Pahang.
BERITA LANJUT DI SINI.Gelombang ketiga banjir, penduduk di Hulu Dungun dipindahkan awal
Tue Dec 28 2021Penduduk yang tinggal berhampiran sungai di Hulu Dungun akan dipindahkan lebih awal ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menghadapi gelombang ketiga banjir yang dijangka melanda Khamis ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tindakan itu diambil selepas model ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlakunya banjir pada 30 dan 31 Disember ini, selain untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.
BERITA LANJUT DI SINI.78 kes penyakit berjangkit, 434 jangkitan COVID-19 babitkan mangsa banjir
Tue Dec 28 2021Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ianya membabitkan lima jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit, 'acute gastroenteritis' (AGE), Hand Food Mouth Disease (HFMD) dan konjunktivitis.
BERITA PENUH DI SINITiada lagi pengeluaran KWSP untuk tujuan lain selain persaraan
Tue Dec 28 2021Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan sentiasa melindungi keperluan serta kesejahteraan persaraan rakyat Malaysia pada masa hadapan dan dengan itu, tidak menggalakkan lagi pengeluaran dana itu bagi tujuan lain.
KWSP dalam satu kenyataan pada Selasa menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecukupan pendapatan persaraan mereka dan menyokong pemberhentian pengeluaran simpanan KWSP di bawah skim i-Citra.
Jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan malam Selasa
Tue Dec 28 2021Seramai 11,306 mangsa banjir dilaporkan masih berada di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima negeri, setakat malam Selasa.
Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 16,281 petang Selasa, dengan kesemua mangsa ditempatkan di 107 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.Tiada koordinasi komunikasi gagalkan OGP
Tue Dec 28 2021Empat sukarelawan parti Muda positif COVID-19
Tue Dec 28 2021Empat kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kalangan sukarelawan yang pernah hadir dan bertugas di ibu pejabat koordinasi banjir Parti Muda.
Ketua Penerangan Parti Muda, Zaidel Baharuddin memaklumkan, kes dikesan selepas seorang sukarelawan disah positif ketika membuat ujian ‘kit’ air liur sebelum dibenarkan masuk ke ibu pejabat.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIPerancangan jangka panjang diperlukan untuk pembangunan pelabuhan
Tue Dec 28 2021Libatkan banyak pihak dalam usaha pemulihan sektor maritim
Tue Dec 28 2021Konsep OGP diperlukan dalam menguruskan bantuan bencana
Tue Dec 28 2021Kerajaan Pahang tunggu laporan siasatan
Tue Dec 28 2021Pascabanjir: Perancangan jangka panjang perlu untuk sektor maritim
Tue Dec 28 2021Bencana banjir memberi peluang untuk semua pihak memikirkan pembangunan kawasan pelabuhan atau bandar di pesisir pantai, kata Ketua Pengarah Institut Maritim Malaysia, Datuk Sabirin Ja'afar.
Sabirin menjelaskan, perancangan jangka panjang perlu dibuat bukan hanya dalam menguruskan banjir malah melibatkan sistem pelabuhan di negara ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIPascabanjir: Strategi pemulihan sektor Maritim
Tue Dec 28 2021Konsep OGP diperlukan untuk membantu mangsa bencana
Tue Dec 28 2021Konsep 'Open Government Partnership' (OGP) merupakan satu bentuk kerjasama yang baik dalam menguruskan bantuan kepada mangsa bencana.
Persefahaman antara kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sukarelawan akan memudahkan segala urusan dan dapat membantu mangsa dengan cepat.
Menurut Koordinator Operasi Banjero Squad, Mohd Azraie Azahari, sikap kerajaan terhadap NGO dan sukarelawan juga penting dalam menguruskan bencana.
BERITA PENUH DI SINIAgenda AWANI: #KitaJagaKita | Solidariti wira banjir
Tue Dec 28 2021Pascabanjir: 'Tangki hitam inilah selamatkan saya dan isteri'
Tue Dec 28 2021BENTONG: Setiap mangsa banjir sudah pasti ada kisah mereka sendiri apabila berkongsi pengalaman berdepan bah besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Di Bentong lain pula kisahnya apabila sepasang suami isteri bersyukur kerana terselamat daripada musibah dihanyutkan banjir pada 18 Disember lalu.
BERITA PENUH DI SINIMakanan dan keperluan asas mangsa banjir dijamin mencukupi - Rosol
Tue Dec 28 2021KAJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan makanan dan keperluan asas untuk mangsa banjir setakat ini mencukupi walaupun jika berlaku gelombang banjir kedua.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, kerajaan telah melakukan persediaan awal dengan bantuan pelbagai pihak.
BERITA PENUH DI SINIPascabanjir: Selepas air surut, kini debu pula jadi ancaman penduduk
Tue Dec 28 2021BENTONG: Selepas air banjir menyurut timbul pula masalah lain apabila debu tebal dikatakan mengakibatkan kesihatan penduduk di kawasan terbabit terjejas.
Itu antara luahan penduduk di Kampung Chegar Medang di sini iaitu antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini.
BERITA PENUH DI SINI223 penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir Kelantan - Dr Zaini
Tue Dec 28 2021Sebanyak 223 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di lima daerah di Kelantan sejak kejadian banjir besar pada 17 Disember lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kesemua kes itu dikesan sejak 17 hingga 26 Disember lepas di lebih 50 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka dalam tempoh itu.
BACA BERITA PENUH DI SINIBekalan elektrik di 831 kawasan banjir telah pulih - TNB
Tue Dec 28 2021Bekalan elektrik di 831 kawasan yang terjejas banjir di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur telah dipulihkan setakat pukul 12 tengah hari ini.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ia meliputi 510 kawasan di Pahang, 178 kawasan di Selangor, 118 kawasan di Kuala Lumpur dan 25 kawasan di Negeri Sembilan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINITingkah laku diperhati, rakyat akan hukum ahli politik pada PRU15 - Penganalisis
Tue Dec 28 2021Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri membuatkan rakyat melihat tingkah laku ahli-ahli politik tanpa mengira parti.
Sehubungan itu, penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub menegaskan, pada PRU15 kelak, rakyat akan menghukum ahli-ahli politik yang dilihat lebih mahukan publisiti ketika banjir berbanding membantu mangsa.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI[KOLUMNIS] Banjir Besar Negara: Prasyarat dan masa kritikal untuk redakan kemarahan rakyat
Tue Dec 28 2021Ketika tahun kedua pandemik COVID-19 menghampiri penghujungnya, tanpa diduga tragedi berkembar melanda sebahagian besar negeri di Semenanjung.
Secara umum, seperti tahun-tahun lalu, agensi-agensi kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi impak banjir, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan awal bulan lalu mengenai kemungkinan hujan lebat menjelang penghujung tahun.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI"Kalau hujan, bocor sana-sini, memang kami tak boleh tidur" - Mangsa banjir
Tue Dec 28 2021Jangan fitnah, setiap transaksi Muda untuk misi banjir direkod dan diaudit - Syed Saddiq
Tue Dec 28 2021Presiden penaja Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan setiap transaksi dan perbelanjaan yang dibuat partinya untuk misi banjir sentiasa direkod dan diaudit.
Syed Saddiq menjelaskan pihaknya juga menyimpan semua resit dan senarai pembelian yang dibuat untuk membuktikan ketelusan kepada penyumbang dana misi banjir.
Cerita Sebalik Berita: Proses pemulihan banjir di Hulu Langat
Tue Dec 28 2021Tak isi borang pun dapat bantuan - Mangsa
Tue Dec 28 2021Pengawal keselamatan, Siti Alama Dollah tidak menyangka dirinya terpilih untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) kerana tidak pernah mengisi apa-apa borang sejak rumahnya dilanda banjir minggu lepas.
Siti Alama, 49, yang berpindah ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang di sini, berkata, beliau hanya diminta untuk ke dewan sekolah hari ini untuk menerima "bantuan" yang diberikan secara terus.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIAmaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor
Tue Dec 28 2021Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Januari tahun depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
BACA BERITA PENUH DI SINIJambatan Dengkil dibuka kepada awam akhir Januari depan - Amirudin
Tue Dec 28 2021Jambatan Dengkil di Sungai Langat di sini yang runtuh pada 17 Dis lepas dijangka siap dibaiki sepenuhnya dan dibuka untuk laluan kenderaan pada akhir Januari depan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pada masa ini kerja-kerja pembaikan jambatan yang menghubungkan Dengkil ke Banting itu sudah mencapai kemajuan 30 peratus.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIKerajaan pertimbang cuti khas kepada penjawat awam jadi sukarelawan
Tue Dec 28 2021Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata, pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja.
ARTIKEL PENUH DI SINI6,785 tan metrik sampah di Pahang dikutip sehingga kini
Tue Dec 28 2021Sebanyak 6,785.3 tan metrik sampah yang terdiri daripada barangan kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir di Pahang telah dikutip sehingga hari ini dengan tiga daerah paling banyak kutipan ialah di Kuantan, Temerloh dan Bentong.
BACA BERITA PENUH DI SINIKena tahan sedih, bina semula hidup - Mangsa
Tue Dec 28 2021BWI: RM34 juta disalurkan kepada 34,000 ketua isi rumah terjejas banjir sehingga semalam - PM
Tue Dec 28 2021Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM34 juta bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir sehingga semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir perlu dipermudahkan dan disegerakan.
BACA BERITA PENUH DI SINIKekurangan diri tidak halang Shukor turun padang
Tue Dec 28 2021Banjir: Kekurangan diri tidak halang Shukor turun padang bantu mangsa di Dengkil. @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/XsTDJnvSn6
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) December 28, 2021Banjir: Mangsa di empat negeri menurun sedikit, Melaka kekal
Tue Dec 28 2021Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan berkurangan pada tengah hari ini manakala di Melaka tidak berubah.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa banjir di kelima-lima negeri pada tengah hari ini ialah 19,099 orang daripada 5,882 keluarga yang berlindung di 122 PPS di seluruh negara.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI"Terima kasih, warga KKM"
Tue Dec 28 2021Pembersihan Masjid Ar-Rahman, Sungai Lui
Tue Dec 28 2021"Seminggu rumah kami tenggelam, ini baru surut"
Tue Dec 28 2021Tiga kaedah penyaluran BWI
Tue Dec 28 2021Kampung ini dilanda banjir 3 kali sejak September
Tue Dec 28 2021Najib perjelas sebab pakai 'life jacket' semasa beri bantuan
Tue Dec 28 2021Kita tahan sedih, mula dari bawah semula - Penduduk Kg Bukit Lanchong
Tue Dec 28 2021Hati siapa tidak remuk apabila mengenangkan harta benda hasil titik peluh sendiri, kini terpaksa dibuang akibat banjir.
Namun apa boleh buat, semua itu perlu ditelan demi meneruskan kehidupan.
BACA BERITA PENUH DI SINIKekurangan diri tidak halang Shukor turun padang bantu mangsa
Tue Dec 28 2021Kekurangan fizikal tidak pernah menghalang Mohamad Shukor Jab yang juga orang kelainan upaya (OKU) untuk turut sama membantu meringankan beban mangsa banjir.
Walaupun terpaksa bertongkat kerana kehilangan sebelah kaki, namun, semangat dan keinginan membantu golongan yang memerlukan khidmat kerja-kerja pembersihan mengatasi kekurangan dalam diri lelaki berusia 45 tahun itu.
BACA BERITA PENUH DI SINISeminggu berlalu, masih banyak perlu dibantu
Tue Dec 28 2021Misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang
Tue Dec 28 2021Penduduk sedia hadapi gelombang kedua
Tue Dec 28 2021Lima NGO ucap penghargaan kepada Astro
Tue Dec 28 2021Sukarelawan semakin berkurangan
Tue Dec 28 2021Penangguhan kepada pembayar cukai, majikan yang terjejas - LHDN
Tue Dec 28 2021Bencana banjir yang telah melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini telah memberi kesan kepada liabiliti serta obligasi pembayar cukai dan / atau majikan untuk membuat bayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan termasuklah bayaran anggaran cukai, ansuran cukai sama ada di peringkat siasatan, audit, pungutan dan guaman sivil serta bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja.
BACA BERITA PENUH DI SINIJumlah mangsa di Selangor turun, empat negeri kekal
Tue Dec 28 2021Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor terus berkurangan pagi ini manakala di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan tidak berubah sejak malam tadi.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa di kelima-lima negeri ialah 20,026 orang daripada 6,136 keluarga di 130 PPS berbanding 21,544 orang daripada 6,563 keluarga malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Sediakan Kertas Putih Bencana, bentang di Parlimen'
Tue Dec 28 2021Kertas Putih yang mengandungi agenda bencana negara perlu disediakan untuk dibahaskan di Parlimen supaya pengurusan bencana di negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik sekali gus mengelakkan kejadian berulang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, menerusi agenda berkenaan, kerajaan perlu sedia peruntukan lebih besar untuk menangani bencana yang boleh diramal.
BACA BERITA PENUH DI SINIMisi bantuan banjir YBC ke Temerloh
Tue Dec 28 2021Misi Bantuan Banjir YBC ke Temerloh ? Doakan kami ?#Pahang #MisiBanjir #DaruratBanjir pic.twitter.com/XiFeYwRzxo
— ?? اماليا (@theputeriamalia) December 28, 2021Kerja pemeriksaan elektrik di Klinik Desa Sungai Lui
Tue Dec 28 2021Sukarelawan tabur bakti sekitar Mentakab
Tue Dec 28 2021Para sukarelawan MUDA Kedah sudah memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar Mentakab, Pahang. #MUDAuntuksemua#DaruratBanjir #KedahxPahang pic.twitter.com/j6IXT6tVpx
— Parti MUDA Kedah (@MUDA_Kedah) December 28, 2021Misi bantuan diteruskan
Tue Dec 28 2021Di mana ada keperluan, di mana DAP akan cuba membantu. Pagi ini pasukan unit tindak DAP PERAK meneruskan misi bantuan kemanusiaan kpd mangsa banjir di Selangor. Demi rakyat, kami terus berbakti. @dapmalaysia #DaruratBanjir #KerajaanGagalLagi pic.twitter.com/CTsliR1DVU
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) December 28, 202155 enjin bot baharu bantu operasi ATM
Tue Dec 28 2021'Mereka tak minta dihargai tetapi mereka memang layak dihargai'
Tue Dec 28 2021'Bayangkan kalau yang berlari minta bantuan dalam video tu adalah mak kau'
Tue Dec 28 2021Tinjauan pasca banjir di SMK Seri Damai
Tue Dec 28 2021Penugasan pasca bencana
Tue Dec 28 2021Perkembangan banjir hari ini
Tue Dec 28 2021Penduduk buntu air masih bergenang
Tue Dec 28 2021Fahami fenomena bantu minimumkan kesan
Tue Dec 28 2021Apa boleh dilakukan jika kenderaan ditenggelami banjir?
Tue Dec 28 2021'Maaf kami terpaksa berhenti dulu, yang lain akan teruskan'
Tue Dec 28 2021Persiapan gelombang kedua di kawasan rendah
Tue Dec 28 2021Kerja pembersihan sisa banjir di Taman Harmoni
Tue Dec 28 2021Penduduk sewa sendiri tong, bersihkan longgokan sampah
Tue Dec 28 2021Beberapa mangsa banjir yang terjejas di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini mengambil inisiatif sendiri menyewa tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO) untuk membuang sampah pukal di rumah mereka.
Tinjauan Sinar Harian pada Isnin mendapati beberapa tong yang disewa itu ditempatkan di beberapa kawasan bagi mengangkut sampah yang difahamkan dilonggokkan sejak Khamis lalu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINILebih 21,000 mangsa berada di PPS
Tue Dec 28 2021KPWKM mohon peruntukan RM33 juta untuk banjir
Tue Dec 28 2021Koordinasi bantuan, elak pembaziran
Tue Dec 28 2021ATM bina jambatan bailey di Pos Tohoi
Tue Dec 28 2021Kekuatan misi bantuan dipertingkat
Tue Dec 28 2021Penduduk buntu air masih bergenang
Tue Dec 28 2021Laporan kejadian banjir negeri Pahang
Tue Dec 28 2021Bantuan Selangor Bangkit
Tue Dec 28 2021Mangsa terharu terima bantuan
Tue Dec 28 2021Lumpur paras buku lali sukarkan penduduk bersihkan rumah
Mon Dec 27 2021Lumpur setebal paras buku lali antara cabaran penduduk Kampung Batu Kapor, Mentakab, dalam membersihkan rumah selepas banjir besar yang menenggelamkan kampung itu sejak 19 Dis lepas surut sepenuhnya.
Tinjauan Bernama semalam mendapati penduduk kampung sibuk membersihkan rumah daripada kesan bencana itu dengan perabot dan barangan yang tidak boleh diselamatkan dilonggokkan di halaman rumah untuk dilupuskan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI'Tetap menaruh harapan temui ayah selamat'
Mon Dec 27 2021Keluarga mangsa yang dihanyutkan arus deras dalam kenderaan ketika melalui Jambatan Temelong di sini pada 18 Disember lalu masih menaruh harapan tinggi.
Mohamad Zulhelmi Ahmad, 32, berkata, dia tetap setia menunggu ayahnya, Ahmad Yahya, 71, dari Felda Chemomoi di sini yang merupakan salah seorang mangsa dan masih belum ditemui sehingga kini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI'I kenal U, U tak kenal I' - Siti Nurhaliza terserempak guru gimnas ketika beri bantuan di Kuala Lipis
Mon Dec 27 2021
Fahami fenomena bantu minimumkan kesan
Mon Dec 27 2021Mengelak daripada bencana alam seperti banjir mungkin sesuatu yang mustahil, namun memahami fenomena yang berlaku boleh membantu meminimumkan kesannya.
Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark dan juga Felo Utama LESTARI UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, situasi itu dipanggil hidup bersama alam, di mana manusia memahami proses alam membolehkan pertimbangan risiko dibuat.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIPembersihan pascabanjir: Jalan sekitar Hulu Langat ditutup dua jam Isnin-Khamis
Mon Dec 27 2021Beberapa jalan sekitar daerah Hulu Langat akan ditutup selama dua jam setiap Isnin hingga Khamis bagi memudahkan urusan kerja-kerja pembersihan sampah pasca banjir di Selangor.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penutupan itu, dari 8 hingga 10 pagi, adalah bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd susulan berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat tersebut menjalankan tanggungjawabnya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINISWCORP komited teruskan usaha pembersihan di kawasan terjejas banjir
Mon Dec 27 2021Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan komited untuk meneruskan usaha pembersihan sampah di kawasan sekitar negeri Selangor yang terjejas dengan banjir.
Jurutera SWCorp Mohd Rohaidy Zulkifli berkata usaha yang disertai konsesi pembersihan Alam Flora itu bermula Khamis lepas dan berjaya membersihkan 400 tan sampah di kawasan Hulu Langat, memberikan satu kelegaan kepada penduduk tempatan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIKPWKM mohon RM33 juta beli bekalan hadapi gelombang kedua banjir
Mon Dec 27 2021Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat permohonan peruntukan sebanyak RM33 juta bagi membeli barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.
Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata permohonan kepada Kementerian Kewangan itu dibuat berikutan bekalan di depoh simpanan termasuk di pangkalan hadapan hampir kehabisan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIBilangan mangsa banjir semakin menurun malam ini
Mon Dec 27 2021Sebanyak 21,544 mangsa banjir daripada 6,563 keluarga dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat malam ini.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 21,846 petang tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di 138 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIBanjir Hulu Langat: Lebuh Raya EKVE, ini apa yang anda perlu tahu
Mon Dec 27 2021Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mendedahkan, pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai menjadi antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar daerah Hulu Langat.
Menurutnya, kawasan projek tersebut telah menyebabkan beberapa saliran longkang sekitarnya tersumbat.
Apakah yang anda tahu berhubung projek tersebut? Astro AWANI kongsikan sedikit maklumat untuk anda:
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI392 keluarga mula terima bantuan wang ihsan
Mon Dec 27 2021Seramai 392 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan bantuan wang ihsan (BWI) di Selangor pada Isnin.
Jelas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Ruji Ubi, BWI berjumlah RM1,000 disampaikan kepada KIR yang terkesan dengan bencana banjir dan RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIAnggota polis masih bertugas ketika rumah sendiri dinaiki air
Mon Dec 27 2021Koperal Muhsen Bujang, 34, sedang menjalankan tugasnya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Gemilang pada 18 Dis ketika menerima panggilan dari isterinya bahawa kediaman mereka di Kampung Cemperai di sini dinaiki air.
Anggota dari Balai Polis Dengkil itu berkata beliau yang tiba di rumah kira-kira setengah jam selepas itu mendapati air telah naik sehingga paras lutut dan hanya mampu menyelamatkan dokumen penting dan keluarganya memandangkan air naik terlalu cepat.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIKASA lulus penggunaan pirolisis mudah alih untuk lupus sisa pepejal
Mon Dec 27 2021Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini meluluskan penggunaan pirolisis mudah alih bagi memudahkan proses pelupusan sisa pepejal akibat bencana banjir, kata Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Zaini Ujang.
Beliau berkata menerusi kemudahan pirolisis mudah alih tersebut, sisa pepejal dapat dilupuskan di 12 stesen pemindahan sementara sisa pepejal berhampiran lokasi yang dilanda banjir di Selangor.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Selangor mula agih bantuan banjir RM1,000 Rabu ini
Mon Dec 27 2021Kerajaan Selangor akan mula mengagihkan bantuan RM1,000 menerusi insiatif Selangor Bangkit kepada lebih 9,000 keluarga terjejas akibat banjir, seawal Rabu ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian secara berperingkat itu akan dimulakan dengan kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIBomba tempatkan khemah bantuan, bot sedia hadapi gelombang kedua di Hulu Langat
Mon Dec 27 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menempatkan lima buah khemah bantuan banjir di Daerah Hulu Langat, dekat sini, sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di kawasan berkenaan.
Pengarahnya Norazam Khamis berkata pihaknya menempatkan khemah berkenaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Pejabat Penghulu Batu 14, Sekolah Rendah Sungai Serai, Dewan Orang Ramai Sungai Lui dan Agro Night Market Nanding di Hulu Langat.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIAgong berkenan tinjau Pasukan Bencana Istana Negara laksana pembersihan
Mon Dec 27 2021Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat meninjau Pasukan Bencana Istana Negara melakukan kerja-kerja pembersihan di Balairaya Kampung Serdang di Mentakab, Pahang yang terjejas akibat banjir.
Menurut kenyataan Istana Negara di Facebook, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah turut berangkat bagi meninjau kerja-kerja pembersihan itu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIWaspada penyakit bawaan air - Dr Zainal
Mon Dec 27 2021Penyakit bawaan air dan makanan adalah penyakit yang biasa dikaitkan dengan banjir yang berpunca daripada jangkitan kuman yang terdapat dalam makanan dan minuman sudah tercemar.
Justeru, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, tahap kebersihan diri serta memastikan makanan dan minuman tidak tercemar ketika musim banjir perlu diutamakan untuk mengurangkan risiko.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIJumlah mangsa di empat negeri catat penurunan
Mon Dec 27 2021Jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan dengan 21,846 orang daripada 6,650 keluarga dilapor masih berada di PPS di empat negeri petang ini manakala jumlah mangsa di Melaka kekal.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa ditempatkan di 152 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.Teliti keperluan tempatkan bilik utama sekolah di tingkat atas - Radzi
Mon Dec 27 2021Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji kemungkinan untuk menetapkan supaya bilik utama di sekolah seperti pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik komputer dan bilik buku teks, ditempatkan di tingkat atas bangunan sekolah, susulan kejadian banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan ketika ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menerusi perkongsian di Facebook berkata banyak sekolah yang belum pernah dilanda banjir sebelum ini, kini dinaiki air akibat bencana itu.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINITingkatkan risiko penyakit bawaan air dan makanan?
Mon Dec 27 2021Penduduk Pekan Kajang, Taman West Country dinasihat berwaspada - Tuan Ibrahim
Mon Dec 27 2021Penduduk di Pekan Kajang dan Taman West Country di Hulu Langat, dekat sini, dinasihat supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan peningkatan paras Sungai Langat di kawasan berkenaan.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memaparkan pengumuman segera dan penting Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman Twitternya petang ini, yang memberitahu paras air sungai itu kini berada pada aras bahaya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIAwasi sindiket ah long cuba tawarkan pinjaman kepada mangsa banjir
Mon Dec 27 2021Polis Selangor akan menggunakan semua sumber dan bantuan dari segi nasihat serta keselamatan dalam membanteras sindiket ah long yang cuba menawarkan pinjaman itu kepada mangsa banjir.
Itu kenyataan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Ramli Din ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai kehadiran pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ yang mula menawarkan pinjaman kepada mangsa banjir di sekitar kawasan bencana di Selangor.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI632 keluarga pegawai, anggota polis Selangor terjejas banjir
Mon Dec 27 2021Sebanyak 632 keluarga pegawai dan anggota polis di Selangor terjejas dan menjadi mangsa banjir yang melanda negeri itu minggu lalu, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Ramli Din.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINISituasi semasa di Kampung Bukit Lanchong
Mon Dec 27 202148 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
Mon Dec 27 2021Seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pascabanjir: Defisit kepercayaan terhadap ahli politik?
Mon Dec 27 2021Jumlah mangsa banjir di empat negeri catat penurunan, Melaka kekal
Mon Dec 27 2021Jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan dengan 25,307 mangsa daripada 7,662 keluarga dilapor masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri tengah hari ini.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di 169 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
BACA BERITA PENUH DI SINIDUN Melaka ucap tahniah, beri penghormatan kepada 'Abang Viva'
Mon Dec 27 2021Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva' yang membantu mangsa banjir di Selangor dan kini di Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata beliau tersentuh hati dengan tindakan operator mesin itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINIPetugas khas pascabanjir perkasa usaha gembleng, selaras pengurusan bencana
Mon Dec 27 2021Penubuhan petugas khas pascabanjir berupaya memastikan peranan kerajaan persekutuan dan semua 24 kementerian, serta badan bukan kerajaan (NGO), dapat digembleng dan diselaras dalam mengurus bencana itu.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, ia sekali gus akan memastikan setiap keperluan asas dapat disalurkan kepada mangsa.
BACA BERITA PENUH DI SINIMisi 3 hari sukarelawan Terengganu ke Temerloh
Mon Dec 27 2021Tinjauan PM di Kg Sri Puchong
Mon Dec 27 2021#TeamMOF turun padang
Mon Dec 27 2021Sukarelawan tidak minta apa-apa bayaran
Mon Dec 27 2021Kerja pembersihan di Sri Nanding
Mon Dec 27 2021Lebih 300 motosikal di Hulu Langat berjaya dibaiki
Mon Dec 27 2021Pengurusan Bencana - Ini penjelasan NADMA
Mon Dec 27 2021ATM, MINDEF perhebat bantuan pasca banjir
Mon Dec 27 2021DBKL sedia bantu kawasan terjejas di Lembah Klang
Mon Dec 27 2021Ramai belum mohon bantuan kerajaan
Mon Dec 27 2021Masih ramai perlukan bantuan – NGO
Mon Dec 27 2021Kerjasama kerajaan dan sukarelawan, di mana titik temunya?
Mon Dec 27 2021Harapan agar kenderaan dapat dibaiki
Mon Dec 27 2021
Misi bantuan pembersihan pasca banjir di Kg Ajai
Mon Dec 27 2021Jumlah mangsa di lima negeri menurun
Mon Dec 27 2021Sebanyak 28,005 mangsa banjir daripada 8,598 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri pagi ini berbanding 33,193 mangsa malam tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 183 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
BACA BERITA PENUH DI SINILuruan monsun: Tangguh aktiviti riadah luar, pendakian - Bomba Sabah
Mon Dec 27 2021Orang ramai terutama di pantai timur dan utara Sabah dinasihatkan supaya menangguhkan aktiviti riadah luar seperti berkelah, berkhemah di kawasan pinggiran sungai atau aktiviti pendakian, berikutan luruan monsun diramal berlaku bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah Md Ali Ismail berkata ini kerana luruan monsun yang membawa angin sejuk dari Siberia, dijangkakan mengakibatkan hujan berterusan terutama di kawasan pantai timur dan utara Sabah.
BACA BERITA PENUH DI SINIJambatan siap tahun depan
Mon Dec 27 2021Cadangnya nak jenguk Kampung Seri Tanjong, singgah kejap tengok jambatan yang putus. “Tahun depan siap bang” - kata kontraktor itu. #DaruratBanjir pic.twitter.com/X2hZPNhJBq
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 27, 2021Catatan penghargaan
Mon Dec 27 2021Banjir: Sukarelawan datang bersihkan rumah buat warga emas ini sebak
Mon Dec 27 2021BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Kerja-kerja membersihkan kediaman yang dilanda banjir bukanlah kerja yang boleh dilakukan sehari dua.
Apa tidaknya satu rumah penuh dengan lumpur, barang dan perkakasan tunggang langgang, perabot banyak yang rosak dan semua ini perlu dibawa keluar sebelum proses mencuci dapat dilakukan.
BACA BERITA PENUH DI SINIOrang Asli Bateq syukur banjir tidak seteruk 2014
Mon Dec 27 2021Perkampungan Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan turut terjejas banjir selepas hujan tanpa henti baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Aring 5, Mohd Fazli Mamok, banjir kali ini tidak seburuk yang pernah dialami para penduduk pada tahun 2014.
BACA BERITA PENUH DI SINIParas air Sungai Lui ada sedikit kenaikan tetapi sudah surut
Mon Dec 27 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan kenyataan tular mendakwa beberapa kawasan di Sungai Lui di sini kembali dinaiki air.
Kenyataan tersebut mendakwa hujan di Sungai Tuntung hulu Sungai Lui menyebabkan paras air sungai berkenaan naik mendadak dan menasihatkan penduduk sekitar supaya berwaspada.
BACA BERITA PENUH DI SINIKP ICU JPM lawat mangsa banjir
Mon Dec 27 2021ATM ringankan beban penduduk Taman Seri Semantan
Sun Dec 26 2021Anggota ATM bantu kerja pembersihan di Jerantut
Sun Dec 26 2021Anggota ATM digerakkan ke lokasi terjejas di Selangor
Sun Dec 26 2021Sekitar #OPSMURNI di Kuantan
Sun Dec 26 2021Anggota ATM salur bantuan di Maran yang terputus hubungan
Sun Dec 26 2021Anggota ATM berganding bahu demi nyawa dan keselamatan rakyat
Sun Dec 26 2021Anggota TLDM, petugas NGO dan sukarelawan bekerjasama di Taman Sri Muda
Sun Dec 26 2021Puluhan ribu mangsa berjaya dipindahkan ATM
Sun Dec 26 2021Mangsa banjir tidak dapat menahan sedih
Sun Dec 26 2021Pengusaha rumah inap terjejas akibat banjir
Sun Dec 26 2021Dalam kerancakan membina semula perniagaan, nasib seorang pengusaha rumah inap di Sungai Lui di sini tidak ubah seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila terpaksa berdepan bencana banjir baru-baru ini yang merencatkan kebangkitannya.
Mohamad Kamarul Anuar, 26, yang memulakan perniagaan empat tahun lepas di tanah pusaka milik keluarga, terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50,000 dan mengaku bahawa sedikit sukar bagi beliau untuk kembali memulihkan perusahaannya itu.
BACA BERITA PENUH DI SINIVideo tular minta bantuan banjir dapat perhatian
Sun Dec 26 2021Seorang suri rumah tidak menyangka tindakannya berkongsi keadaan rumah sewanya yang rosak akibat dilanda banjir di Bukit Changgang, Banting, di sini dalam media sosial akhirnya mendapat perhatian daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Rohana Abdul Rahman, 30, yang terkejut dengan keadaan rumahnya kemudian merakam video untuk meminta pertolongan kepada mana-mana pihak yang sudi membantu bersihkan kediamannya dengan memuat naik video tersebut dalam aplikasi TikTok pada Sabtu dengan harapan video tersebut tular.
BACA BERITA PENUH DI SINITak adil salahkan anggota keselamatan - Mangsa banjir
Sun Dec 26 2021Segelintir mangsa banjir di daerah ini berpendapat adalah tidak adil bagi masyarakat untuk menyalahkan anggota keselamatan dalam isu kelewatan operasi menyelamat dalam kejadian banjir baru baru ini.
Mangsa banjir di Kampung Batu Serambai di sini, Suzana Mohd Sharif, 55, berkata, hanya mereka yang berada dalam situasi banjir kali ini memahami betapa sukarnya operasi menyelamat dilakukan.
BACA BERITA PENUH DI SINIJKM perjelas isu tular babitkan Rina Harun
Sun Dec 26 2021Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperjelas isu tular yang mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun hanya 'berposing' mencuci simen bersih ketika terlibat dalam operasi pasca bencana banjir pada Ahad.
Kenyataan JKM memaklumkan keterlibatan Rina bukan sekadar mencuci simen di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), malah beliau turut melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah itu.
BACA BERITA PENUH DI SINILebih 33,000 orang masih berada di PPS
Sun Dec 26 2021Sebanyak 33,193 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, malam tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 206 PPS di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Melaka.
BACA BERITA PENUH DI SINIMasjid, kuil jadi pusat transit tidak rasmi edar sumbangan orang ramai
Sun Dec 26 2021Masjid dan rumah ibadat bukan Islam di beberapa kawasan di Selangor kini dijadikan tempat transit tidak rasmi untuk pengumpulan barang-barang bantuan daripada pelbagai pihak sebelum diedar kepada mangsa banjir.
Tinjauan Bernama di beberapa masjid, surau dan kuil mendapati ada antaranya turut ditenggelami air tetapi telah dibersihkan sebaik air surut.
BACA BERITA PENUH DI SINIJalan utama ke Sungai Lui ditutup pagi esok
Sun Dec 26 2021Jalan utama ke Sungai Lui di sini akan ditutup pada pagi Isnin bermula jam 8 hingga 10 pagi untuk kerja-kerja pembersihan sampah di kediaman dan tepi jalan kawasan tersebut.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad berkata, kerja-kerja kutipan sampah dibuat setelah kerja pembersihan giat dijalankan pada Sabtu dan Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINIJangan bakar longgokan sampah - Bomba
Sun Dec 26 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menasihatkan orang awam supaya tidak membakar longgokan sisa sampah banjir.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, sebanyak dua kes pembakaran sampah pukal telah dilaporkan di Kapar sejak Sabtu.
BACA BERITA PENUH DI SINIPutera Raja Arab Saudi zahir hasrat bantu Malaysia
Sun Dec 26 2021Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz menzahirkan hasrat membantu Malaysia dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat banjir.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi kenyataan hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SININADMA arah PKOB di Sabah, Sarawak, Johor diaktif serta-merta
Sun Dec 26 2021Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi Sabah, Sarawak dan Johor mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) masing-masing serta-merta.
Kenyataan NADMA hari ini turut meminta PKOB bagi Terengganu, Kelantan dan Pahang bersedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan hujan dijangka berterusan di antara 30 Dis ini hingga 1 Jan 2022.
BACA BERITA PENUH DI SINIJumlah mangsa catat penurunan
Sun Dec 26 2021Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan menunjukkan penurunan manakala jumlah mangsa di Melaka kekal, petang ini.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 33,779 orang masih berada di 210 PPS di lima negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINITiada pengeluaran KWSP bagi mangsa banjir - PM
Sun Dec 26 2021Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI'COVID-19 pun tak sempat fikir, inikan pula prosedur bantuan' - Mangsa
Sun Dec 26 2021Sebahagian mangsa banjir belum sempat memikirkan cara untuk memohon segala bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan kerana terlalu sibuk dengan urusan pascabencana terutama membersihkan kediaman.
Malah ada dalam kalangan mereka tidak tahupun apakah peruntukan yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINIBekalan elektrik pulih di 794 kawasan di empat negeri - TNB
Sun Dec 26 2021Banjir: Maut ketika bantu jiran selamatkan diri
Sun Dec 26 2021Dalam pada ramai sukarelawan seluruh negara berkampung di Hulu Langat membantu mangsa banjir ketika ini, tidak ramai sedar ada insan yang terkorban ketika memberi bantuan awal, Sabtu lalu.
Hashim Shamsuddin, 44, yang tinggal di Lorong Alang Lajim, Dusun Tua, di sini, terkorban ketika membantu keluarga serta jirannya menyelamatkan diri ketika banjir menjadi semakin serius.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Bantulah juga penduduk di belakang, jangan tumpu rumah depan saja' - Mangsa
Sun Dec 26 2021Banjir sudah surut, kini penduduk di Kampung Bukit Changgang di sini sibuk membersihkan rumah yang teruk terjejas akibat banjir.
Di kebanyakan rumah, begitulah situasinya dan kehadiran bantuan luar termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat melegakan penduduk kerana dapat meringankan beban.
BACA BERITA PENUH DI SINIKP MKN, KP NADMA antara individu anggotai pasukan petugas khas pascabanjir - KSN
Sun Dec 26 2021Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim, antara individu yang menganggotai pasukan petugas khas pascabanjir.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir: Lelaki dilapor hilang ditemukan maut di kawasan timbunan kayu
Sun Dec 26 2021Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat sini Isnin lepas (20 Dis), ditemukan maut di kawasan timbunan sisa kayu hari ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.
Beliau berkata mayat K. Barathan, 28, ditemukan pada 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi dia dilapor hilang.
BACA BERITA PENUH DI SINIKerajaan tubuh pasukan khas pasca banjir
Sun Dec 26 2021Pembinaan EKVE antara punca banjir lumpur di Hulu Langat - PM
Sun Dec 26 2021Pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai menjadi antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar daerah Hulu Langat baru-baru ini.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia memandangkan kawasan projek tersebut telah menyebabkan beberapa saliran longkang sekitarnya tersumbat.
BACA BERITA PENUH DI SINIDakwaan PM lambat tidak benar, ADUN Hulu Kelang jangan jadi 'batu api' - Shahril Hamdan
Sun Dec 26 2021Dakwaan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lewat bertindak menguruskan banjir di Lembah Klang adalah tidak benar, serta tidak berasaskan fakta, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Saari seolah-olah ingin melepaskan tangan, dan hanya ingin menuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir: Kenderaan NGO, persendirian rancak di Kampung Bukit Lanchong
Sun Dec 26 2021Bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak persendirian yang tidak putus-putus memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong, di sini untuk menempuhi tempoh sukar akibat banjir.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kenderaan-kenderaan NGO dilihat aktif keluar masuk di setiap ceruk lorong di kawasan tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINIKelantan, Terengganu diramal banjir pada Khamis dan Jumaat ini - JPS
Sun Dec 26 2021Model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula 30 hingga 31 Dis ini.
JPS dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kemungkinan tersebut dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Dis hingga akhir tahun ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI47 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
Sun Dec 26 2021Polis Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.
BACA BERITA PENUH DI SINIKerajaan tubuh pasukan petugas khas pascabanjir dan persediaan gelombang kedua - PM
Sun Dec 26 2021Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas pasca banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke Hulu Langat pagi tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINIMisi bantuan di Taman Sri Muda
Sun Dec 26 2021Cabaran ditempuhi sukarelawan
Sun Dec 26 2021PM hadir Gotong Royong Keluarga Malaysia
Sun Dec 26 2021Korban masa, tenaga salur bantuan kepada mangsa
Sun Dec 26 2021'Kami Care Food Relief' terus bantu mangsa banjir
Sun Dec 26 2021Operasi pembersihan di rumah mangsa banjir
Sun Dec 26 2021Hari ke-6 kerja pembersihan di Taman Sri Nanding
Sun Dec 26 2021Pasukan Bencana Istana Negara salur bantuan di 4 daerah di Selangor
Sun Dec 26 2021
Anak muda bina bakti di Kg Benus
Sun Dec 26 2021Inilah barisan kita! Gotong-royong cuci rumah di Taman Sri Muda
Sun Dec 26 2021Kerja pembersihan di 3 lokasi di Temerloh
Sun Dec 26 2021Mobilisasi pelbagai jentera ke kawasan bencana Hulu Langat
Sun Dec 26 2021Sukarelawan dalam misi bantuan di Hulu Langat
Sun Dec 26 2021Tinjauan kawasan terjejas di Janda Baik
Sun Dec 26 2021Bantuan untuk mangsa masih mencukupi, Kelantan dalam 'standby mode'
Sun Dec 26 2021Bantuan bekalan makanan serta kelengkapan peralatan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diwartakan di Kelantan diletakkan dalam mod sedia (standby mode) sekiranya gelombang kedua banjir melanda negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata tindakan itu dilakukan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu meskipun amaran atau ramalan hujan dan banjir telah dikeluarkan di kawasan tertentu.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
Sun Dec 26 2021Penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Rangin di sini mengakui sedaya upaya untuk bangkit selepas kediaman mereka ditenggelami banjir sehingga paras bumbung pada Ahad lalu.
Rata-rata memaklumkan air banjir setinggi itu telah memusnahkan 100 peratus kelengkapan rumah termasuk perkakas elektrik serta harta benda lain.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Rumah hanya nampak bumbung' - Mangsa banjir
Sun Dec 26 2021“Allahuakbar. Tak tahu nak cakap. Terlalu ngeri sangat kejadiannya. Keadaan rumah saya dah tenggelam ke paras bumbung waktu itu."
Demikian luahan seorang mangsa, Marsita Bahran, 55, menceritakan detik-detik kejadian banjir besar yang menimpa rumahnya, Sabtu lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINIPM hadir program gotong-royong di Hulu Langat, dengar sendiri keluhan mangsa banjir
Sun Dec 26 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada program Gotong Royong Keluarga Malaysia di sekitar daerah Hulu Langat bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir di sini.
Pada program yang berlangsung pagi tadi, perdana menteri sempat bertanya khabar dan mendengar keluhan penduduk di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua serta bebanan ditanggung mereka akibat bencana yang melanda.
BACA BERITA PENUH DI SINITinjauan sekitar Kampung Air Hitam, Kampung Sepaku
Sun Dec 26 2021Laporan terkini bencana banjir di Pahang
Sun Dec 26 2021JPBN, JPBD diarah selaras tindakan segera aktiviti
Sun Dec 26 2021Benarkah rakyat semakin hilang percaya kepada kerajaan?
Sun Dec 26 2021Baiki segera laluan pintas Kampung Tok Kah - Lentang
Sun Dec 26 2021Panduan keselamatan banjir
Sun Dec 26 2021Antara barangan paling diperlukan mangsa banjir
Sun Dec 26 2021Ini antara barangan paling diperlukan mangsa banjir, blender & dapur gas.
— solidaritas.my (@solidaritasMY) December 26, 2021
Kebanyakan mangsa banjir kehilangan peralatan dapur. Blender dimasuki air, dapur gas sumbat dengan selut.
Semalam, kami berjaya serahkan 50 blender & dapur gas di Bentong & Karak, Pahang. pic.twitter.com/2V6ttplF9IKPN lawat rumah keluarga mangsa banjir
Sun Dec 26 2021'Satu demi satu tiang rumah roboh'
Sun Dec 26 2021"Bila nampak tiang rumah jatuh, hanya ALLAH tahu perasaan saya masa itu," kata Mohd Norzid Rehan, 40an.
Jelas pemilik rumah di Kampung Bestari Jaya, di sini itu, air mula naik di kawasan rumahnya sejak Sabtu, namun tidak sangka air melebihi paras pinggang hingga merobohkan struktur hadapan rumahnya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI'Air deras bergulung-gulung, bunyi macam helikopter'
Sun Dec 26 2021"Masa itu saya nampak air deras datang bergulung-gulung, bunyi kuat macam helikopter," kata pemilik rumah yang hampir ranap, Mohd Yusof Aminullah, 64.
Warga emas yang sudah menetap di Kampung Bestari Jaya, di sini, itu sejak lima dekad lalu nyata sebak apabila struktur rumahnya ditumbangkan banjir besar.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIDi Sri Muda ada Abang Viva, di Dengkil pula ada Abang Rafi
Sun Dec 26 2021Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki, kecil saja badannya, sibuk mengangkut air mineral berkotak-kotak sampai tersenget-senget badan dibuatnya.
Kotak-kotak itu diserahkan kepada mangsa banjir sebelum dia kembali ke kereta, keluarkan barang lain pula untuk kegunaan mereka yang terjejas di sekitar Dengkil.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIPengumpulan, pelupusan Al-Quran rosak akibat banjir
Sun Dec 26 2021
Nabila Razali, Wany Hasrita turun padang
Sun Dec 26 2021Skuad sukarelawan KPDNHEP bantu staf terkesan
Sun Dec 26 2021'Satu hal yang membuka mata' - Aman Aziz, Anna Jobling akui tersentuh ketika bantu mangsa banjir
Sun Dec 26 2021MINGGU ini merupakan satu minggu yang ‘redup’ dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bermula dengan taburan hujan yang sangat lebat sekitar Jumaat sebelumnya, beberapa bahagian di sekitar Lembah Kelang dan juga Pahang serta Perak hilang ditenggelami air.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIMisi bantuan pasca banjir ke Temerloh
Sun Dec 26 2021Waktu operasi Bilik Gerakan Banjir MBSA
Sun Dec 26 2021[Makluman]
— MBSA (@sacitycouncil) December 26, 2021
Bilik Gerakan Banjir, Wisma MBSA bagi bantuan keperluan asas dan makanan kering akan beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.#weloveshahalam#bangkitbersama#PrayforShahAlanTip selamatkan barang elektrik terendam air banjir
Sun Dec 26 2021Misi pasca banjir di Temerloh
Sun Dec 26 2021Ramalan awal kemungkinan banjir di Dungun
Sun Dec 26 2021"Alhamdulillah dah boleh tidur di rumah sebab dah bersih" - Yantzen
Sun Dec 26 2021Penyanyi rock, Yantzen mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya sudah boleh pulang ke rumah selepas dua hari berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Yantzen berkata, dia melakukan kerja-kerja pembersihan bersama anak, kawan-kawan dan jiran.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINISituasi di PPS, Dapur Rakyat
Sun Dec 26 2021Jangan biar anak main air banjir! Boleh jadi punca penyakit
Sun Dec 26 2021DOKTOR selebriti, Dr Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir.
Menurutnya, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang gejala atau masalah kesihatan ketika musim banjir.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIKisah duka Mak Cik Sara
Sun Dec 26 2021Antara sumbangan baru diterima
Sun Dec 26 2021[Laporan Aktiviti Bantuan Banjir TRADERS]
— Pertubuhan Rakan Dagang Serantau (TRADERS) (@TradersCharity) December 26, 2021
Antara barang sumbangan dari orang ramai baru diterima sebentar tadi.
Terima kasih pada yang menyumbang#daruratbanjir #bencanabanjir #cleanbanjir pic.twitter.com/Hy7LxNTM0HAbang penyampai radio Hefny Sahad turut terjejas banjir
Sun Dec 26 2021Abang kepada pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad iaitu Azhar Sahad, 40, antara salah seorang penduduk di Kampung Bestari Jaya, di sini yang terjejas akibat banjir besar Ahad lalu.
Azhar berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga di kedai makannya di kampung terbabit dan mula menyedari air naik kira-kira jam 4 petang.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Baiki laluan pintas yang runtuh segera' - Penduduk Dungun
Sun Dec 26 2021Segera baiki jalan raya di laluan pintas Kampung Tok Kah-Lentang, Dungun yang runtuh sejak awal bulan lalu susulan hujan lebat.
Itu desakan penduduk di kawasan berkenaan berikutan sebahagian jalan juga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan berikutan tebing jalan terjejas teruk akibat hakisan.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Persiapan perkahwinan anak semua musnah dalam sekelip mata'
Sun Dec 26 2021Seorang imam mengakui terkilan apabila majlis perkahwinan anak perempuannya yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu terpaksa dibatalkan akibat bencana banjir yang melanda di seluruh kawasan kediamannya.
Abdul Kadir Haji Laludin, 60, berkata, anak perempuannya yang bakal berkahwin itu turut bersedih kerana segala perancangan dan persiapan perkahwinan telah dilakukan namun, semuanya musnah dalam sekelip mata.
BACA BERITA PENUH DI SINIAnjing K9 bantu bomba kesan mayat tertimbus lumpur
Sun Dec 26 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBM) menemui mayat mangsa banjir yang tertimbus lumpur sedalam 3.6 meter menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9).
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Muhammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara agresif dengan menggerakkan segala aset bomba serta bantuan agensi lain.
BACA BERITA PENUH DI SINIProgram hidupkan enjin motosikal mangsa banjir di Hulu Langat
Sun Dec 26 2021Kerja pembersihan sisa banjir daerah Bera
Sun Dec 26 202157 keluarga di Kampung Bukit Lada terima sumbangan
Sat Dec 25 2021Guna kutipan zakat, tabung masjid bantu mangsa - Pakar kajian sosial
Sat Dec 25 2021Pusat pungutan zakat dan jawatankuasa masjid digesa untuk bergerak proaktif dalam menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang terkesan akibat banjir.
Pakar kajian sosial, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata dengan kutipan zakat dan tabung masjid saban tahun yang kini turut boleh dilakukan menerusi transaksi dalam talian, pastinya cukup untuk diagihkan kepada masyarakat setempat yang memerlukan.
BACA BERITA PENUH DI SINIJPBN, JPBD diarah selaras tindakan segera aktiviti pasca banjir
Sat Dec 25 2021Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diarah menyelaras tindakan segera aktiviti pasca banjir di kawasan-kawasan terkesan, menurut Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Beliau berkata penyelarasan terbabit antaranya melibatkan perbincangan bersama semua agensi Persekutuan berikutan situasi banjir yang mulai surut di beberapa negeri dan daerah yang memerlukan tindakan pasca banjir.
BACA BERITA PENUH DI SINIKemas kini keperluan PPS
Sat Dec 25 2021#DaruratBanjir buat siapa yang inginkan maklumat pps mana perlu apa. Pps mana lebihan barang boleh refer pada https://t.co/K1vRR4DUbM team kami akan call dua kali sehari setiap pps bermula 8am dan 8pm untuk dapatkan update. Harap ianya membantu.
— shouya majnun. (@myrabelll) December 25, 2021Misi bantuan ke Sungai Lik, Dusun Tua
Sat Dec 25 2021Delivering food and other essential items to Sungai Lik & Dusun Tua, Hulu Langat from @gurdwarasahibpj @SikhInside #DaruratBanjir pic.twitter.com/jQl07RK02k
— Gurdwara Sahib Petaling Jaya (@gurdwarasahibpj) December 25, 2021'Mentakab terang semula'
Sat Dec 25 2021Alhamdulillah bandar Mentakab terang semula ??
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) December 25, 2021
?????? @Tenaga_Nasional pic.twitter.com/u8nZa6wrSFJuara Paralimpik Tokyo hulur bantuan kepada mangsa banjir di Selangor
Sat Dec 25 2021Selepas menggembirakan rakyat Malaysia dengan kejayaan merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou hari ini menceriakan mangsa bencana banjir di sekitar Hulu Langat dan Bukit Tadom di Selangor.
Juara dunia sebanyak enam kali itu mengorbankan masa sebagai atlet dengan turun padang menghulurkan sumbangan kepada masyarakat setempat yang terkesan akibat bencana alam itu.
BACA BERITA PENUH DI SINIJumlah mangsa banjir di PPS di lima negeri terus menurun
Sat Dec 25 2021Mangsa banjir di 233 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri menurun kepada 37,526 orang pada 10 malam Sabtu, berbanding 40,738 orang mangsa di 257 PPS pada 6 petang.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa melibatkan 11,019 keluarga.
BACA BERITA PENUH DI SINIJKM sangkal dakwaan tidak peduli mangsa Orang Asli
Sat Dec 25 2021Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyangkal dakwaan sebuah portal bahawa kerajaan tidak mempedulikan mangsa banjir Kampung Orang Asli Bukit Tadom, di Banting, Selangor.
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan dan pengurusan mangsa banjir kampung itu pada awalnya diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadom.
BACA BERITA PENUH DI SINIAbang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sat Dec 25 2021Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan viralnya, Abang Viva terkejut selepas mendapat tahu ada pihak yang cuba meminta duit dan mengumpul dana di atas namanya.
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
BACA BERITA PENUH DI SINIGantian dokumen percuma kepada mangsa terjejas - JPJ
Sat Dec 25 2021Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian dokumen penting seperti Lesen Memandu Malaysia (LLM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) secara percuma, kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi JPJ, inisiatif 'touch point' jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti terjejas yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINIProses pembersihan di Klang, Shah Alam capai 50 peratus - MB
Sat Dec 25 2021Proses pembersihan pascabanjir di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam sudah mencapai tahap 50 peratus.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan susulan itu juga, beliau telah mengarahkan supaya proses tersebut disegerakan terutama bagi kawasan yang belum mencapai tahap memuaskan.
BACA BERITA PENUH DI SINI[KOLUMNIS] Proses geologi berantai punca bencana besar di Lembah Klang
Sat Dec 25 2021Bencana yang dikaitkan dengan Banjir Besar Lembah Klang 2021 adalah gabungan antara tanah runtuh di Sungai Penchala, aliran puing di hulu Sungai Lui, banjir puing di lembah Sungai Lui dan banjir besar di kebanyakan kawasan rendah lain di Shah Alam dan Klang.
Jika kita berhajat untuk menangani isu bencana alam secara jangka panjang, kita perlu mengenali punca dan jenis bencana, serta mengambil pendekatan pengurangan risiko bencana secara bermaklum.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hujan buat kami kembali rasa takut - Penduduk Hulu Langat
Sat Dec 25 2021Hujan lebat dan ribut petir di daerah Hulu Langat petang ini menyebabkan sebilangan penduduk yang rata-rata terdiri daripada mangsa banjir berasa takut.
Mereka masih dihantui pengalaman banjir besar yang berlaku minggu lalu, yang menyebabkan kediaman dan harta benda musnah dalam skala yang tidak pernah dijangka sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINIMangsa di PPS terus menurun
Sat Dec 25 2021Keadaan banjir terus beransur pulih di beberapa negeri pada sebelah petang ini dengan jumlah mangsa banjir semakin menurun dan terdapat pusat pemindahan sementara (PPS) yang ditutup.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 6 petang ini sebanyak 40,738 mangsa banjir dari 11,882 keluarga yang masih berlindung di 257 PPS di lima negeri, berbanding 43,289 orang mangsa banjir tengah hari tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINIKerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi
Sat Dec 25 2021Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin meminta supaya kerja baik pulih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda serta lapan lagi buah sekolah di kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir segera dilakukan.
Beliau melalui hantaran Facebook rasminya memaklumkan rentetan tinjauan yang dilakukan oleh beliau petang semalam ke sekolah tersebut, bilik darjah, bengkel, makmal sains dan makmal komputer adalah antara yang rosak teruk selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lepas.
BACA BERITA PENUH DI SINIIbu bapa perlu pantau tahap psikologi anak-anak - Pakar
Sat Dec 25 2021Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memantau tahap psikologi anak-anak mereka apabila berdepan dalam tragedi bencana alam seperti banjir.
Menurut Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia, Prof Datin Dr Mariani Md Nor, ini berikutan kemusnahan yang berlaku dilihat berpotensi memberikan kesan yang buruk terhadap golongan itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI752 daripada 1,028 infrastruktur komunikasi terjejas selesai dibaik pulih - MCMC
Sat Dec 25 2021Sebanyak 752 daripada 1,028 infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah dibaik pulih sehingga hari ini.
Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu bersamaan 73 peratus daripada jumlah keseluruhan lokasi yang terjejas.
BACA BERITA PENUH DI SINILumpur tebal, penduduk harap jentolak dihantar ke Dengkil
Sat Dec 25 2021Banjir di Kampung Sri Tanjung di sini, serta kawasan sekitar sudah surut dan kini penduduk sibuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah.
Tugas mereka bertambah sukar apabila banyak halaman rumah dipenuhi lumpur tebal, rata-ratanya setinggi lebih 30 sentimeter, sekali gus melambatkan proses pembersihan.
BACA BERITA PENUH DI SINIBomba tumpu misi SAR mencabar, cari 5 mangsa masih hilang
Sat Dec 25 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berhadapan kesukaran dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa yang hilang akibat banjir di Pahang, ekoran keadaan mencabar selepas air surut, kata Ketua Pengarah JPBM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
"Kita percaya dalam keadaan sekarang ini ia cukup mencabar. Kita lihat apabila air banjir reda, terdapat batang kayu, sampah, selut, belukar termasuk bahan binaan yang musnah dan sebagainya," pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINIOperasi pascabanjir termasuk bersih sekolah jadi PPS diselaras segera - NADMA
Sat Dec 25 2021Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah untuk merangka dan menyelaras tindakan segera aktiviti-aktiviti pascabanjir.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Aminuddin Hassim berkata penggembelengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan perlu memberi perhatian kepada pentaksiran keperluan pascabencana mangsa.
BACA BERITA PENUH DI SINIATM tambah anggota, fokus bantuan pascabanjir - PAT
Sat Dec 25 2021Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan jumlah keanggotaan menerusi Operasi Murni di beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir di Selangor.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata ia meliputi kerja-kerja pascabanjir termasuk pembersihan fasiliti awam di kawasan Taman Sri Muda dan Kg. Bukit Lanchong.
BACA BERITA PENUH DI SINIPerhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguh
Sat Dec 25 2021Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada 13 hingga 15 Jan tahun depan ditangguhkan, disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu dipersetujui Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
BACA BERITA PENUH DI SINIJawi keluarkan semula surat perakuan nikah musnah - Idris
Sat Dec 25 2021Mangsa banjir yang kehilangan surat perakuan nikah dan dokumen Sijil Kursus Praperkahwinan boleh memohon semula mendapatkan dokumen penting berkenaan dengan bantuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata bagi mangsa yang bernikah di Wilayah Persekutuan, surat perakuan nikah yang musnah atau hilang boleh didapati semula secara percuma.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Belajar dari pengalaman, bomba sedia hadapi kemungkinan gelombang kedua
Sat Dec 25 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Dalam sidang media harian di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda di sini, hari ini, beliau berkata, persiapan itu berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
BACA BERITA PENUH DI SINIPeminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Sat Dec 25 2021Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara, baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk peminjam PTPTN.
BACA BERITA PENUH DI SINIHulu Langat dibanjiri sukarelawan
Sat Dec 25 2021Kesempatan cuti umum Krismas yang kebetulan jatuh pada hujung minggu dimanfaatkan oleh sejumlah sukarelawan yang membanjiri Hulu Langat.
Datang secara berkumpulan, kebanyakan sukarelawan yang kelihatan di kawasan bencana alam itu ada yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan.
BACA BERITA PENUH DI SINIAgong titah kerajaan lakukan pascanilai atasi masalah banjir di bandar
Sat Dec 25 2021Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pihak kerajaan mengadakan pascanilai berkenaan sistem perparitan bagi memastikan kejadian banjir kilat di kawasan bandar dapat diatasi.
"Saya menyarankan pihak kerajaan untuk mengadakan pascanilai dari segi perparitan di sekitar bandar, mudah-mudahan dapat kurangkan kejadian seperti banjir kilat untuk berlaku semula," titah Seri Paduka kepada Bernama selepas mengadakan lawatan di Masjid Taman Sri Muda, serta kawasan di sekitarnya yang terjejas teruk akibat banjir, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Giliran Kedah balas budi Selangor
Sat Dec 25 2021Lebih 300 sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan di negeri ini menyertai misi khidmat masyarakat dan bantuan banjir ke Selangor bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi itu merupakan usaha kerajaan negeri Kedah membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di Selangor.
BACA BERITA PENUH DI SINIMichelle Yeoh turun padang sertai kerja-kerja pembersihan
Sat Dec 25 2021Pelakon Malaysia yang menempa kemasyhuran di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh meluangkan masa cuti perayaan Krismas dengan menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Turut bersama pelakon utama filem Shang-chi and The Legends of the Ten Rings dan Crazy Rich Asian itu ialah tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan.
BACA BERITA PENUH DI SINIJangan bersifat anti-demokratik, gesa Majlis Presiden PH kepada SKMM
Sat Dec 25 2021Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang cuba meminta Twitter memadamkan kritikan rakyat Malaysia terhadap kerajaan Persekutuan bersifat anti-demokratik.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan SKMM itu seolah-olah cuba membawa negara ke arah sifat kuku besi diktator yang dakwa mereka, pernah dilihat rakyat Malaysia satu ketika dulu.
BACA BERITA PENUH DI SINIKisah Bob Ngam di Hulu Langat
Sat Dec 25 2021PDRM kerah 377 anggota pantau kes pecah rumah, curi kenderaan - KPN
Sat Dec 25 2021Sharifah Shahira sebak kenang mangsa banjir
Sat Dec 25 202146 mangsa korban banjir, lima lagi masih hilang
Sat Dec 25 2021Tiada air sukarkan pembersihan rumah
Sat Dec 25 2021Baju Krismas tiada, persiapan sambut bayi musnah
Sat Dec 25 2021Sudahlah tidak boleh pulang ke kampung halaman, persiapan Krismas pula musnah akibat banjir yang melanda kawasan Taman Sri Muda di sini, baru-baru ini.
Apa yang tinggal ketika ini, hanya semangat untuk bangkit semula berbekalkan sokongan daripada keluarga yang jauh di mata.
BACA BERITA PENUH DI SINIAgong lawat mangsa di Shah Alam
Sat Dec 25 2021Sidang Media Panglima Angkatan Tentera Berkenaan Ops Banjir
Sat Dec 25 2021Konvoi misi bantuan banjir ke PPS Ubai
Sat Dec 25 2021Melaka perlu pertimbang bantuan khas kewangan untuk mangsa - Mas Ermieyati
Sat Dec 25 2021Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa kerajaan negeri Melaka mempertimbangkan bantuan wang tambahan kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri itu.
Tegasnya, ini adalah kerana ramai mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan ekoran bencana alam yang menyebabkan sehingga 90 peratus kerosakan barangan rumah.
BACA BERITA PENUH DI SINIKaunter aduan khas IPD Lipis di pusat pemindahan banjir
Sat Dec 25 2021UMT gerakkan misi bantuan banjir ke Pahang
Sat Dec 25 2021Penternak ikan patin rugi RM10,000 akibat banjir - Syed Saddiq
Sat Dec 25 2021
Bantuan tambahan tiba sebentar lagi - Najib
Sat Dec 25 2021Kerosakan di SMK Taman Sri Muda
Sat Dec 25 2021Kerja pembersihan pasca banjir sekitar Padang Tras, Dataran Tras Bentong
Sat Dec 25 2021Limpahan air sungai capai tahap kritikal, jalan ditutup
Sat Dec 25 2021Hulu Langat sesak, orang ramai, NGO bawa bantuan untuk mangsa
Sat Dec 25 2021Laluan ke Hulu Langat sesak dengan kenderaan berpusu-pusu menghala ke lokasi bencana banjir sejak awal pagi ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kesesakan bermula dari Batu 9,Hulu Langat iaitu laluan utama menuju ke lokasi bencana.
BACA BERITA PENUH DI SINIAgong santuni mangsa banjir di PPS CIAST
Sat Dec 25 2021[Berita] Agong berkenan cemar Duli santuni mangsa banjir di PPS CIAST https://t.co/zdb8plZ5j8 https://t.co/brD5IsRa4A
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 25, 2021Kerja pembersihan rumah mangsa banjir di Klang
Sat Dec 25 2021LIVE UPDATE | KLANG | 25.12.21
— Muslim Volunteer Malaysia (@VolunteerMVM) December 25, 2021
.
Hari ini team sukarelawan @VolunteerMVM , @AmalJabatan dan @ThedUCkGroup menjalankan kerja pembersihan perumahan mangsa banjir di Klang.
.
Sebanyak 10 buah rumah akan dibersihkan hari ini dengan kekuatan 70 sukarelawan pic.twitter.com/tjedecY7IGDuta China serah sumbangan kepada BSMM
Sat Dec 25 2021Persatuan Palang Merah China menyumbang sebanyak US$100,000 (RM419,500) untuk menyokong usaha Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) membantu mangsa banjir.
Sumbangan itu diserahkan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing kepada Setiausaha Agung BSMM Hakim Hamzah di Ibu Pejabat BSMM, di sini pada Jumaat.
BACA BERITA PENUH DI SINIMisi bantuan MUDA di Shah Alam, Sepang, Puchong & Kuala Langat
Sat Dec 25 2021Bayi selamat dipindahkan
Sat Dec 25 2021Peralatan berguna semasa banjir
Sat Dec 25 2021Gotong-royong perdana banjir di PAKR Sungai Pandan
Sat Dec 25 2021Bangsa Malaysia bersihkan rumah ibadat
Sat Dec 25 2021Laluan ke Hulu Langat sesak
Sat Dec 25 2021Laluan menuju ke Hulu Langat sesak dengan kenderaan menghala ke lokasi bencana sempena hari cuti.#Banjir2021. @501Awani pic.twitter.com/Zx6tSJ8OOz
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) December 25, 2021Misi bantuan banjir 2021
Sat Dec 25 2021Misi bantuan di Setia Alam
Sat Dec 25 2021Bantuan sabun untuk kerja pembersihan
Sat Dec 25 2021Misi bantuan pasca banjir di Taman Alam Impian
Sat Dec 25 2021YDP Agong lawat mangsa banjir Shah Alam
Sat Dec 25 2021Agong santuni mangsa banjir di PPS CIAST
Sat Dec 25 2021Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, di sini, hari ini.
Seri Paduka Baginda meluangkan masa sekitar satu jam menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di PPS tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINIBergenang air mata Tya Arifin lihat kediaman mangsa banjir
Sat Dec 25 2021"BERGENANG air mata lihat kediaman mangsa banjir".
Begitulah yang diluahkan oleh pelakon dan juga usahawan Tya Arifin apabila berpengalaman melihat sendiri keadaan kediaman mangsa banjir.
Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini begitu prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas teruk. Bukan sekadar menjenguk mangsa banjir Tya juga turun padang memberikan bantuan.
BACA BERITA PENUH DI SINISebak dengar tangisan bayi! Jiran bantu selamatkan ibu bersalin dalam banjir
Sat Dec 25 2021Satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita yang terperangkap dan dikatakan bersalin dalam keadaan serba kekurangan disebabkan kawasan rumahnya ditenggelami air benar-benar menyentuh hati orang ramai.
Dalam video tersebut, dapat didengari bunyi suara tangisan bayi dan jeritan meminta tolong seorang wanita.
BACA BERITA PENUH DI SINI46 korban banjir, 54,532 mangsa masih di PPS - Ketua Polis Negara
Sat Dec 25 2021Sejumlah 46 kematian akibat bencana banjir telah direkodkan sehingga jam 4 pagi, 25 Disember, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Abdullah Sani.
Dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda di sini hari ini, beliau berkata, lima lagi mangsa masih dilaporkan sebagai hilang.
BACA BERITA PENUH DI SINILebih 45,000 mangsa masih berada di 290 PPS pagi ini
Sat Dec 25 2021Sebanyak 45,324 orang daripada 13,065 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri pagi ini.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 290 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
BACA BERITA PENUH DI SINIPemuda UMNO Johor bantu mangsa banjir di Selangor
Sat Dec 25 2021'Macam mini tsunami, kereta atas kereta' - Fizi Ali terkesan keadaan mangsa banjir
Sat Dec 25 2021Penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa hiba dan sayunya apabila melihat suasana mangsa banjir menerusi sebuah misi banjir yang disertainya pada Khamis.
Menurut Fizi atau nama sebenanrya Mohd Hafizi Alimudin, 32, dia terpanggil untuk menyertai misi bantuan banjir setelah melihat banyak informasi tentang keperluan tenaga kerja yang dikongsikan di media sosial.
BACA BERITA PENUH DI SINITengku Zafrul dalam misi bantuan di Sg Lui
Sat Dec 25 2021Mentakab hampir lumpuh
Sat Dec 25 2021Uqasha, Kamal Adli tunai umrah, solat hajat untuk mangsa banjir
Sat Dec 25 2021Pasangan pengantin baharu, Kamal Adli dan Uqasha Senrose berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pagi semalam.
Menerusi perkongsian di entri terbaharu akaun Instagram, Kamal dan Uqasha mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua dan berharap peminat dapat mendoakan segala urusan ibadah mereka dipermudahkan.
“Maafkan kami semua… Salam takziah untuk semua mangsa-mangsa banjir, kami akan doakan Allah akhirkan bencana ni. InsyaAllah… Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami,” coret Kamal.
Menerusi video pendek yang dikongsi, Uqasha memaklumkan mereka bakal membuat solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia.
BACA BERITA PENUH DI SINISidang Media Ketua Polis Negara
Sat Dec 25 2021Ikuti Sidang Media Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenaan Ops Banjir #AWANInews #Banjir2021 https://t.co/EmY9ihfH13
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 25, 2021Kerja pembersihan sisa banjir di Bera
Sat Dec 25 2021Misi bantuan mangsa banjir sekitar Parlimen Hulu Langat
Sat Dec 25 2021Bantu mangsa banjir, Rosyam Nor terima sumbangan penyembur air
Sat Dec 25 2021Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, berbesar hati apabila jenama penyembur air terkemuka keluaran German menaja peralatan tersebut untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Rosyam berkata, pada mulanya beliau mahu membeli beberapa unit pemyembur air untuk tujuan pembersihan, tetapi tidak menjangkakan dia diberikan gadget tersebut secara percuma.
BACA BERITA PENUH DI SINI20 tampil sahut rayuan
Sat Dec 25 2021Our call for volunteers yesterday was met with almost 20 people showing up at Shell Batu 9 today morning
— Aaron Denison (@aaron16denison) December 25, 2021
They will be helping with flood victims in Hulu Langat along our members at @demokrat_my & @demokratmalaya
This news made my Christmas morning even better#DaruratBanjir https://t.co/I8Lxb9tZdNFenomena air termenung resahkan penduduk
Sat Dec 25 2021Penghadang angin tradisional kurangkan kerosakan
Sat Dec 25 2021Misi 100 sukarelawan Bayan Baru ke Selangor
Sat Dec 25 2021Laporan bencana setakat 6 pagi ini
Sat Dec 25 2021Cuaca baik, mangsa banjir Hilir Perak terus berkurangan
Sat Dec 25 2021Ekoran cuaca baik sejak beberapa hari kebelakangan ini, bilangan mangsa banjir di Daerah Hilir Perak yang masih tinggal di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu semakin berkurangan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, setakat jam 7 pagi Sabtu, bilangan mangsa berkurangan kepada 100 orang daripada 26 keluarga, berbanding 153 orang dari 45 keluarga, semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINIYDPA lawat PPS CIAST
Sat Dec 25 2021Saksikan lawatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di PPS CIAST, Shah Alam di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI sekarang!
Misi bantuan di Sungai Lembing
Sat Dec 25 2021Dua inovasi atasi banjir genang di Bukit Changgang
Sat Dec 25 2021Banjir genang atau termenung yang berlaku di Bukit Changgang, Banting, Selangor dapat diatasi dengan menggunakan inovasi terusan dan evaporator atau penyejat.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata dua inovasi itu adalah kaedah terbaharu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
BACA BERITA PENUH DI SINIPesanan daripada Abang Viva
Sat Dec 25 2021Misi bantuan banjir hari ke-2 di Sg Lembing - Ameerah DUN Cukai
Sat Dec 25 2021KPDNHEP nafi ada aniaya mangsa banjir
Sat Dec 25 2021Peniaga buntu mahu bangkit kembali
Fri Dec 24 2021Misi bantuan banjir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang oleh Zakat Kedah
Fri Dec 24 2021Zakat Kedah yang membawa 24,000 kampit beras bagi misi bantuan banjir ke Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.
— Faizal (@mrfaizalzailan) December 24, 2021
Perlepasan di buat oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Selamat jalan. Moga selamat sampai pic.twitter.com/69b1orF01WAnak kelaparan, bapa redah banjir cari makanan
Fri Dec 24 2021Seorang bapa nekad meredah banjir untuk pulang ke rumahnya di Taman Tulip 1, Seksyen 29, di sini bagi mendapatkan bekalan makanan untuk anaknya yang kelaparan selepas terperangkap lebih 12 jam, Sabtu lalu.
Berkongsi kisah itu, lelaki berusia 35 tahun yang mahu dikenali sebagai Izuan berkata, dia sekeluarga mula keluar dari rumah ke kediaman abang iparnya pada waktu Maghrib selepas air mula memasuki kediaman.
BACA BERITA PENUH DI SINI300 kambing, 10 lembu lemas dalam banjir
Fri Dec 24 2021Seorang penternak kambing dan lembu terpaksa menanggung kerugian lebih RM80,000 apabila ternakannya mati dalam kejadian banjir besar di Kampung Lombong, Seksyen 29 di sini pada Sabtu.
Imam Sufaat Ishak, 43, berkata, kejadian banjir itu amat tidak disangka kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINIAnggota TLDM bantu bersih rumah Tok Abah
Fri Dec 24 2021Kalaulah Pak Nil kaya...
Fri Dec 24 20219 lori kontena dalam misi bantuan ke Selangor, Pahang
Fri Dec 24 2021KDEBWM sasar selesai masalah sampah di Taman Sri Muda dalam seminggu
Fri Dec 24 2021KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), syarikat milik penuh kerajaan Selangor menjangkakan akan menyelesaikan masalah sampah pukal pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, dalam tempoh seminggu.
Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud berkata sehubungan itu, penduduk diharap bersabar dan bekerjasama bagi melancarkan operasi pungutan sampah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Bumi Segar Indah Sdn Bhd itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Kami bergelap sepanjang enam hari' - Penduduk Bandar Seri Ehsan
Fri Dec 24 2021Penduduk di Bandar Seri Ehsan, Banting di sini lega selepas bekalan elektrik, komunikasi dan jalan yang terputus sejak enam hari lalu ekoran banjir pada Sabtu kembali pulih seperti sedia kala.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan Bandar Seri Ehsan, Banting di sini pada Jumaat mendapati jalan sepanjang tiga kilometer yang sebelum ini ditenggelami air sedalam satu meter mulai surut dan boleh dilalui kenderaan.
BACA BERITA PENUH DI SINIMasyarakat Islam di Pattani buat solat hajat untuk mangsa banjir di Malaysia
Fri Dec 24 2021Masyarakat Islam di Pattani, selatan Thailand mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda.
Solat hajat itu diimamkan, Iman Besar Masjid Jamek Pattani, Abdul Razak Wangsoh, di Masjid Jamek Pattani selepas solat Jumaat.
BACA BERITA PENUH DI SINIPenghadang angin tradisional menjadi pilihan nelayan di Kampung Jambu Bongkok
Fri Dec 24 2021Seorang nelayan di Kampung Jambu Bongkok, Marang memilih untuk menggunakan penghadang angin tradisional yang diperbuat daripada pelepah atau daun kelapa bagi mengurangkan tiupan angin dari arah pantai.
Selain itu, ia juga berfungsi untuk melindungi kediaman daripada terjahan angin kencang ketika monsun timur laut.
BACA BERITA PENUH DI SINIPerkemas peralatan Jabatan Meteorologi dan agensi bencana - Bastien
Fri Dec 24 2021Kerajaan harus memperkemaskan Jabatan Metereologi dan agensi banjir negara dengan alatan terkini dan tidak lagi leka dengan prosedur pengurusan serta sistem yang diguna pakai selama ini.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, alasan Jabatan Meteorologi untuk tidak memberi amaran awal semasa bencana banjir kali ini memang sukar untuk diterima rakyat yang sedang bersedih akibat malapetaka berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINIRumah anggota ATM turut terjejas - Hishammuddin
Fri Dec 24 2021Najib lawat 10 PPS mangsa banjir
Fri Dec 24 2021
Jumlah mangsa menurun di empat negeri, Kelantan kekal
Fri Dec 24 2021Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Perak, Pahang dan Selangor menunjukkan penurunan manakala jumlah mangsa di Kelantan kekal, malam ini.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di 306 PPS di Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur setakat malam ini adalah seramai 46,524 orang.Korea Selatan sedih dengan banjir yang melanda Malaysia
Fri Dec 24 2021Korea Selatan turut bersedih dengan kejadian banjir besar baru-baru ini yang telah menyebabkan kerosakan teruk serta korban nyawa di Malaysia, kata Perdana Menteri Kim Boo-Kyum.
Dalam surat yang diutus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kim bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.India, Turki tawar bantuan kepada Malaysia - Saifuddin
Fri Dec 24 2021Prihatin dengan nasib menimpa mangsa banjir, beberapa negara luar khususnya India dan Turki menyuarakan kesediaan untuk membantu Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata aset dan keupayaan negara masih lagi mencukupi dalam menjalankan operasi bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas.Kerajaan kurang pengalaman urus bencana, NGO lebih cekap - Hasanuddin
Fri Dec 24 2021Kerajaan dilihat tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam berdepan dengan situasi bencana alam.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berpendapat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih cekap dan berpengalaman menguruskan krisis sedemikian seperti yang sedang dihadapi negara ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bantuan Wang Ihsan: NADMA nafi dakwaan Hannah Yeoh
Fri Dec 24 2021Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkait garis panduan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) mangsa banjir.
Menerusi satu kenyataan, NADMA memaklumkan soalan lazim (FAQ) yang dirujuk Hannah adalah garis panduan lama.
BACA BERITA PENUH DI SINICuti KSU, ketua pengarah dibatalkan serta-merta - KSN
Fri Dec 24 2021Cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan arahan pembatalan cuti bagi anggota Kabinet dan mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara, supaya pulang segera.
BACA BERITA PENUH DI SINIKutipan sampah pukal pascabanjir dijangka selesai dua minggu lagi - MBSA
Fri Dec 24 2021Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjangkakan proses pembersihan sampah pukal di kawasan pascabanjir yang sedang dilaksanakan secara maksimum ketika ini, akan selesai dalam tempoh dua minggu.
BACA BERITA PENUH DI SINIAstro Radio kumpul keperluan harian, bantu mangsa
Fri Dec 24 2021Astro Radio dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Lotus's Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) mengambil inisiatif mengumpulkan sumbangan keperluan harian daripada orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir menerusi kempen KamiCare Flood Relief.
Penyampai radio Era, Nabilah Mohamad berkata, kempen yang bermula dari 10 pagi hingga 4 petang itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi mereka pada saat mencabar ini.Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah
Fri Dec 24 2021Bencana banjir yang melanda Selangor khususnya di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam rupa- rupanya turut memberi impak kepada penghibur tersohor negara, Datuk Zainal Abidin apabila menjadi salah seorang mangsa bah tersebut.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam Instagramnya semalam, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Hijau itu mendedahkan, semua kenderaan miliknya rosak teruk dan separuh kediamannya turut ditenggelami air.
BACA BERITA PENUH DI SINIFAM hulur sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan
Fri Dec 24 2021Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan bagi meringankan bebannya selepas kediamannya di Hulu Langat, Selangor, dilanda musibah banjir baru-baru ini.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, FAM memaklumkan sumbangan tersebut merupakan inisiatif daripada Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin yang sentiasa peka dengan kebajikan pemain dan bekas pemain terutama kepada mereka yang banyak berjasa dan menabur budi kepada negara.Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak kembali dibuka secara berperingkat
Fri Dec 24 2021Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang terjejas akibat banjir telah dibuka secara berperingkat bermula jam 6 petang Jumaat.
Menurut pengendali KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dalam satu kenyataan, ia selepas kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih di sepanjang lebuh raya itu selesai sepenuhnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI"Kami susah nak bersihkan rumah, tekanan air rendah" - Penduduk
Fri Dec 24 2021Kerja-kerja membersihkan kediaman yang musnah selepas ditenggelami air di Kampung Sri Tanjung di sini, sukar dijalankan berikutan tekanan air yang rendah berlaku sejak Khamis.
Menurut seorang penduduk di kampung berkenaan, Samsul Saharuddin, 50, masyarakat di situ terpaksa menakung air dalam besen dan tong sebelum proses pembersihan dilakukan.Menteri Kabinet diarah batal cuti, pulang ke Malaysia segera
Fri Dec 24 2021Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan percutian masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI'Saya rugi RM40,000 dalam sekelip mata, 5,000 pokok cili musnah' - Pekebun
Fri Dec 24 2021Banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor sejak 17 Disember lalu memberi kesan kerosakan besar ke atas hampir kesemua mangsa terlibat.
Tidak terkecuali, pekebun cili mitigasi, Ahmad Irham Mohd Noor, 40, yang hilang punca pendapatan selepas kebunnya ditenggelami air di Kampung Sri Tanjung beberapa hari lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINIPenghantar makanan turun padang agih bantuan mangsa banjir
Fri Dec 24 2021Sekumpulan penghantar makanan di Hulu Langat bersatu hati apabila turun padang secara bersama bagi aktiviti pengagihan bantuan kepada penduduk sekitar.
Kumpulan itu hadir dari pelbagai latar belakang syarikat penghantar makanan, dengan mengetepikan sebentar tugas hakiki untuk fokus kepada misi bantuan.
BERITA PENUH DI SINILebih 20 dron diaktifkan ke kawasan terjejas banjir
Fri Dec 24 2021Lebih 20 unit dron telah diaktifkan hari ini bagi operasi bantuan pemulihan banjir di kawasan terjejas di Selangor termasuk bagi kerja-kerja pemantauan dan penghantaran bekalan kritikal seperti makanan, ubat-ubatan dan power bank, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
BACA ARTIKEL PENUH DI SINITiada pilihan, mereka mungkin terpaksa dipindahkan - Hasanuddin
Fri Dec 24 2021Memandangkan keadaan hakisan sungai Hulu Langat yang semakin kritikal dan membahayakan penduduk yang tinggal di sepanjang tebing, Ahli Parlimennya, Datuk Hasanuddin Yunus memberi bayangan bahawa mereka mungkin perlu dipindahkan.
Jelas beliau, sebelum ini kerajaan negeri dan kerajaan pusat sememangnya telah berbincang untuk menaik taraf keadaan Sungai Hulu Langat sehingga ke Sungai Kuala Langat.
BACA BERITA PENUH DI SINIPerdana Menteri tinjau PPS SJKC Mentakab
Fri Dec 24 2021Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BACA BERITA PENUH DI SINISukarelawan perlu maklum Kerajaan Negeri Selangor untuk koordinasi - Amirudin
Fri Dec 24 2021Badan bukan kerajaan, agensi dan sukarelawan yang menyertai misi bantuan mangsa banjir di Selangor perlu memaklumkan kehadiran mereka kepada kerajaan negeri, menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pemaklumkan ini akan memudahkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri bagi mengkoordinasikan pergerakan sukarelawan, dan seterusnya menumpukan kawasan yang lebih memerlukan bantuan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIOrang luar boleh kongsi rezeki bantuan, tapi janganlah ambil kesempatan - Penduduk Hulu Langat
Fri Dec 24 2021Segelintir penduduk Hulu Langat menzahirkan sedikit rasa kesal terhadap sikap beberapa individu yang datang ke daerah berkenaan untuk mengambil barangan keperluan percuma yang diagihkan.
Ia berikutan ada dalam kalangan mereka bukan daripada penduduk tempatan dan tidak dikenali, namun dikesan telah mengambil barangan sumbangan dengan jumlah yang banyak serta berulang kali.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINISesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Fri Dec 24 2021Sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari depan ditangguhkan satu minggu susulan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri ketika ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Rumah 'ditelan' air, mangsa di Mentakab pasrah
Fri Dec 24 2021Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh penduduk Kg Batu Kapor, di sini, selain keluhan mengenangkan kediaman mereka yang ditenggelami air dalam banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.
"Ketika ini kami tidak dapat melakukan apa-apa selain menunggu air surut untuk pulang memeriksa rumah. Kami pasrah dan reda," kata seorang mangsa Wardiana Bucin, 53.
ARTIKEL PENUH DI SINI'Kami minta kerajaan segera buat sesuatu, tebing sungai dah terlalu hampir' - Mangsa banjir
Fri Dec 24 2021Penduduk yang juga mangsa banjir di Hulu Langat Batu 17, kini bimbang dengan keadaan tebing yang terhakis akibat banjir.
Tinjauan Astro AWANI mendapati dakwaan itu sememangnya berasas kerana didapati keadaan tebing sungai di sepanjang daerah berkenaan bukan sahaja terlalu hampir dengan kediaman mereka yang sedang dibersihkan, malah hanya kurang dari dua meter dari jalan raya di beberapa tempat.
BERITA LANJUT DI SINI.Longgokan balak hanyut
Fri Dec 24 2021Lebih banyak jentolak diperlukan untuk alihkan longgokan balak hanyut di Hulu Langat. @501Awani pic.twitter.com/vFfuBjhNMa
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) December 24, 2021Banjir: Rumah 'ditelan' air, mangsa di Mentakab pasrah
Fri Dec 24 2021Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh penduduk Kg Batu Kapor, di sini, selain keluhan mengenangkan kediaman mereka yang ditenggelami air dalam banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.
Jelas terpancar kegusaran di wajah mereka ketika ditemui Bernama di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Mentakab, pada Khamis.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Penduduk Hulu Langat hulur bantuan kepada mangsa
Fri Dec 24 2021Walaupun bantuan daripada pelbagai pihak yang kebanyakanya daripada luar Selangor dan Kuala Lumpur, ia tidak memberi maksud bahawa sebahagian penduduk di sekitar Hulu Langat yang tidak terjejas berpeluk tubuh.
Tinjauan Astro AWANI di sepanjang laluan daerah berkenaan mendapati terdapat beberapa penduduk asal kawasan itu membuka meja di luar kediaman mereka dengan menawarkan keperluan dan makanan yang mereka beli dengan duit poket mereka sendiri dan diberikan secara percuma.
BERITA LANJUT DI SINI.Jumlah mangsa banjir turun di empat negeri, Negeri Sembilan meningkat
Fri Dec 24 2021Bencana banjir yang melanda negara menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka, manakala di Negeri Sembilan merekodkan sedikit peningkatan sementara di Perak pula jumlah mangsa kekal, setakat pagi ini.
BERITA LANJUT DI SINI.Integrasi antara kementerian patut ada untuk selesaikan pelbagai isu bersama - Pakar
Fri Dec 24 2021Setiap satu projek kerajaan seharusnya menuntut kerjasama rapat antara kementerian supaya tadbir urusnya senada dan isu-isu berkait di bawah setiap kementerian terlibat dapat diurus dengan lebih cekap.
Dengan ini, tegas Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Nor Azazi Zakaria, apa sahaja masalah dapat diselesaikan dengan tuntas.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Tiba masa rakyat ada kesediaan kendiri berdepan bencana
Fri Dec 24 2021Rakyat perlu miliki ilmu serta kemahiran 'survival' berdepan sebarang kemungkinan dan tidak lagi sepatutnya terlalu bergantung harap kepada agensi kerajaan.
Kata Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Khamarrul Azahari Razak, mereka sekurang-kurangnya mampu bertindak awal untuk menyelamatkan diri dan orang terdekat sebelum pihak luar datang membantu.
BERITA LANJUT DI SINI.Alatan untuk kerja pembersihan jadi keperluan mangsa banjir
Fri Dec 24 2021Barangan keperluan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan seperti penyapu dan lain-lain antara yang menjadi keperluan mangsa banjir ketika ini.
Tinjauan astro AWANI di sekitar kawasan bencana membabitkan daerah Hulu Langat pagi tadi mendapati ramai mangsa hadir mendatangi lori-lori bantuan mencari keperluan itu bagi membersihkan kediaman mereka yang kebanyakannya rosak dan dipenuhi lumpur.
BERITA LANJUT DI SINI.Kerja pembersihan bermula
Fri Dec 24 2021Alatan untuk kerja pembersihan jadi keperluan mangsa banjir ketika ini selain keperluan asas yang lain. @501Awani pic.twitter.com/EBHZKWtQKO
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) December 24, 2021Dugaan mangsa banjir
Fri Dec 24 2021[BANJIR] Besar dugaan Saroni Minhad,72, penduduk Kg Bukit Changgang.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 24, 2021
Rumahnya terbakar 90 peratus,masa sama dinaiki air banjir pd Ahad lalu.
Keringat 40 tahun membina mahligainya itu hilang sekelip mata. Kerugiaan dianggarkan lebih RM400,000 @501Awani #AWANInews #Banjir2021 pic.twitter.com/iyEsWBJpzHPasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar
Fri Dec 24 2021Banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan orang dewasa disebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan keluarga tersayang tetapi juga berpotensi menjejaskan emosi kanak-kanak.
Justeru, pakar psikologi kanak-kanak berpendapat sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir bagi memastikan perkembangan psikologi, emosi dan mental mereka tidak terganggu dengan bencana itu.
BERITA LANJUT DI SINI.Rumah dilanda banjir dan terbakar 90 peratus, dugaan besar buat Saroni
Fri Dec 24 2021Dugaan yang besar terpaksa dilalui Saroni Minhad, 72, apabila rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting hangus dijilat api ketika banjir melanda Ahad lalu.
Lebih 90 peratus rumahnya yang dibina sejak 40 tahun lalu hasil keringat sendiri musnah dijilat api.
BERITA LANJUT DI SINI.Lebih 30 penduduk buntu masalah 'banjir termenung'
Fri Dec 24 2021Setiap kali hujan, tiada apa yang membimbangkan buat lebih 30 keluarga di Kampung Pohon Tanjung, Wakaf Bharu apabila mereka terpaksa meredah air sehingga paras lutut untuk masuk ke rumah akibat air yang bertakung di laluan utama di kawasan berkenaan.
Banjir termenung berkenaan dipercayai berlaku susulan daripada masalah perparitan di kawasan penempatan mereka sehingga menyebabkan air yang bertakung mengambil masa lebih dua minggu untuk surut sepenuhnya.
BERITA LANJUT DI SINI."Si bulus" juga ahli keluarga kami - Mangsa banjir
Fri Dec 24 2021"Mereka juga ahli keluarga kami." Ungkapan ringkas, cukup untuk menjelaskan tindakan mangsa banjir dan individu lain yang sanggup merisikokan keselamatan diri demi menyelamatkan "anak bulus" atau haiwan peliharaan dan jalanan daripada bencana itu.
Klip video yang memaparkan usaha mereka itu turut membanjiri media sosial tatkala operasi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap, khususnya di Lembah Klang pada hujung minggu baru-baru ini, dilaksanakan pelbagai pihak.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir Sri Tanjung: Ada wanita baru melahirkan tak terima bantuan - Mangsa
Fri Dec 24 2021Mangsa banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila dikhabarkan tidak mendapat bantuan secukupnya dalam situasi sukar tersebut.
Menceritakan mengenai nasib penduduk, salah seorang mangsa, Rafiee Osman berkata, beliau turut dimaklumkan terdapat seorang wanita yang baru melahirkan bayi juga tidak mendapat sebarang bantuan.
BERITA LANJUT DI SINI.Cari bantuan sendiri
Fri Dec 24 2021Banjir Sri Tanjung: "Ada wanita baru bersalin tiga hari tak dapat bantuan, saya nekad keluar cari bantuan sendiri," demikian luah Rafiee Osman yang juga merupakan mangsa banjir. #Banjir2021 #SriTanjung @501Awani pic.twitter.com/aXEXVfyaYl
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) December 24, 2021Tak terima bantuan, anak dukung ibu redah banjir cari makanan
Fri Dec 24 2021Tragedi banjir yang melanda di sekitar Shah Alam ternyata merupakan insiden yang terburuk berlaku di daerah itu, dengan beberapa lokasi utama menjadi tumpuan.
Bagaimanapun, kawasan Kampung Sri Tanjung, di sini, seakan terlepas pandang oleh pihak berkuasa apabila penduduknya dikhabarkan tidak menerima sebarang bantuan dari pihak berwajib.
BERITA LANJUT DI SINI.Tidak terima bantuan
Fri Dec 24 2021Mangsa banjir di Sri Tanjung, Dengkil dakwa tidak terima bantuan memasuki hari keenam, terpaksa dukung ibu redah banjir untuk dapatkan bekalan makanan. #Banjir2021 #SriTanjung @501Awani pic.twitter.com/h8n4Tkb7pY
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) December 24, 2021Bencana banjir: 10 jalan masih ditutup di sekitar Selangor
Fri Dec 24 2021Polis masih menutup beberapa laluan di Selangor yang masih dinaiki air, susulan banjir yang masuk hari ketujuh, hari ini.
Bagaimanapun, jumlah penutupan jalan sejak Sabtu lalu itu semakin menurun, berbanding sebanyak 71 laluan ditutup pada hari kedua banjir, Ahad lalu.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Jumlah mangsa meningkat di Kelantan, empat negeri lain menurun
Thu Dec 23 2021Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencatatkan peningkatan malam tadi manakala empat negeri lain termasuk Selangor menunjukkan penurunan.
Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal.
BERITA LANJUT DI SINI.Jumlah mangsa menurun di lima negeri, KL kekal
Thu Dec 23 2021Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Selangor, Kelantan, Perak dan Melaka menurun setakat petang tadi namun, jumlah mangsa di ibu negara kekal.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di 376 PPS di Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kuala Lumpur setakat ini adalah seramai 59,844 orang.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir: PM terharu dengan pengorbanan 'frontliners'
Thu Dec 23 2021Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan yang menjalankan khidmat bagi melancarkan operasi bantuan kepada mangsa banjir.
Ismail Sabri menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.Banjir Sri Muda: "Adik terpaksa berenang ke KESAS untuk dapatkan bantuan" - Mangsa
Thu Dec 23 2021Insiden banjir yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam ternyata merupakan satu peristiwa hitam buat penduduknya yang menyifatkan ia sebagai tragedi terburuk pernah berlaku.
Menceritakan detik awal insiden berkenaan, Ahmad Rashidi Ahmad Faidzal berkata, adiknya terpaksa berenang ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS) untuk memohon pertolongan."Saya bawa isu supaya Iran beli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia," kata MP Hulu Langat
Thu Dec 23 2021Hari kelima banjir di Hulu Langat, Ahli Parlimennya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dilihat sibuk melawat rumah mangsa selepas tiba ke tanah air pada dua hari lepas.
Menurutnya, meskipun beliau sebelum ini berada di Turki dan Iran namun Hasanuddin sentiasa mendapatkan maklumat terkini berhubung bencana di kawasannya itu.KPDNHEP akan kenal pasti komuniti peniaga terjejas banjir untuk salur bantuan
Thu Dec 23 2021Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) akan mengenal pasti mana-mana komuniti peniaga berdaftar khususnya peniaga kecil yang terjejas banjir di beberapa negeri untuk diberi bantuan bersesuaian.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tujuan itu peniaga yang terjejas juga boleh menghubungi pejabat KPDNHEP berdekatan untuk memberi maklumat berkenaan keperluan mereka kepada agensi itu.
BERITA PENUH DI SINITiada kes baharu COVID-19 di PPS, 180 kes penyakit berjangkit dikesan
Thu Dec 23 2021Tiada kes baharu COVID-19 dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sekali gus jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 390 kes.
KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUHBanjir: Ular juga makhluk Tuhan
Thu Dec 23 2021Banjir Sri Muda: Penduduk mula lakukan kerja-kerja pembersihan
Thu Dec 23 2021Banjir Sri Muda: Penduduk di kawasan kejiranan telah mula melakukan kerja-kerja pembersihan susulan paras air yang telah mula surut sepenuhnya. #Banjir2021 #TragediSriMuda @501Awani pic.twitter.com/qWjxsdaRo0
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) December 23, 2021NGO disaran daftar dengan NADMA untuk bantu mangsa banjir
Thu Dec 23 2021Badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin untuk turut sama membantu mangsa banjir terutamanya membabitkan proses pembersihan kediaman akibat bencana itu disaran agar terlebih dahulu mendaftarkan penyertaan mereka dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Aminuddin Hashim, ia bagi tujuan koordinasi agar sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan dengan cara yang sewajarnya.
BACA BERITA PENUH DI SINIBantuan RM1,000 untuk mangsa banjir, RM5,000 untuk kematian - NADMA
Thu Dec 23 2021Kerajaan akan menyalurkan bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada semua ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Aminuddin Hashim dalam sidang media yang diadakan di Shah Alam hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINIKampung Bukit Changgang masih digenangi air
Thu Dec 23 2021Hampir sebahagian besar kawasan Kampung Bukit Changgang di sini, masih digenangi air banjir sejak bencana itu melanda lima hari lalu.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar kampung itu mendapati paras air melepasi pinggang dan dada di sesetengah kawasan.
Bagaimanapun, di sejumlah kawasan tertentu yang air telah surut, penduduk kampung mengambil peluang membersihkan kediaman mereka yang rata-ratanya tenggelam sejak kejadian banjir Sabtu lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Hampir 200 haiwan peliharaan berjaya diselamatkan
Thu Dec 23 2021Hampir 200 ekor haiwan peliharaan berjaya diselamatkan susulan tragedi banjir di Sri Muda, Shah Alam.
Menurut Exco Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, kesemua haiwan berkenaan mengalami pelbagai kecederaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI'Saya tangkap ular demi keselamatan penduduk setempat'
Thu Dec 23 2021Di Kampung Bukit Changgang ketika rata-rata penduduk cuba menyelamatkan barangan rumah serta kenderaan mereka daripada dinaiki air, muncul seorang pemuda Mohd Asri Saru, 30, yang memilih untuk menyelamatkan ular sawa di sekitar kawasan itu.
Niatnya hanyalah untuk memastikan reptilia yang menjadikan habitatnya di sekitar kampung itu tidak mati selain demi keselamatan penduduk.
BACA BERITA PENUH DI SINIPTPTN bincang dengan KPT dan MoF beri moratorium bersasar - Wan Saiful
Thu Dec 23 2021Pengurusan atasan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diarahkan segera mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan (MoF) bagi memberikan moratorium bersasar kepada peminjam yang terkesan.
Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan, PTPTN juga telah diarahkan agar mempermudahkan urusan penyusunan semula bayaran bagi peminjam yang terkesan.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir: Tiada istilah pilih kasih dalam misi selamatkan mangsa - Bomba
Thu Dec 23 2021Tiada istilah pilih kasih ketika menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, semua anggota yang terlibat dalam melaksanakan tugas mereka sentiasa meletakan nyawa dan kepentingan awam di hadapan tanpa batasan kaum dan agama, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
BACA BERITA PENUH DI SINIRamai anggota kehilangan kediaman, tidak tahu ke mana keluarga dipindahkan - Bomba
Thu Dec 23 2021Tidak ramai yang mengetahui, ketika ramai yang mempersoalkan tentang kecekapan pihak berkuasa di negara ini menangani banjir, ramai anggota badan penguasa seperti bomba juga turut menjadi mangsa ketika bergelut menyelamatkan nyawa orang lain.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, ratusan anggotanya sendiri kehilangan kediaman akibat bencana banjir yang melanda.
BACA BERITA PENUH DI SINIPM arah agensi terlibat adakan sidang media harian Ops Banjir
Thu Dec 23 2021Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan kesemua agensi yang terlibat dengan bencana banjir untuk mengadakan sidang media harian Ops Banjir.
Ismail Sabri melalui catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini berkata, sidang media itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat terkini dan sahih mengenai situasi banjir serta persediaan yang perlu dalam menghadapi bencana.
BACA BERITA PENUH DI SINIKhidmat polis bantuan akan digunakan sekiranya diperlukan
Thu Dec 23 2021Khidmat polis bantuan belum digunakan secara menyeluruh untuk pengurusan bencana banjir di dalam negara ketika ini.
Sebaliknya, khidmat pasukan itu hanya digunakan untuk membantu di kawasan terjejas di bawah jagaan mereka.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan, khidmat polis bantuan mungkin akan digunakan bagi pengurusan banjir di negara ini sekiranya diperlukan pada masa akan datang.
BACA BERITA PENUH DI SINIAnggota bomba tinggalkan keluarga dalam bencana banjir demi misi menyelamat
Thu Dec 23 2021Perkembangan dan situasi semasa di Hulu Langat
Thu Dec 23 2021Sidang media Ketua Pengarah Bomba
Thu Dec 23 2021Banjir dibawa Monsun Timur Laut belum berlaku, semua agensi perlu bersedia - ATM
Thu Dec 23 2021Banjir yang diramal akan dibawa hujan lebat Monsun Timur Laut ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung masih belum berlaku lagi, kata Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang.
Justeru katanya semua agensi perlu bersiap-bersedia untuk kemungkinan berhadapan insiden banjir yang lebih buruk.
BACA BERITA PENUH DI SINIArahan untuk siap sedia terlibat operasi banjir diterima sejak dua bulan lepas - ATM
Thu Dec 23 2021Arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bulan lepas, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
"Pengarahan dari atas sejak dua bulan lepas, kata siap siaga, kalau dah air naik saya tidak tunggu lagi jika saya ada anggota dan aset sedia, saya akan selamatkan orang awam dahulu nak tunggu apa lagi," katanya pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda di sini hari ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIUmat Islam diseru adakan solat hajat, bacaan Yasin
Thu Dec 23 2021Umat Islam di seluruh negara diseru melaksanakan solat sunat hajat dan membaca surah Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara, susulan bencana banjir yang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib malam ini di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
ARTIKEL PENUH DI SINIATM tumpu beri bantuan di Pahang, Selangor dan Kelantan
Thu Dec 23 2021Angkatan Tentera Malaysia kini memberi tumpuan membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang, Selangor dan Kelantan yang menunjukkan situasi terjejas teruk, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
BACA BERITA PENUH DI SINIAWANI Ringkas: KPN kemuka sebab kelewatan SAR hari pertama banjir
Thu Dec 23 2021Bekalan keperluan di semua PPS adalah mencukupi - KPN
Thu Dec 23 2021Polis terima 7 laporan kes pecah masuk premis
Thu Dec 23 2021Yadim salur peruntukan segera RM500,000 untuk mangsa banjir
Thu Dec 23 2021Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM500,000 dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Beliau berkata, peruntukan berkenaan termasuk wang tunai berjumlah RM20,000 kepada negeri yang terjejas banjir, barangan keperluan dan pembukaan Dapur Rakyat di kawasan terjejas banjir.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir Sri Muda: Ketua Polis Negara akui berlaku kelewatan koordinasi antara agensi
Thu Dec 23 2021Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengakui berlaku kelewatan dalam koordinasi antara agensi dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir pada hari pertama kejadian di Taman Sri Muda, Shah Alam Sabtu lalu.
Beliau berkata, kelewatan operasi itu adalah disebabkan kepadatan penduduk di kawasan kejadian.Penduduk kumpul al-Quran untuk dilupuskan mengikut syarak
Thu Dec 23 2021Tatkala air bah semakin surut di beberapa kawasan di Lembah Klang, ramai mangsa banjir menumpukan kepada kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kediaman mereka yang terjejas susulan banjir.
Barangan rosak diasingkan bagi proses pelupusan, namun bagi naskhah suci umat Islam iaitu al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu rupa.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIAnggota tentera sentiasa bersiap sedia hadapi banjir
Thu Dec 23 2021Pelepasan misi bantuan pasca banjir ke Selangor
Thu Dec 23 2021Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir ke Selangor di Laman Seri Ridzuan, di sini, pada Khamis.
Misi bantuan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan (INTAP), Datuk Mohd Zolkafly Bin Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIPlatform kitajaga.co sediakan info bantuan
Thu Dec 23 2021Banjir Pahang: Mayat dua beranak dipercayai lemas ditemui di padang bola
Thu Dec 23 2021Banjir Pahang: Mayat dua beranak lemas ditemui di padang bola di Mentakab
Thu Dec 23 2021Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, ditemui pagi ini.
BERITA PENUH DI SINIAngka korban di Selangor meningkat 24 orang
Thu Dec 23 2021Banjir Selangor: Angka korban meningkat kepada 24 orang
Thu Dec 23 2021Setakat jam 8 malam tadi, 24 orang maut akibat banjir yang berlaku di sekitar Selangor sejak 18 Dis lalu, dan terdapat 22,875 mangsa banjir daripada 5,156 keluarga yang ditempatkan di 125 PPS di lapan daerah meliputi 18 mukim di Selangor.
BERITA PENUH DI SINI
Banjir: Jumlah mangsa menurun di empat negeri
Thu Dec 23 2021Situasi bencana banjir yang memasuki hari ketujuh menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala bilangan mangsa kekal di Kelantan dan Perak, sementara di ibu negara terdapat sedikit peningkatan, setakat pagi ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 37,356 orang pada pagi ini, berbanding 38,086 orang di 270 PPS, malam tadi menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BERITA LANJUT DI SINI.Mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 37,421 di 264 PPS sehingga jam 8 pagi ini
Thu Dec 23 2021Mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 37,421 di 264 pps sehingga 0800 khamis. Total kematian akibat banjir/tanah runtuh 12 dengan 7 lagi masih hilang @501Awani #Banjir2021 pic.twitter.com/yNoJcV7DZm
— Hakim Rahman (@AHakimRahman) December 23, 2021Banjir: Penduduk Terengganu masih dalam keadaan berjaga-jaga
Thu Dec 23 2021Meskipun keadaan banjir di Terengganu telah reda ketika ini namun kebimbangan tetap membelanggu penduduk khususnya yang tinggal di kawasan yang rendah apatah lagi 'edah' musim tengkujuh belum tamat.
Apabila bulan Disember bertandang Adnan Kamaruddin, 41, yang tinggal di Kampung Tanjung Bukit Mentok, Kemaman, pasti resah apatah lagi mengenangkan kediaman terletak berhampiran sungai.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir Sri Muda: Air surut ke paras lutut, pintu kunci air dibuka
Thu Dec 23 2021Paras air di Seksyen 25, Taman Sri Muda, antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir semakin susut selepas pintu kunci air dibuka kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
BERITA LANJUT DI SINI.Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri catat penurunan
Wed Dec 22 2021Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri pagi ini menunjukkan sedikit penurunan dengan lebih 62,000 mangsa dipindahkan.
Laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sehingga jam 5 pagi Khamis, jumlah mangsa terjejas adalah 62,388 daripada 17,617 keluarga.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Keadaan tidak parah andai kita bersedia - Pakar
Wed Dec 22 2021Kemusnahan akibat bencana pasti tidak akan begitu parah seandainya kita serba-serbi bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang boleh dijangka.
Apatah lagi sudah diketahui penghujung tahun adalah musim tengkujuh ekoran monsun timur laut, seharusnya persediaan itu tidak hanya dibuat di kawasan atau negeri kerap dilanda banjir sahaja tetapi seluruh negara.
BERITA LANJUT DI SINI.Banjir: Demi kelangsungan hidup, bantu masyarakat, penduduk buka perniagaan
Wed Dec 22 2021Banjir yang melanda lapan daerah di Pahang mengakibatkan banyak urusan harian dan perniagaan terhenti sama ada kerana pekerja terkandas atau premis dinaiki air.
Tetapi bagi segelintir penduduk, mereka perlu terus bekerja bukan sahaja demi kelangsungan hidup malah untuk membantu mereka yang memerlukan.
BERITA LANJUT DI SINI.33 korban banjir di Selangor dan Pahang
Wed Dec 22 2021Jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang meningkat kepada 33 nyawa berbanding 27 yang direkodkan pada Selasa.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala sembilan lagi mangsa korban banjir ditemukan di dua lokasi di Pahang.
BERITA LANJUT DI SINI.Koordinasi gerak kerja hadapi bencana patutnya sudah ada sebelum ia melanda - Pakar
Wed Dec 22 2021Kesiapsiagaan sepatutnya sudah ada sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana dengan mengambil kira semua faktor yang wujud.
Kata pakar perubatan kesihatan awam, Dr Farhan Rusli, ia merangkumi koordinasi gerak kerja antara semua pihak, daripada agensi kerajaan sehinggalah komuniti rakyat di akar umbi.
BERITA LANJUT DI SINI.Air semakin surut di Taman Sri Muda
Wed Dec 22 2021Banjir Sri Muda: Kanak-kanak 2 tahun ditemui lemah, dikejar ke Hospital Klang
Wed Dec 22 2021Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didapati lemah dan mengalami simptom muntah-muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir Sri Muda, di sini, malam tadi.
Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal Rahim berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui berada bersama keluarganya di dalam rumah di kawasan yang dinaiki air.PAUiTM, BebasNews, Terbang Charity lancar inisiatif Infaq, Sedekah dan Bantuan
Wed Dec 22 2021Portal berita BebasNews menerusi firma yang mengendalikan portal tersebut, Rare Media Sdn Bhd, melancarkan inisiatif Infaq, Sedekah dan Bantuan (ISB) bagi mangsa bencana banjir di negara ini.
Inisiatif itu digerakkan bersama dua badan sukarela iaitu Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Terbang Charity, sebuah organisasi yang digerakkan anak-anak muda Malaysia.
Menerusi satu kenyataan,KAPB prihatin terhadap ahli yang terjejas banjir
Wed Dec 22 2021Bencana banjir yang melanda seluruh negara terutama di Lembah Klang ketika ini menjejaskan puluhan ribu mangsa yang mana ia bukan sahaja memusnahkan harta benda malah banyak nyawa yang melayang.
Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) yang merupakan perintis koperasi pelaburan di Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap kesemua mangsa yang terlibat dalam bencana yang melanda negara ketika ini.
ARTIKEL PENUH ADA DI SINIBanjir Mentakab: Ibu dan bayi terkandas diselamatkan
Wed Dec 22 2021Ibu dan bayi yang dilaporkan terkandas akibat banjir di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang telah diselamatkan oleh pasukan bomba daerah itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Sri Hartati Mohd Rasul yang merupakan jiran kepada dua beranak itu ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Tiada seorang pun Ahli Parlimen beri notis bahas isu banjir - Azhar
Wed Dec 22 2021Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menafikan beliau menolak usul membahaskan isu banjir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.
Azhar menjelaskan bahawa bagi hal-hal tergempar dan diperlukan untuk dirundingkan secara tergempar, satu usul di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 18 (1) perlu dibuat kepada beliau iaitu sehari awal, sebelum persidangan berlangsung.
ARTIKEL PENUH DI SINI"Farouk ... individu misteri penyelamat kami" - Mangsa
Wed Dec 22 2021Datangnya berseorangan dan bersahaja, tersenyum sambil menyapa mesra sekumpulan mangsa banjir yang sedang bertungkus-lumus membersihkan rumah.
Sambil dia berjalan sekeliling lokasi banjir di sini, lalu dia bertanya apa bantuan yang diperlukan penduduk setempat.
BACA KISAH "FAROUK" DI SINILRA Pantai, Lakai di N. Sembilan alami kerosakan infrastruktur - SAINS
Wed Dec 22 2021Dua Loji Rawatan Air (LRA) Pantai, Seremban dan Lakai, Jelebu masih belum dapat beroperasi kerana mengalami kerosakan infrastruktur akibat banjir baru-baru ini.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail dalam satu kenyataan berkata LRA Pantai masih tidak dapat beroperasi disebabkan kerosakan infrastruktur loji yang belum dibaiki.
BACA BERITA PENUH DI SINI"Lumpur tebal sampai paras lutut" - Khairulaming dan Azharferi bergabung cuci rumah mangsa
Wed Dec 22 2021PADA saat ramai sukarelawan membantu meringankan beban mangsa banjir di sekitar ibu kota, dua orang influencer terkenal negara, Khairulaming dan Azfarheri juga tidak mahu ketinggalan menghulurkan bantuan.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram Azfarheri, influencer yang memiliki 1.2 juta pengikut itu berkongsi kegiatannya membantu membersihkan kediaman mangsa banjir yang disaluti lumpur tebal pasca air surut.PPS penuh, mangsa di Temerloh mohon bantuan
Wed Dec 22 2021Jumlah mangsa banjir yang terlalu ramai menyebabkan beberapa pusat penempatan sementara (PPS) di daerah ini sesak, sehingga ada yang terpaksa tidur di dalam kereta atau berkhemah di bahu jalan.
Seorang penduduk Taman Sri Semantan, Nurul Shafiqah Shahrin berkata keadaan itu menyukarkan mangsa mendapatkan barangan keperluan seperti makanan, air mineral, selimut, bantal, pakaian, serta lampin pakai buang dan susu formula bayi.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIAwas peningkatan penyakit berjangkit - KKM
Wed Dec 22 2021Kementerian Kesihatan bimbang kemungkinan berlaku peningkatan kes penyakit berjangkit berkaitan banjir selain COVID-19, susulan bencana banjir di beberapa negeri ketika ini.
BERITA PENUH DI SINIBanjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai
Wed Dec 22 2021Polis menerima 10 laporan berhubung insiden pecah masuk kedai di kawasan banjir di Shah Alam termasuk di Taman Sri Muda.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kebanyakan laporan melibatkan kedai serbaneka.
Bengkel jangan ambil kesempatan kena harga melampau - KPDNHEP
Wed Dec 22 2021Pengusaha bengkel kenderaan bermotor diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang melampau bagi kerja-kerja pembaikan kenderaan ekoran bencana banjir yang melanda negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI"Niat membantu, tak apa tanggung kos sendiri asalkan penduduk selamat" - Amir
Wed Dec 22 2021Dalam suasana banjir yang belum lagi reda di beberapa kawasan di Lembah Klang, ramai wira tidak didendang tampil memberikan bantuan di saat mangsa amat memerlukan.
Di Kampung Bukit Changgang, Amir Azimi, 38 dan Mohamad Adma Sulaiman, 32, antara pemilik bot persendirian yang tidak putus-putus membawa mangsa ke kawasan selamat.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIKampung Gajah Mati, Mentakab ‘lenyap’ dek banjir
Wed Dec 22 2021Banjir Sri Muda: Penduduk akan dikeluarkan jika cuaca bertambah buruk - Polis
Wed Dec 22 2021Kesemua mangsa banjir yang enggan berpindah akan dibawa keluar sekiranya keadaan cuaca kembali bertambah buruk.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini mereka masih dibenarkan untuk terus berada di kediaman mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINIKampung Gajah Mati ibarat pulau
Wed Dec 22 2021Beberapa perkampungan di Mentakab masih ditenggelami air sehingga menenggelami bumbung rumah penduduk.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kawasan yang dinaiki air melibatkan beberapa buah perkampungan antaranya Kampung Gajah Mati, Kampung Sungai Buloh, Kampung Baru Kapor dan sebahagian rumah di Taman Sempalik Indah yang menempatkan lebih 1,000 penduduk.
BACA DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH"Jangan panjangkan isu pertindihan kuasa, rakyat tak suka tengok" - Abd Latiff
Wed Dec 22 2021Isu siapa yang betul atau salah mengenai pengurusan bencana Selangor, tidak seharusnya berlarutan, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Ahli Parlimen Mersing itu berkata, beliau dimaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah pun memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI"Alhamdulilah, Naruto, Super Saiya berjaya diselamatkan"
Wed Dec 22 2021Tragedi banjir yang melanda di Kampung Bukit Changgang di sini, merupaka bencana terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.
Lantaran tidak menjangka keadaan akan menjadi seburuk itu, penduduk di kampung berkenaan hanya mampu menyelamatkan dokumen penting sahaja sementara kenderaan dan perkakas di kediaman masing-masing musnah ditenggelami air.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINIHenti sumbang pakaian di Taman Sri Muda, tumpu makanan kering
Wed Dec 22 2021Sumbangan pakaian untuk mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini tidak lagi diperlukan, kata Pengurus Operasi Pengurusan Kecemasan Bencana Selangor Shehdi Hazrik Shamsudin.
Sebaliknya, Shehdi Hazrik berkata pihaknya yang turut membantu JKM dalam menguruskan sumbangan, masih menerima sumbangan makanan kering dan minuman seperti air mineral; mi segera; alat pembersihan diri; lampin pakai buang dan susu formula.
BACA DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUHBuaya, ular sawa jadi cabaran operasi selamat penduduk di Bukit Changgang
Wed Dec 22 2021Operasi menyelamat penduduk dalam banjir di Kampung Bukit Changgang yang terletak berhampiran Dengkil di sini, berdepan cabaran besar kerana kawasan sungai berhampiran dihuni buaya dan ular sawa.
Menurut Ketua Kampung Bukit Changgang, Mohd Alias Hamdi, 56, berkata semua penduduk dan pihak yang terbabit dalam usaha menyelamat sentiasa diingatkan supaya berhati-hati.
BACA BERITA PENUH DI SINIJambatan Dengkil-Banting runtuh dibaik pulih, keadaan bukan semakin buruk
Wed Dec 22 2021Sebuah jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting yang runtuh akibat banjir Jumaat lalu kini dalam proses baik pulih dan keadaannya bukan semakin buruk seperti tersebar di media sosial, hari ini.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati kerja-kerja baik pulih jambatan FT 31 (Dengkil-Banting), Seksyen 20.80 itu sedang giat dijalankan pihak kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR).
ARTIKEL PENUH DI SINISituasi di Pusat Pemindahan Sementara SK Parit Mahang, Kuala Selangor
Wed Dec 22 2021Kerajaan Negeri akan melipatgandakan usaha membantu penduduk membersihkan rumah
Wed Dec 22 20212 lagi mayat ditemui, korban di Taman Sri Muda kini 14 orang
Wed Dec 22 2021Angka korban akibat banjir di Taman Sri Muda di sini, terus meningkat dengan penemuan dua lagi mayat, pada Rabu.
Ia menjadikan bilangan mangsa yang maut di kawasan Taman Sri Muda mencecah 14 orang.
BACA BERITA PENUH DI SINIPM arah segerakan penyambungan bekalan elektrik
Wed Dec 22 2021Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya penyambungan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir disegerakan apabila keadaan kembali selamat.
Menerusi perkongsian di media sosial, Ismail Sabri mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
BACA BERITA PENUH DI SININoh Omar 'sekolahkan' MB Selangor, pertahan masih Pengerusi MKN Selangor
Wed Dec 22 2021Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa beliau masih lagi Pengerusi MKN Selangor.
Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan yang dibuat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.
BACA BERITA PENUH DI SINISukarelawan dan PANTAS MBPJ kini berada di Lorong Kenangan 2, Puchong (kawasan pentadbiran MBSJ) bagi membantu kerja-kerja pembersihan mangsa banjir.
Wed Dec 22 2021Proton tawar bantuan kepada pelanggan terjejas akibat banjir
Wed Dec 22 2021Proton akan membantu semua pemilik model Proton yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Selain itu, syarikat pengeluar kereta itu juga akan menanggung caj tunda sebanyak sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.
BERITA PENUH DI SINITMJ salur bantuan kepada mangsa banjir di Melaka, Shah Alam, Hulu Langat, Pahang
Wed Dec 22 2021Keadaan pasca banjir di Bukit Lanchung, Putra Heights
Wed Dec 22 2021Paras air di Taman Sri Muda semakin surut - NADMA
Wed Dec 22 2021Proses mengepam air keluar dari kawasan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, berjalan lancar walaupun hujan lebat melanda sekitar Shah Alam awal pagi tadi.
"Pagi tadi dah surut juga walaupun hujan pukul 4 pagi," kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
BERITA PENUH DI SINIKeadaan di tapak pekan sehari Kuala Krau
Wed Dec 22 2021Tapak Pekan Sehari Kuala Krau
— ??Bencana2021?? (@banjir2021) December 22, 2021
Kredit: Elyana pic.twitter.com/IoUqUta8tZTumpuan pembersihan pasca banjir terburuk
Wed Dec 22 2021Alasan mangsa banjir enggan pindah ke PPS
Wed Dec 22 2021Perkembangan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam
Wed Dec 22 2021Derita pasca banjir
Wed Dec 22 2021Memang perlukan tenaga kudrat ramai orang pasca banjir ni. Dari sekecik barang sampai sebesar barang dah tak boleh pakai bro..
— Fauzi Isk (@pojifozee) December 22, 2021
? ?#DaruratBanjir pic.twitter.com/QMSJq31mvgEmpat daerah di Pahang berisiko banjir lagi
Wed Dec 22 2021Perkembangan banjir di Bukit Changgang, Sepang
Wed Dec 22 2021Jabatan Kecemasan 'mini' dibuka 24 jam, tidak perlu ke hospital lagi - Dr Noor Hisham
Wed Dec 22 2021Kementerian Kesihatan (KKM) buat pertama kali mewujudkan pusat operasi medan yang berupa Jabatan Kecemasan 'mini' di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pusat operasi yang sudah mula beroperasi sejak Isnin lalu itu mampu memberi rawatan kepada 50 pesakit sehari dengan menempatkan 10 katil.
BERITA PENUH DI SINIHarith Iskander kongsi detik selamatkan bayi
Wed Dec 22 2021PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander berkongsi detik menyelamatkan seorang bayi bersama ibunya yang terperangkap akibat banjir.
Menerusi akaun Instagramnya, Harith yang menyertai misi menyelamat bersama badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama isterinya turut merakamkan detik tersebut.
BERITA PENUH DI SINIKeadaan banjir di Pahang amat teruk - Najib
Wed Dec 22 2021Situasi di Kampung Baru HICOM
Wed Dec 22 2021Tanah mendap di susur keluar ke Klang-Lebuhraya Persekutuan
Wed Dec 22 2021
Jalan masuk ke Padang Jawa ditutup
Wed Dec 22 2021Jalan masuk ke Padang Jawa dari depan (traffic light Puspakom) dan belakang (sekolah vokasional) dah ditutup untuk kenderaan at 12pm 22/12/2021 #DaruratBanjir
— PU liss ?? (@kiddiepax) December 22, 2021Selepas banjir di Puchong
Wed Dec 22 2021Total damage. Tak expect macamni sekali teruknye banjir kt puchong. #Banjir2021 pic.twitter.com/D7pZ1Yryw0
— ?NaZz? (@ShXpeen69) December 22, 2021Bantuan diperlukan di Lorong 5, Kampung Kenanga, Puchong
Wed Dec 22 2021Bantuannn diperlukan kat kawasan Puchong Lorong 5 Kampung Kenanga. Ramai kata bantuan tak sampai sampai. Ada baju je.
— brgsjks (@brgsjks) December 22, 2021
Paling banyak barang yang diperlukan:
1. Toto
2. Selimut & bantal
3. Toiletries
Sesiapa yang berkelapangan, boleh terus call Encik Yazid - +60 11-3144 5197 pic.twitter.com/dT0xb8CxC3Misi bantuan banjir Perbadanan Putrajaya mula digerakkan
Wed Dec 22 2021Kerja pembersihan pasca banjir di Hulu Langat
Wed Dec 22 2021Terengganu gerakkan 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pahang
Wed Dec 22 2021Kerajaan Negeri Terengganu akan menggerakkan kira-kira 1,000 sukarelawan pelbagai agensi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terenggganu Hanafiah Mat berkata, misi bantuan itu akan bermula minggu depan.
BERITA PENUH DI SINISituasi pagi tadi di Kampung Sri Aman Puchong - Bro Adam
Wed Dec 22 2021?Situasi pagi tadi di Kampung Sri Aman Puchong, mohon jaga jaga semua, update terbaru di Kampung Bukit Lancong pun air dah start naik buku lali.
— bro Adam Rumah Cadar Kapas (@rumahCadarKapas) December 22, 2021
Peringatan buat sukarelawan semuanya, tolong siap sedia mental dan fizikal untuk sebarang kemungkinan, jaga diri korang juga! pic.twitter.com/FwbqWnGQY5Aset JPS di Kuala Lumpur dipenuhi sampah sarap - Tuan Ibrahim
Wed Dec 22 2021Kampung Tengah Puchong dinaiki air
Wed Dec 22 2021Dukacita dimaklumkan kerja² Cuci di Kampung Tengah Puchong ditangguh pagi ini kerana kawasan tersebut dinaiki air. Akan sambung kerja bila keadaan mulai reda.
— CuciMalaysia (@CuciMalaysia) December 22, 2021Penghantaran bantuan pakaian dari SK Puchong Indah
Wed Dec 22 2021UPDATE:
— ABIM Selangor (@abimselangor) December 22, 2021
PUCHONG, Sukarelawan berkumpul di SK Puchong Indah memulakan aktiviti sorting baju-baju yang akan dihantar ke Hulu Langat. pic.twitter.com/mqWBGOexFqTip penjagaan kesihatan mental buat mangsa banjir
Wed Dec 22 2021Mungkin sebahagian daripada mangsa banjir yang teruk terkesan dapat mengharungi tempoh sukar ini dengan baik, namun ada juga yang berdepan kesukaran untuk kekal waras.
Pakar Perunding Kanan Psikiatri merangkap Pengarah UMCARES Universiti Malaya, Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkongsi beberapa panduan bagi memastikan kesihatan mental tetap terjaga biarpun dirundung musibah.
BERITA PENUH DI SINIKeadaan di Jalan Maran
Wed Dec 22 2021Jalan Maran
— ??Bencana2021?? (@banjir2021) December 22, 2021
Kredit: Zack Daniel pic.twitter.com/k9GVLT2tdVKegiatan pembersihan di TTDI Jaya
Wed Dec 22 2021#Banjir: Keadaan di lokasi kerap berlaku banjir, TTDI Jaya, Shah Alam tidak terkesan dengan hujan yang turun awal pagi tadi dan kegiatan pembersihan giat dijalankan
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 22, 2021
? Azlee / BERNAMA pic.twitter.com/Qzl17fOV69Suasana di Padang Jawa
Wed Dec 22 2021LZS edar bantuan fidyah kepada asnaf fakir miskin secara pandu lalu
Wed Dec 22 2021Pintu air Sri Muda beroperasi semula - MB
Wed Dec 22 2021Tinjauan sekitar kawasan banjir di Sri Muda
Wed Dec 22 2021Bukan enggan berpindah, tetapi PPS penuh - Penduduk
Wed Dec 22 2021Bukan enggan berpindah, sebaliknya pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat sudah penuh.
Itu yang dialami kira-kira tujuh keluarga dari Kampung Terusan di sini yang terpaksa tinggal di dalam rumah yang dinaiki air.
BERITA PENUH DI SINILawatan Ketua Pengarah Kesihatan ke PPS Sri Muda
Wed Dec 22 2021Jalan mendap di Sungai Buloh
Wed Dec 22 2021Mendapat perkhabaran penutupan jambatan di Dengkil dan jalan mendap di kaw Sungai Buloh.
— Parti MUDA (@partimuda) December 22, 2021
Hati2 semua, sementara kita tunggu kerajaan buat sesuatu, buka mata & maklum sebarang kesan tanah mendap atau hakisan (tanah runtuh).
(Gambar 2 hari lepas)#KitaJagaKita #maribantu pic.twitter.com/3lMpWy5l3QPerkembangan banjir di Terengganu
Wed Dec 22 2021Bantuan dihulurkan tidak kira bangsa, agama
Wed Dec 22 2021Kesiapsiagaan, koordinasi bantuan bencana
Wed Dec 22 2021Keadaan banjir di Temerloh
Wed Dec 22 2021new update. rumah dah paras peha. kesan yang sampai area atas tingkap tu banjir yang sebelum ni. pic.twitter.com/AU61mGMxpJ
— jia (@pvnk1uvr) December 22, 2021Apa kita belajar daripada tragedi banjir ini? - Azizul Azli
Wed Dec 22 2021Banjir di Plaza Tol Shah Alam surut, trafik lancar - PLUS
Wed Dec 22 202110:41hrs Status terkini banjir di Plaza Tol Shah Alam telah surut. Trafik semakin lancar. Pandu cermat. @LLMinfotrafik https://t.co/vksXcsRpf5 pic.twitter.com/i7snPp4um5
— plusline1800880000 (@plustrafik) December 22, 2021Misi bantuan pasca banjir MBPJ
Wed Dec 22 2021Sejak hari pertama banjir mereka bertungkus lumus membantu - Ab Jalil
Wed Dec 22 2021PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir
Wed Dec 22 2021Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) memohon supaya lebih banyak pertolongan diberikan kepada PKS yang terjejas akibat banjir buruk di Lembah Klang.
Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, ramai ahli SAMENTA telah melaporkan kerosakan teruk pada kenderaan, jentera dan stok, termasuk ada yang mencecah jutaan ringgit.
BERITA PENUH DI SINIPahang lancar Tabung 'PAHANG4BANJIR'
Wed Dec 22 2021Mercedes-Benz tawar skim bayaran tanpa faedah untuk kos baik pulih kenderaan terlibat banjir
Wed Dec 22 2021Mercedes-Benz Malaysia menyediakan program bantuan banjir kepada pelanggannya termasuk skim bayaran tanpa faedah bagi kos baik pulih kenderaan mereka yang terjejas akibat bencana itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, tawaran itu sah sehingga 31 Januari 2022.
BERITA PENUH DI SINISituasi di bandar Temerloh
Wed Dec 22 2021Kabo nye .. belum ada tanda surut lagi pic.twitter.com/QgeY7QDkIu
— fauzanalwi (@fauzanazwanalwi) December 22, 2021Kawasan lot kedai di Temerloh - Fauzan Alwi
Wed Dec 22 2021Kedai-kedai dalam kawasan bandar Temerloh pic.twitter.com/4MfytiIWVq
— fauzanalwi (@fauzanazwanalwi) December 22, 2021Agensi kerajaan negeri Kedah sedia hulur bantuan - MB
Wed Dec 22 2021Paras air meningkat di laluan Lanchong Jaya, Seksyen 28
Wed Dec 22 2021[MAKLUMAN SEGERA]
— MBSA (@sacitycouncil) December 22, 2021
Paras air sedang meningkat naik di Laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 berhampiran Pasar Raya HERO. Mohon orang ramai untuk mengelakkan melalui kawasan tersebut dan berhati-hati semasa berada di atas jalan raya.Kerja alih dahan, pokok tumbang oleh TNB
Wed Dec 22 2021Kerja-kerja mengalih dahan-dahan dan pokok yang tumbang sedang dijalankan bagi memulihkan pepasangan TNB.
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) December 22, 2021
Sentiasa jaga keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa.
#DaruratBanjir#StaySafe pic.twitter.com/fgNIowZfAwSekitar KM112 Lanchang di LPT
Wed Dec 22 20219.50am : Sekitar KM112 Lanchang - Trend air menurun.
— Dayang sofiea (@Dayangsofieaa) December 22, 2021
Sumber: LPT#BanjirDarurat #DaruratBanjir pic.twitter.com/YimIYLexc2Dua termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas redah air di padang bola
Wed Dec 22 2021Dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh dekat sini, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima maklumat pada 3.15 petang sebelum menggerakkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab ke lokasi kejadian.
BERITA PENUH DI SINIEmpat daerah di Pahang dijangka terima limpahan air hulu sungai - Bomba
Wed Dec 22 2021Empat daerah, Temerloh, Bera, Maran dan Pekan, dijangka menerima limpahan air hulu sungai yang bakal mengakibatkan banjir lebih besar dalam masa terdekat.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang Che Adam A Rahman berkata, pihaknya sudah bersedia dengan kemungkinan itu dan meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai supaya bersedia.
BERITA PENUH DI SINIPersimpangan Shah Alam arah utara ditutup
Wed Dec 22 2021#rakitaKL #kltu #daruratbajir
— Rakita Traffic (@RakitaTraffic) December 22, 2021
0940 ELITE (E6) : Persimpangan Shah Alam arah Utara dari Setia Alam ke Shah Alam KINI DITUTUP berikutan BANJIR disebabkan Empangan Batu kini melepaskan AIR SECARA BERPERINGKAT.
? Orang Awam pic.twitter.com/0OkIHM9DuKTanah runtuh di jalan lama Karak ke Bentong - Muhaimin
Wed Dec 22 2021Jalam lama Karak ke Bentong..
— Muhaimin ? | ???? (@_muhaimin26) December 22, 2021
Allahul musta'an.. pic.twitter.com/kZWqqMkbkFIbu rahsia situasi banjir supaya Nur Fatihah fokus kejohanan bola baling kebangsaan
Wed Dec 22 2021Tidak mahu Nur Fatihah Abdul Aziz hilang fokus ketika mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Baling Kebangsaan Bawah 20 Tahun di sini, ibu pemain sayap kanan itu merahsiakan situasi banjir yang berlaku di kediaman mereka di Permatang Pasir, Banting, Selangor.
Nur Fatihah, 18, berkata ibunya memaklumkan kediamannya telah dinaiki air sehingga ke paras buku lali pada 7 pagi, Ahad lalu dengan peralatan rumah, buku dan pakaian antara yang rosak akibat banjir.
BERITA PENUH DI SINIUsahawan udang kara terjejas akibat banjir di Hulu Langat
Wed Dec 22 2021Lebih 2,000 udang kara matang yang siap untuk dipasarkan bernilai puluhan ribu ringgit antara yang musnah dalam kejadian banjir besar di Hulu Langat Sabtu lepas.
Projek Hub Pengumpulan dan Tumpuan Ternakan Udang Kara (Hub Petukar) yang diusahakan bekas penjawat awam, Suhaidy Shuib, 36, di belakang rumahnya di Dusun Tua, Hulu Langat itu gagal diselamatkan apabila air naik terlalu pantas hingga menenggelamkan 80 tangki yang mengandungi udang itu.
BERITA PENUH DI SINIMangsa banjir dikecualikan bayaran ganti LKM, LMM dan VOC
Wed Dec 22 2021Mangsa banjir diberi pengecualian daripada membayar yuran penggantian Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata tiada tempoh ditetapkan bagi mangsa menggantikan dokumen berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai urusan penting lain seperti menguruskan rumah dan keluarga.
BERITA PENUH DI SINITerkilan tak dapat selamatkan keluarga lemas
Wed Dec 22 2021Rasa terkilan menyelubungi salah seorang mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini apabila gagal menyelamatkan ahli keluarganya yang lemas dalam tragedi tersebut pada Sabtu.
Mangsa, Nancy Tan Poh Har, 64, ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 19, di sini menceritakan detik cemas cuba menyelamatkan abangnya, Tan Hong Yiap, 76, dan anak saudaranya, Karen Tan Pei Pei, 47.
BERITA PENUH DI SINILapor segera jika kehilangan ahli keluarga
Wed Dec 22 2021Makluman penyaluran sumbangan oleh MBSA
Wed Dec 22 2021[MAKLUMAN]
— MBSA (@sacitycouncil) December 22, 2021
Kepada individu atau sukarelawan yang ingin bersama-sama menghulurkan bantuan sumbangan berupa makanan kering seperti biskut, roti, susu bayi, pampers, tuala wanita, tikar, selimut, towel, selipar, mineral water, pakaian dalam wanita & lelaki, toiletries, pic.twitter.com/M4a3UiGg6aSaifuddin singkatkan lawatannya ke Turki, tangguh kunjungan ke India
Wed Dec 22 2021Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah memendekkan lawatan rasminya ke Turki serta menangguhkan kunjungan ke India berikutan bencana banjir di Malaysia.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, bencana itu telah menjejaskan kira-kira 2,932 penduduk di kawasannya yang telah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara.
BERITA PENUH DI SINIKeadaan di NKVE ke tol Bukit Jelutong - Friends Of Setia Alam
Wed Dec 22 2021
Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut
Wed Dec 22 2021Keadaan banjir di Taman Sri Muda, antara kawasan yang terjejas teruk, dilihat beransur pulih apabila paras air semakin surut pagi ini.
Difahamkan paras air yang sebelum ini berada sehingga bumbung rumah surut ke paras pinggang sejak tengah malam tadi.
BERITA PENUH DI SINIBanjir di Taman Sri Muda semakin pulih
Wed Dec 22 2021Banjir di Taman Sri Muda dilihat beransur pulih apabila paras air semakin turun. Difahamkan paras air semasa direkodkan antara lutut dan pinggang. @501Awani #BanjirSelangor pic.twitter.com/baE5gUOT0g
— Umavathi Ramayah ?? (@UmavathiRamayah) December 22, 2021Mat Sabu tinjau keadaan di Kampung Bukit Lanchong
Wed Dec 22 2021Paras air sungai naik semula di Batu 3 - Aishah Irene
Wed Dec 22 2021INFO BANJIR : ALERT PARAS AIR SUNGAI MULA NAIK SEMULA DI KAWASAN BATU 3.
— Aishah Irene Galibon Jr. (@aishahirene) December 22, 2021
Hujan rintik bermula sejak pukul 0200am pagi. Mohon ambil langkah berjaga-jaga semua.#DaruratBanjir pic.twitter.com/KJBOoEIQYiKeadaan di jalan raya Bukit Jelutong
Wed Dec 22 2021da banjir? pic.twitter.com/zQBcCKMJ5X
— Amirul Haziq??? (@MirulHaziqRadzi) December 22, 2021Jumlah mangsa catat sedikit penurunan
Wed Dec 22 2021Turun, bantu operasi bersih rumah mangsa banjir - Asyraf Wajdi
Wed Dec 22 2021
Runtuhan di Bangsar Indah Condominium, tiada mangsa terlibat
Wed Dec 22 2021Tiada mangsa yang terlibat di sekitar kawasan tanah runtuh di Bangsar Indah Condominium, Bangsar, di sini, semalam.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya bersama pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke lokasi terbabit untuk meninjau pergerakan tanah yang berlaku di sekitar kondominium tersebut semalam.
BERITA PENUH DI SINI
11 kes positif melibatkan mangsa banjir di Kelantan
Wed Dec 22 2021Usahawan udang kara terjejas akibat banjir di Hulu Langat
Wed Dec 22 2021Lebih dua ribu udang kara matang yang siap untuk dipasarkan bernilai puluhan ribu ringgit antara yang musnah dalam kejadian banjir besar di Hulu Langat Sabtu lepas.
Projek Hub Pengumpulan dan Tumpuan Ternakan Udang Kara (Hub Petukar) yang diusahakan bekas penjawat awam, Suhaidy Shuib, 36, di belakang rumahnya di Dusun Tua, Hulu Langat itu gagal diselamatkan apabila air naik terlalu pantas hingga menenggelamkan 80 tangki yang mengandungi udang itu.
BERITA PENUH DI SINIKeperluan mangsa banjir pasca bencana
Wed Dec 22 2021Berikut merupakan barang barang keperluan mangsa banjir pasca bencana. Paling penting adalah pada fasa ini adalah keperluan peribadi mangsa seperti pakaian dalam, tuala wanita, telekung/ tudung , kit hygiene dan pakaian yang BERSIH.
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) December 21, 2021
Thread. pic.twitter.com/PMY1XwAps1Kuang dan Kundang turut banjir - Shah Zanuriman
Tue Dec 21 2021
Banjir kilat di susur keluar Shah Alam/Bkt Jelutong di NKVE
Tue Dec 21 2021#kltu GCE: Flash floods have been reported towards the NKVE turnoff near the Shah Alam/Bkt Jelutong toll plaza, and currently only one lane can be used.
— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) December 21, 2021
However, traffic in the opposite direction from the toll - Section 13 cannot be used. pic.twitter.com/sISJiFOtiW11 pesakit COVID-19 terperangkap banjir dipindahkan - Bomba Kelantan
Tue Dec 21 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyelamatkan 11 mangsa banjir yang disahkan positif COVID-19, kerana terperangkap akibat bencana itu melibatkan enam pesakit di Gua Musang dan lima di Rantau Panjang.
Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata kesemua pesakit di dua jajahan itu dibawa keluar dari kediaman masing-masing menggunakan lori milik jabatan berkenaan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
BERITA PENUH DI SINIKundang mula dinaiki air - Athirah Fadzwani
Tue Dec 21 2021Seperti yg dirisaukan. Kawasan rendah dekat kundang, rawang dh naik air. #DaruratBanjir pic.twitter.com/Ttaud5lwsr
— Athirah Fadzwani (@athiiiiiirah) December 21, 2021Terpaksa tulis 'S.O.S', 'FOOD' untuk dapatkan bantuan selepas terperangkap dalam dewan
Tue Dec 21 2021Sekumpulan 50 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sebuah dewan di Taman Sri Muda di sini terpaksa menulis S.O.S di tingkap dewan bagi mendapatkan bantuan selepas terperangkap selama tiga hari akibat banjir.
Richmond Linus, 32, berkata isyarat kecemasan itu ditulis pada malam kedua dan setelah bantuan tidak kunjung tiba mereka menulis 'FOOD' menggunakan pita pelekat di atas bumbung dewan dengan harapan ada helikopter melihat tulisan itu.
BERITA PENUH DI SINISituasi di Kampung Gombak Batu 19 - Karyadamai
Tue Dec 21 2021Situasi di Kampung Gombak Batu 19, Kuang. Agak mendebarkan tapi masih dalam kawalan. Kampung saya di Sungai Buloh #DaruratBanjir pic.twitter.com/DPLQKjAQK0
— Karyadamai | ?? Watercolourist (@artbykaryadamai) December 21, 2021Banjir kilat di ELITE
Tue Dec 21 20215:49hrs Banjir kilat di ELITE di lorong keluar Plaza Tol Shah Alam. 2 lorong keluar ditutup. Trafik terkawal. Harap maklum. @LLMinfotrafik
— plusline1800880000 (@plustrafik) December 21, 2021Mangsa terkandas diminta maklum lokasi kepada JBPM
Tue Dec 21 2021Pasukan Penyelamat JBPM masih lagi giat menjalankan ops penyelamatan dan pemindahan mangsa terjejas banjir. Mohon bantuan pengadu/mangsa yang masih lagi terkandas di kawasan terlibat untuk menyalurkan maklumat koordinat lokasi, nombor telefon & mangsa terlibat #sediamenyelamat
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) December 21, 2021Air naik semula di TTDi Jaya, Seksyen 13 - Malina Ishigaki
Tue Dec 21 2021Ttdi jaya shah alam. Seksyen 13 banjir balik. Now pic.twitter.com/YSrj4WFvW9
— Malina Ishigaki (@mal_ishi) December 21, 2021RM10 juta diperuntuk baik pulih sistem pembentungan terjejas banjir - SPAN
Tue Dec 21 2021Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memperuntukkan RM10 juta bagi usaha membaik pulih sistem pembetungan yang terjejas akibat banjir yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri.
SPAN berkata berdasarkan laporan awal, impak daripada banjir besar itu telah menyebabkan kerosakan kepada kira-kira 200 loji rawatan kumbahan (LRK) selenggaraan syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.
BERITA PENUH DI SINIKeselamatan rakyat keutamaan ATM - Affendi
Tue Dec 21 2021Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keselamatan rakyat terutama mangsa banjir sebagai keutamaan, bagi memastikan sebarang usaha melibatkan pengurusan bencana banjir ini dapat dikoordinasikan secara tersusun dan berkesan.
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ini bukan masa untuk mana-mana pihak meletakkan kesalahan, sehingga boleh mengganggu dan menjejaskan usaha menyelamat serta memindahkan mereka yang terkesan akibat bencana ini.
BERITA PENUH DI SINIKKM nasihat orang ramai terlibat banjir ambil langkah keselamatan
Tue Dec 21 2021Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai yang terlibat di kawasan banjir untuk mengambil langkah keselamatan bagi mengelak penyakit berjangkit berkaitan banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di Facebook berkata selain daripada kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19, KKM juga menjangkakan berlaku peningkatan kejadian penyakit berjangkit berkaitan bencana alam itu.
BERITA PENUH DI SINIBanjir besar kini ragut 34 nyawa
Tue Dec 21 2021Banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lepas, sehingga kini telah mengorbankan 34 nyawa, jumlah yang boleh dianggap paling tinggi sejak banjir besar pada 2014.
Dua puluh tiga daripadanya di Selangor manakala 11 orang lagi di Pahang.
BERITA PENUH DI SINIEmpat lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda - Polis
Tue Dec 21 2021Empat lagi kematian dicatatkan di kawasan banjir Taman Sri Muda di sini hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan setakat ini adalah 12 terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita setakat 7 malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata identiti empat mangsa itu, masing-masing dua lelaki dan dua wanita belum dikenal pasti.
BERITA PENUH DI SINIUSIM beri kelonggaran aktiviti PdP, utamakan kebajikan pelajar
Tue Dec 21 2021Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberikan kelonggaran kepada semua fakulti dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula semalam, susulan banjir yang melanda beberapa negeri.
Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Mohamed Ridza Wahiddin, berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa sehingga 24 Disember ini.
BERITA PENUH DI SINIAgong titah agensi kerajaan jangan leka, lebih proaktif bantu mangsa banjir
Tue Dec 21 2021Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru agensi kerajaan yang berkaitan supaya tidak leka dan lebih proaktif melaksanakan tanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir.
Seri Paduka Baginda bertitah ini termasuklah dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa terperangkap termasuk mereka yang berada di pedalaman.
BERITA PENUH DI SINI"Saya dapat panggilan MKN pengerusikan MKN Selangor" - Amirudin
Tue Dec 21 2021Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berkata beliau mendapat panggilan dari Majlis Keselamatan Negara untuk mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana banjir di negeri berkenaan.
"Pagi tadi (Selasa), Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) telah mempengerusikan satu mesyuarat MKN Khas. Ini bermakna, MKN akan menguruskan bencana ini.
BERITA PENUH DI SINILebih 71,000 mangsa di 7 negeri, Selangor, Pahang terus catat peningkatan
Tue Dec 21 2021Sebanyak 71,876 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat petang ini, dengan Selangor dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.
Keadaan banjir di Selangor turut menyebabkan penutupan tiga Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) melibatkan daerah Petaling dan Kuala Langat, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi hantaran di laman Facebook.
BERITA PENUH DI SINIBanjir Selangor: Gangguan operasi kutipan sisa pepejal, KDEBWM umum pelan tindakan
Tue Dec 21 2021Terdapat gangguan dalam operasi kutipan sisa pepejal yang melibatkan beberapa lokasi yang dilanda banjir di Selangor, kata Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan, kerja-kerja kutipan sampah domestik dan pukal mengalami sedikit kelewatan dan kesukaran disebabkan terdapat kawasan yang ditutup serta beberapa lori mengalami kerosakan.
BERITA PENUH DI SINIBanjir Pahang ragut 11 nyawa setakat Selasa
Tue Dec 21 2021Banjir yang melanda Pahang sejak hujung minggu lalu telah meragut 11 nyawa setakat Selasa dengan angka kematian dijangka meningkat ekoran beberapa mangsa yang masih hilang dikhuatiri lemas.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Yusoof, sebanyak lapan kematian direkodkan di Bentong, dua di Kuantan dan satu di Raub.
BERITA PENUH DI SINITiada lagi hujan berterusan, cuaca di utara bertambah baik - MetMalaysia
Tue Dec 21 2021Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia bertambah baik.
Ini susulan lekukan tropika di sekitar kawasan itu yang menunjukkan tanda-tanda lemah, katanya dalam kenyataan pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINIAras air sungai di negeri terjejas masih di paras amaran, waspada
Tue Dec 21 2021Aras air sungai di beberapa negeri yang terlibat banjir dilaporkan masih berada di paras amaran dan waspada, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini.
Menerusi satu kenyataan, KASA berkata beberapa bacaan aras air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor mulai turun tetapi masih berada di paras amaran dan waspada.
BERITA PENUH DI SINIGALERI FOTO: Bencana banjir 2021
Tue Dec 21 2021Berat mata memandang, berat lagi bahu yang sedang terbeban dengan ujian bencana ini. Setiap kali kita menyebut dengan kata-kata 'simpati' dan 'kasihan', berganda-ganda lagi sebenarnya yang terkusut dalam fikiran mangsa-mangsa banjir di seluruh negara ketika ini.
Semoga kita tidak hanya memandang dan mengalih perhatian... hulurlah bantuan dengan cara apa sekalipun kepada mereka.
Ikuti rakaman lensa kamera jururgambar Astro AWANI, Shahir Omar DI SINI86 lagi kes positif COVID-19 di PPS
Tue Dec 21 2021Kementerian Kesihatan mengesan 86 lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes telah dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala sebanyak 11 kes lagi adalah kes COVID-19 yang sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum kejadian banjir.
BERITA PENUH DI SINILebih 80 peratus air banjir berjaya dikeluarkan dari Taman Sri Muda - Abdull Latiff
Tue Dec 21 2021Dianggarkan sebanyak lebih 80 peratus air banjir di kawasan Taman Sri Muda di sini telah berjaya dikeluarkan dan disalurkan ke Sungai Klang hasil penggunaan 24 mesin penyedut air.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdull Latiff Ahmad berkata, bagaimanapun banyak faktor lain yang perlu diambil kira untuk memastikan air surut sepenuhnya.
BERITA PENUH DI SINIPusat Pungutan Zakat MAIWP perjelas kekeliruan 'tak bantu mangsa banjir'
Tue Dec 21 2021KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hanya bertanggungjawab mengutip bayaran zakat daripada mereka yang layak mengeluarkan zakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pengerusinya, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, keseluruhan kutipan zakat itu diserahkan kepada Baitulmal MAIWP sebelum pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada asnaf di Wilayah Persekutuan berdasarkan tatacara dan prosedur ditetapkan Baitulmal.
BERITA PENUH DI SINI"Orang utara, siap sedia kemungkinan banjir nak mai"
Tue Dec 21 2021BERA: Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dinasihatkan supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung hujan berterusan di kawasan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak mahu kejadian banjir seperti di Selangor berulang apabila kebanyakan penduduk tidak bersedia menghadapi bencana itu sehingga mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.
BERITA PENUH DI SINIMalam tak dapat berbuat apa-apa...
Tue Dec 21 2021Selagi bekalan elektrik tidak dipulihkan, selagi itu masa yang ada untuk mencuci rumah dan barangan dengan baik, terhad dari matahari terbit hingga terbenam sahaja. Yang bernasib baik ada genset. Saya percaya @Tenaga_Nasional sedang berusaha sedaya upaya. pic.twitter.com/X9VLrN2TIS
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 21, 2021Kemas kini laluan yang ditutup di Selangor
Tue Dec 21 2021??KEMASKINI LALUAN DITUTUP DI SELANGOR:
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 21, 2021
IPD Klang Utara
1.1) Lebuhraya Shahpadu
2.IPD Subang Jaya (11)
2.1) Jalan Kampung Kenangan, USJ 8
2.2) Jalan Jurutera, Bukit Puchong
2.3) Kampung Bestari, Bukit Puchong.
2.4) Kampung Seri Aman, Bukit Puchong.@501Awani #Banjir2021Kelemahan terpampang jelas, Anwar kesal cara pengurusan banjir
Tue Dec 21 2021"Kelemahan-kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana kini terpampang jelas.
"Tindakan lembab dari Kerajaan Persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditambah pula dengan penyelarasan yang kucar-kacir pihak kerajaan serta agensi-agensi tempatan ternyata merumitkan krisis ini kepada rakyat dan menjadikan ia satu malapetaka tadbir urus juga," tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di Facebook.
BERITA PENUH DI SINISelangor selaras bantuan banjir: "Kawasan ramai artis, ramai pula nak ke sana" - MB
Tue Dec 21 2021Koordinasi bantuan di negeri Selangor akan ditingkatkan apabila beberapa Exco Kerajaan Negeri diberi amanah dan mandat untuk melaksana operasi gerak kerja dan bantuan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya pertindihan, kerugian atau lambakan barangan bantuan di sesuatu lokasi banjir.
BERITA PENUH DI SINITabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dilancar
Tue Dec 21 2021KUALA LUMPUR: Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir dilancarkan hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata inisiatif itu dilaksana bagi memberi peluang kepada orang ramai dan syarikat korporat untuk menyumbangkan bantuan melalui saluran yang betul.
Beliau berkata sumbangan wang tunai boleh terus disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di nombor akaun Alliance Islamic Bank Bhd 160140010004801.
BERITA PENUH DI SINI
MET Malaysia: Laporan Cuaca 21 Disember 2021 (Petang)
Tue Dec 21 2021Pesara polis terjejas boleh mohon bantuan TAWP hingga RM10,000
Tue Dec 21 2021KANGAR: Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku ketika ini boleh memohon bantuan kewangan daripada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sehingga RM10,000.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bantuan ini turut diberikan kepada mereka yang terkesan dengan bencana kebakaran.
BERITA PENUH DI SINIABPM Wilayah Utara turut serta operasi menyelamat dan penghantaran makanan di Taman Sri Muda
Tue Dec 21 2021BANTUAN KHIDMAT KHAS BANJIR
— ABPM Wilayah Utara (@ABPMWUtara) December 21, 2021
Pegawai @ABPMWUtara turut serta dalam operasi bantuan menyelamat & penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.@reezal_merican @KP_bombaJBPM @kpkt_gov @PKP_KorpJBPM pic.twitter.com/sd7zkkiEhQKOLUMNIS: Birokrasi dan protokol punca kelewatan hulurkan bantuan?
Tue Dec 21 2021Pelbagai pihak agensi penguatkuasa telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan tenaga pekerja membantu mangsa-mangsa banjir di pelbagai tempat yang teruk dilanda banjir di seluruh negara kita.
Kerajaan juga telah memberi jaminan bahawa keselamatan mangsa menjadi keutamaan selain memastikan bekalan makanan disediakan untuk semua mangsa banjir.
Namun, daripada apa yang kita dengar dan lihat di pelbagai sumber media sosial, apa yang dilakukan ini masih belum mencukupi dan rata-rata masyarakat masih tidak berpuas hati khasnya dari segi usaha menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
ANALISIS PENUH DI SINIProses agihan makanan oleh Tentera Darat di PPS SRA Dusun Nanding di Sungai Lui
Tue Dec 21 2021? Hulu Langat, Selangor | 21 Dis
— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) December 21, 2021
Proses agihan makanan terus giat dilaksanakan oleh @TenteraDarat melalui Batalion Pertama RRD. Bantuan diagih kpd mangsa banjir yg berlindung di PPS SRA Dusun Nanding di Sungai Lui serta penduduk kampung yang masih berada di kediaman masing2. pic.twitter.com/VyHP5u7wqoFokus salur bantuan pascabanjir - PM
Tue Dec 21 2021JELEBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak memberi tumpuan penuh dalam menyalurkan bantuan pascabanjir, terutama membabitkan pembersihan kediaman mangsa terjejas.
Katanya, pertemuan bersama 13 menteri berkaitan, menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri yang terjejas juga telah diadakan secara maya bagi mencari jalan segera membantu mangsa banjir, khususnya di Selangor.
BERITA PENUH DI SINIUsah cuba harungi laluan bencana sembarangan
Tue Dec 21 2021km 112 - lanchang
— Hakim Rahman (@AHakimRahman) December 21, 2021
km 115 - antara temerloh-lanchang
km 117 - also lanchang
Percayalah @LPTTrafik bila mereka kata laluan ditutup. Jangan dengil or cuba2 melainkan kenderaan anda sejenis amphibian @501Awani pic.twitter.com/0gcQTCtMc8Pengorbanan masa dan keringat skuad antidadah AADK bantu mangsa banjir
Tue Dec 21 2021SUSULAN kejadian banjir kilat di beberapa negeri termasuk Selangor sejak Jumaat lalu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Skuad Antidadah turun padang melaksanakan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.
Bantuan itu dilaksanakan secara sukarela oleh Skuad Antidadah yang disertai oleh 53 orang termasuk pegawai AADK.
BERITA PENUH DI SINISituasi di Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Piatu, Bentong
Tue Dec 21 2021Laluan LPT yang mnghubungkan Bentong-Mentakab-Temerloh-Kuantan terhalang. Bantuan kpd yg terkandas sudah diberikan. Pihak @LLMrasmi dan @LPTTrafik maklum trend air meningkat mungkin akan terpaksa tutup lebih banyak laluan @501Awani #banjir2021 #pahang pic.twitter.com/EqhJfo5ilB
— Hakim Rahman (@AHakimRahman) December 21, 2021PM arah bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas disegera
Tue Dec 21 2021JELEBU: Kerajaan mengarahkan supaya bantuan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara dipercepatkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi meringankan beban ditanggung mangsa yang terlibat dalam menghadapi fasa pasca banjir.
Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman dibuat oleh kerajaan berhubung bantuan awal berkenaan yang kononnya hanya akan diberikan kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
BERITA PENUH DI SINIATM utamakan usaha menyelamat mangsa banjir
Tue Dec 21 2021?????? ????? : ??? ???????? ????? ?????????? ?????? ?????? pic.twitter.com/D85BrcEG3F
— Angkatan Tentera Malaysia (@MarkasATM) December 21, 2021PM akui 'kelemahan', urus tadbir akan ditambah baik - PM
Tue Dec 21 2021JELEBU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga mengorbankan 17 nyawa di Selangor, setakat ini.
Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa telus dan tidak boleh menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya, pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang.
BERITA PENUH DI SINIUKM gerakkan 1,200 sukarelawan bantu mangsa banjir
Tue Dec 21 2021BANGI: Lebih 1,200 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) digerakkan ke lokasi banjir di sekitar Selangor bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana itu.
Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Mohd Ekhwan Toriman berkata, inisiatif mengumpulkan sukarelawan bagi misi banjir itu berlaku secara pantas sejurus bencana berlaku, hasil usaha pihak Hal Ehwal Pelajar dan pendaftar universiti melalui media sosial.
BERITA PENUH DI SINIKerajaan Selangor umum bantuan wang ihsan kepada mangsa
Tue Dec 21 2021SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bantuan wang ihsan bencana kepada semua penduduk yang terkesan akibat banjir di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam tragedi itu.
Beliau pada masa sama turut mengumumkan bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat banjir tersebut.
BERITA PENUH DI SINILemas di Telemong: SAR cari mangsa kelima diperluas - Bomba
Tue Dec 21 2021BENTONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kelima kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini diperluaskan kepada lima kilometer radius kawasan pencarian.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Sufian Yakub berkata ketika ini operasi SAR memfokuskan kawasan seberang sungai, melibatkan dua buah bot penyelamat dengan kekuatan 20 anggota bomba dan polis.
BERITA PENUH DI SINIMoratorium: 2.6 juta peminjam, nilai keseluruhan RM452.5 bil diluluskan
Tue Dec 21 2021Sejumlah 2.6 juta peminjam bank diluluskan permohonan moratorium mereka menerusi tiga Pakej Rangsangan Ekonomi meliputi PRIHATIN, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai pinjaman terkumpul moratorium dianggar berjumlah RM452.5 bilion.
BERITA PENUH DI SINI17 korban nyawa di Selangor - Menteri Besar
Tue Dec 21 2021SHAH ALAM: Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, Klang mencatatkan kematian tertinggi iaitu 10 mangsa, diikuti Sepang (4) dan Hulu Langat (3).
"Mewakili pentadbiran kerajaan negeri Selangor, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat tragedi ini."
BERITA PENUH DI SINITDM bantu agih makanan ke Kampung Bukit Gemuroh, Bera
Tue Dec 21 2021Tak mahu aktiviti rakyat terganggu, pembaikan jalan perlu disegera - PM
Tue Dec 21 2021KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja-kerja pembaikan jalan raya akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses jalan raya dapat dilalui antara Seremban-Jelebu.
Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aktiviti harian rakyat tidak terganggu.
BERITA PENUH DI SINIHanya sebahagian kenderaan NGO dibenar masuk ke Taman Sri Muda - Polis
Tue Dec 21 2021SHAH ALAM: Hanya sebahagian kenderaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan bencana banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini manakala kenderaan orang awam tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib menyatakan sedemikian susulan tular di media sosial berhubung seorang individu yang mendakwa dihalang untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.
BERITA PENUH DI SINIOperasi sedut air banjir Sri Muda giat dijalankan
Tue Dec 21 2021Terowong SMART dibuka semula hari ini
Tue Dec 21 2021KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula kepada laluan trafik bermula 11.10 pagi hari ini selepas keseluruhan kerja-kerja pembersihan telah pun selesai.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd (SMART) dalam kenyataan memaklumkan proses pemeriksaan dan rektifikasi mekanikal dan elektrikal juga telah dijalankan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula untuk para pengguna.
BERITA PENUH DI SINIUniSZA umum cuti bencana dari 19 hingga 26 Disember
Tue Dec 21 2021KUALA TERENGGANU: Prihatin dengan kebajikan pelajarnya yang terjejas banjir, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengumumkan cuti bencana melibatkan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah (mod kerja kursus dan campuran) bermula 19 hingga 26 Disember ini.
UniSZA dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran serta penghantaran tugasan dilaksanakan.
BERITA PENUH DI SINISi comel tidak diabaikan...
Tue Dec 21 2021Haiwan perliharaan juga antara yang terperangkap dalam bencana banjir. Kami akan meneruskan usaha membantu setiap yang memerlukan.#MindefMalaysia#mindefupdate#OpMurni#banjir2021 pic.twitter.com/o2HxZZIx5S
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) December 21, 2021Perkembangan banjir di Pahang
Tue Dec 21 2021Ibu, dua anak terperangkap dua hari di rumah rakan
Tue Dec 21 2021Rancangan untuk bermalam bersama sahabat baik pada hujung minggu bertukar menjadi memori pahit buat seorang ibu kepada dua anak apabila terperangkap di dalam rumah kawannya itu selama dua hari akibat banjir.
Menceritakan pengalaman berhadapan banjir buat kali pertama dalam hidupnya, Hana Shaari, 33, berkata ketika tiba di rumah kawannya di Kampung Baru Hicom dekat sini Sabtu lepas, keadaan hujan agak lebat.
BACA BERITA PENUH DI SINIAPMM pantau aktiviti di sepanjang perairan Kedah
Tue Dec 21 2021Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah memberi peringatan kepada pemancing dan nelayan pesisir pantai agar berwaspada dan memandang serius aspek keselamatan dalam menghadapi angin Monsun Timur Laut.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata ini berikutan perairan Kedah bakal menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dengan kelajuan boleh mencecah sehingga 50 hingga 60 kilometer (km) sejam beserta hujan lebat.
BACA BERITA PENUH DI SINIYana Samsudin bantu usaha keluarkan lebih 80 mangsa banjir
Tue Dec 21 2021
Wakil keluarga dibenar ambil barang peribadi
Tue Dec 21 2021Tawakal tinggalkan rumah, terpisah konvoi berkejar ke PPS
Tue Dec 21 2021Tawakal menjadi pegangan kepada mangsa banjir Zarina Abd Ghani apabila dia bersama lapan ahli keluarga terpaksa meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas kediamannya di Kampung Kurnia di sini, dinaiki air secara mendadak.
Zarina, 40, berkata mereka tidak menjangkakan keadaan itu akan berlaku kerana pada banjir sebelum ini, mereka masih boleh mengemas barangan penting selain banjir besar yang melanda Kuantan pada 2013 hanya menyebabkan air naik separas lutut.
BACA BERITA PENUH DI SINIAnggota ATM masih lagi berusaha untuk membawa keluar mangsa banjir yang terkandas
Tue Dec 21 2021Setiap risiko dihadapi anggota ATM tanpa ragu adalah demi keselamatan rakyat. Mereka masih lagi berusaha untuk membawa keluar mangsa banjir yang terkandas. Operasi ini masih lagi diteruskan tanpa henti sehinggalah sekarang.#MindefMalaysia#mindefupdate#OpMurni#banjir2021 pic.twitter.com/6IZdNlOIYD
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) December 21, 2021Mydin "halalkan" kes pecah masuk demi kelangsungan hidup
Tue Dec 21 2021Susulan insiden pecah masuk ke premis gedung pasaraya besar, Mydin, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINIKeadaan banjir di Terengganu beransur pulih, hanya satu PPS dibuka
Tue Dec 21 2021Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih dan hanya sembilan mangsa melibatkan tiga keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, setakat ini hanya daerah Kemaman yang masih terjejas dan satu PPS diaktifkan.
BACA BERITA PENUH DI SINIShila Amzah kongsi pengalaman, cabaran banjir
Tue Dec 21 2021TUDM bantu mangsa banjir
Tue Dec 21 20219 langkah elak penyakit berkaitan banjir
Tue Dec 21 2021Selain daripada kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19, KKM juga menjangkakan bahawa akan terdapat peningkatan kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 21, 2021
KKM menasihatkan orang ramai yang terlibat di kawasan banjir untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut: pic.twitter.com/5OKl59AeG3Tinjauan Menteri Pendidikan di PPS Bukit Changgang
Tue Dec 21 2021Pusat Hidrografi Nasional, Markas 11 Briged beri bantuan di Taman Sri Muda
Tue Dec 21 2021Bantu selamatkan makhluk Allah yang comel ini - Siti Nurhaliza
Tue Dec 21 2021Operasi menyedut air giat dijalankan di Sri Muda
Tue Dec 21 2021Operasi menyedut air banjir keluar di kawasan Sri Muda, Shah Alam sedang giat dijalankan yang bermula sejak awal pagi Selasa.
Beberapa mesin menyedut air telah ditempatkan di kawasan sekitar dipercayai untuk disedut keluar menuju ke Sungai Klang.
BACA BERITA PENUH DI SINIMisi bantuan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang
Tue Dec 21 2021MBI hantar misi bantuan banjir ke PBT Selangor dan Pahang
Tue Dec 21 2021Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menghantar seramai 23 orang anggota, kenderaan serta pek bantuan keperluan harian, khusus untuk misi bantuan mangsa banjir di Selangor dan Pahang.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata bantuan tersebut akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut yang terjejas teruk akibat banjir.
BACA BERITA PENUH DI SINISembilan terkorban akibat banjir di Shah Alam
Tue Dec 21 2021Sembilan mayat ditemukan di Shah Alam
Tue Dec 21 2021Sembilan mayat ditemukan di sekitar Shah Alam setakat ini dipercayai korban banjir yang melanda daerah itu Jumaat lepas susulan hujan lebat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata dua mayat dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINIRuntuhan rumah di Bestari Jaya
Tue Dec 21 2021Amaran hujan berterusan di utara Semenanjung
Tue Dec 21 2021Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri di utara Semenanjung hari ini.
Menurut jabatan itu, amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.
BACA BERITA PENUH DI SINISidang media khas situasi banjir di Selangor
Tue Dec 21 2021Ikuti sidang media khas situasi banjir di Selangor oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari secara langsung menerusi Facebook Live Media Selangor dan Amirudin Shari hari ini jam 2 petang. pic.twitter.com/o21cHEpA9J
— Media Selangor (@Media_Selangor) December 21, 2021Agihan bantuan bekalan makanan di Taman Sri Muda.
Tue Dec 21 2021Agihan bantuan bekalan makanan sedang giat diagihkan kepada penduduk-penduduk di Taman Sri Muda.#sediamenyelamat#ourbeaconofhope#keluargamalaysia pic.twitter.com/RIR0B2eaQv
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) December 21, 2021Pemangku Raja Pahang ziarah mangsa banjir di PPS Sungai Lembing
Tue Dec 21 2021KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat menziarahi mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Sungai Lembing semalam.
— House Of Pahang (@HouseOfPahang) December 21, 2021
1/3 pic.twitter.com/fdPI5lAPgUPemulihan bekalan air capai 38.8 peratus di tiga wilayah terjejas di Lembah Klang
Tue Dec 21 2021Pemulihan bekalan air di 472 kawasan terjejas di tiga wilayah -- Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat -- mencapai tahap 38.8 peratus setakat jam 9 pagi Selasa.
Menurut Air Selangor dalam perkongsian infografik di akaun Twitter, wilayah Petaling sudah mencatatkan pemulihan sepenuhnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI43 selamat, 12 terkorban kemalangan akibat banjir
Tue Dec 21 2021Keluarga jadi mangsa banjir Bukit Changgang
Tue Dec 21 2021Keadaan di Pangsapuri Perdana di Shah Alam
Tue Dec 21 2021Keadaan rumah mangsa banjir di Kampung Bestari Jaya
Tue Dec 21 2021Misi bantuan skuad khas MBPP
Tue Dec 21 2021Tip tangani ketidakstabilan emosi semasa bencana
Tue Dec 21 2021Pemulihan bekalan air capai 38.8% - Air Selangor
Tue Dec 21 2021Amaran hujan berterusan (waspada)
Tue Dec 21 2021Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bera
Tue Dec 21 2021Info on Wheels banjir daerah Klang
Tue Dec 21 2021Batalion 1 PGA turun beri bantuan
Tue Dec 21 2021Keadaan semasa banjir di Bandar Mentakab
Tue Dec 21 2021Kerosakan serius pada aset kerajaan di KLFM-B
Tue Dec 21 2021Laluan terhalang Lebuhraya KL-Karak & LPT 1
Tue Dec 21 2021MET Malaysia - Laporan Cuaca 21 Disember 2021 (Pagi)
Tue Dec 21 2021Bekalan elektrik disalur apabila keadaan selamat - TNB
Tue Dec 21 2021Terdapat juga kawasan yang tidak terjejas banjir tetapi masih belum menerima bekalan elektrik. Bekalan akan disalurkan kepada pengguna setelah keadaan dipastikan selamat secara berperingkat.
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) December 21, 2021Jalan masuk di Persiaran Budiman ditutup
Tue Dec 21 2021#Banjir : Jalan masuk di Persiaran Budiman menuju ke Taman Sri Muda, Shah Alam ditutup. Kenderaan penyelamat sahaja dibenarkan masuk.
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 21, 2021
? Adil Muzaffar/BERNAMA pic.twitter.com/2yYzsIdQyyOrang ramai hantar bantuan banjir, penuhi parkir stadium
Tue Dec 21 2021Penyatuan rakyat Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir jelas terserlah apabila timbunan beg plastik dan kotak berisi pelbagai jenis barangan keperluan dihantar ke parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini pada Ahad.
Program pengumpulan barangan untuk mangsa banjir yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia dan Persatuan Belia Dinamik Barat itu nyata mendapat sambutan menggalakkan.
BACA BERITA PENUH DI SINIPenduduk dinasihatkan maklum 'team rescue' jika ada kecemasan - Khairy
Tue Dec 21 2021Mangsa banjir yang memilih untuk kekal di rumah ekoran paras air yang semakin surut dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pasukan kecemasan yang memasuki kawasan mereka jika ada sebarang gejala COVID-19 atau kecemasan kesihatan yang lain, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan itu memberitahu, ia perlu bagi membolehkan mereka dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan.
BACA BERITA PENUH DI SINI63 pegawai, 856 anggota ATM digerakkan bantu mangsa banjir
Tue Dec 21 2021Seramai 63 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat termasuk kumpulan sokongan telah digerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.
Ia termasuk penyediaan dan pengagihan makanan serta penugasan pegawai perhubungan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
BACA BERITA PENUH DI SINISaya sangat kagum dengan kesungguhan rakyat Malaysia, frontliners - Najib
Tue Dec 21 2021Ujian kali ini sangat berbeza - Rosnah Ismail
Tue Dec 21 2021Perkembangan banjir di Kelantan
Tue Dec 21 2021Tidak sempat tunai hajat beli lembu untuk kenduri kesyukuran masuk rumah baharu
Tue Dec 21 2021Hasrat membeli seekor lembu untuk kenduri kesyukuran memasuki rumah baharu tidak kesampaian apabila Mohd Zaidi Ariffin, 45, ditemui lemas selepas lori yang dipandunya tenggelam di dalam air banjir ketika melalui Jalan Simpang Desa Coalfields, Kuala Selangor, Selangor, pada pagi Ahad.
Menurut isterinya, Siti Sofiah Md Yazid, 42, rumah mereka telah hampir siap dibina bersebelahan rumah ibunya di Kampung Kubang Bemban dekat Padang Terap.
BACA BERITA PENUH DI SINITinjauan dron sekitar Hulu Langat
Tue Dec 21 2021Keadaan di Hulu Langat
Tue Dec 21 2021MB Selangor ke Bukit Changgang, Bandar Sri Ehsan
Tue Dec 21 2021Hari yang baik dan cerah, alhamdulillah esok hari akhir Isteri & anak2 yg positif kuarantin dan petang nanti insyallah akan umum langkah pasca banjir dan sokongan kepada rakyat Selangor. Sekarang ke kawasan Bukit Changang & Bandar Sri Ehsan bagi bantu mangsa yg masih terperangkap pic.twitter.com/FWnwmqxDfZ
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 21, 2021Lebih 12 tahun pondok hentian bas jadi tempat berteduh bila musim banjir
Tue Dec 21 2021Sejak lebih 12 tahun lepas, setiap kali berlakunya banjir di kawasan kediamannya, bekas peniaga mi rebus, Yah Mamat sekeluarga terpaksa memilih untuk berteduh sementara di hentian bas di Kampung Pengkalan Feri, Pasir Era di sini.
Yah, 55, berkata faktor kesihatan dan keselamatan suaminya, Mohd Sata Jaafar, 60, yang juga orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan fizikal menyebabkan beliau terpaksa membuat pilihan itu setiap kali paras air sungai berdekatan kediaman mereka mulai naik dan melimpah memasuki rumahnya.
BACA BERITA PENUH DI SINIBantuan mangsa di DUN Ketari
Tue Dec 21 2021Banyak campsite, chalet terjejas - Cik Nor
Tue Dec 21 2021Lima ibu mengandung dipindahkan dari kawasan banjir
Tue Dec 21 2021Seramai lima ibu yang sarat mengandung dipindahkan dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Benta dalam operasi 'medivec' menerusi udara di sini pada Isnin.
Pegawai Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Fadlynizam Mohd Razali berkata, kesemua wanita terbabit dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis sebagai langkah berjaga-jaga.
BACA BERITA PENUH DI SINIPok Ren pinjamkan 10 bot bantu mangsa
Mon Dec 20 2021Tersentuh dan prihatin dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri membuat seorang pekerja swasta di Dungun meminjam bot miliknya untuk misi bantuan mangsa banjir.
Zainuren Kalil, 51, berkata hatinya cukup pilu melihat bencana alam yang melanda itu sehingga ada yang menggunakan pelbagai alternatif untuk menyelamat diri.
BACA BERITA PENUH DI SINIRayuan bantuan banjir
Mon Dec 20 2021Laluan Bukit Changgang ke KLIA
Mon Dec 20 2021Situasi di rtb bkt changgang menghala ke klia. Bayangkan di belakang rumah kedai tu, perlu lalui lebih kurang 4km untuk masuk ke bandar seri ehsan. Mereka dah terperangkap dari hari sabtu dalam tu. Harap bantuan dapat disegerakan pic.twitter.com/xwpmzBAKPP
— فريد (@f4ridreduan) December 19, 2021Rumah rebah, kini pondok bas jadi rumah buat mangsa banjir di Sungai Lui
Mon Dec 20 2021Hampir setiap masa, wajahnya sugul, kerap termenung dan dari matanya, boleh ditebak renungannya kosong.
30 tahun menetap di teratak kayunya di Kampung Dusun Tua, Sungai Lui, hati Mohd Riffin Mohd Arsat luluh melihat rumahnya rebah dirempuh bah yang luar biasa dahsyatnya.
BACA BERITA PENUH DI SINIPengalaman percutian mendebarkan ini amat pahit untuk ditelan - Hawa Ismail
Mon Dec 20 2021Lagi resort Janda Baik terpaksa ditutup
Mon Dec 20 2021Kediaman rosak akibat banjir lumpur
Mon Dec 20 2021Chalet, resort Janda ditutup untuk baik pulih
Mon Dec 20 2021Percutian bertukar pengalaman mengerikan - Siti Zaliah
Mon Dec 20 2021Debu, lumpur penuhi laluan Batu 18, Hulu Langat
Mon Dec 20 2021Jamzuri Sarijo nampak keletihan ketika duduk terpaku merenung tapak kediaman pusaka keluarganya di Batu 18, Kampung Jawa di sini, selepas struktur rumahnya hilang dibawa arus dalam kejadian banjir besar yang melanda Lembah Klang, Sabtu lepas.
Ketika dihampiri penternak lembu berusia 49 tahun itu berkata rumah pusaka berusia 70 tahun milik neneknya itu hanyut dibawa arus banjir dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam, Sabtu lepas, dan beliau hanya mampu melihat sahaja.
BACA BERITA PENUH DI SINIPengusaha lelong ikan air tawar elak kerugian akibat banjir
Mon Dec 20 2021Sepasang suami isteri dari Chukai, Kemaman melelong 200 kilogram ikan tilapia dan patin bagi mengelakkan kerugian akibat bencana banjir.
Menurut Mat Ropi Mustafa, 52, kesemua ikan berkenaan berjaya dijual dalam tempoh kurang 24 jam menerusi penggunaan media sosial.
BACA BERITA PENUH DI SINIMesej tular tentang ekor, kepala Taufan Rai tidak benar - MET Malaysia
Mon Dec 20 2021Mesej tular mengatakan hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari lepas adalah disebabkan ekor Taufan Rai yang membadai Filipina ketika ini dan dalam perjalanan ke arah barat menuju Malaysia, adalah tidak benar sama sekali.
Tegas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, tidak dinafikan taufan itu sedikit sebanyak menyumbang, tetapi fenomena yang melanda negara beberapa hari lepas adalah disebabkan pertembungan beberapa keadaan.
BACA BERITA PENUH DI SINIPerlu wujud sistem pendataan mangsa banjir untuk kelancaran gerakan bantuan - Mercy Malaysia
Mon Dec 20 2021Usaha menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dapat dijalankan dengan lebih lancar dan tepat ke sasarannya sekiranya ada sistem pendataan.
Kata exco Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah, setiap maklumat mangsa dan perkembangan semasa mereka perlu direkodkan supaya mudah bagi pihak yang ingin membantu menyusun pergerakan untuk menyalurkan apa yang benar-benar diperlukan mereka yang terkesan.
BACA BERITA PENUH DI SINITiga pelancong hilang masih belum ditemui
Mon Dec 20 2021Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga pelancong tempatan yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong pada Sabtu akan diteruskan hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sehingga jam 6 petang, kesemua mangsa masih gagal ditemui.
BACA BERITA PENUH DI SINIMangsa cerita pengalaman berendam dalam banjir lebih lima jam
Mon Dec 20 2021Seorang pengusaha chalet dan inap desa yang terperangkap dalam kejadian banjir di Janda Baik, Bentong dekat sini terpaksa berendam dalam air lebih lima jam sebelum beliau memanjat ke siling bumbung rumah untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga.
Menceritakan detik cemas itu, Nor Azian Sapian Suri, 51, berkata paras air naik mendadak menyebabkan beliau bersama suami serta dua anak tidak sempat untuk keluar meninggalkan kediaman mereka dalam kejadian pada malam Sabtu itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
30 masjid, 60 surau terjejas akibat banjir - JAIS
Mon Dec 20 2021Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenal pasti 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama yang terjejas teruk akibat banjir dan mengalami kerosakan, serta memerlukan penyelenggaraan dan baik pulih segera, setakat 10 pagi tadi.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak, selain kelengkapan elektrik, sistem pembesar suara, sejadah, mashaf al-Quran, kitab dan bahan bacaan, perabot, alatan masjid, siling dan bumbung masjid perlu kepada kerja pembaikan agar dapat kembali berfungsi dengan segera.
BACA BERITA PENUH DI SINIRakit 'tong air' bantu mangsa
Mon Dec 20 2021Rakit 'tong air' yang asalnya dibuat untuk mengangkut barang peribadi, akhirnya menjadi rakit 'penyelamat' memindahkan hampir 100 penduduk Kampung Sri Tanjung, Dengkil, di sini, yang terjejas banjir.
Dibina sekumpulan anak muda kampung berkenaan, rakit tersebut diperbuat daripada empat tong air besar sebagai pelampung, di samping kepingan pintu dan kayu terpakai sebagai tempat duduk, dawai pengikat dan batang buluh untuk dayung.
BACA BERITA PENUH DI SINIPolis sahkan kejadian pecah masuk kedai di Taman Sri Muda
Mon Dec 20 2021Polis mengesahkan berlaku beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang sedang mengalami banjir teruk.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1 tengah hari ke 2 petang antaranya membabitkan Mydin, KK Mart, 7-eleven dan pasar raya Gmart.
BACA BERITA PENUH DI SINIAtlet MMA Agilan Thani mangsa banjir kilat di ibu negara
Mon Dec 20 2021Jaguh welterweight ONE Championship Malaysia Agilan Thani turut menjadi mangsa banjir kilat yang melanda ibu negara, Sabtu lepas.
Bagaimanapun, atlet seni bela diri campuran (MMA), yang dikenali sebagai 'The Alligator' itu tetap semangat.
BACA BERITA PENUH DI SINI17 korban direkodkan di seluruh negara
Mon Dec 20 2021Keadaan cuaca yang semakin baik dengan ketiadaan hujan lebat di beberapa negeri semalam, memberi sedikit kelegaan kepada mangsa yang terjejas dengan banjir sebelum ini.
Bagaimanapun, terdapat berita duka apabila pihak berkuasa mula merekodkan penemuan mayat mangsa banjir di Selangor dan Pahang.
BACA BERITA PENUH DI SINIRibut petir akibat sistem tekanan rendah dijangka berlaku di utara esok
Mon Dec 20 2021Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan sistem tekanan rendah yang berkemungkinan menyebabkan ribut petir dijangka di negeri-negeri utara Semenanjung pada esok dan Rabu ini (21 dan 22 Dis).
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata ramalan tersebut adalah susulan daripada sistem tekanan rendah kini berada di kedudukan 4.8'U 93.7'T di Laut Andaman.
Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan lewat malam Isnin
Mon Dec 20 2021Satu lagi mayat telah ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda, di sini, malam Isnin.
Mayat tersebut, yang masih belum disahkan identiti dan jantinanya, dibawa menaiki bot JBPM, kira-kira 11.45 malam Isnin, sebelum dibawa keluar menaiki trak PDRM.
Banjir Sri Muda: Kerja tebuk benteng sungai keluarkan 'banjir genang' dijangka esok
Mon Dec 20 2021Kerja-kerja menebuk benteng bagi mengalirkan banjir genang atau 'air termenung' di sekitar Taman Sri Muda dekat sini, ke Sungai Klang akan bermula hari ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad, selain penebukan benteng, sebanyak 21 pam air juga akan digunakan bagi mempercepatkan proses mengeluarkan air banjir di kawasan terjejas.
Banjir Selangor: Lelaki cuba redah banjir ditemui lemas
Mon Dec 20 2021Hasrat seorang lelaki yang sanggup meredah banjir bagi mencari tempat selamat selepas kawasan perumahannya dilanda banjir tidak kesampaian, apabila dia ditemukan lemas di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil pada Isnin.
Mayat V.Kanniappan, 52, ditemui dalam keadaan terapung oleh seorang wanita kira-kira 7 pagi Isni di kawasan bawah Blok C flat berkenaan, yang masih digenangi air setinggi dua meter sejak Sabtu (18 Dis).
KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUHBanjir Hulu Langat: Penyanyi Yantzen antara yang terpaksa pindah ke PPS
Mon Dec 20 2021Turut terkesan dengan musibah yang tidak diduga di beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah beberapa artis tempatan.
Antaranya adalah bekas penyanyi Rusty Blade dan May, Yantzen yang terpaksa berpindah ke PPS akibat banjir yang melanda kawasan Hulu Langat.Banjir Bentong: Saksi nampak arus deras setinggi tiga tingkat
Mon Dec 20 2021"Saya lihat air melimpah deras dari atas bukit setinggi tiga tingkat meluru ke bawah," kata saksi kejadian tragedi tiga individu hilang dihanyut arus sungai di sebuah chalet di Bentong, Pahang, Sabtu lepas.
Penyelenggara chalet itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sholadi, 62, berkata ketika kejadian kira-kira 11 malam itu, beliau berada di rumahnya yang terletak di kawasan tinggi berhampiran chalet.
BERITA PENUH DI SINIBersanding dalam banjir kenangan 'terindah' buat pengantin baharu
Mon Dec 20 2021Sepasang pengantin walaupun hanya sempat bersanding seketika sebelum kawasan rumah di Kampung Bukit Changgang di sini dilanda banjir semalam, menganggap ia memori 'terindah' dan pengalaman berharga buat mereka.
TERUS KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUHMufti Menk doakan Malaysia dilindungi daripada musibah banjir
Mon Dec 20 2021Ulama terkenal Mufti Menk mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan Filipina dilindungi daripada bencana banjir dan cuaca buruk yang sedang dihadapi.
Ulama tersebut berkata, beliau bersimpati dengan bencana berkenaan dan mengakui warga tua dan yang sakit adalah antara yang paling berisiko dan perlu dipindah ke tempat lebih selamat.
BACA BERITA PENUH DI SINIPeniaga Hulu Langat harap bantuan pulih perniagaan
Mon Dec 20 2021Baru hendak pulih selepas perniagaan terjejas susulan penularan COVID-19, kini peniaga di sekitar kawasan Batu 14, Hulu Langat, terpaksa pula menanggung kerugian besar akibat banjir yang melanda kawasan itu dua hari lepas.
BACA BERITA PENUHMetMalaysia nafi dakwaan maklumat cuaca kepala ribut yang tular
Mon Dec 20 2021Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan 'kepala ribut' Taufan Rai, yang tular di pelbagai platform media sosial termasuk aplikasi Whatsapp baru-baru ini.
Sebaliknya MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Taufan Rai kini sedang bergerak menuju ke arah Timur Laut Da Nang, Vietnam dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan menjauhi rantau negara.
BERITA PENUH DI SINIBNM umum Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk PMKS terjejas banjir
Mon Dec 20 2021Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
Ia akan dilaksana melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022), kata bank pusat itu dalam kenyataan pada Isnin.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir Sri Muda: PM arah semua agensi agresif bantu mangsa
Mon Dec 20 2021Perdana Menteri mengarahkan semua agensi mengatur kerja dengan lebih agresif untuk membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda dengan penambahan aset segera dilaksanakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikannya hari ini, bersetuju isu banjir di Taman Seri Muda, perlu diselesaikan dengan kadar segera.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir Pahang: Empat mangsa ditemui maut, seorang masih hilang
Mon Dec 20 2021Empat mayat kejadian lima kenderaan terperangkap dalam arus deras ketika di atas jambatan Telemong, Bentong yang berlaku pada awal pagi Sabtu, telah ditemukan pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Karak dengan bantuan pekerja dari kilang berhampiran pada Ahad.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemui, korban di Selangor kini 10
Mon Dec 20 2021Satu lagi mayat mangsa banjir dikeluarkan dari kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, menjadikan tujuh individu terkorban di kawasan itu, setakat ini.
Dengan pengeluaran mayat berkenaan jam 7.30 malam tadi, jumlah korban banjir di Selangor sehingga kini adalah 10 orang.
BACA BERITA PENUH DI SINIIsteri PM menyantuni mangsa banjir di PPS
Mon Dec 20 2021Banjir Sri Muda: Penyelamatan guna helikopter terlalu bahaya - Bomba
Mon Dec 20 2021Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah cuba menggunakan helikopter untuk menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam, namun ia didapati terlalu berbahaya.
Demikian jelas Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Wahyudi Sayuhti, ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
BACA BERITA PENUH DI SINIIsteri Perdana Menteri turun padang lawat mangsa banjir
Mon Dec 20 2021Mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini, terkejut dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina yang menyantuni mereka.
Muhaini dan Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.
BACA BERITA PENUH DI SINIBanjir Taman Sri Muda: Mayat dua beranak dibawa keluar - Polis
Mon Dec 20 2021Dua lagi mayat dipercayai dua beranak menjadi mangsa korban terbaharu insiden banjir di Lembah Klang, hari ini.
Ketua polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang mengesahkannya memberitahu, mereka dipercayai berusia 70 hingga 90 tahun lebih.
Mayat kedua-dua mangsa itu katanya, dilaporkan ditemukan di kawasan Seksyen 25, Sri Muda kira-kira pukul 4 petang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Banjir Taman Sri Muda: 7 maut, satu dikhuatiri hilang
Mon Dec 20 2021Keadaan banjir di luar jangka melanda Lembah Klang, terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut tujuh nyawa di negeri ini.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad mengesahkan tiga mangsa ditemui lemas dan seorang ditemui meninggal dunia di ruang atas rumah di Taman Sri Muda di sini.
BERITA PENUH DI SINIPenduduk "bersengkang mata" terpaksa bermalam atas bumbung tunggu bantuan
Mon Dec 20 2021181 kes positif COVID-19 dikesan di PPS
Mon Dec 20 2021Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di enam negeri di Semenanjung.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sehingga jam 11 pagi hari ini, sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.
BACA BERITA PENUH DI SINITaman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup
Mon Dec 20 2021Semua taman eko rimba dan kawasan pendakian dalam hutan simpanan kekal di Negeri Sembilan ditutup berkuat kuasa pada Isnin susulan banjir sehingga tarikh akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin berkata, kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahkan semua hutan lipur ditutup sementara.
BERITA PENUH DI SINIBanjir Pahang: PPS juga hampir ditenggelami air, penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS lain
Mon Dec 20 2021PPS juga ditenggelami air sampai penduduk terpaksa dipindahkan ke pps lain. #banjir2021 #bentong @501Awani pic.twitter.com/QoAVmk0CRu
— Hakim Rahman (@AHakimRahman) December 20, 2021Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir
Mon Dec 20 2021SUSULAN kenyataan terbaharu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berikutan banjir yang melanda negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ingin mengumumkan sumbangan RM5 juta untuk membantu menyokong usaha bantuan segera kepada mangsa banjir.
Yayasan Hasanah, yayasan milik Khazanah, akan turut menyumbang RM2.5 juta untuk menyokong usaha bantuan ini.
BERITA PENUH DI SINIWanita sakit hendak bersalin berdepan detik cemas
Mon Dec 20 2021Seorang wanita sakit hendak bersalin antara mangsa banjir yang berjaya dipindahkan dalam operasi menyelamat di Taman Sri Muda di sini sejak Ahad malam.
Berkongsi perkara itu, badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Peduli Ummah (Si Peduli) memaklumkan wanita terbabit berdepan detik mencemaskan sebelum berjaya dibawa ke tempat lebih selamat.
BERITA PENUH DI SINIRumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Mon Dec 20 2021PELAKON dan pelawak Ebby Yus reda dengan ketentuan Allah apabila rumahnya musnah dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.
Menurut Ebby, rumah tersebut yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap.
BERITA PENUH DI SINIBanjir: Kemahiran pengendalian bot antara cabaran saluran bantuan - PBSM
Mon Dec 20 2021Cabaran utama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ketika ini dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas akibat banjir adalah kesukaran meredah banjir menggunakan bot.
Jelas Setiausaha Agungnya, Hakim Hamzah, kemahiran pengendalian bot amat diperlukan bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran antara kenderaan dan papan tanda jalan yang tenggelam agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.
BERITA PENUH DI SINIJBPM maksimumkan usaha menyelamat di Taman Sri Muda
Mon Dec 20 2021Taman Sri Muda, Shah Alam menjadi fokus utama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) hari ini dalam usaha maksimumkan misi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di salah satu kawasan paling kritikal di Selangor.
Menurut Ketua Unit Integriti dan Pegawai Pengurusan Operasi Banjir, Morni Mamat sehingga pagi Isnin pihaknya belum mendapat jumlah yang tepat mangsa yang telah diselamatkan dan masih lagi terperangkap.
BERITA PENUH DI SINIRamai mangsa dapat dikeluarkan dari Taman Sri Muda, ada juga tidak mahu pindah - MB Selangor
Mon Dec 20 2021Lebih ramai mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda dan Seksyen 25, Shah Alam dapat dikeluarkan setakat kemaskini jam 10.20 pagi, hari ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, lebih daripada 30 bot daripada aset Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan untuk mengeluarkan mangsa banjir di kawasan itu.
BERITA PENUH DI SINITragedi Sri Muda: Banjir ragut empat nyawa
Mon Dec 20 2021Tiga lagi mangsa banjir meninggal dunia dipercayai akibat lemas pada Isnin, menjadikan sejumlah empat individu terkorban setakat ini.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, ketiga-ketiga mereka termasuk dua warga tempatan tinggal di kawasan Sri Muda.
BERITA PENUH DI SINI13 loji rawatan air Pahang tidak dapat beroperasi, hampir 54,000 akaun terjejas
Mon Dec 20 2021Sebanyak 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan kejadian banjir yang kini sedang melanda diseluruh Pahang.
Menerusi satu kenyataan Media oleh Ketua Pegawai Eksklusif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari, penutupan LRA di daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Raub telah bermula pada 18 Disember lalu.
BERITA PENUH DI SINI"Orang kampung bantu selamatkan" - Mangsa banjir
Mon Dec 20 2021Banjir yang melanda sekurang-kurangnya lapan buah negeri sesuatu yang tidak diduga oleh ramai apatah lagi di kawasan yang tidak pernah dilanda banjir besar sebelum ini.
Menurut salah seorang mangsa Zainal Abidin Baharuddin, 76, menyifatkan banjir yang melanda kawasan itu berpuluh kali ganda lebih teruk daripada banjir kecil Februari lalu sehingga mereka langsung tidak bersedia menghadapi bencana itu.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan bantuan mangsa terjejas
Mon Dec 20 2021Perkembangan situasi semasa banjir negara
Mon Dec 20 2021Perkembangan banjir di Melaka
Mon Dec 20 2021Kerja menyelamat penduduk Taman Sri Muda giat dijalankan
Mon Dec 20 2021Usaha memindahkan dan membawa keluar penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini yang terkandas akibat banjir sejak Sabtu masih giat dijalankan pada pagi Isnin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertungkus-lumus melaksanakan misi itu menggunakan bot dengan dibantu pelbagai badan sukarelawan.
BERITA PENUH DI SINI40 sukarelawan belia Perak bantu mangsa di Selangor
Mon Dec 20 2021Prihatin dengan nasib yang menimpa ribuan mangsa banjir di negeri Selangor, seramai 40 sukarelawan belia dari Perak dihantar untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.
Mereka bersama 10 buah kenderaan membawa barangan keperluan asas untuk memberi bantuan awal.
BERITA PENUH DI SINIMayat mangsa banjir hanyut bersama kereta di Kampung Cempaka dijumpai
Mon Dec 20 2021Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba meredah arus banjir berhampiran Kampung Cempaka, di sini, awal pagi Ahad, ditemukan meninggal dunia pagi ini.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, mayat mangsa Mohd Helmi Nazlan, 34, dijumpai pada jam 7.15 pagi kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan banjir di Kelantan
Mon Dec 20 2021Perkembangan banjir di Shah Alam
Mon Dec 20 2021Situasi banjir di Hulu Langat
Mon Dec 20 2021Banjir: Dua daerah di Terengganu masih terjejas
Mon Dec 20 2021Dua daerah di Terengganu masih lagi terjejas dan menyebabkan seramai 288 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Kesemua mangsa daripada 68 keluarga itu ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kemaman dan Dungun.
BERITA PENUH DI SINIDua PPS lagi dibuka, mangsa banjir di Perak melonjak kepada 301 orang
Mon Dec 20 2021Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di dua daerah di Perak iatu Hilir Perak dan Muallim sejak malam tadi, menyaksikan jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 301 orang sehingga 8 pagi Isnin.
Di Hilir Perak, PPS baharu dibuka di Dewan Bandaran Teluk Intan yang menempatkan 63 mangsa dari 19 keluarga.
BERITA PENUH DI SINIPemandu bot bantu pindahkan mangsa banjir di Terengganu
Mon Dec 20 2021Seorang pemandu bot di Kampung Shukor, Hulu Dungun memanfaatkan pengalaman dan kemahirannya untuk membantu penduduk yang terlibat banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Tengku Ibrahim Tengku Jaafar, 64, berkata dirinya amat memahami kesusahan yang dihadapi mangsa kerana rumahnya turut terjejas akibat bencana itu.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan banjir di Bentong, Pahang
Mon Dec 20 2021“Terima kasih abang, tuan bomba”
Mon Dec 20 2021Perkembangan situasi banjir semasa negara
Mon Dec 20 2021Segerakan RTB, elak banjir di Melaka
Mon Dec 20 2021Isu banjir di Melaka mampu diatasi seandainya Projek Tebatan Banjir (RTB), bernilai RM1 bilion yang telah diluluskan kerajaan pusat bulan lalu, disegerakan.
Ia adalah langkah penyelesaian jangka panjang terbaik memandangkan empat daripada enam RTB yang dirancang pembinaannya, telah diluluskan kerajaan pusat.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan operasi menyelamat mangsa terperangkap banjir
Mon Dec 20 2021Puspakom tutup pusat pemeriksaan di Selangor, Pahang
Sun Dec 19 2021Beberapa pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Selangor dan Pahang ditutup sementara mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan banjir yang melanda dua negeri itu.
Puspakom dalam kenyataan malam tadi memaklumkan cawangan Puspakom Selangor yang terlibat adalah di Shah Alam, Glenmarie dan Padang Jawa.
BERITA PENUH DI SINIBanjir Pahang: Polis hanya terima laporan kehilangan lima orang di Telemong
Sun Dec 19 2021Polis setakat ini hanya menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian di Telemong, Bentong di Kuantan, dan bukannya kehilangan 16 orang sebagaimana yang ditularkan oleh media sosial malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima aduan berkenaan kehilangan mereka daripada orang awam.
BERITA PENUH DI SINIBanjir: 10 hilang di Pahang, keadaan di Hulu Langat ibarat dilanda tsunami
Sun Dec 19 2021Sepuluh individu dilapor hilang, dipercayai dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir di Pahang, dengan lapan daripadanya dipercayai melibatkan dua kejadian kepala air di Bentong.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilapor hilang dalam kejadian di sebuah chalet pada Sabtu, manakala lima lagi dilaporkan hilang dalam kejadian di Telemong.
BERITA PENUH DI SINIBanjir: Luruan monsun punca taburan hujan tinggi, jarang berlaku - Zaini
Sun Dec 19 2021Banjir teruk yang melanda beberapa negeri ketika ini disifatkan berpunca daripada luruan monsun atau 'monsoonal surge' yang membawa taburan hujan yang sangat tinggi.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Zaini Ujang, hujan lebat itu sukar diramal kerana ia turut dipengaruhi oleh Taufan Rai yang sebelum ini membadai Filipina.
BERITA PENUH DI SINITengku Zafrul turun padang bantu mangsa banjir di Shah Alam
Sun Dec 19 2021Biarpun bukan dalam kalangan wakil rakyat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tetap meluangkan masa melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam, pada Ahad.
Dalam kemas kini di laman sosial, Zafrul dilihat membantu pasukan penyelamat menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).
BERITA PENUH DI SINIKenderaan ditenggelami air, pemandu lori maut akibat lemas
Sun Dec 19 2021Seorang pemandu lori lemas apabila kenderaan ditenggelami banjir dalam kejadian di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield di sini pada Ahad.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 pagi.
BERITA PENUH DI SINIRumah pusaka berusia lebih 50 tahun hanyut dibawa arus
Sun Dec 19 2021"Saya hanya mampu terkedu apabila menerima perkhabaran daripada kakak sulung yang memberitahu rumah pusaka keluarga kami dihanyutkan arus deras banjir," itulah reaksi Rodiah Mahfuz apabila mendapat tahu rumah pusaka keluarganya yang berusia lebih 50 tahun dihanyutkan pada Sabtu.
Rodiah, 56, yang menetap di Bangsar, pada mulanya tidak percaya rumah pusaka yang terletak di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, di sini dihanyutkan, namun setelah menerima beberapa gambar rumah itu menerusi WhatsApp kiriman kakaknya, barulah dia percaya kejadian itu benar-benar berlaku.
BERITA PENUH DI SINILima mangsa termasuk kanak-kanak terperangkap banjir diselamatkan
Sun Dec 19 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bukit Sentosa menyelamatkan lima mangsa banjir termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, yang terperangkap di Jambatan Kuala Kali, pada jam 1053 pagi Ahad.
Komander Operasi, PgKB II Samsol Maarif berkata, laporan awal memaklumkan kesemua mangsa dilaporkan terperangkap dan tidak dapat keluar ke lokasi selamat.
BERITA PENUH DI SINI450 individu terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak diselamatkan
Sun Dec 19 2021Kira-kira 450 individu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan yang terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh dan banjir sejak Sabtu, telah dibawa keluar secara berperingkat termasuk menggunakan bot Lebuhraya Pantai Timur, dalam operasi bermula awal pagi Ahad.
Jurucakap ANIH Berhad memaklumkan khidmat lori tunda akan digunakan esok bagi mengeluarkan kenderaan yang tersangkut di lokasi berkenaan.
BERITA PENUH DI SINIBeberapa jalan masih ditutup, 21 kejadian tanah runtuh dilaporkan
Sun Dec 19 2021Beberapa jalan terjejas di ibu negara sejak semalam akibat banjir masih ditutup, selain 21 insiden tanah runtuh dilaporkan hari ini.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang masih ditutup ialah Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), jalan di Kampung Seri Delima, Jinjang Selatan dan Lorong Jambu Laut, Kampung Batu Delima.
BERITA PENUH DI SINIMayat lelaki ditemukan, dipercayai mangsa lemas pertama banjir
Sun Dec 19 2021Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 dekat sini malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22 kira-kira pukul 7.50 malam.
BERITA PENUH DI SINIGegar Vaganza Kongsi Kasih hulur bantuan
Sun Dec 19 2021Banjir Perak: 4 lagi kawasan terjejas, mangsa banjir Changkat Jong melonjak kepada 118 orang
Sun Dec 19 2021Empat lagi kawasan di Changkat Jong dilanda banjir sehingga malam ini, menyaksikan mangsa melonjak kepada 118 orang, berbanding 69 pada sebelah petang.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, empat kawasan baharu itu ialah Batu 7, Jalan Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Kampung Baru Batu 8 dan Kampung Batu 10.
BACA BERITA PENUH DI SINIKPKT mohon perolehan darurat bagi penambahbaikan bomba
Sun Dec 19 2021SHAH ALAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memohon perolehan darurat untuk menyediakan peralatan dan aset yang diperlukan bagi penambahbaikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata permohonan itu bukan bermaksud peruntukan sedia ada JBPM tidak mencukupi sebaliknya mahu agensi itu berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk melaksanakan tugas.
BERITA PENUH DI SINIPM lawat mangsa banjir di PPS
Sun Dec 19 2021MetMalaysia tamatkan amaran hujan berterusan
Sun Dec 19 20214 lagi kawasan terjejas, mangsa banjir Changkat Jong melonjak kepada 118 orang
Sun Dec 19 2021TELUK INTAN: Empat lagi kawasan di Changkat Jong dilanda banjir sehingga malam ini, menyaksikan mangsa melonjak kepada 118 orang, berbanding 69 pada sebelah petang.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, empat kawasan baharu itu ialah Batu 7, Jalan Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Kampung Baru Batu 8 dan Kampung Batu 10.
BERITA PENUH DI SINIRedah banjir di Taman Sri Muda, Amirudin tegaskan operasi SAR diteruskan
Sun Dec 19 2021Tatkala situasi banjir di Taman Sri Muda semakin meruncing, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meredah banjir demi menyelamatkan penduduk di situ.
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Amirudin akui berdepan cabaran untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas.
BERITA PENUH DI SINI
1,200 Penduduk Kg Sri Aman risau paras air naik
Sun Dec 19 2021“Tak dapat nak selamatkan barang apa-apa cuma dapat selamatkan dokumen yang penting sahaja. Masa tu air paras pinggang, memang panik,” kata Najib Zakaria, 32.
Tambahnya, ketika kejadian, rata-rata mereka berjalan dalam air yang deras dan dalam keadaan gelap gelita selepas bekalan elektrik dihentikan.
BERITA PENUH DI SINIMenitis air mata tengok rumah dihanyut banjir, bumbung beralih ke tepi jalan raya - Mangsa
Sun Dec 19 2021JELEBU: Ibarat tinggal sehelai sepinggang, itulah nasib menimpa keluarga Ibrahim Taib, apabila kediaman mereka di Kampung Bandar Tinggi, Kuala Klawang dekat sini ranap dan dihanyutkan banjir awal pagi tadi.
Ibrahim, 62, berkata dua rumah miliknya kini hanya tinggal tapak sahaja akibat banjir setelah hujan berterusan menyebabkan air naik sejak 8 malam semalam.
Beliau berkata kejadian banjir kali ini adalah terburuk yang pernah dialaminya sejak menetap di kampung itu selama 35 tahun.
BERITA PENUH DI SINITentera Darat Malaysia dari 12 RAMD (MEK) diaturgerak ke beberapa kawasan di Kuantan
Sun Dec 19 2021Agenda AWANI: Banjir Besar I Bukan sekadar ramalan dan amaran
Sun Dec 19 2021Banjir Besar: Bukan sekadar ramalan dan amaran
Sun Dec 19 2021KWSP sedia RM10 juta untuk program bantu mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata bantuan itu akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).
BERITA PENUH DI SINIUntuk panduan hari ini dan akan datang
Sun Dec 19 2021Anggota Tentera Darat dari 4 Divisyen bertungkus-lumus
Sun Dec 19 2021?Kuala Langat, Selangor | 19 Dis
— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) December 19, 2021
Anggota @TenteraDarat dari 4 Divisyen juga telah diaturgerak & berada di lapangan bagi membantu operasi banjir di Kuala Langat - antara fokus pasukan ini ialah menghantar barang keperluan harian ke Pusat-Pusat Pemindahan Sementara. pic.twitter.com/48qq9MMc6HSouthern Volunteers mula digerakkan esok bagi bantu mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Pasukan Sukarelawan, Southern Volunteers bersedia untuk dikerah ke kawasan yang dilanda banjir ketika ini bermula esok (Isnin, 20 Disember).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, tindakan itu diambil sebagai menyahut seruan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta pasukan sukarelawan itu bersama membantu meringankan beban mangsa bencana tersebut.
BERITA PENUH DI SINIAmaran hujan berterusan di lapan negeri ditamatkan - MetMalaysia
Sun Dec 19 2021Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pagi ini, ditamatkan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan cuaca di negeri-negeri terlibat dijangka bertambah baik.
BERITA PENUH DI SINITNB tutup 333 pencawang elektrik di enam negeri terjejas banjir
Sun Dec 19 2021Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara 333 bekalan pencawang elektrik di enam negeri berikutan situasi banjir yang melanda negeri-negeri itu sejak semalam.
TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat 12 tengah hari tadi, 137 pencawang elektrik ditutup di Pahang, Kelantan (7), Selangor (117), Kuala Lumpur (45), Melaka (10), Negeri Sembilan (17) kerana mengambil kira keselamatan pengguna dan pekerja TNB.
BERITA PENUH DI SINIMAFI buka bilik gerakan banjir bantu mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengaktifkan bilik gerakan banjir di setiap daerah di negeri-negeri yang terjejas banjir bagi memudahkan urusan pemberian bantuan.
Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid berkata bilik gerakan itu mula diaktifkan semalam untuk membantu kumpulan sasar terjejas selain mengenal pasti mereka yang terlibat dengan bencana itu.
BERITA PENUH DI SINIBanjir makin buruk, lebih 34,000 mangsa dipindahkan ke PPS
Sun Dec 19 2021Situasi banjir yang melanda di beberapa negeri bertambah buruk pada sebelah petang apabila lebih 34,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding lebih 21,000 orang pada tengah hari tadi.
Setakat ini, kejadian banjir susulan fenomena musim Monsun Timur Laut itu telah mengorbankan satu nyawa manakala dua lagi dilaporkan hilang dan dikhuatiri dihanyutkan arus deras di Pahang.
BERITA PENUH DI SINISegera bela nasib mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Tinjauan udara tragedi banjir
Sun Dec 19 2021"Kurang sejam air sudah sampai paras pinggang, syukur kami sempat keluar" - Kolumnis AWANI
Sun Dec 19 2021Ini luahan penulis pojok Astro AWANI Maziatul Syima Rusly, yang menetap di Taman Lestari Mewah, Dengkil di Selangor selepas kediamannya dan taman perumahannya dinaiki banjir akibat hujan lebat berterusan sejak Jumaat.
BERITA PENUH DI SINIParas air masih belum surut, penduduk mohon pertimbang lanjutan cuti
Sun Dec 19 2021Penduduk di kawasan terjejas memohon agar kerajaan mempertimbangkan lanjutan cuti sehari, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin buat kakitangan awam.
Jelas mereka, lanjutan itu dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat banjir buruk tersebut.
BERITA PENUH DI SINISituasi semasa banjir di Pahang
Sun Dec 19 2021Situasi banjir di Lembah Klang, Selangor
Sun Dec 19 2021Kerajaan Pulau Pinang hantar misi bantuan ke Selangor
Sun Dec 19 2021GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah segera menghantar bantuan logistik bagi membantu mangsa banjir di Selangor.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bantuan menerusi misi kemanusiaan adalah bagi meringankan beban mangsa tersebut.
Kon Yeow berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bertanyakan situasi semasa dan juga bantuan yang diperlukan pihak beliau.
BERITA PENUH DI SINIRebates, discounts and free inspections for Perodua vehicles affected by floods
Sun Dec 19 2021Perodua is offering towing service rebates, discounts on selected spare parts and free inspections to all owners of Perodua vehicles affected by floods.
Perodua customers can claim a towing service of up to a maximum of RM100 at the nearest Perodua service outlets subject to terms and conditions, the company said in a statement today.
CLICK HERE FOR MOREBanjir di Lembah Klang mula surut secara berperingkat - Bomba Selangor
Sun Dec 19 2021SHAH ALAM: Banjir yang melanda Lembah Klang akibat hujan lebat bermula Jumaat pagi hingga awal pagi tadi mulai surut secara berperingkat sejak pagi tadi, kata Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.
"Kebanyakan kawasan sudah mulai surut namun ada kawasan yang berdekatan dengan sungai boleh dilihat keadaan airnya statik seperti di Taman Sri Muda, di sini," katanya kepada Bernama hari ini.
BERITA PENUH DI SINILangkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS
Sun Dec 19 2021Langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi dalam
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) December 19, 2021
pengurusan dan kebajikan mangsa di PPS.
Berikut merupakan carta alir proses kemasukan ke PPS.
Untuk maklumat lanjut boleh layari https://t.co/aYfdQwJGPT pic.twitter.com/g2IcPaUA5TPersiapan JBPM Sarawak berdepan tengkujuh
Sun Dec 19 2021Semak maklumat berkaitan banjir sebelum teruskan perjalanan - Polis
Sun Dec 19 2021JELI: Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata semakan maklumat itu boleh dibuat di laman sesawang agensi berkaitan seperti Portal Banjir Negeri dan sebagainya, bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku seperti terkandas akibat banjir ketika dalam perjalanan.
BERITA PENUH DI SINIPemindahan mangsa banjir di Hulu Langat
Sun Dec 19 2021Majikan swasta digalak beri cuti kecemasan kepada pekerja terkesan banjir
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Majikan sektor swasta amat digalakkan memberi cuti kecemasan esok kepada para pekerja yang terkesan akibat banjir.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata dalam menghadapi situasi bencana seperti banjir, majikan sektor swasta diharap dapat memberikan kerjasama dan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja-pekerja terjejas.
BERITA PENUH DI SINIBuletin AWANI Khas: Perkembangan bencana banjir
Sun Dec 19 2021Plaza tol dan persimpangan Shah Alam terus ditutup
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Plaza Tol dan persimpangan Shah Alam masih ditutup berikutan banjir kilat yang berlaku pada Sabtu.
Menurut PLUS Malaysia Bhd dalam satu kenyataan, setakat 7 pagi tadi, PLUS Malaysia Bhd telah menyelaraskan usaha untuk menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mencapai lebih 226 mangsa sebelum menempatkan mereka di lokasi selamat di sepanjang lebuh raya termasuk di ibu pejabatnya dan di Persada PLUS.
BERITA PENUH DI SINIGangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir
Sun Dec 19 2021SEREMBAN: Sebahagian kawasan di beberapa daerah di Negeri Sembilan mengalami gangguan bekalan air susulan hujan lebat dan banjir sejak semalam.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail dalam kenyataan berkata ia berikutan penutupan dan penurunan pengeluaran bekalan air di beberapa loji rawatan air SAINS kerana muka sauk ditenggelami banjir selain sumber air mentah kekeruhan yang tinggi.
BERITA PENUH DI SINIPasukan FRU turut sumbang tenaga
Sun Dec 19 2021Gegar Vaganza Kongsi Kasih malam ini hulur bantuan kepada mangsa
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Peka dengan musibah banjir yang berlaku, pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan siaran langsung Konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) minggu kelima malam ini dengan Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih.
Dalam satu kenyataan, Astro memaklumkan, produksi GV melalui Yayasan Astro Kasih akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (RM40,000 setiap pertubuhan) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan dengan musibah yang melanda negara pada ketika ini.
BERITA PENUH DI SINILaporan cuaca oleh METMalaysia (Petang)
Sun Dec 19 2021Bomba saran orang ramai tangguh perjalanan di sekitar Lembah Klang
Sun Dec 19 2021KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyarankan orang ramai menangguhkan perjalanan di sekitar Lembah Klang bagi mengelak kenderaan terkandas berikutan situasi banjir ketika ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia susulan beberapa kawasan Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur dan Selangor masih menerima hujan yang menyebabkan paras air banjir meningkat.
BERITA PENUH DI SINIStatistik daripada APM Hulu Selangor
Sun Dec 19 20214,000 Orang Asli siap sedia hadapi banjir lumpur
Sun Dec 19 2021Perak dilanda banjir, PPS mula dibuka
Sun Dec 19 2021Lelaki dihanyutkan, dikhuatiri jadi korban ketiga
Sun Dec 19 2021Skuad Bantuan Krisis MCA bantu mangsa banjir - Wee
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) mula menggembleng tenaga kerja sejak pagi ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS), kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan skuad itu untuk turun ke kawasan banjir di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokaliti di Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.
BERITA PENUH DI SINIPermaisuri Agong berkenan tinjau situasi banjir di Dengkil
Sun Dec 19 2021DENGKIL: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan meninjau situasi mangsa banjir di persekitaran bandar ini.
Seri Paduka tiba di lokasi banjir pada 5.10 petang sebelum berkenan menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meninjau keadaan mangsa yang masih terkandas akibat banjir.
BERITA PENUH DI SINIPDRM pantau keadaan banjir
Sun Dec 19 2021Siti Nurhaliza, suami turun padang bantu mangsa bencana
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Biarpun jadualnya padat semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menunggu lama, apa lagi menjadikannya alasan untuk tidak turun padang membantu mangsa banjir.
Dalam satu kemaskini di Instagram, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra dikenali Datuk K dilihat menguruskan proses hantaran bantuan di gedung pasaraya besar, Mydin USJ, Petaling Jaya.
BERITA PENUH DI SINIStatus aras air semasa WP KL dan Selangor
Sun Dec 19 2021STATUS ARAS AIR SEMASA
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 19, 2021
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR & NEGERI SELANGOR
TARIKH: 19 DISEMBER 2021
KEMASKINI SEHINGGA JAM 5.00PETANG pic.twitter.com/cMs5SDwMcIBank sedia bantu peminjam yang terjejas akibat banjir
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Sektor perbankan bersedia menawarkan program bantuan pembayaran kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata butiran lanjut akan dikongsi oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) dan bank-bank yang terlibat dalam masa terdekat.
BERITA PENUH DI SINITalian kecemasan JBPM Selangor
Sun Dec 19 2021Kerajaan peruntuk RM200 juta tangani impak banjir - Tengku Zafrul
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta sebagai usaha menangani impak banjir dan pengaktifan rangkaian bencana Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)/Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) untuk memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.
BERITA PENUH DI SINIPos Malaysia tutup sementara operasi
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Beberapa cawangan Pos Malaysia terpaksa menutup operasi ekoran banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak Jumaat lepas.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan turut menjejaskan penghantaran dan kutipan susulan beberapa laluan tidak boleh dilalui akibat dinaiki air.
BERITA PENUH DI SINI5 juta meter padu air berjaya dilencongkan Smart Tunnel semalam
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.
"Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam," jelasnya.
BERITA PENUH DI SINIRakyat Malaysia tawar bantuan kepada mangsa banjir di media sosial
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Musibah banjir yang melanda beberapa negeri terutama Selangor yang disifatkan luar jangka, bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada mangsa tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
Media sosial sejak semalam dipenuhi dengan pelbagai hantaran mangsa yang inginkan bantuan serta rakyat Malaysia yang cuba menghulurkan pertolongan sedaya upaya mereka dengan meletakkan tanda pagar #DaruratBanjir.
BERITA PENUH DI SINIGeran padanan RM50 juta daripada Kerajaan bersama GLC, GLIC
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Kerajaan, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memperuntukkan dana permulaan RM50 juta bagi membantu proses pemulihan banjir ketika ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu merangkumi geran padanan berjumlah RM25 juta dari Kerajaan, manakala GLIC dan GLC akan bersama-sama memperuntukkan RM25 juta.
BERITA PENUH DI SINISuasana di Bilik Gerakan Bencana DBKL
Sun Dec 19 2021Finas sediakan Studio Merdeka sebagai pusat penempatan mangsa
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda Lembah Kelang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menawarkan bantuan kepada mangsa bencana alam itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Prof Md Nasir Ibrahim, sejak Sabtu, pihaknya menyediakan pusat penempatan banjir di Studio Merdeka di Hulu Kelang.
BERITA PENUH DI SINISukarelawan KBS sedia bantu mangsa banjir
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersiap siaga untuk diaturgerakkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata selain itu, KBS juga bersedia menjadikan fasilitinya sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) seperti Kompleks Belia dan Sukan negeri-negeri, 22 institusi latihan KBS serta Pusat Belia Antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINITinjauan udara keadaan banjir di Shah Alam
Sun Dec 19 2021Situasi semasa banjir di Kelantan
Sun Dec 19 2021Anggota ATM telah berada di lapangan selama 48 jam tanpa henti
Sun Dec 19 2021
Jumlah mangsa di Pahang meningkat kepada hampir 13,000
Sun Dec 19 2021Sultan Sharafuddin dukacita, titah Lembaga Zakat Selangor segera hulur bantuan
Sun Dec 19 2021Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan bencana banjir terburuk yang sedang melanda sebahagian besar daerah di negeri itu susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Menurut satu kenyataan di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda telah dimaklumkan banyak lokasi yang terjejas dan terputus hubungan akibat jalan raya dinaiki air serta kawasan-kawasan kediaman yang dilanda banjir luar biasa sehingga kini.
BERITA PENUH DI SINIKeadaan terkini Janda Baik, Pahang
Sun Dec 19 2021Bantuan bencana dipergiat
Sun Dec 19 2021Memahami punca banjir dan putaran angin
Sun Dec 19 2021UiTM Shah Alam buka masjid, kolej untuk mangsa banjir
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka masjid UiTM Shah Alam sebagai penempatan sementara kepada semua mangsa banjir di sekitar Shah Alam, Selangor susulan banjir teruk yang melanda hampir keseluruhan kawasan di Lembah Klang.
UiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan universiti itu turut menyediakan kolej di kampus Shah Alam sebagai tempat perpindahan pelajar dan petugas universiti itu.
BERITA PENUH DI SINIMasjid di Wilayah Persekutuan jadi pusat penempatan mangsa
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadikan penempatan sementara untuk mangsa banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
Beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaraskan perkara berkenaan.
BERITA PENUH DI SINITinjauan udara keadaan kediaman di sekitar Shah Alam
Sun Dec 19 2021Sebahagian besar kediaman di sekitar Shah Alam masih ditenggelami air termasuk kenderaan yang terkandas. @501Awani pic.twitter.com/NGa6HBWnr3
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) December 19, 2021Saya tidak mahu timbul isu lagi di PPS, semua kena selesai hari ini - Ismail Sabri
Sun Dec 19 2021Pengumuman oleh PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sun Dec 19 2021- Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1,000.
- Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir.
- Majikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas.
- Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.
- Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini.Kakitangan awam terjejas diberi cuti kecemasan, majikan swasta disaran ikut serta
Sun Dec 19 2021“Esok hari Isnin, bermula hari kerja, mereka perlu kerja walaupun mereka pindah... oleh kerana kita (kerajaan) faham kesusahan mereka jadi kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan akibat bencana ini kepada kakitangan-kakitangan awam yang terkesan.
"Bila mereka masuk kerja, mereka boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan. Saya harap dah balik rumah, selesaikan urusan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula.
"Setakat hari ini, kita beri cuti kepada semua kakitangan kerajaan."
BERITA PENUH DI SINIBantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas - PM
Sun Dec 19 2021KLANG: Kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan disalurkan selepas kesemua mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing.
"Setiap ketua isi rumah kita akan memberi sumbangan RM1,000, bukan setiap individu," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan banjir di Pejabat Tanah Selangor di sini, pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINITMJ arah Southern Volunteers bantu mangsa
Sun Dec 19 2021JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan Pasukan Sukarelawan, Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan yang dilanda banjir ketika ini.
Dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook, baginda bertitah, tindakan itu diambil sebagai usaha membantu, membersih dan mengagih sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir.
BERITA PENUH DI SINIHelikopter salur bantuan kepada mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Pasukan APM Sepang tidak menang tangan
Sun Dec 19 2021Tujuh kawasan di Muallim dinaiki air
Sun Dec 19 2021TANJUNG MALIM: Tujuh kawasan di daerah Muallim terjejas selepas dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak Jumaat.
Ketujuh-tujuh kawasan itu ialah Kampung Kuala Slim, Kampung Balun, Pekan Behrang Stesen, Jalan Behrang - Selisek, Jalan Sg Lembing, Kampung Rasau dan KM 89 Jalan Persekutuan Ipoh Kuala Lumpur (arah utara).
BERITA PENUH DI SINIAgong berkenan ziarah mangsa banjir di PPS
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di seluruh negara yang terpaksa berpindah dari rumah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat bencana banjir.
Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, baginda berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini.
BERITA PENUH DI SINIKTMB terpaksa batalkan perkhidmatan tren di beberapa lokasi
Sun Dec 19 2021Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan beberapa perkhidmatan tren penumpangnya terjejas berikutan banjir dan hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak semalam.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, beberapa operasi perkhidmatan itu terjejas terutamanya membabitkan sektor Pantai Timur dan Lembah Klang.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan operasi menyelamat mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lapan negeri
Sun Dec 19 2021[TERKINI] Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lapan negeri seramai 24,543 daripada 8,154 keluarga setakat jam 2 petang, hari ini. @501Awani
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 19, 2021
Pahang - 11,071
Selangor - 7,458
Kelantan - 4,102
Melaka - 595
Kuala Lumpur - 526
Negeri Sembilan - 499
Terengganu - 229
Perak - 63 pic.twitter.com/vWu7K0rbnpIni senarai 68 laluan bas RapidKL yang terjejas
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Susulan keadaan banjir di banyak lokasi sekitar ibu negara ketika ini, 68 laluan bas RapidKL ditutup bermula hari ini sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak.
Menurut Rapid Bus Sdn Bhd dalam satu kenyataan pagi ini, langkah diambil kerana pihaknya mengutamakan kesejahteraan penumpang dan kapten bas dalam situasi ini.
BERITA PENUH DI SINIElak terkandas, berikut senarai laluan terjejas libatkan 9 negeri
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Jumlah lokasi yang terjejas akibat bencana banjir dan hujan lebat berterusan meningkat kepada 76 kawasan setakat jam 10 pagi Ahad.
Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti berlakunya kejadian banjir kilat di 11 lokasi, banjir (46 lokasi), cerun runtuh (11 lokasi), jalan runtuh (enam lokasi), jalan mendap (satu lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (satu lokasi).
Ketahui lokasi-lokasi yang dinyatakan itu DI SINI.Bomba sedia gerakkan bantuan menyeluruh - Reezal Merican
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia menggerakkan secara menyeluruh anggota dan logistik termasuk dari negeri tidak terlibat banjir bagi membantu mangsa jika bencana alam semakin meruncing.
Persediaan itu bagi membantu 4,819 anggota JBPM yang sudah terlibat dalam operasi banjir di enam buah negeri ketika ini.
BERITA PENUH DI SINISemoga anggota penyelamat terus tabah menjalankan tugas
Sun Dec 19 2021Maaf gambar mungkin kurang menyenangkan.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) December 19, 2021
Inilah kaki-kaki penyelamat yang dari malam tadi berendam dalam air, baru dapat buka sekejap.
Kecut semuanya. Semoga dipermudahkan.
Tabik untuk anda!@501Awani pic.twitter.com/Bvq4mKN9B2Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras
Sun Dec 19 2021KUANTAN: Seorang operator kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dari Kampung Kuala Pahang di sini, dikatakan hilang pada 1 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Pekan.
BERITA PENUH DI SINIOperator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras
Sun Dec 19 2021KUANTAN: Seorang operator kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dari Kampung Kuala Pahang di sini, dikatakan hilang pada 1 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Pekan.
BERITA PENUH DI SINISituasi terkini dari Hulu Langat
Sun Dec 19 2021Kekal kuat Hulu Langat!
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) December 19, 2021
Beberapa mangsa dilihat sudah berjaya dikeluarkan.
Ada kanak-kanak juga. Semoga dipermudahkan.
Doakan ye semua.@501Awani pic.twitter.com/e969oLDlQRInfo bencana JKM
Sun Dec 19 2021Situasi banjir di Pahang
Sun Dec 19 2021Perkembangan terkini banjir di Shah Alam
Sun Dec 19 2021Pengalaman mangsa yang terkandas banjir
Sun Dec 19 2021Terkandas dalam banjir Shah Alam
Sun Dec 19 2021Pastikan setiap mangsa banjir terima kemudahan, bantuan JKM - PM
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya memastikan setiap mangsa banjir menerima kemudahan dan bantuan yang disalurkan.
Beliau dalam catatan di akaun Facebook hari ini berkongsi video lawatan beliau ke Sekolah Kebangsaan Johan Setia di Klang hari ini, untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir.
BERITA PENUH DI SINI12 kawasan di KL terkesan, 4 pusat pemindahan disediakan - DBKL
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui siasatan tapak dan aduan yang diterima mengenai banjir kilat, mendapati terdapat beberapa lokasi di ibu negara Kuala Lumpur sedang mengalami banjir kilat.
Ketahui kawasan yang terjejas dan juga senarai pusat pemindahan banjir.
BERITA PENUH DI SINIMangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.
Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
BERITA PENUH DI SINIDoakan Hulu Langat, usaha menyelamat sedang giat dijalankan
Sun Dec 19 2021HULU LANGAT: Pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkata Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang giat melakukan usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di sekitar kawasan Hulu Langat.
Antara kawasan yang teruk terjejas seperti yang tular di media sosial adalah Kampung Sungai Serai, Taman Sri Nanding dan persekitaran.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi mendapati, penduduk tempatan mula memenuhi kawasan tersebut kerana ada anggota keluarga, saudara dan sahabat mereka masih terperangkap.
BERITA PENUH DI SINIBuletin AWANI Khas: Banjir terburuk di Malaysia
Sun Dec 19 2021Perkembangan banjir di Kelantan
Sun Dec 19 2021Perkembangan banjir di Terengganu
Sun Dec 19 2021Bersatu salur RM1 juta untuk Tabung Bantuan Mangsa Banjir 2021 - Muhyiddin
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung hari ini tidak dapat dielakkan, kerana ia adalah kehendak perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.
Bagaimanapun, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejurus selesai perhimpunan, kesemua jentera parti akan turun ke kawasan terjejas untuk membantu mangsa banjir.
BERITA PENUH DI SINISituasi menyelamat mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Stay strong Hulu Langat. Anggota penyelamat ada di sini, sedang atur utk selamatkan anda.@501Awani tidak dibenarkan masuk lebih dalam, keadaan bahaya.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) December 19, 2021
Dari sini, nampak air pada paras bumbung. pic.twitter.com/TtGBAzi7DPVisual langsung keadaan di Taman Sri Nanding
Sun Dec 19 2021100 penduduk bermalam atas bumbung surau lebih 12 jam
Sun Dec 19 2021HULU LANGAT: Kira-kira 100 penduduk di Taman Sri Nanding di sini yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding di sini pada Ahad.
Penduduk, Puteri Nadia Natasha Mohamed Ramzan, 24, berkata, perkara itu dimaklumkan seorang rakannya menerusi perkongsian video ketika berada di atas bumbung surau berkenaan.
Menurutnya, penduduk terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung surau berikutan air naik pada paras tertinggi meskipun dalam keadaan kesejukan akibat hujan renyai.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan banjir di Hulu Langat
Sun Dec 19 2021Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang
Sun Dec 19 2021SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.
Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 6,887 orang diikuti Selangor (5,350), Kelantan (3,877), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (467), Terengganu (267) manakala Perak tiada mangsa direkodkan namun satu PSS dibuka setakat jam 8.05 pagi.JBPM atur gerak lima helikopter bantu mangsa banjir
Sun Dec 19 2021Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersedia menggerakkan lima buah helikopter bagi melaksanakan operasi membantu mangsa di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata seramai 40 anggota dan pegawai dikerahkan untuk melaksanakan operasi membantu mangsa banjir menggunakan helikopter bermula awal pagi ini.
BERITA PENUH DI SINIJPN, PPD beri sokongan kepada agensi urus mangsa banjir - Radzi Jidin
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memberi sokongan kepada agensi berkaitan dalam usaha menempatkan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bencana banjir yang melanda negara ketika ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan banyak sekolah telah digunakan sebagai PPS.
BERITA PENUH DI SINITiga PPS khas disediakan di Kuala Krai untuk pesakit COVID-19
Sun Dec 19 2021KUALA KRAI: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Krai telah menyediakan bilik khas khusus untuk mangsa banjir yang positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin kendiri bagi membendung penularan wabak COVID-19 di jajahan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Yahya Petra 1, SK Manek Urai Baru dan SK Dabong.
BERITA PENUH DI SINIMangsa banjir setakat 10 pagi: 15,895
Sun Dec 19 2021Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi ini
Sun Dec 19 2021Lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah di Pahang iaitu Raub, Lipis, Bentong, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan dilanda banjir dengan 116 PPS dibuka setakat 9 pagi.
Banjir turut menyebabkan laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup di kedua-dua hala membabitkan Kilometer (KM) 113.4, KM84.6, KM198.7 dan KM74.4 setelah dinaiki air manakala hanya kenderaan berat dibenarkan melalui KM75.1.
BERITA PENUH DI SINIBanjir di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera
Sun Dec 19 2021KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Lembah Klang ketika ini, terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah.
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap sama ada di kediaman mereka atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama yang dinaiki air.
BERITA PENUH DI SINIPerkembangan situasi banjir negara
Sun Dec 19 2021Perkembangan di Klang
Sun Dec 19 2021Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, Selangor hari ini
Sun Dec 19 2021Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
BERITA PENUH DI SINIPerincian lokasi dinaiki air dan penutupan jalan di Selangor
Sun Dec 19 2021Hampir 5,000 anggota JBPM diatur gerak bagi membantu mangsa banjir di enam negeri
Sat Dec 18 2021Seramai 4,819 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk Pasukan Bomba Bantuan telah diatur gerak bagi membantu kerja-kerja menyelamat dan memindahkah mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas banjir, susulan hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi kenyataan di Facebook berkata JBPM juga telah menggerakkkan 125 kenderaan angkut dan 214 bot ke kawasan banjir di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka setakat 12 tengah malam ini (18 Dis).
BERITA PENUH DI SINIAir Empangan Klang Gate dilepaskan secara berperingkat - Polis
Sat Dec 18 2021KUALA LUMPUR: Polis Daerah Ampang Jaya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.
Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.
BERITA PENUH DI SINIPM turun lawat mangsa banjir
Sat Dec 18 2021KUALA LUMPUR: Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa untuk melawat beberapa mangsa yang terkesan akibat kejadian tersebut.
Menerusi perkongsian di laman Twitternya sekitar jam 1.30 pagi Ahad, Ismail Sabri sempat meninjau sendiri keadaan banjir di Kampung Bukit Lanchong.
BERITA PENUH DI SINIBerjalan kaki 30 minit, sebelum terpaksa berenang balik ke rumah
Sat Dec 18 2021KUALA LUMPUR: Akibat banjir yang melanda Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13 Puchong, seorang penduduk kampung tersebut mendakwa terpaksa berenang untuk pulang ke kediamannya.
Kampung Kuala Sungai Baru ditenggelami air dalam tempoh 30 minit akibat hujan yang tidak berhenti di sekitar Lembah Kelang sejak Jumaat.
Salah seorang penduduk kampung tersebut, Nuraishah Zaini, 37, memberitahu paras air di sebahagian besar rumah di kampung telah mencecah paras bumbung!
BERITA PENUH DI SINIAgong redah banjir tinjau situasi bencana
Sat Dec 18 2021KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meredah air banjir di sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi ketika meninjau situasi banjir di ibu negara.
Keberangkatan Seri Paduka bagi meninjau situasi banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat itu turut dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara.
BERITA PENUH DI SINISemua termasuk warga bukan Islam boleh berlindung di Masjid Tunku Ampuan
Sat Dec 18 2021KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang terkandas akibat banjir kilat berhampiran Bukit Jelutong, Shah Alam boleh mendapatkan perlindungan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.
Menurut wakil kariah masjid berkenaan, Ahmad Hitaimi Zahari, masjid itu turut membuka pintunya buat mereka yang bukan beragama Islam.
BERITA PENUH DI SININyawa rakyat keutamaan kerajaan
Sat Dec 18 2021Terowong SMART ditutup bagi pengaktifan sistem banjir
Sat Dec 18 2021KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat lepas.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 6.47 petang tadi.Niaga AWANI
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaanAWANI Jr
AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.Komuniti AWANI
Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.AWANI Sarawak
Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.Awani 7.45
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.AWANI Pagi
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk beritaCerita Normal Baharu
Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?Consider This
There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.Notepad with Ibrahim Sani
Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.Let's Talk
Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!The Future is Female
Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is FemaleAWANI Review
Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.AWANI Byte
AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.Undi Bootcamp
You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.KiniTV
Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn BhdMenang Saham
Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.Kamek Anak Sarawak
A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.Lan Berdagang
Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and supportHealth Matters
Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthyBual Bola
Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.Week Ahead
Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.Fokus Minggu Depan
FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.Agenda AWANI Asia
Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.AWANI Global
AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.AWANI Tonight
AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.