SUBANG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang masih di bawah pengawasan pengurusan dan operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Menurutnya sebarang modal perniagaan yang dijalankan oleh MAHB adalah berdasarkan perjanjian operasi di antara kerajaan dengan syarikat tersebut.
Beliau menegaskan kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tidak akan dijual atau diswastakan kerana ia adalah aset strategik kerajaan.
"Setakat ini, MAHB masih diberi kuasa untuk menguruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan tiada sebarang perubahan.
"Ramai berpendapat bahawa lapangan terbang itu memerlukan penambahbaikan kerana setiap negara ada lapangan terbang bandar," katanya selepas melancarkan syarikat penerbangan baharu SKS Airways dan pelepasan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor, di sini hari ini.
Hak dan pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal sepertimana yang diperuntukkan di bawah perjanjian pajakan yang diberikan kepada MAHB untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal lapangan terbang sehingga 2034 (di bawah perjanjian operasi) dan 2067 (perjanjian pajakan).
SKS Airways menawarkan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Jan, Subang ke Pulau Redang bermula 31 Jan dan ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.
Dengan bermulanya tiga laluan berkenaan, sebanyak 12 penerbangan dijadualkan setiap hari pada kapasiti penuh 228 penumpang dengan menawarkan tambang termasuk semua sebanyak RM160 sehala.
Wee berkata terdapat permintaan untuk turut menghidupkan sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Subang.
"Ia perlu dilihat dalam konteks perancangan yang rapi oleh pihak MAHB, Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri kerana ada tanah milik kerajaan negeri. Saya serahkan kepada MAHB kerana mereka ada perbincangan dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Wee menjangka jumlah penumpang lapangan terbang antara 32.6 juta dan 49 juta ke Malaysia pada 2022, namun, bergantung kepada situasi COVID-19.
"Kita mesti mengambil langkah berani seperti Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke Singapura untuk merangsang sektor pelancongan kita," katanya sambil memaklumkan syarikat penerbangan baharu seperti SKS Airways akan memberikan perkhidmatan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan dan tidak mendapat perkhidmatan itu misalnya Pulau Pangkor, sekali gus meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini.
Pengarah SKS Airways Datuk Rohman Ahmad berkata penerbangan sulung ke Pulau Pangkor itu menandakan bermulanya peranan syarikat itu sebagai syarikat penerbangan komersial yang menawarkan perkhidmatan penumpang, kargo dan carter.
Katanya melalui hab di Subang dan Senai, SKS Airways berhasrat menghubungkan Malaysia ke destinasi di ASEAN dan selatan China.
"Sebagai syarikat baharu, kami tangkas dan fleksibel, serta berupaya meneroka sebarang peluang yang ada. Kami mahu mengambil manfaat daripada permintaan terpendam bagi perjalanan domestik pada masa ini, dan ini akan turut memberikan kami permulaan yang memberangsangkan apabila perjalanan antarabangsa kembali beroperasi," kata Rohman.
Bernama
Tue Jan 25 2022

Setakat ini, MAHB masih diberi kuasa untuk menguruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan tiada sebarang perubahan, tegas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS - Pengerusi Malaysia Airports
Kerajaan harus membatalkan sebarang hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) daripada rangkaian Malaysia Airports.

Malaysia Airports sahkan pengambilalihan Subang oleh entiti swasta
Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil a

Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
JAIS mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam.

Polis terima panggilan ancaman bom dalam pesawat di lapangan terbang Subang
Maklumat diterima daripada pemanggil yang tidak dikenali kira-kira jam 8 malam yang mendakwa terdapat bom dalam sebuah pesawat dari Singapura ke Kuala Lumpur.