Lapan suspek kes rusuhan kuil dihadapkan ke mahkamah

Fareez Azman
Disember 4, 2018 13:21 MYT
8 suspek Ops Seafield dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Lapan suspek rusuhan kuil yang ditahan dalam Ops Seafield dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat lima daripada suspek dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Manakala seorang suspek dituduh di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara.
Dua lagi suspek masing masing dituduh di bawah Seksyen 151 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ia menjadi kes pertuduhan pertama susulan insiden kekecohan di Kuil Seri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya sejak minggu lalu.
#dituduh #kekecohan #kuil #mahkamah #PDRM #Petaling Jaya #rusuhan #Subang Jaya #suspek #USJ
;